Wednesday, October 28, 2009

Programmer Budget Kental

Inilah akibatnya kalau seorang programmer sedang menghadapi tekanan dalam kehidupan pekerjaannya.. dalam status pun tiada kata2 yang lebih indah untuk diungkap selain coding~


Pak Tam
Jenis code - CSS version bahasa melayu
Kelebihan - Seorang yang multipampers dalam kerjanya..

Mampu menghabiskan sebungkus meggi di hadapan komputer sambil bermain game tanpa sebarang kesulitan..










Silolo
Jenis code - Linggo version poyo
Kelebihan - Seorang yang mampu menghabiskan sisa2 hidup di hadapan komputer dengan mendownload segala jenis link..

Beliau tidak berkemampuan makan di depan komputer, walaupun seurat bihun.. kerana beliau sedang diet..








Khairul Anarm
Jenis code - JavaScript version Jawa
Kelebihan - Seorang yang mampu menyeludup hosting dan domain free, seorang yang selalu dapat hadiah (hosting / hardisk / topup hp)

Memberi pelbagai tips2 menarik dari segi hosting dan domain, tidak ketinggalan tips percintaan berbekalkan pengalaman cinta dengan Sagi..






Akira
Jenis code - Action Script version mengantok
Kelebihan - Seorang yang mampu bersengkang mata bersama letopnya yang bernama eminem sambil menghempas2 peralatan di sekeliling termasuk menerajang kipas berwarna maroon..

marilah kita berdoa dia tak campak eminem pas ni.. LARI!!!~






army4war
Jenis code - PHP version display mood
Kelebihan - Seorang yang mampu menjahanamkan letopnya sendiri dengan jayanya..

seorang yang punctual ketika datang dan balik dari kerja.. miyahahaha...










*nota lutut - sedang godek2 Joomla... sambil2 tolong2 member.. sambil xplore2.. takut lupa codding PHP.. mari mentelaah.. hehehe...

Friday, October 23, 2009

TeamViewer

Aku sangat kecewa kat opis tadi pasal.. cubaan aku nak guna TeamViewer seperti ajaran katak tak berhasil.. si beliau offer aku untuk remote pc mac dia, untuk aku layan youtube dengan facebook.. penat aku install mende alah nie.. tak berhasil.. aku run terus pun tak berhasil.. uhuk.. uhuk.. uhuk..

sesampai je kat rumah.. lepas solat asar.. aku terus online guna pc nissah (aku bagi nama pc ni bapak eminem.. hehehe...) setelah berjaya online.. aku terus ym katak..

rEd-arMy: weh saja nak test remote pc ko boleh??
rEd-arMy: aku dah kat umah
rEd-arMy: aku dah run teamviewer
rEd-arMy: boleh dah..
B|_u3fR0G !!: silesile
rEd-arMy: nak balik id n password ko
rEd-arMy: tadi pc opis
B|_u3fR0G !!: xxxxxxxxx
B|_u3fR0G !!: xxxx
rEd-arMy: yess hahahaha... tak jelas pun
rEd-arMy: dah jelas sikit2
B|_u3fR0G !!: reti gune mac?
B|_u3fR0G !!: bagus..

aku terus menjadi sangat jakun, sehingga tidak menghiraukan keadaan sekeliling.. perut aku yang sangat lapar juga aku berjaya tidak hiraukan.. jangan kata korang.. aku sendiri pun takjub.. walaupun screen monitor katak sangat lambat untuk aku view.. aku tetap teruja miyahahaha...

malas nak type punya pasal.. ni lah kisah time aku remote pc katak.. sangat jakon level mengaibkan.. perbualan ni, menggunakan "chat- TeamViewer"

*(305488841 - katak ) (442785616 - aku)

305488841: giler
442785616: uik
305488841: oit
442785616: oi
442785616: aku leh view slow2 je screen ko :P
.
.
442785616: tgok ko wat keje la 8->
305488841: hhhaaa
305488841: siap
442785616: sila sila.. aku tak kaco kihkihkih..
305488841: bukak ler
305488841: aku pki laptop
305488841: mac ni mmg terbiar
305488841: utk tgk movie
305488841: nak tgk folder movie
305488841: tu.. folder movie
305488841: 1/3 jek ade sini
305488841: lebih ade dlm hd aku ngn kawan aku
442785616: cite apa yg ko ada =p~
305488841: die token movie dlm opis
305488841: aku nk pi solat jap
305488841: tgk la
305488841: tu yg aku layan
305488841: lebih kat kawan aku
442785616: warghh bayaknyaaa
305488841: ko boleh copy tau
442785616: laskar pelangi
442785616: gubra
442785616: angel n demon aku tak tgok lg
442785616: kala malam bulan mengambang
442785616: bayaknyeeeeeeeeeeeeeee
442785616: ong bak
305488841: tu ke atas lah
442785616: aku dah tgok sampai bawah.. aku naik ke atas plak
442785616: ade monster vs alien =p~
305488841: h //ni uruf yang aku type kat pc dia guna keyboard aku hahaha
442785616: hahaha... chat ni pun aku boleh tulis kat diri sendi hahahahah jakunnya akuuu =))
442785616: sadap
305488841: giler
442785616: hahahahah... biar ar.. ko la gilerr =))
442785616: aku tgok dunia baru kat mac ko :))
442785616: wat la keje aku tak kaco da.. saja je takjub :P
305488841: tgk xde sore [-(
442785616: hahahaha... tu namanya saje gatal sukasuki paham.. :P

:: ni la rupa bentuk screen katak yang berselerak dengan kerja2 beliau :: aku pun tumpang menyelerakkan gak, gatal jari klik layan muvi Dunia Baru The Movie :: padahal aku dah layan wayang muvi ni :: tengok pulak tak boleh dengar sound :: apakah maknanya aku tengok muvi tanpa suara :: itu maknanya aku teruja tanpa arah :: hahahahaha ::



KLIK UNTUK DOWNLOAD


TeamViewer is a computer software package for remote control, desktop sharing, and file transfer between computers. The software operates with both Microsoft Windows and Mac OS X, and functions even if the computers are protected by firewalls and NAT proxy. It is also possible to access a machine running Teamviewer with a web browser.Whilst the main focus of the application is to facilitate desktop support, and remote control of computers, collaboration and presentation features are included within the package.
-WIKI
*nota lutut - sekian n3 kurang hidayah aku.. tapi ada sedikit perkongsian ilmu disini...

Tuesday, October 20, 2009

Tag Lagi

Wah si MARO ni dah pandai tag2 aku.. baiklah.. aku jawap tag ko sebab ceremel ko erm.... dap!!

topik tag ko kali nie agak berat.. thats y aku delay jawap tag ko ni dlu, aku simpan dalam draft.. kne cari ketenangan nak jawap tag ko ni.. miyahahaha...

Aper korunk rasa bila korunk terdesak dan memerlukan bantuan semua orang bz, tp bila mereka2 itu memerlukan bantuan korunk, Se-bz tahap superman pun korunk akan cuba memberi bantuan, Aper korunk nak buat bila keadaan tu jadik kat korunk.Urm kalo jadik kat aku??

:: perasaan aku ek? ::
  1. banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam hal ni.. mengikut keadaan.. emosi.. mental.. fizikal.. zahir.. batin.. uik.. lelebih pulakss..
  2. aku kecikkan skop topik ni.. aku anggap member aku tu memang jenis tak mengamalkan konsep give n take..
  3. aku akan cuba mem +ve kan diri aku dengan berfikirkan yang baik2 je..(kadang2 tak berjaya.. aku kan manusia yang tak perfect)
  4. ... itu hak dia untuk tolong aku ke tak.. sebab konsep pertolongan tu sendiri.. perlulah ikhlas melakukan sesuatu perkara.
  5. ... kalu baru kenal.. dia ada hak nak curigai aku..
  6. ... kalu aku pula belum pernah berkesempatan tolong dia sebelum ini.. jadi tu hak dia la nak judge aku.. dan tu juga hak dia nak tolong aku atau tak..
  7. ... mungkin dia ada alasan sendiri kenapa tak boleh tolong aku..
  8. tapi kalau dah berpuluh2 kali dia tak boleh tolong aku dengan berbagai alasan.. tapi bila dia nak pertolongan dari aku, sengeh dia rasa nak kene makan selipar jepun merah zue .. erm...~
  9. ... aku nekad takkan meminta pertolongan dia lagi selepas2 kejadian direject bertubi2..
  10. ... next time, kalau dia mintak tolong lagi.. aku nak pinjam selipar jepun merah zue (banyak plak nama ko dalam blog aku sangat maltipepes selipar beliau..)
  11. kalau dia tak dapat tolong aku di atas sebab2 yang x munasabah, padahal selama ni aku pernah tolong dia.. 4 sure la aku sangat2 kecewa.. terutama kalau time tu aku sedang terdesak.. bukan nak timbulkan isu balas budi..
  12. hidup dalam masyarakat.. kalau kau tak pernah berniat nak tolong orang.. ko jangan berangan la orang akan tolong ko.. kalau ada pun orang2 tu memang sangat2lah baik hati budi pekertinya.. sorry~ not me..
  13. tapi perlu ingat.. hukum karma tu wujud key!

nak serius sikit ek hehehe~
sebenarnya kita amat perlu jumpa makhluk2 sebegini dalam perjalanan kita di dunia nie, untuk muhasabah diri.. alhamdulillah Allah pernah ketemukan aku dengan makhluk2 sebegini.. pedih hulu hati+bengang+marah+kecewa.. macam2 perasaan -ve la.. kalau tak dikawal, mau dapat penendang dari aku sambil pakai selipar jepun merah zue..

tetapi Allah pernah berjanji.. semua perbuatan akan dibalas... yang jahat mahupun yang baik.. aku pegang bende tu sebagai semangat aku menempuh dugaan ni.. atau dengan ayat gengsternya "nanti lah ko.. tunggu je giliran ko pulak".. wah samsengnya aku.. hehehe..

aku suka2 nak tag orang ni, suka2 korang la gak nak jawap ke tak kih kih kih!!

:: Kak niz ::
:: Katak ::
:: Anys ::
:: Silolo ::
:: Shidot ::
:: Anarm ::
:: Sesumpah ::

Monday, October 19, 2009

Open House Art-Cipan a.k.a Sifoo.com

Open House Cipan aku berjaya hadir dengan jayanya... walaupun pagi sabtu tu aku perlu ke opis kerana seruan kerja.. selepas settle kan apa yang patut aku kuar dari opis kol 3.. bawak gothy jiwang2 balik umah.. tetiba nissah call suh duduk diam2 dalam kereta kat parking KD sampai shidot n syacz colik aku.. hari ni aku menjadi mangsa pencolikan dengan rela sekali lagi.. tq coz mengambil kira level kesangapan aku kalau dok umah sepanjang hari miyahahaha..

thanx to shidot n syacz coz sudi colik aku kat KD bawak lari ke rawang untuk menyahut seruan cipan buat open house..

layanz la gambar kat bawah ni untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti kitorang

:: antara budak2 perempuan comel yg datang :: anys :: cutejeany :: army4war :: wek wek :: silolo ::

:: usaha syacz untuk menghidupkan api untuk pembakaran BBQ secara terbuka :: terlalu ramai pak pacak dalam adegan ini :: paling kagum.. menghidupkan api menggunakan gula :: WOW!! ::


:: api sudah berjaya dinyalakan :: watak sampingan memberi moral support masih tidak berganjak :: yaa! kami setia.. kami tahu!! ::


:: usaha kami membakar ayam BBQ beramai2 :: ada 2 shift :: shift petang dan shift malam :: aku ambik shift malam :: sebab ayam shift petang banyak hangus miyahahaha ::


:: puteri2 sedang berehat sambil memerhati gerak geri pembakar ayam untuk diberi penilaian :: mamat yang di blur kan mukanya tue :: wanted person :: tak boleh dedahkan identitinya :: kalau tak dikuatiri akan di belasah ::


:: acara makan2 :: sembang2 :: gelak2 :: gurau2 :: banyak gambar sebegini yang di ambil :: tapi ni je yang diorang up kan :: banyak gambar aib kot :: hak hak hak ::


:: aku dah lupa kitorang sembang apa :: banyak sangat bersembang semalam :: topik2 meracau2 je banyak ::

*nota lutut - seronok bila ramai kawan2 join memeriahkan majlis2 sebegini.. pengerat silatulrahim.. thx to cipan coz sudi jadikan rumah beliau sebagai tapak gathering.. hehehe

Saturday, October 17, 2009

PapaDom


Aku kat opis hari ni.. buat OT.. kene standby kalau2 ada user yang tak boleh access sistem yang baru lepas migrate dari database SQL ke Oracle..

Hari ini jugak perayaan Deepavali bagi kaum India.. Happy deepavali kat orang2 yang menyambutnya..

Dah banyak kali tangguh nak layan muvi papadom ni.. masing2 bz dengan kerja.. by hook or by crook.. aku nissah n lolo tetap melaksanakan jeritan jiwa kami semalam..

tiba2!! dalam pukul 415 petang.. sambil2 aku test skrin Ros untuk debug, Ros bagitau ada meeting pukul 5 petang.. sepatutnya opishour aku habis pukul 430.. tapi disebabkan rasa tanggungjawap yang menggunung tinggi yang memang sejak azali terbentuk dalam diri ini (haa apa lagi.. muntah laa!!) ... aku lepak la menunggu tibanya saat itu..

Teeeetttt!!! dah pukul 5 petang.. tiada panggilan lagi.. dalam pukul 545++.. meeting start.. dalam pukul 640 meeting tamat..

sambil berlari2 cumel.. aku memberi kata2 semangat kat Ros sebelum beredar dari opis.. miyahaha... aku dengan taksub memecut gothy dari UiTM dan berjaya menjadi drifter yang handal.. sampai di susur keluar subang, aku kecewa.. jem yang teramat2.. skill drift aku tak dapat dipertonton sepanjang perjalanan ke KD.. paling laju aku leh bawak 20km/j.. deym!

lepas colik nissah.. terus ke cineleisure damansara.. lolo dah belikan tiket wayang..

lolo : aku beli tiket pukul 915.. seat depan sekali pulak tuu...
aku n nissah : glup!!

hehehe... anyway thanks la lolo sebab sudi tolong belikan tiket tu.. heheheee...

hoish!! bila nak masuk citer papadom nie... ok ok ok!!

mengisahkan sepasang suami isteri Saadom dan Mun yang mengusahakan gerai makan nasi kandar.. kesibukan Saadom memajukan perniagaannya sehingga terabai isterinya Mun dan anaknya Miasara.. Selepas kematian isteri Saadom dalam kemalangan jalan raya.. Saadom menyesal kerana mengabaikan isteri dan anaknya.. dan mengambil keputusan untuk sentiasa menjaga kebajikan anaknya dengan tersangatlah xtream...

banyak adegan2 yang aneh dilakukan oleh Saadom demi memastikan anaknya Miasara tidak mengalami kesukaran langsung.. Miasara rimas dengan kongkongan Saadom.. Maisara membuat perjanjian.. "jika tidak mahu Miasara berhenti belajar.. jangan datang jengguk Maisara ke kampus"

Saadom terpaksa bersetuju dengan perjanjian itu.. tetapi masih tidak mampu berjauhan dengan Miasara. Saadom membuat keputusan untuk menjadi tukang kebun di Kampus anaknya untuk skodeng setiap gerak geri Maisara..

Konflik terbentuk apabila.. classmate Maisara yang bernama pena "wajib tayang" meminati Maisara.. tetapi Maisara meminati Hisham seorang yang budget macho tetapi gayboy.. membuatkan shasha seorang cheerleader pasukan rugby yang budget cun bengang kerana Hisham adalah ex-boyfren dia.. Lecturer kelas Maisara pula meminati Saadom..

komen aku pasal muvi ni...
masa intro muvi nie, ala2 cerita arahan yasmin ahmad.. dalam muvi ni kadang2 ada beberapa scene yang aku rasa aflin shauki ni dibayangai karya2 yasmin ahmad..

idea2 lawak bersahaja aflin memang tak dapat dinafikan memang best dan dekat dengan penonton..

mengetengahkan penceritaan dalam bentuk persembahan boria juga idea yg menarik bg aku.. tak janggal rasanyaa..

sebagai staff UiTM aku agak xcited (poyo) bila ada beberapa scene yang aku tahu tempat dalam UiTM Shah Alam yang diorang jadikan lokasi penggambaran.. sempat aku bisik kat nissah "pssstt~ ni la cafe staff yang aku makan ari2"... sadap.. aku kalau xcited memang cenggini.. hehehe...

lakonan liyana jasmin belum pernah mengecewakan aku... mungkin watak Miasara tu terlalu mudah bagi dia, hanya perlu membawa watak dirinya sendiri.. lakonannya mengingatkan aku terlalu banyak karya melayu menggunakan khidmat pelakon tua tapi beraksi remaja.. kengkonon ketandusan pelakon remaja.. padahal jual muka je.. memang tak boleh blah lakonan erra fazira dalam kuliah cinta.. sorry kepada pemuja2 erra fazira.. aku memang sejak azali lagi.. tak berkenan lakonan dia.. plastik :P

aku cuma tak berapa setuju dengan watak vanida imran dalam muvi nie.. watak dia agak plastik.. tak research bebetul untuk watak profesor nie.. its ok.. minor je tu :P

que haidar pun memang tak pernah kecewakan aku... hehehe..

aku bagi 4 bintang dari 5 bintang cerita nie... hheheheh... nak balik dah dari OT.... c ya...

*nota lutut - layan filem melayu yang berkualiti je.. yang berkulat tak layan..

Wednesday, October 14, 2009

What is ur name ?

Akira tag aku

Aini Amirah Binti Jalaluddin
Nama yang sangat indah alhamdulillah.. maksud nama aku ialah "MATAKU PUTERI". Nama arwah mak ialah Ainun yang bermaksud MATA.. kedua2 puteri beliau diberi nama pangkal Aini yang bermaksud "Mata Ku".. dari segi pemahaman sastera level khatulistiwanya bermaksud, aku dan kakak aku adalah MATA emak ...

Mirah
ni panggilan family dan saudara mara aku... nama ni buat aku rasa berada di rumah... hehehe... kawan yang panggil nama ni, cuma Syima, dia roomate aku kat UiTM Perak dulu.. miss u babe!

Aini
zaman sekolah2 dulu, kawan2 panggil aku Aini.. sebab masa kecik2 dulu, aku kurang mengerti nama glamor.. bila orang tanya aku "sapa nama awak" aku akan jawap "nama saya aini amirah panggil je apa2". so diorang ambik terus nama depan aku.. diorang pemalas nak pikir2 la tu.. huh! tak best pasal sama dengan nama kakak aku.. kalau ada telefon kat rumah tanya "boleh cakap dengan Aini" sure family aku bengang sebab terpaksa tanya soalan susulan "Aini yang mana?". So secara tak langsung, aku kurang menggemari panggilan nama ni.. bukan tak suka nama Aini tue.. cuma arghh.. aku tau korang paham maksud aku.. bebudak company LAVA dulu pun pernah nak cuba panggil aku Aini, aku tak nyahut sampai sudah.. gedik tol mereka!!

Mira
ni panggilan kawan2 aku... zaman muda mudi dulu, kalau sesi suai kenal.. aku akan perkenalkan diri dengan nama Mirah, dialog zaman backstreetboy aku dulu seperti berikut
"nama saya mirah ada H kat hujung tau tau hehehe" tapi lama2 "H" makin hilang ditelan zaman.. lama2 aku tak kisah je orang panggil aku Mira..

Mir
Kadang2 kak sibah panggil aku mir.. nama ni akan diseru dengan lantang kalau aku
.. melakukan kesalahan
.. kejutkan dari tidur
.. panggil aku makan
.. panggil aku tengok tv cerita best
.. kadang2 kak niz panggil mir gak

Mer
kawan2 rapat aku di tapah panggil aku Mer.. ni juga nama zaman backstreetboys aku... hahaha... melekat la plak..

army4war
suka nama nie.. aku rasa nama ni WOW ! hehehe.. ni nickname aku dalam sifoo.com.. ada gak yang panggil aku army, tapi kejap je, pas tu aku suruh diorang panggil aku mira.. memula nickname aku dalam sifoo amIRah.. ada yang kata skema, aku terus PM saripol mintak tukar nickname.. dia warning aku.. ni last.. jangan mintak2 tukar nickname dah.. hehehe... baek bos!

red-army
kadang2 aku guna untuk register akaun guna nama nie.. shidot pernah panggil aku red dulu, sebab dulu aku ngorat dia kat jomstar dengan nama red-army... anak2 dia pun pernah panggil aku auntie red.. hahaha...

mira damira
aku try register nama dalam FB dengan nama red army, FB tak terima.. penat aku pusing2 nama tue.. tetap di reject.. aku teringat yatie selalu panggil aku damira.. aku terus tulis mira damira.. yes... approve.. nice name.. kadang2 orang panggil aku damira.. kadang2 damn mira!! deym u!!

plangkong
ni nickname YM aku.. aku register yahoomail nie masa form 3, zaman tu aku rasa, nickname ni la paling vouge.. hahaha.. bebudak opis devcorp ada yang panggil aku plangkong..

Bahak
housemate aku zuegedik dengan ketai kat bandar seri damansara panggil aku bahak.. sebab aku suka gelak terbahak2 miyahahaha..

Ira
dun try this at home.. masa ni aku darjah 5.. ada sorang kakak ni darjah 6.. aku dapat surat dari dia.. nak jadikan aku adik angkat.. aku tersangatlah geli bebende angkat2 nie.. surat tu memanggil aku dengan panggilan Ira... Arghhh!!!! nehii beteh... nehii...!!

Mimi
cikgu Geografi aku panggil, pasal kalau dia bagi soalan, dia suka tengok name tag org.. aku bertindak bijak, tutup sikit name tag aku, kantoi dengan dia.. dia nampak "MI" je kat nametag aku, terus dia panggil aku Mimi sampai ke sudah..

Nini
kawan aku yang dah lama tak jumpa.. nama dia Nur Erma Suziana.. form 4 dia pindah kedah.. bapak dia askar, pindah randah.. dah tak pernah jumpa dia dah.. dia je satu2nya makhluk yang gedik panggil aku Nini... dia kata nama tu best.. WAK LU!!!

Miya
ni yang paling yuckss!! budak opis dulu ada panggil.. aku ignore 101%.. sekian!

Buun
member2 study masa UiTM Perak dulu... bukan semua yang panggill... cuma si warik.. ayam.. dengan siah rock je..

Mirae-e
ntah.. ramai gak yang panggil.. zaman2 lagu kiroro tengah meletup2..

Makcik Gebu
budak opis LAVA aku panggil.. mengong!!

Bu
budak opis aku skang panggil.. singkatan dari perkataan gebu.. deym u olss!! miyahahahahaa...

aku tag semua yg baca n3 ni hahahahah!!

*nota lutut - just call me mira!! hehehe!!

Open house lagi yeay~

... balik dari rumah terbuka kak niz dalam pukul 1++ pagi.
... sampai KD kol 2++
... mandi + solat = tido kol 3 pagi
... set jam kol 730 = motif untuk ke rumah shidot tolong beliau potong timun (apa raa~)
... zzzZZZzzzZZzzzz ~

tet... tetetet.... tetet.....
snoOZE... snooze... SNOOZE.... sNoOze... sNoOzE... SNooze...

Arghhhh!!!! dah kol 830++.... krkrkrkrkrkrrr~

SMS
aku : woi.. aku baru terjaga.. bangun2!
anys : aku pun baru terjaga..

dan... ter ZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~ kembali...

Arghhhh!!! dah kol 9++.. bangun bangun bangun...

dalam kol 10++ gerak ke rumah kak niz dengan gothy.. lepas culik beliau.. terus menuju rumah shidot...

pling!!
dah ada di rumah shidot!!

ayat kakak n baby yang tak boleh blah ...

kakak n baby : auntie.. auntie.. bawak seluar ketat tak?? kan hari ni nak mandi swiming pool
aku : deym u shidot!! (dalam hati)
aku lagi : hari ni auntie tak bawak seluar ketat laa.. lain kali kita mandi swimming pool key.. hari ni auntie teman baby ngan kakak mandi swimming pool je.. okey..
kakak n baby : okey.. lain kali auntie bawak seluar ketat tau..
aku : deymn u again shidot (dalam hati gak)

aktiviti open house kat rumah beliau sangat mudah dan indah...

duduk depan tv ...
makan ...
minum ...
goyang kaki ...
bergurau senda ...
kadang2 je tunjuk rajin basuh pinggan ...

shidot : weh lemang dah tinggal sikit, macam mana ni!!!
aku : nak kitorang g beli tak??
shidot : ok gak.. baby n kakak guide korang.. kat kajang..
aku : baby ngan kakak tau tak tempat lemang tu?
baby : kite tau.. kite tau.. kite tau.. kite rasa kite ingat..
kitorang : CESS!!

kami menerima cabaran lemang hari ni... antara dialog yang menguji kesabaran..

baby : auntie.. auntie.. nanti auntie belok kiri tauu...
auntie mira : bagitau awal2 nanti key, jangan dah sampai simpang baru baby bagitau..
baby : okey..
.
.
baby : eh auntie.. sepatutnya tadi auntie belok kiri laa...
kitorang : arghhhh!!!!

kesimpulannya.. misi mencari lemang berjaya walau sangat adventure.. banyak adegan samseng di dalam gothy berlaku gara2 terlalu banyak salah simpang.. ngeri.. !!

kami pulang ke pangkuan shidot setelah misi selesai... mak ai ramainya orang... baby n kakak ajak teman diorang mandi swimming pool.. ok gak idea tu lariiiii~ hehehe...

pling!!!
bosz n anarm pun sampai..
sambung balik aktiviti yang mudah dan indah cam tadi hahaha...

layan tv ...
duduk depan tv ...
makan ...
minum ...
goyang kaki ...
bergurau senda ...
kadang2 je tunjuk rajin basuh pinggan ...
(aku copy paste dari yang atas.. malas type)

pling!!
... seketika kami senyap...
... seketika kami gugup ...
... seketika kami janggal ...
... seketika kami kecewa ...
... seketika kami tertanya2 ...
... seketika kami pasrah ...
... tetapi kami tetap berdoa ...
... hanya yang terbaek ...

silolo sampai dengan adik dia (alamak lupa nama beliau.. ym anys jap la.. 3 second later) haa... adik lolo bernama jati atau nama sebenarnya zati lepas maghrib, diorang sampai.. lepas makan2.. tapau2.. kitorang pun balik ke rumah masing2...

plan kami nak balik sebelum hari gelap sebenarnya... aku takut drive dalam gelap (tipu) ... hati dah meronta2 ... kami semua takut hari gelap... kak niz takut gelap.. anys takut gelap.. tolonglah percaya...

tapi hari itu saja kami takut gelap...


Thanks shidot MASIH SUDI BERJUANG demi menjemput kitorang yang bukanlah sesapa sangat nie..takkan ku lupa nawaitu mu itu!! ahakss.. muax.. muax.. muax.. yucks!! bluek!! khak!! ptuih!!

*nota lutut - (sekadar renungan) rumah terbuka untuk mengeratkan silatulrahim.. janganlah sesekali kamu memutuskan silatulrahim dengan sengaja.. Nauzubillah...





p/s - racun ni takkan lut pada sesapa, kecuali orang yang tak de antibody itu!!

Saturday, October 10, 2009

Potlak

lokasi - rumah kak niz
event - open house berconceptkan potlak

senarai tugasan...
kak niz (tuan umah) - ayam masakk black paper
aku (mewakili kak sibah) - ayam masak rendang
shidot - lemang 3 batang + 1 batang (untuk kak sibah)
silolo - agar2 banyak warna
anys - keropok goreng
syacz - tom yam

ajk jin
katak - chips more (kejap ada kejap tak de)
anarm - pemusnah ayam
bosz - lena di ulit intan (ni bukan nama awek dia yang sebenar)
ring o - pengkritik terunggul

puteri² shidot - penggemar nata di coco


... masih berada di rumah kak niz layan jin2 makan hahahaha... gambar coming soon...

Wednesday, October 7, 2009

Open House

sabtu lepas seperti yang dirancang..

CALL
kak niz : akak kat ikea skang nie.. dalam kol 220 akak sampai umah mirah.
aku : okeh roger


SMS
lolo : kol berapa kita nak gerak
aku : kene tgu katak n kak niz sampai, kita gerak sekali..


YM
seteri : oi kol berapa sampai.. tolong guide bosz n anarm, diorang nak datang..
aku : baek!


YM
aku : kol berapa ko nak sampai sini?
katak : aku tengah backup file dari letop.. pas settle aku gerak ke umah ko..
aku : dalam kol 220 ko sampai sini key.. aku nak mandi dah.. c ya..
.
.
katak : takkan aku je laki kot..
aku : bosz n anarm kata nak datang cuma dia tatau jalan..
katak : ko semes bosz suh dia call aku, aku nak guide them to hell..
aku : baek!


SMS
aku : weh bosz.. ko call katak kredit dia dah tamat tempoh, dia cakap nak guide korang to hell..
bosz : sapa nie?
aku : aku la mira
bosz : salah nombor
aku : (alamak salah save nombor bosz rupanya, wat bodo dah la)


SMS
aku : (g kat send item, alter sms bosz tadi, just tukar nama je) weh anarm.. ko call katak kredit dia dah tamat tempoh, dia cakap nak guide korang to hell..


CALL
aku : weh katak ko dah kat mana, dah kol 220++ dah (mulus lalu depan apartment aku .. *BIP* (bunyi tu kalau ada waiting call, mesti kak niz yang call nie)
katak : aku kat rumah lagi, baru nak gerak..
aku : huh!? cepat cepat kak niz dah sampai.. kitorang gerak dulu ek..
katak : alaa.... ye la.. ye la.. gerak la dlu...
aku : ye la.. ye la... kitorang tunggu ko gedik.. cepaattt!!!
katak : hehehe... baek!
.
.
kak niz : akak dah sampai..
aku : okeh saya turun sekarang


SMS
aku : weh lolo.. kak niz dah sampai bawah.. terus turun je nanti key..


masuk dalam kereta plak.. lebih kurang la dialog kitorang


kak niz : mana katak?
aku : ada bgtau dia tadi datang kol 2++.. tadi call dia, dia baru nak kuar umah.. hehehe..
kak niz : ooo...
.
.
(lolo masuk mulus)
aku : weh apa kes bosz?
lolo : dah guide diorang tak paham2.. alternatif terakhir suh g KTM sungai buluh.. kita g ambik diorang..
aku : tanye la diorang mcm mana skang nie, dah nak gerak ni..
lolo : baek!
.
.
lolo : diorang skang kat KTM sungai buluh..
aku : suh tunggu situ je, kita datang hambik..
lolo : baek!


SMS
anarm : kitorang kat KTM Sungai Buloh..
aku : tunggu situ, nanti kitorang datang ambik, sekarang tengah tunggu katak jap..
anarm : cepat ar.. lapar ayam nie...
anarm : sadap.. saboo..


CALL
aku : weh ko kat mana dah..
katak : aku dah kat luar pak guard nie..
aku : haa.. masuk la sni, aku kat depan tong sampah depan umah..
katak : baek!


DIALOG
kak niz : eh suh dia tunggu luar je la.. kita g kuar..


CALL
aku : katak ko tunggu kat luar je la, kitorang keluar
katak : alaaa aku dah drive masuk dah..
aku : tak pe la.. ko naik terus ke rumah aku, salam cium tangan mak aku, pas tu ko turun balik, kita g rumah seteri
katak : baek!


arghh... penat penat penat bercerita hahaha... itu baru kisah nak setting g rumah seteri... belum lagi masuk kisah tersesat sampai kilang cina.. memang enjoy.. tq yatie... jemput kitorang makan2 ari tue... roti jala ko memang nyum3x...


korang layan je la gambar ni, penat citer hehehe...

:: tuan rumah ::


:: bidadari tuan rumah ::

:: kami the movie ::


:: memperkenalkan suem best fren kak niz ::


:: yang tidak perlu diperkenalkan lagi ::

:: katak the frogy ::


:: shiela @ silolo @ lolo ::


:: masih memegang watak pemusnah ayam ::


:: perenung manja ::


::transformer anys ::


:: tangan yang dipaut ::


BURPPP!!!! alhamdulillah... thx yatie.. hehehe...

DIALOG
kak niz : jom teman kak niz hantar suem kat Puchong...
aku & silolo : baek!

... dalam perjalanan balik dari rumah suem, lebih kurang pukul 9++malam ...

DIALOG
kak niz : call sidah seman kita prank dia bgtau kita dah kat depan mines skang..
aku : huh!! cam ne nak cakap..
kak niz : cakap je..

CALL
aku : aloo... weh aku kak niz n lolo kat depan mines skang nie.. kitorang nak beraya rumah ko..
sidot : ko gilaaaaaaaaaaaaaaaa.... aku nak bagi korang makan ape...
aku : cepat la, masuk simpang mana nie.. dah lepas mines dah nie
sidot : (dia bg direction dengan panas hati hahahahaa)
aku : ok nanti aku sampai.. bye!!

MIYAHAHAHAHAHAHAH!!!!

SMS kepada sidot
aku : woi aku memain je tadi... kitorang otw balik dr puchong.. hahaha
sidot : KO PATAH BALIKKKKKKKKKKK... aku dah order pizza...!!!! kalau tak habis siap korang!!!!
aku : erk! baiklah :-ss

... akhirnya kami tewas di rumah shidot ... bergelimpangan tido di ruang tamu sebab driver tak larat tekan pedal minyak mulus ... hehehe... anyway thx shidot.. pizza tu sedap, lebih sedap bila tahu ko tertekan ketika order pizza malam itu hahahaha...

*nota lutut - terima kasih kat yatie dan shidot sebab sudi menjemput aku dan kawan2 makan kat rumah korang... hehehe...

Thursday, October 1, 2009

Kaitan Puasa dan Gempa Bumi

lepas balik dari kerja kol 430, lebih kurang pukul 520 aku sampai rumah.. lepas mandi cumel2.. aku terus loncat atas katil.. nawaitu aku nak menyelam atas katil.. Argghhh!!! tapi mata tak boleh lelap la plak... cess..

mak tengah lepak2 atas sejadah lagi.. lepas berwirid mak pun baring atas sejadah.. pastu kitorang pun sembang la sambil 2 2 baring2...

Tetiba2 ...

aku yang monolog : apasal aku menggigil ni...

aku yang monolog : ooo ... mungkin pasal aku tak makan lagi dari pagi... kan aku pose (yang yok)

dengan berniat menghilangkan gigilan badan.. aku terus duduk kat hujung katil.. haa tak gigil sangat dah.. mak pandang aku dengan muka pelik.. aku buat donno.. aku baring balik.. aku rasa aku menggigil lagi.. aku terus bangun...


aku : mak.. nak makan.. lapa..
mak : g la makan sekarang tunggu apa lagi..
aku : baek!

nyum.. nyum.. nyum..

mak datang duduk sebelah kerusi aku... kitorang memang suka bersembang dalam semua keadaan walaupun ketika gempa bumi (di indonesia la) terutama waktu makan hehehe..

aku : tadikan... mira menggigil, rasanya pasal tak makan kot..
mak : haa.. memang laa.. kalau perut kosong memang la menggigil...

Tiba tiba kak ngah balik..

kak ngah : tadi korang rasa tak gempa bumi.. kat opis aku tadi terasa gak laa.. sebab kitorang tingkat atas..
aku : huh!? gempa bumi?? laaa bukan menggigil tadi rupanyaa..
mak : ha ah tadi rasa pelik gak, mak ingat mak pening masa baring tadi.. rasa goyang2.. sebab mak kan puasa..



Indonesia dilanda bencana alam lagi ari tu.. Innalillah..
agak gerun mengingatkan bagaimanalah agaknya kalau aku berada di kawasan gempa bumi.. sure aku sangat2 panic.. Nauzubillah...

*nota lutut - Ya Allah Ya Tuhan ku... hindarilah umat mu dari bencana dan
malapetaka.. ampunilah dosa2 hamba mu yang jahil.. Sesungguhnya tiada tempat
berlindung melainkan berlindung dengan Mu Ya Allah.. berikanlah kami hidayah dan
rahmat Mu... Amin..



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin