Friday, May 28, 2010

Kembar ku Bertatih

comel tak?? hahaha..ni la kembar aku.. dia lahir 22 march 2009.. mak dia bengang dengan aku pasal time dia ngandung aku slalu cakap kat baby dalam perut dia "kuar 22 march tau sama dengan besday mak yang" .. pas tu sampai dah lepas due pun baby tanak kuar.. sampai terpaksa induce pada tanggal 22 march 2009... hahahah.. yes yes.. aku suka.. sejak ari tu mak dia panggil dia "kembar mirah" kalau bercakap dengan aku hahaha..

nama dia muhammad zikri.. nama manja dia Kiki.. skang dah hensem tau hahaha.. kuat merajuk.. tadi lambat bg dia makan satey.. terus tanak makan.. jalan menonong sorang2 masuk bilik.. sembam muka kat katil tunggu orang datang pujuk dia hahahaha... lawak lawak..



wah wah siap bertanjak.. bersamping.. berkeris.. serba serbi kuning.. nak nikah ke apa budak ni hehehe...

harini kiki ada upacara "bertatih".. dia baru pandai berjalan.. kalau ikut adat kitorang budak2 baru pandai berjalan ni ada la sikit upacaranyaa.. antara yang aku ingat.. peralatan upacara mestilah serba kuning.. limau nipis.. tanah liat 3 jenis.. bunga 7 jenis..

aku dah try upload video bertatih tue.. tapi besar sangat kot.. nanti aku cuba lain kali..

masa aku kecik2 dlu pun kene mcm ni gak.. mak aku cakap.. aku meraung time upacara ni.. aku tak leh tengok orang yang aku tak kenal hahaha.. time kecik2 mana nak tau kan hehehehe...

sebelum balik umah aku tadi.. aku sempat rakam aksi nakal kembar aku ni hehehe... nah layaaan...


video

Tuesday, May 25, 2010

Langkah Pertama Gothy


atas permintaan ramai.. aku upkan gambar organ baru gothy dengan nawaitu nak riak kat kak bye.. sempat pusing2 dalam parking bertingkat UiTM cari kereta kak bye.. sebab nak parking sebelah dia.. mementang kereta gen2 oren dia skang dah sporty habis..

walau dengan badan yang masih bercalar.. gothy nampak lain.. lebih macho dari sebelum nie.. yearghh!! lepas ni cadang nak kasi lowered sikit.. nak kasi tukar bumber depan blakang.. nak kasi pakai skirt.. jangan risau.. walaupun nama dia skirt.. gothy takkan kelihatan girlish.. dia akan kelihatan gothic key hak hak hak..

aku bukan tau banyak sangat pasal kereta.. tapi dalam otak aku skang, aku ada satu gambaran wajah gothy yang akan aku modify.. perhhh!! gothic siot!!

aku kasi korang tgok sportrem je dlu.. wajah penuh gothy aku tak leh tayang.. sian dia banyak parut.. lagi pun orang2 tua cakap.. tak baik bg gambar penuh.. pasal senang nak kene bomoh.. hahahahaha.. till then.. c ya...

*nota lutut - menjumpai ketaksuban yang membuatkan aku lupa dengan makhluk2 dan situasi yang menjengkelkan di ruang lingkup itu.. life is interesting.. cheer~!

Sunday, May 23, 2010

Layan AF8 seround

aku tak minat shahir.. tapi lagu dia nie best sangat hahaha.. dalam utube tak de video yang berkualiti lagi.. cukup la sekadar nak intro lagu ni hehehehe... nah.. hambik!






Kebahagiaan Dalam Perpisahan Shahir AF8


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Thursday, May 20, 2010

Profile Pic Facebook

dah lama orang tak tag aku.. kali ni aku di tag.. dalam keadaan bermukus dan demam aku merialisasikan impian kudeng sengal made in BP Johor..

syarat2 penyertaannya amat mudah. tidak perlukan slogan yang tidak melebihi 8 patah perkataan.. cuma perlu memilih gambar profile yang ke 8 dari facebook korang.. dan ceritakan salasilah gambar berkenaan.. klentong pun tak pe.. bukan orang tau pun.. miyahahahaa..

tadaaaa....~ ni la gambar profile aku yang ke 8 dari facebook... tiut kan?? ahaks..

gambar ala2 myspace ni, di ambil kat sentul.. ada event Urbanscape.. aku, nissah n hegira tolong jaga booth The Brain dan Sifoo.com secara sukarela.. sangat meriah event tue.. event yang mengumpulkan komuniti2 yang kreatif.. yang ada minat pada seni.. macam2 jenis orang leh jumpa kat sana.. yang comel.. yang gojes.. yang pelik.. yang aib.. yang seksi.. yang macam2 ar.. best tgok ragam orang kat sini.. antara artis yang turut enjoy event tue cheryl samad.. siyes sangat kiut.. sangat sporting.. sangat slamber.. sempat bergambar dengan dia.. tiut tangat..

lepas penat layan customer kat booth.. lepas maghrib lepak layan gig seround.. alang2 kat situ.. layan je la.. tapi badan sangat penat sehari suntuk layan customer.. tapi sangat enjoy bekerjasama dengan bebudak sengal The Brain.. aku dah tak henggat nama2 bebudak tu.. aku ingat sorang je 'Shah Seri' bukan nama sebenar.. yang lagi dua org aku tak ingat.. haaaa ingat2.. sorang lagi 'Yuha' sorang lagi apa ntah nama dia.. sapa suh nama ko sangat unik.. kan aku dah tak leh ingat hahaha..rindu zaman2 ronggeng ke event2 cam ni hehehe.. mcm2 orang leh jumpa..

occay.. skang tugas aku sebarkan virus nie.. 8 ek?? 8 je?? huh mudah.. jap ek jap..

  1. nissah
  2. sidot
  3. katak
  4. et
  5. kak bye
  6. yosh
  7. camcilah
  8. cuax sarkes
*nota lutut - huh!! mudah! miyahahaha..

Wednesday, May 19, 2010

Hospital Sungai Buloh LAGI!!?




dipendekkan cerita...

lepas serabut dengan kerja opis sampai sakit pale.. otak dah stuck tak boleh pikir dah.. aku sempat g gym seround rehatkan otak.. selesai sauna membuang toksik dalam badan (iera google tau hehehe) aku check la hp.. ada miskol dari my mom..

my mom : balik cepat.. alan sakit perut sampai berpeluh2 tak boleh bangun
aku : haaa skng jalan jem.. boleh tunggu ke..
my mom : balik je la cepat...
aku : baik.. menurut perintah..

aku semes nissah bgtau dating dengan lolo tak jadi sebab nak hantar adik aku g klinik...

lepas harungi jem.. sampai la aku ke KD..aku lepak bawah sambil tunggu adik n mak aku turun.. dalam setengah jam gak aku lepak dalam kereta... sempat la aku berangan jadi kaya.. ada rumah banglow yang ada swimming pool.. ada kereta porsche kaler merah.. perghh..

knock.. knock..!!

oopocot~
adik aku ketuk tingkap keta aku.. mak ai... gile pucat muka beliau.. badan tak boleh tegak.. dok mengerekot.. pegang tuala kesat peluh.. terkejut aku tengok keadaan dia.. lepas mak n adik aku masuk kereta aku terus drift ke klinik kat seksyen 6..

alhamdulillah orang tak ramai sangat.. lepas sorang kuar dr bilik doktor.. adik aku dipanggil masuk... aku menyebuk masuk gak..

doktor terkejut tengok keadaan adik aku...

doktor : sakit kat mana
alan : kat sini (tunjuk kat tengah2 dada)
doktor : kiri kanan dada sakit tak
alan : tak.. tapi bila tarik nafas sakit sangat..
doktor : badan awak sejuk sangat nie.. symthom mcm ni selalunya jantung.. saya kene refer awak ke hospital suspect jantung..
aku : haa!!???
doktor : biar terlebih rawat dik.. jangan terkurang rawat..
aku : angguk2 (setuju)
doktor : saya refer awak ke Hospital Sungai Buloh ek
aku : (teringat time aku xcident motor dengan nissah, kene hantar ke Hospital Sungai Buloh.. sangat ngeri layanannya di sepital itu) doktor.. hospital lain tak boleh ke..
doktor : boleh je ikut awak laa..
alan : yang paling dekat je la.. aku tak tahan dah nie..
doktor : paling dekat sungai buluh..
aku : ok ok ok...

sekali lagi aku drift ke Hospital Sungai Buloh.. berenti di wad kecemasan.. turunkan adik dan mak aku depan kaunter daftar.. aku cari parking.. lepas bagi surat dari klinik tadi.. adik aku terus di bawa masuk ke bilik kecemasan.. aku cam blur2 nak follow diorang masuk bilik kecemasan tu pas tu ada brader tu.. "cik tunggu sini ye.. biar doktor check dia dulu" aku baru tersedar.. pas tu terlintas kat kepala aku macam dalam drama melayu pulak.. dialog tu slalu ada kalau scene dia kat sepital hahahaha.. ok ok pas ni aku leh terima dialog tu kat tv pas ni.. sebab kalau kita kat sepital memang kita blur.. hehehehe...

erm... kali ni layanan diorang agak bagus la... diorang concern kat mak aku.. suruh duduk dlu.. aku berdiri jenguk2 adik aku dah kuar ke belum.. diorang suh aku duduk bersabar.. napa laaa time aku xcident dlu orang2 yang baik2 ni tak de ek.. mencik mencik.. ada ke patut dulu aku tengah cedera parah disuruh berjalan sendiri ke kaunter pendaftaran ambik nombor.. huhuhu...

rupa2nya waktu malam2 kat wad kecemasan sangat meriah dowh... sepanjang aku duduk tunggu adik aku dirawat tue.. 2 kereta datang ke wad tu dengan sangat drift.. 1 kereta bawak 3 beradik baru lepas xcident motor tak pakai helmet.. aku tengok budak tu muda lagi.. confirm tak de lesen.. dia bawak 2 adik perempuan dia pulak tue naik motor..

penunggang patah tangan berdarah2.. sorang lagi pengsan tak sedar diri.. sorang lagi bengkak tanggan je.. diorang terus dirawat depan kaunter pendaftaran.. hentikan darah yang mengalir.. balut tanggan yang patah.. kejutkan orang yang pengsan.. uit tak pernah aku tengok keadaan tue..

beberapa minit pas tue.. satu lagi kereta satria hitam drift.. ada lelaki awal 30-an kene patuk ular... steady je dia.. datang kat kaunter.. "bang saya nak rawatan.. saya kene patuk ular hitam".. ular tu tak bisa sangat kot.. cam relax je brader tue.. pelik lak aku..

adik aku pun keluar dari bilik rawatan kecemasan.. diorang suruh ke bilik lain pulak untuk mendapatkan rawatan lanjut.. lepas tunggu agak2 setengah jam nama dipanggil.. adik aku pun masuk la bilik tu.. kali ni aku masuk gak.. pasal ni just bilik rawatan biasa.. dia pun check apa yang patut kat adik aku.. bagi adik aku makan ubat pas tue.. dia suruh g bilik rawatan ke 3 pulak.. aneh jugak prosedure diorang.. bg aku sangat aneh laa.. kenapa sampai 3 bilik rawatan kene masuk.. follow je la..

lepas daftar sekali lagi dan bayar seringgit kat kaunter pendaftaran.. kitorang tunggu angka giliran pulak.. setengah jam gak tunggu.. lepas dah setengah jam.. aku pun masuk dengan adik aku...

umph.. dalam bilik kecik tu ada 2 orang doktor.. biliknya sangat sempit untuk 2 orang doktor dan 2 orang pesakit dirawat sekali gus.. doktor yang rawat adik aku lelaki.. sangat detail.. sangat berhemah.. dah bagus kot Hospital Sungai Buloh.. entah laa ikut nasib kot.. sementara doktor laki tu rawat adik aku.. sorang doktor perempuan sedang rawat pesakit yang xcident motor yang pengsan tue.. sian gak aku tengok dia...dia dah sedar.. tapi doktor panggil2 nama dia.. dia tak nyahut.. dia macam khayal je.. doktor tunjuk jari 2 depan muka dia.. tanye "ni berapa" dia tak jawap.. dia dok tengok je jari tue... doktor perempuan tu pun membebel "mcm mana la budak kritikal cam ni leh disuruh masuk bilik rawatan biasa.. dia ni kene hantar ke wad lain nie.. dia tak sedar langsung ni.." budak tu pun terus di bawa untuk rawatan yang lebih komplex.. hoish.. agak ngeri la keadaan tu.. alhamdulillah time aku xcident tu.. kepala aku tak terhantuk..

lepas check2 adik aku.. doktor cakap adik aku gastrik yang sangat teruk.. jantung dia alhamdulillah tak de masalah.. cuma doktor suruh makan ubat dalam 3 hari.. jika sakit berlarutan datang hospital balik takut disyaki ada batu dalam hempedu.. aku suh dia scan terus.. tapi dia cakap.. "hempedu bukan kritikal so tak boleh scan skang.. "erm... kene tunggu kritikal dulu ke ek??! entah arr..

keadaan adik aku semalam membuatkan aku kene standby kat rumah tak g keje kalau2 adik aku tetiba kritikal.. pucat dia memang tak boleh blah.. sangat2 pucat muka berpeluh2.. mak aku tak tido malam semalam dok jaga dia.. tak boleh tido baring.. mak ai ngeri ngeri..

pepetang tadi alhamdulillah dah ok aku tgok.. tuuu dia dah siap2 pakai baju wangi2 nak kuar dengan kawan.. skang aku rasa nak terajang dia bg menggelupur balik.. aci tak?? hahahaha

*nota lutut - semoga semua orang sekeliling aku sihat2 hendaknya.. insyaallah...

Wednesday, May 12, 2010

Ceramah Sepagi dengan Dato' VC

korang sudah bersedia dengan n3 yang skema.. bosan.. ntah pape.. dengan perasaan "ape ke jadahnya n3 ni" .. kalau tidak suka sila type url http://www.facebook.com/ skang!!

.
.
.
.
.
.

pagi tadi ada sesi sepagi bersama;

Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, FASc Vice Chancellor, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

staff PSMB wajib hadir ok.. perjumpaan bersama2 staff PSMB yang dikatakan tulang belakang UiTM.. tulang belakang aku sedang membengkok dengan kerja yang horror skang!!

alkisahnya...
aku pernah pertikai keputusan beliau.. untuk membawa masuk pelajar melayu.. miskin dan meletakkan keputusan SPMnya di tempat yang ke-3 untuk dinilai untuk melayakkan diri untuk masuk belajar di UiTM..

syarat layak untuk masuk UiTM;
  1. Miskin
  2. Melayu
  3. Keputusan SPM
dua kali Dato' Sahol ulang kelayakan itu.. MISKIN!! MELAYU!! dan SPMnyee...

macam2 terlintas kat otak time dengar keputusan tu...

  1. jatuhlah kualiti graduan UiTM
  2. boleh ke bebudak tu survive dengan subject2 yang tough, sedangkan basic education mereka tidak mencapai tahap yang ditetapkan
  3. boleh ke masyarakat terima kemasukan pelajar2 ini dengan kelayakan yang tak logic

ooOOOooOOo...
rupa2nya.. kategori ini hanya ingin mengisi 5 ribu pelajar sahaja.. dan pelajar2 itu perlu memulakan pengajiannya dengan peringkat PRA.. saling tak tumpah macam sijil.. mengambil subject2 basic untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.. jika kecundang di tengah jalan.. anggap lah mereka mensia2kan peluang yang diberi.. tabung khas juga disediakan untuk pelajar2 terbabit.. tidak menggunakan peruntukan kerajaan yang diberi untuk pembangunan UiTM.. banyak gak usaha yang dia buat untuk projek ni.. contohnya, hasil jualan cafe, ntah berapa percent keuntungannya akan dimasuk ke tabung projek nie.. bagi aku la.. kalau bebudak tu memain pas berjaya masuk belajar kat UiTM.. memang aku langar dia dengan gothy aku kat tepi jalan..

bagi course2 yang lain, masih mementingkan kelayakan masuk bagi memastikan kualiti UiTM sentiasa terjaga..

my 1st impression.. dia sangat sempoi.. speech dia sangat slamber dan rasa dekat.. no more gaps.. tak nampak symptom2 'blagak cam bagus' dalam diri dia... macam orang2 berpangkat yang lain.. 'cakap tak serupa bikin'.. lalalalalalalaa~

permulaan ceramahnya dah buat orang rasa dia kewl~

pantun MC yang berbunyi..
Dato' Sahol panggilan manja...
bla.. bla.. bla.. bla..
(berpantun)

di sambut gelak oleh dia.. sambil jawap.. "nama manja saya ceq la.. mak saya panggil ceq.. orang penang la katakan"

disusuli dengan kisah hidupnya yang sangat daif.. sangat miskin.. ditindas di negeri kelahirannya sendiri di Pulau Pinang.. orang melayu tiada tanah sendiri di Pulau Pinang.. orang melayu di pandang jijik di sana.. melayu dihina kerana miskin.. melayu di perlekeh.. semua tekanan hidup itu membakar semangatnya untuk berjuang demi melayu..

dia bertomoi atau berboxing untuk mencari duit.. balik rumah muka berdarah2 lebam2..dapat la 30 hengget sekali tomoi.. kalau buat2 kalah dengan pihak lawan.. dapat extra 30hengget lagi.. hehehe..

bila mak dia tanye napa berdarah.. dia jawap "orang tu yang start dulu" mak dia akan cakap "hang pe peghabih budak tu skang".. hahaha.. semangat tu yang dia bawak sampai skang.. "kasi peghabis!!"

result SPM teruk.. math fail.. mak ai.. memang horror la result dia.. mana ada masa nak belajar.. dok bertomoi cari duit..

pada suatu hari (wah skemanya) ada seorang pegawai MARA datang dekat dia masa dia menonton tomoi.. dah selalu tengok dia kat situ menonton tomoi..

pegawai MARA : awak nak blaja tak
Dato' Sahol : saya nak kerja jual tiket tomoi ni boleh.. boleh dapatkan kerja ni untuk saya tak?
pegawai MARA : nanti datang ke pejabat saya di (alamat)
Dato' Sahol : (yess dapat kerja la ni)

dipendekkan cerita.. pegawai MARA tu isikan borang dia masuk belajar di ITM.. sambil dia bekerja sebagai buruh kasar di pembinaan Menara Berkembar Sains dan Teknologi, UiTM Shah. (yang ni aku tak sure.. terbersembang dengan kak ila hahaha) .. alkisahnya dia fail n kene tendang.. dengan rayuan2 dari 2 orang lecturernya yang berbangsa cina.. rayuannya diterima.. maka belajarlah dia bersungguh2.. lecturer dia pun dengan sangat la aku takjub.. pergi ke kampung dato' sahol ni..meminta parents dia tidak menyuruh dato' sahol ni bekerja dan akan diberi duit setiap bulan.. erm..

maka dengan itu berjaya lah beliau.. sejak itu.. pengajiannya di taja.. sampai blaja di luar negara pas tu apa ntah dia jadi kat jerman..

dengan perasaan yang sangat memahami orang2 miskin.. dia mengatakan "bukan semua orang yang dapat result SPM teruk tu tak pandai.. tapi mereka tiada peluang.. dapat pahala kita membantu dan memberi peluang kepada mereka.. UiTM mengambil 25 ribu pelajar yang berkelayakan setiap pengambilan.. mengapa tidak boleh memberi peluang kepada hanya 5 ribu pelajar miskin yang ingin belajar tapi tak de kemampuan".

maka dengan itu.. sesapa yang miskin.. dan berbangsa melayu... meh sini salinan result SPM dan IC, aku g bawak g jumpa Dato' Sahol.. kalo korang tak lulus dengan cemerlang.. gemilang.. terbilang.. tak perlu tunggu UiTM tendang korang..meh sini aku tendang korang dulu.. hahahaha!! ada braaaannnn!!!???

:: saja nak taruk gak gambar ::

*nota lutut - amacam.. ntah pape tak n3 aku kali nie.. aku type sesukati aku dengan grammer tunggang langgang.. sekian!!

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu


hari ni aku tak jiwang.. penat aku menjiwangkan diri.. tapi tak berjaya.. so aku direct je la..

aku sayang mak aku... sayang sangat2.. tak de perkataan yang boleh gambarkan perasaan tu. pengorbanannya takkan dapat aku balas sampai bila2.. aku hanya mampu mencuba membalas jasanya.. semoga ALLAH SWT memberkatinya..

i love BOTH of u so so so so much.. trust me.. muax!!

Monday, May 3, 2010

Sedang Sengal

Dengan keadaan pikiran yang kurang stabil.. aku mahu update n3 aku..

sepanjang kemusnahan laptop ACER aku yang bermodel aspire 4520 yang terkenal dengan model yang cepat rosak, atau pernah mendapat nama timangan dari ex-opismate aku dlu 'Aku CEpat Rosak (ACER)".. panjang aku perkenalkan diri beliau...

"Bapak Eminemn" la yang banyak membantu aku mengenali dunia luar.. tanpa beliau, maka gian la gua!! (ces terkeluar perkataan gua plak.. ni gara2 tengah berym dengan maro la ni.. 'gua.. der.. gua.. der.. pengaruh rakan sebayar la lu der.. memang dasat penangan adnan sempit kan der.. gua pun skang sembang pakai gua der gua der hahahaha') ok sambung balik.. gua akan gian berFB.. berBlogging.. dan berYMing..

dengan linangan air mata.. gua memperkenalkan taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa... BAPAK EMINEM.. nama ni bersempena dengan nama laptop member gua nissah yang diberi nama pada surat beranaknya ialah EMINEM (jangan tanye gua.. gua sendri confuse nape dia taruk nama tu kat laptop dia).. so secara tidak langsung.. PC dia gua angkat sebagai bapak kepada eminem tanpa kelulusan si pemiliknya hahahaha.. yes gua gila kuasa.. thx babe kasi gua pinjam PC lu.. siyes beb gua terharu.. tsk tsk tsk..


strategik tak tempat Bapak Eminem.. gua letak bebetul sebelah katil gua.. yang cadar bunga2 pink oren tue.. cadar tu kakak gua yang beli kat ausino.. gua rembat je.. ada gua kisah.. hahaha.. bila gua berYM, orang akan tanye "ko wat pe" gua akan jawap.. "tengah baring2" diorang gelakkan gua.. diorang tak dapat bayangkan gua baring2 sambil YM depan PC.. skang lu orang dah tau kan.. mcm mana gua baring sambil YM.. huh!


gua dengan perasaan dengki dan iri hati.. gua sengaja upload gambar stiker kat monitor dia nie.. yang menunjukkan betapa skemanya pemilik Bapak Eminem ni.. hahahaha... best dowh wat perkara2 yang mampu membangkitkan amarah lu der... hahaha..

ini pulak caption yang sedikit poyo dan belagak dr gua... beg ni gua beli kat Padang Indonesia.. kalau nak dibandingkan kain2 sulam bukit tinggi dan sulaman goyang yang diwar2kan sangat shantek dan femes yang gua rembat 2 pasang je tue yang gua beli kat Padang Bukit Tinggi.. gua paling sayang beg gua nie.. walaupun beg mcm ni bersepah2 kat Jaya Jusco Bukit Tinggi area Klang..

setiap kali gua belagak dengan kawan2 gua yang gua beli beg kat padang.. diorang dengan slambernye bertanya... beg sulam ke..?? beg rotan ke?? hangguk lu orangla der.. lu orang ingat orang kat padang tu tak de shopping complex ke der.. adooii.. gua rasa kecewa tol.. terbantut gua nak belagak.. digantikan dengan bahasa2 fakta yang menerangkan kehidupan orang2 bukit tinggi..

beg ni juga adalah simbol keaiban gua... gua beli beg laptop ni dlu.. baru gua g beli laptop.. hahahaha.. cuba lu tanye diri sendri skang.. bag tu cantek kan?? lu sanggup ke biarkan bag secantik tu dok sorang2 kat seberang laut?? mesti lu tak sanggup kan?? tu yang gua rasa masa gua ambik bag tu sebagai peneman gua skang.. beg tu juga gua jadikan tempat letak kain2 yang gua beli untuk handai taulan kat tanah air.. tanpa beg tu.. lu orang takkan dapat barang2 dari Padang yang korang pesan occay!! dah dah jangan kutuk beg tu lagi..




ni pulak caption sedikit skema ye anak2.. syukur alhamdulillah.. dengan berkat usaha gigih.. gua berjaya angkat 1 laptop menyambung pengorbanan ACER gua dulu.. iaitu ASUS A42JK.. (gila ar poyo.. siap bold) .. thanks kat orang2 yang gua mintak khidmat nasihat Pak Tam.. Syed.. Kudeng.. Nissah.. dan tidak ketinggalan Starry pasal teman gua g Lowyat ari tue.. paling2 penting adik gua alan.. yang bawak gua g Lowyat 3 kali untuk survey.. lepas g lowyat je pow gua makan kat steak house Kampung Baru.. ye ar ye ar..gua tak berkira..

dengan ingatan tulus ikhlas.. gua berharap.. laptop gua nie dalam kesihatan yang baik selama yang mungkin.. gua memang ingat pesanan kawan gua kat tapah si Azid ngok ngek... "ko jangan sayang barang sangat2 mir.. tak elok" aku pikir ada betulnya.. lu orang pk la sendri.. gua malas nak xplain panjang2..


dan sekarang mereka tidak dapat dipisahkan lagi... mak ai.. gua syahdu tengok gambar ni.. bagaikan isi dengan kuku.. bagaikan aur dengan tebing.. tsk.. tsk... okla der gua nak layan Full House entah kali keberapa ntah gua tak sure.. cute dowhh Yong Jaey.. auuuwww~

*nota lutut - sekian n3 dari aku ketika otak sengal2 ubi.. chow!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin