Sunday, January 30, 2011

Penutupan Blogspot


dah lama tak update blogspot... mula2 aku nak maintain 2 blog nie.. tapi pikir2 balik.. nak update salah satu pun aku tatau nk update apa.. ni kan pulak nak update 2 2.. lately banyak pulak keje aku.. nak tengok citer korea lagi.. nak tido lagi.. nak melangho lagi.. kakakaka....

sekarang dah ada wordpress.. blogspot makin terabai.. wordpress banyak bende nak setup lagi, basic dah ok.. ada la sikit2 kene tambah kasi cun...

nak tutup blogspot mcm sayang la plak.. even dah transfer semua n3 n komen ke wordpress.. just follower je tak boleh angkut lagi.. ada cara tak?? ke aku yang tak research bebetul.. walau tak ramai mana follower aku, tp nak bawak gak ke blog baru tu.. duduk situ ramai2 kekeke...

korang rasa aku kene tutup tak blogspot nie.. cewah tanye mcm blog aku ni femes je kakaka... nak tanye pendapat je.. hehehehe

Saturday, January 15, 2011

Launching Rumah Baru

Assalamualaikum...

n3 ni nak mengajak korang datang ke 'RUMAH' baru aku.. rumah baru mestilah alamat baru kan... jangan lupa tambah blogroll korang dengan link ni key ...

http://www.laskar.army4war.com/

'rumah' baru aku tu masih dalam pembinaan.. tapi setakat nak datang lepak2 santai boleh dah.. aku nak touch up sikit2 je lagi.. nak komen membina pasal design pun tak de hal.. komen membina je aku layan.. setakat cakap!! "oi buruk gila g mampos la" memang aku tak layan la!! kakakaka...

link Blogspot ni jangan la remove.. sian dia, kecik ati, majuk dia kang...

aku sambut korang dengan lagu best kat rumah baru key.. hehehe layanz!!


:: kamu boleh click ScreenShot ini ::

*nota lutut - permulaan untuk pembinaan yg lebih besar.. insyaALLAH...

Tuesday, January 11, 2011

Klinik gigi


lebih dari 10 tahun aku tak baring atas menatang nie.. menatang ni banyak terdapat dalam klinik2 gigi... bende yang paling aku fobia adalah klinik gigi.. aku akan bayangkan jarum suntik yang sangat besar.. pelbagai objek2 tajam dan mengerikan akan dimasukkan satu persatu dalam mulut aku.. bunyi geseran objek dengan gigi aku membolehkan aku rasa nak pengsan..

pagi tadi mimpi apa ntah, aku boleh follow kak bye g klinik gigi.. itu dinamakan misi mencari penyakit.. aku membayangkan scalling gigi tu indah.. hanya menggunakan alat2 comel dan berus2 halus dan sedikit cungkilan pada celahan gigi...

aku tak pernah scaling gigi sebelum ni.. tak pernah.. rupa2nya sangat ngeri.. sangat sakit... arghh... aku tanak bayangkan lagi... berilah aku berjuta RM aku takkan g scalling gigi lagi...

pukul 730 pagi ambik kak bye kat umah dia.. terus ke Pusat Kesihatan UiTM.. ambik nombor.. kol 8++ baru leh register.. kol 9++ baru diorang panggil...

mula2 aku sangat tenang sampai sesi berdialog dengan kak bye dilakukan..

kak bye : scalling tu nanti ngilu sikit dan berdarah sikit..
aku : glup~! berdarah??
kak bye : mira tak pernah scalling ke sebelum ni..
aku : mesti la taaaaaaaaaaaaaaaaaak~! arghhh takut... grgrgrggrrgrr...
kak bye : hahahahahahahaha...
aku : nombor giliran akak dulu kan? kalau akak kuar nangis2 kita balik je la terus ek..
kak bye : (tak ingat dah respond dia.. aku tengah nebes level gigil)
aku : ini misi cari masalah ni kak bye... adddoiiii~!

otak aku dah pikir mcm2.. nak lari je dari klinik tu.. skang aku dah 18 tahun ke atas.. dah tak de paksaan macam zaman sekolah dulu.. dulu aku seorang yang sangat kretif untuk mengelak dari berjumpa doktor gigi di sekolah2.. aku nampak je van kesihatan masuk.. kepala lutut aku dah longgar..

otak aku ligat berfikir sementara menunggu angka giliran.. kak bye dah masuk bilik doktor.. duduk menunggu sorang2 depan bilik doktor memang menguji kecekalan aku.. ternyata aku masih waras tak meninggalkan kak bye sorang2 terkapai2 lepas kuar dari bilik doktor..

angka giliran aku dah sampai... aku tengah pikir, nak jalan ke bilik doktor ke jalan kuar klinik terus.. ok ok aku masih waras.. tu zaman sekolah.. lain.. macam2 idea dalam otak aku dlu nak ngelat dari kene jumpa doktor gigi... sekarang semua atas pertimbangan aku sendiri.. macho mira.. macho.. jangan lari dari medan perang.. jangan bacul.. aku sure mesti kene gelak guling2 dengan bebudak opis yang sengal nanti kalau aku lari dari klinik lintang pukang sekarang... paling busuk pun setahun kene gelak dengan diorang.. ouww.. tsidaksss.. lagi ngeri dari jumpa doktor gigi occay~!

masuk dalam bilik doktor.. nganga la mulut luas2.. rupa2nya dia check2 dulu then suruh tunggu lagi untuk next doktor pulak jalankan sesi scalling gigi aku.. aku dan kak bye dipertemukan lagi dalam suasana bilik doktor pulak...

ada 4 bilik doktor.. ada pesakit dah dalam bilik yang lain.. bila mesin gigi berbunyi.... aku pun berbunyi....

aku : huh!!!?? kak bye.. bunyi ape tue...
kak bye : Eeee... ngerinye bunyi dia...
aku : akak.. tingkap ni muat tak kalau nak lari dari sini..
kak bye : muat mira.. muat...
(sambil intai apa yang diluar tingkap)
aku : tak la tinggi sangat kalau nak lompat.. tak patah kaki punyaa.. nasib baik klinik gigi ni ground floor kan kak...

... waras mira..waras... tarik nafaaaaas... snifff... hembuuuussss...... fuuuhhhh ...

doktor : Nor Baiduri Huzaifah datang mengadap~

maka masuk la kak bye dulu tinggalkan aku sorang2 kat bangku menunggu... fuuhhh... mencabar tol ...

seminit ...

2 minit ...

3 minit ...
.
.
.
10 minit

bunyi dari bilik kak bye - UWEEKkkkkkkKKkkk~! hak tuih... hak tuih... hak tuih... sroot.... srrroot~!

aku : grrrrrrrgrgrgg...~!

doktor : Aini Amirah!!!

aku terkedu... tak bergerak...

doktor : AINI AMIRAAAHHHHH!!!!!!!!!!!!!

ish bising la doktor ni... sabo la.. tengah mencari kekuatan nie... sambil tu aku jalan pelan2 masuk bilik doktor...

... aku pun baring nganga mulut... sesi scalling pun berlangsung...

arghhhhhhh sakit sakit sakit!!! uwarghh!!!

setiap kali sakit, aku genggam tangan kuat2 aku tak sedar aku tengah kejangkan badan...

doktor : jangan keraskan badan.. lembutkan je...

zzzzzzzzzzzzzzzzztttttttttttttttt~ alat scalling berbunyi balik..

badan aku kejang balik...

doktor : adik.. jangan kejangkan badan...
aku : dia automatik la doktor tak dapat dikawal cakap dalam hati je mulut dah kne gari..

zzzzzzzzzzzzzttttttttttttt~ sila ulang dialog doktor di atas dalam 5 6 kali lagi... mungkin 7 kali..

seminit ...

2 minit ...

3minit ...
.
.
.
10 minit ...

doktor : ok boleh kumur2...

UWEEKkkkkkkKKkkk~! hak tuih... hak tuih... hak tuih... sroot.... srrroot~!
ARGHHHHHHHHHHHHHH DARAHHH... DARAAAAHHH... BANYAK NYEEEEEEEEEEEEE~!

doktor : sebenarnya gigi awak tak perlu scalling.. sebab tak de apa2 pun.. nanti datang balik ada 3 gigi nak kene tampal tu
aku : (pening ting tong... ting tong... weng... weng... cakap la pape pun.. aku dah tak fokus.. weeewuuuuweeewuuuu...~!)
doktor : nanti buat appointment tampal yang depan tu dulu ek..
aku : MEMANG TAK ARRRRRRRRR!!! dalam hati je...

keluar je dari bilik doktor... aku dah nampak masita gelakkan aku... dan ayat pertama aku pada mereka2 yang menunggu aku...

aku : JANGAN HARAP AKU NAK BUAT SCALLING LAGI.. SAKIT DOWH!!!!!!!!!!!!

aku sendiri tak percaya, aku sendiri yang drive ke klinik gigi, tanpa orang bawak aku dengan penipuan mengatakan nak pergi kedai beli cikedis..

berjalan masuk ke bilik doktor tanpa sebarang paksaan atau diheret oleh nurse.. driver land rover klinik kesihatan.. makcik cleaner klinik... nurse dari jabatan kesihatan lain..

baring di atas kerusi pemeriksaan gigi tanpa paksaan oleh nurse.. driver land rover.. makcik cleaner.. jiran tetangga.. nurse dari jabatan kesihatan lain... pegang kaki tangan n kepala aku..

itu zaman aku bergigi susu.. skang dah bergigi kekal... aku berjaya menempuh hari yang getir, di atas kerelaan aku sendiri.. tahniah AINI AMIRAH... anda berjaya dalam acara FEAR FACTOR ini!! wuhooo~!
*nota lutut - gigi aku dah bersih.. korang bila lagi.. blagak!!

Monday, January 10, 2011

YM rosak

aku kopi pes.. tanpa alasan yang munasabah kakakakakaka
.
.
.

opie_mizailihc: Spalstiktomirangg
rEd-arMy: demkebebaboomjoeeeenggg!!
opie_mizailihc: Alsuntutanmira
rEd-arMy: santetalkeburkkakilututmu
opie_mizailihc: Alpancitanmyvimutayar
rEd-arMy: kankukillmualgelekstemrollkasileper
opie_mizailihc: Akkisahaperjnjikulenyekmyvimujdbesiburukkujualkati
rEd-arMy: komemangbusukkakicagualcekamkura2mandilautmasinmatiikan
opie_mizailihc: GilaApeckapmcmorgxretinakckptpkolghanyirdrikantambahkura2beranak8kommgkakimerapucitpodahhh
rEd-arMy: cekamkakikomasihkuingatmimpingeriallavasistemteringatbusukkakimuhakthuih,,
opie_mizailihc: Apekuksahkoingatcekamkakikusbbkommgsukasamecekamkakikuitukauhiduhinggamnjilatkakisampikfcabehakmkndeymmmirang
rEd-arMy: khaktuihmimpingeriakuingatkakikotuterlalungeripasaltakbolehlupabukansetakatskalimalahberkali2skalipengsanpasalcekamkakikotu
opie_mizailihc is typing...
opie_mizailihc: Jikakosukakateknsukejgndikejikakikuygwangiinikernaialgwangidrgothimuygtelahkusiramdenganmnykpetrol

Thursday, January 6, 2011

Tun Mahathir

Selasa lepas dapat email jemputan untuk hadir ke Seminar Perdana anjuran Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK),UiTM Shah Alam dan Yayasan Pembangunan Insan. Tajuk Seminar kali ni "Perpaduan Asas Pembangunan Bangsa". Tun Mahathir Mohamad hadir sebagai ucaptama seminar ini..

dapat je email tu aku terus xcited nak join.. alhamdulillah aku berpeluang mendengar idea2 beliau.. nasihat2 beliau.. juga lawak2 sinis beliau yang memerlukan anak melayu berfikir.. jangan hanya tertawa geli hati dengan lawak mendalam Tun.. buka mata key guys..

terlalu banyak yang diperkatanya.. terlalu banyak harapannya.. aku nak kongsi dengan korang serba sedikit pendapat beliau yang aku rasa boleh kasi goncang sikit hati itew~!

"melayu pernah mengalahkan kuasa ke 2 terbesar dunia British masa kemerdekaan Malaysia.. dengan hanya bersenjatakan perpaduan melayu ..."

"Perpaduan antara kaum lain juga perlu diwujud selagi mana pihak itu tidak mengancam kaum melayu dan agama Islam ... "

"melayu lemah kerana wujudnya perpecahan dalam kaum melayu sendiri.. menentang kaum sendiri.. tidak sehaluan.. melayu perlu bersatu ..."

"hak melayu perlu dijaga dan perlu berani mengatakan hak kita.. kita bukan tamak.. tapi itu adalah hak kita sebagai waris pada tanah air kita.. orang lain tidak ada hak untuk mengatakan tidak..."

"kita sudah merdeka 53 tahun.. tetapi jangan alpa.. tidak mustahil Malaysia akan dijajah semula.. wahai melayu.. jangan lalai ..."

banyak lagi yang diperkatakan.. tapi agak xsesuai letak kat sini.. takut menimbulkan pelbagai tafsiran lain.. .. eceh, mcm blog femes sangat je ramai org baca kakakaka

..ehem.. ehem.. berpeluang berjumpa jarak dekat dengan Tun.. aku sangat hormat beliau, tak lepas peluang bersalam dengan beliau tanda sangat hormat.. idea2 beliau sangat superb!! beliau sudah berumur 85 tahun.. aku berharap Tun sihat dan dapat menyumbang idea2 kepada kepimpinan negara demi anak bangsa dan negara Malaysia..

*nota lutut - jom bangun dari tido!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin