Sunday, June 28, 2009

Balut!!

celik mataku pagi tu, tak secerah pagi pagi yang selalu..
mendung di kaki langit, gambar hati..
nekad.. perasaan ini akan ku balut rapi..
bahkan cermin solek bilik pun tidak ku benarkan menyedari..
aku senyum pada segala, termasuk pada langit tadi.

sesampai di opis..
macam biasa cari selipar ajaib..
macam biasa terajang kerusi sue..
macam biasa intai letop din..
macam biasa terajang din sekali..
macam biasa tanya "syed tak datang lagi ke"..
macam biasa tanya "izwan datang tak ari ni"..
macam biasa sarapan ramai2..
semuanya macam biasa..

hujan lebat sangat..
kaum adam jalan merempuh hujan..
berjemaah bersama2 lagi hari ni.. macam biasa..
aku duduk melangut mengintai depan..
bukan sangap.. tapi otak sendat.. hati ketat..

suasana lengang ..
menung menunggu kaum adam balik berjemaah..
syahdu sendiri.. gedik betul perasaan ni..
kemaskan balutan, ini arahan..

screen komputer menggelap..
mouse lama tak tersentuh barang kali..
marah dengan wajah sendiri di screen..
senyum.. kalau perlu sengeh.. ngeee~
janji aku pagi tadi untuk balut perasaan perlu ditunai..

muhahahahafakat (curik ayat kudeng) dengan mereka mahu keluar dari kancah ini pukul 5 petang
awal dari biasa..
berani dari biasa..
semangat dari biasa..
bising dari biasa..
sepakat dari biasa..
marah dari biasa..

pukul 5.10 petang
ok joe.. memang aku kene patah balik sentul, tatau jalan lain.. deym joe!
ok sue..! aku hantar ko balik rumah, dekat dengan pantai dalam dah mid valley tue.. deym nenek layout!
ok din..! aku hantar ko kat lrt, sentul pas drop joe jamban.. deym din!
ok izwan..! ko pun aku letak kat sentul gak.. alang2 dah sehala.. deym izwan!
aku sanggupkan semua demi perasaan ini dan kamu semua.. huh.. baluuut.. balutt!!! damn!!

jalan2.. terajang2.. gelak2.. pose2.. snap2.. dalam mid valley tanpa hidayah dan tanpa duit hahahaha...!!

kami sangat2 hargai setiap detik ketawa itu.. aku sentiasa rindu korang.. oi JIWANG!! hahahaha!!

*nota lutut - relaks la weh... skang zaman internet.. contact2 la.. ym2 la.. sapa tak contact2 aku, aku hantar pelesit aku yang paling handal... setting masa.. buat planning gempak2 aku turun!! (selalunya aku la yang setting.. aku la yang roger.. aku la yang ajak.. korang memang dam2 belaka)

Tuesday, June 23, 2009

Miyahahaha~

Hari ni aku rasa nak berkongsi kisah hidup aku yang semalam..
sangat gelak semalam..
sangat gembira semalam..
aku tanam dalam2.. jauh2.. dalam hati merah aku..
aku timbus dengan kuderat sekuat akal aku..
biar kekal tak berganjak longgokan memori ini..
sebab ianya indah!
korang buat life aku interesting.. tq guyz and tq gay (din miyahahaha~)


K to the F to the C.... KFC!!!
poket yang sangat kontang kami gagahi dengan makan KFC di bulevard.. aku, sueng, ding, izwang, joeing dan encik ameeng (sue kau bertanggung jawap terhadap semua ini..) menyertai rombongan Gothy ke Boulevard..

semuanya bermula bila izwang menyeru2 KFC Jom Jimat di partitionnya.. aku mula terasa bahang ayam KFC spicy perisa baru.. kemudian tiba2 ada suara2 halus yang menyeru2 nama KFC.. ohhh rupanya suara ding, sueng dan joeng... maka dengan itu, kami gagahi ke KFC lunch tu..

sueng excited dengan handphone dia yang sudah tidak teroff sendiri lagi, sebab dia dah tukar bateri baru RM28.. dengan niat mahu buktikan kemampuan hp dia.. maka banyaklah dia snap gambar2 gembira kitorang, tidak ketinggalan record aksi lucah ding dan handai taulannya.. kami hampir bertindak ganas dengan mahu memanggil pekerja KFC untuk tangkap gambar kami semua.. sebab semua tangan tak da hidayah.. tangkap gambar semua tak pernah cukup ahli dalam gambar tue.. nasiblah semua masih bertindak waras tidak memanggil pekerja KFC itu..

tanpa membuang masa, korang layan je la gambar2 lagho MPS staff nie.. luv u guys.. lagi best kalau semua datang ari tue.. haa tu laa.. sapa suh korang kurang rajin datang opis heheheh...


We Luv KFC Very Much!!


Tangan ko panjang kuden, berjaya gak semua muka masuk gambar.. luck je tuh!


Boyz! mereng!


Girlz! cute! hahaha... (yang belakang tu tolong la bagi kami peluang beraksi.. miyahahaha~


Joe.. Pembaca berita.. Sari berita sedih.. miyahahaha~


Sue cuba beraksi wajah agnes monica.. miyahahaha~


Kuden yang lahap.. miyahahaha~


Izwan yang kengkonon bermuka suci di hadapan ayam KFC nya, jangan berpura2.. miyahahaa~


aiiiikkkkk~ (nada dering syed) mamat ni tak join wild party ari tu.. tapi saje kasi taruk gambar ko, pasal kuden rindu ko miyahahaha~


me~


video
dalam banyak2 aksi, ni je la aksi yang agak bermoral dari kami.. yang lain FINAS tak luluskan..



Joging!!
after office hour, aku dan seteri ada PJ (pendidikan jasmani), di taman Titiwangsa.. aku bawak baju PJ takut nanti kene denda dengan cikgu berdiri tengah panas.. PJ ini juga bertindak sebagai misi menguruskan diri (badan) dengan beliau.. dengan berjoging di titiwangsa.. kami berjaya habiskan 2 pusingan besar track joging Titiwangsa itu.. menurut Matrock, jangkaan jarak yang kami tempuh sekitar 5km.. wah, aku dengan seteri sangat bangga mengetahui bahawasanya kitorang telah berjaya menempuh jarak itu..

lepas joging lepak makan, kriteria makanan kami, mestilah bukan nasi + bukan goreng.. so aku memilih menu kuey teow hailam (tukang masak lupa taruk garam) dengan air tembikai laici (sedap).. dan seteri memilih menu bihun tomyam (sedap, aku curik skit) dengan tembikai laci (seteri tiru aku).. sejurus kemudian hadirlah jejaka ramping.. lama tak jumpa ko bro.. makin berisi ko skang (aku tipu je, sebab aku jeles tgok ko ramping hahaha) anyway thanx bro belanja kitorang makan..

ini adalah antara bukti aku joging dan aku makan dengan seteri hahahaah...

wah~ bukti keringat membasahi liku2 titiwangsa


senyuman kelaparan~


menunggu hadirnya makanan


*nota lutut - dalam kegembiraan ada kesediahan ke?? dalam kesedihan ada kegembiraan.. which one is better?? hehehe~

Saturday, June 20, 2009

Jangan Pandang Belakang Congkak!


Hari Khamis lepas yatie ajak aku nissah n lolo layan muvi.. dia pilih cerita lawak sebab nak gelak2.. so kami berempat layan cerita "Jangan Pandang Belakang Congkak" meh sini aku review sikit cerita ni hehehe...

Filem ini membariskan pelakon seperti;

Cat Farish (Arshad)
Lan Pet2 (Punai)
Sam Shaheizy (Johan)
Lisa Surihani (Mustika)
Piee (Pak Sudir)
Azlee Senario (Ustaz)
Dina (Ziana),
Zarina AF (Wati),
Mas Muharni (Wawa),
Den Wahab (samseng kampung)

Permulaan cerita agak lemau sikit.. skrip awal cerita tak menyengat, aku rasa mcm diorang buat lawak bodo yang tak jadi.. mengisahkan seorang datuk yang bernama Pak Sudir yang sedang nazak dipercayai mempunyai saka.. dengan pertolongan bomoh Pak Mor, Saka belaannya telah meninggalkan tubuh Pak Sudir yang nazak, setelah kematian Pak Sudir, 3 pemuda iaitu Punai, Cat dan Johan yang dipercayai cucu kepada Pak Sudir telah mendapat telegram dari Mustika untuk balik ke Kampung, mereka diwasiatkan mendiami rumah Pak Sudir selama 3 hari tanpa menyentuh barang2 kepunyaan Pak Sudir, jika mahu harta peninggalan Pak Sudir.

Penyebab kejadiannya amat mudah.. ketiga2 pemuda tadi telah melanggar larangan wasiat, mereka kerana telah memasuki bilik pemujaan Pak Sudir dan menjumpai dan menyentuh congkak usang... setelah kejadian itu, ketiga2 pemuda itu menjadi hantu bila bulan mengambang.. Punai akan bertukar menjadi orang minyak, Cat akan bertukar menjadi Toyol, dan Johan akan bertukar menjadi hantu raya..

bila dah masuk scenes ni, baru aku rasa lawak.. adegan2 diorang bertukar jadi hantu memang kelakar..

berdiri dari kiri: hantu raya, orang minyak, toyol


muka2 hantu, makeup dia memang menjadi, makeup dia tak la seram sangat.. tapi menjadi la.. hehehe...

3 ekor hantu ni berkenalan dengan Wati, Ziana dan Wawa.. dan tidak disenangi oleh samseng kampung yang rupa2nya dah lama minat kat Ziana.. mereka bercadang nak menghalau 3 hantu tu keluar dari kampung..

si bomoh pun memainkan peranan dia.. mencari hantu2 tu dalam gua, yang didalangi mustika.. 3 ekor hantu tu berjaya dibebaskan.. tapi di akhir cerita, nampak macam roh mustika masuk dalam badan tok bomoh.. hahahaha adakah terdapat Jangan Pandang Belakang Congkak 2???

ni antara tag line hantu2 ni yang aku rasa kelakar

hantu raya:
Bertukarrr!! (bila bulan mengambang, dia akan jerit macam tu bila nak bertukar jadi hantu raya)

orang minyak:
snap!! (petik jari kat muka mangsa, aksi nak pukau mangsa)
~dari kerana mataaa..~ yang meeeempunyai kuasa.. ooo aku tergoda, aku tergoda terkecewa~
(ni antara lagu yang dinyanyikan oleh punai sebelum rogol mangsa.. antara lagu2 yang lain, banyak lagu2 spanyol yang romantik2 dia nyanyikan untuk pukau mangsa hahahahaa)

toyol:
semua percakapan dia, akan diselangi dengan yoo~ yoo~ ala2 rap hahaha... kelakar!

aku macam syok sendiri je type n3 ni.. korang sure tak rasa lawaknya.. tapi aku gelak dasyat gak ari kejadian.. hahahaha.. try la tengok.. lawak.. boleh dijadikan perbualan dikalangan handai taulan ni dalam 2 3 4 hari hahaha...

akhir kata.. jangan buat aku marah kalau tak!!! snap!! dari kerana mataaaa...~

*nota lutut - thanks yatie sudi berceria dengan kitorang di kala hati masing2 sedang syahdu dengan stress masing2 hahaha... kita kan "the cute chipmunk ever!" hahaha...

Sunday, June 14, 2009

Drag Me To Hell!



hari jumaat lepas kak niz datang KD nak pulangkan kembali seluar berenang sakti yang tertinggal kat rumah dia masa tengok tayangan perdana muvi Coming Soon.. hasil penculikan kak niz dan katak terhadap aku huhuhu... aku bukan nak cerita pasal asal usul seluar berenang sakti tu lalalala~

kat opis aku bz tak sempat nak balas ym conference.. aku tengok tab window ym berkelip2 kaler oren je popopopop.... hehehe.. keluar dari opis ahhh~ nikmatnya.. pas tu aku dapat semes dari kak niz "Cik kak, sy di dmansara. Nanti i anta suar u tau." .... oooraaaaait~

jalan tak jem ari ni.. seronok gila tekan minyak tak payah tekan break.. tp malangnya aku sampai awal kt kedai makan GM.. melangot sensorang dalam kereta kat tempat parking.. jari dok tekan2 radio, semua lagu cam hampeh.. bukak laci dashboard.. jumpa cd MCR.. layan seround.. pas tu kak anys dah call suh kuar kereta.. diorang dah sampai...

order makanan.. dah tinggal suku baru kak niz sampai.. makan.. makan.. makan..

"jom wayang...".. jooommm~ thanks kak niz!!

sambil queue depan kaunter wayang.. sambil pk citer apa nak tengok.. terminator banyak testimonial yang kurang best didengar... monster vs alien tak de plak.. drag me to hell.. tengok iklan macam menarik.. ok la boleh la...

depan kaunter;
"drag YOU to hell"
orang kaunter gelak.. hahahah!!

nak 4 seat.. sini.. sini.. sini.. dengan sini.. ok tq..

pas lepak mekdi seround sambil tunggu kol 1145pm.. kitorang pun gerak masuk wayang..

aku bagi citer tu 7/10 bintang.. tak la sangat best tapi bagi aku citer tu sangat unik.. sebab citer dia terkejut2 dan lawak.. satu panggung jerit dan gelak dalam masa yang sama hahaha... aku sepanjang cerita berselindung di balik jeket ajaib aku tu hahaha... lepas aku jerit aku gelak.. lepas aku gelak aku jerit.. nenek tu pengotor dan kelakar.. hahaha...

perempuan tu saiko lepas kene sumpahan nenek tu.. dia berubat untuk buang sumpahan, tapi hantu tu still tanak mengalah.. cadangan tok bomoh untuk hadiahkan butang sumpahan tu dituruti oleh perempuan tu.. tapi malangnya dia tersalah bagi hadiah hahaha.. akibatnya, perempuan tu mati kene heret ke neraka...

kalau korang layan pun tak berapa nak rugi la.. sebab 4 me.. quite best la citer dia hahaha...

*nota lutut - kalau ada duit nak je layan marathon.. hehehe.. geramnyeeeee dengan company!!!

Friday, June 12, 2009

darah

jeritlah wahai tawa, jangan bergema saja
gemparkan tembok2 manusia itu
ia tidak seteguh mana
hanya berasaskan nafsu cuma

deraslah wahai air mata, jangan diseka2
membasuh noda cerca
datangnya tidak didamba
lohongkan jiwa yang lara

bila tangan di kepal rapat
tika mata di pejam erat
sedang kepala ditunduk
air mata bertukar keringat
darah itu milik ku

Wednesday, June 10, 2009

Cirit or Die..!!???

type by mira - aku balik dari solat tetiba.. aaiikkkk (intonasi syed).. ada n3 baru dari blog aku, tapi yang misterinya bukan aku yang type jeng.. jeng.. jeng.. Baik ngaku sapa type n3 aku ni... malam ni aku akan puja pelesit2 aku untuk menyantet sesapa yang berkenaan.. dengki la tu, pasal aku cumel.. ahaks

dunno who type this, but 4 sure one of the MPS team members;
aku hari ini..sanggap2 utk ber'cirit'...tp member aku kata baik 'die'...mn yg aku hendak pilih nie..gaji xmasuk lg...myvi ku..ku tolak pakai kaki jer..adessss..kawan2...cirit or die nie..??bg ulasan anda..pls yg berharap..mira.army

i love pink..aauww.!!!

*nota lutut - bengong tol la korang.. aku anggap je hiburan badut dari korang di pejabat.. tak pasal2 publish 2 n3 ari ni miyahahaha...

Tuesday, June 9, 2009

Damn! Stress!

aku sedang diuji dari pelbagai sudut sekarang..

baru 2 bulan aku kerja kat sini, company dah goyah.. nak kata aku songlapkan duit company tak de la pulak.. tapi memang dengar2 cerita ada yang gelapkan duit company.. semoga mereka2 mendapat balasan yang setimpal.. sebab tutup rezeki orang lain.. terutama rezeki aku... hehehe..

perjalanan dari rumah ke opis gila jauh.. sehala memakan masa hampir 1 jam termasuk jem.. duit minyak+tol untuk ke opis memang memberangsangkan.. gaji tak dapat2 lagi... hutang dah keliling badan, bukan pinggang lagi dowh.. aku dah start apply kerja lain sekarang nie.. doakan aku wahai handai taulan.. insyaALLAH..

mak aku demam sekarang.. aku duduk rumah jaga mak sambil tunggu adik aku balik dari meronggeng, dan tunggu kakak aku keluar dari bilik air, aku rasa dah dekat 3 jam.. aku terpaksa tunggu mangkuk2 tu dulu, baru aku boleh g kerja.. mak tak boleh dibiarkan sorang sekarang, pasal tadi mak muntah2.. doakan mak aku sihat ye handai taulan.. erm.. skang dah pulul 10.21 pagi.. kol berapa ntah aku nak g kerja.. adoyai~

akibat stress;
mulut aku makin lancang..
hati makin mudah meruap..
keluh makin mudah terhembus..
jiwa makin mudah terhiris..
mata makin mudah panas..
tapi syukur tak menitis..
aku masih tersenyum.. aku masih ketawa..
Allah pinjamkan kekuatan itu untuk aku..
Aku akui.. alhamdulillah..

aku bersyukur masih ramai kawan2 yang paham situasi aku ni, walaupun tak semua.. syukur masih ramai yang bertanya khabar aku, walaupun tak semua.. syukur ada yang nak hulur2 dulu, walaupun tak semua.. aku malu kat kengkorang semua.. waktu kita tengah terkapai2 ni la kita tahu siapa yang sentiasa di samping kita.. setiap ujian dari ALLAH tu ada hikmahnya.

aku sedih sebab masih ada yang sudi menambah luka aku disaat genting ni.. Alhamdulillah..

Sunday, June 7, 2009

Jerkah!

hati kau mahu kami belai..
hati kami kau ikut suka hati kau je..

jiwa kau lembut tidak boleh kami sentuh..
jiwa kami, kasarnya tangan kau rentap..

puitis betul kami bila berbicara dengan kau..
karut kau pada kami, berdesing telinga..

senyum terukir untuk tatapan kau..
tapi jelingan kau memang sakit hati..

sekarang kau hadap setiap kami.. bertanyakan;
"mengapa kacau dunia aku.."

kami hadap dan bersuara.. menjawap;
"dunia kau bergolak, rentetan dari kocakan tangan kau sendiri"

*nota lutut - jangan tanya untuk siapa jerkahan ini!

Friday, June 5, 2009

Team MPS yang deymmmn~ din!

N3 ini adalah simbolik perasaan "mahu terajang sorang2 tahap kungfu Hustle". Baru sehari aku tak de kat opis sentul, bermaharajalela diorang terhadap PC aku, yang aku sangat kagum.. semangat bekerjasama diorang ala ala wonder pet, yang sanggup membuat design untuk menyiksa batin aku.. aku boleh bayangkan macam mana diorang beramai2 mendesign wallpaper aku sambil bernyanyi beramai2 "apa yang penting.. kerjaaaasamaa... apa yang penting.. kerjaaaa samaa..." berulang2 kali, sambil menggoyang2kan kepala kekiri kekanan serentak.. deymmmmmm! din!

kata2 rindu mereka terhadap aku dan gothy dalam twitter hanyalah dusta semata2.. sebenarnya mereka tak sabar nak menyiksa batin aku dengan wallpaper striking.


5 JUNE 2009


4 JUNE 2009


hari yang memenatkan apabila aku drive dari KD ke Putrajaya seorang diri untuk meeting web DVS.. selepas meeting.. aku sesat sampai Mid Valley, ntah celah mana aku masuk.. setelah berjaya menemui jalan kebenaran.. aku culik nissah untuk teman aku lunch.. seteri pentingkan printer kat office dia dari aku.. huh.. kecil 3 sentimeter hati ku...

setelah lunch, cik ameen call, aku terus menuju ke HQ di Kelana Jaya.. aku diarahkan untuk train student praktikal Max (Orang Sarawak) dan Mostapo (Uzbakistan.. ni nick name dia kitorang bagi, sebab nama betul dia susah giler nak sebut hahaha.. nasib aarr...) diorang memang sepatah haram tatau bahasa melayu.. deymmm ~ din!

sesampai sahaja di office LAVA, aku terus tanya naser, nak train apa.. rupanya2 naser dah settle train diorang sepanjang aku meeting kat DVS.. miyahahaha... padan muka kau... miyahahaha.. uhuk.. uhuk.. uhuk.. umph! di HQ sangat "HARMONI".. bak kata din, senyap sampai boleh dengar bunyi cengkerik... krik.. krik.. krik.. deymmm~ din!

balik dari HQ aku colik nissah sekali lagi, kitorang lepak GM pulak dinner.. disebabkan aku penat sangat hari ni, kitorang balik awal ke rumah masing..

status YM syed yezzar, deymm~ din! dan joe jambul malam tu, aku tak berapa faham, pasal aku penat sangat.. rupa2nya diorang dah hint pasal wallpaper tu huk huk huk!!

aku sebagai insan yang cumel di dalam team MPS ni, rasa nak sekeh dengan aksi2 badut korang.. miyahahaha!! siot korang... pelesit2 aku sedang berhibernasi tu.. bila pelesit2 suruhan aku dah aktif kembali.. sorang2 muntah darah, ramuan santau sudah aku sediaakan terdiri daripada kaca pecah, rambut bab, kuku ayam KFC, cheezy wedges cheeze lebih dan juga ayam kampung mahal restoren lambaian di bulebat.. miyahaha...

tapi sekarang pun ramai yang dah muntah darah, tak payah tunggu santau dari aku, workload web masing2 pun dah menyeksakan.. hahah padan muka kita semua..

nota lutut - obviously ni bukan n3 marah+bengang+hangin dari aku.. aku enjoy ada team sengal mcm korang.. u guys make me breath at LAVA. . with the critical situation now.. Motivation is there.. its u guys.. what ever happen i always will say.. DEYMMMM DIN! miyahahahahahahah~

Monday, June 1, 2009

Puitis Kombat: Malam yang Siang


Malam
lihat lah pada nyamannya
jangan dilihat pada kelamnya
meredup mata dari silau hari
menyelimuti resah dengan embun pagi
melelapkan dendam dengan hadirnya mimpi

Siang
memancarkan panas sang mentari
membakar ubun2 meresap ke hati
terangnya menyuluh kekhilafan diri
keringat menitis kebumi
ikhlasnya belum pasti

Malam
pekatnya membutakan
meranduk jalan tanpa sinar
luka tidak kenampakan dek cahaya suram
pedih menggigit tidak diendah
termanggu menanti hadirnya cahaya

Siang
habanya menghalau gigilnya malam
terang menyuluh liku hidup
meraup muka berkeringat juang
mencari jemari yang sudi dipimpin menuju indah~


*nota lutut - aku cari feel untuk menyahut seruan naqi dalam cabaran Puitis Kombat nya.. melahirkan rasa sakit, dalam tembok2 skali~

euw~ ur name is very the boy band la young man hahaha.. i will call u din, so that dun u ever call me aini again.. deal? bluek!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin