10 april 2010 - 13 april 2010 berada di Padang Indonesia.. nawaitu melihat negeri orang umumnya.. melihat budaya.. cara hidup dan pemikiran mereka khususnya..
lokasi pilihan family trip kali ini di Bukit Tinggi.. lokasi kami pilih sekeluarga bersebab.. hehehe... kononnya nak jejak keturunan Pagar Riyong di Padang Bukit Tinggi.. tetiba datang minat kami adik beradik nak mendengar cerita dari mulut orang setempat mengenai cara hidup orang Minang di sana.. Terima Kasih Pak Fahmi Tour Guide kami sepanjang berada di Padang..
Macam yang biasa kita dengar tentang adat pepatih yang melebihkan anak perempuan dari anak lelaki.. kalau dia malaysia.. adat ini di anggap berat sebelah dan tidak adil bagi kaum lelaki.. tetapi bagi orang Minang.. adat ini masih diteruskan kerana dianggap sifat keserataannya (napa aku tulis cam org endon ni)
1 keluarga ada Rumah Gadang.. anak lelaki yang berumur 9 tahun dah kene keluar rumah untuk belajar ilmu agama di Musyalla, bahasa melayunya surau.. diorang kene tido kat surau.. lelaki akan dianggap tak macho dan memalukan kalau masih duduk di rumah dan di sara oleh keluarga. mereka sendiri akan keluar rumah tanpa paksaan kerana mentalitinya sudah ditanam.. lelaki macho kene berdikari..
harta warisan hanya diturunkan kepada perempuan saje sebab lelaki minang di sifatkan sebagai peniaga yang berjual beli untuk menyara keluarga.. harta warisan tidak boleh di golok gadai.. so tugas perempuan adalah untuk menjaga harta tersebut.. selain menjaga kebajikan perempuan jika perkahwinan itu tidak berhasil (cam endon lagi)
sebenarnya lelaki2 minang tak rasa rendah diri dan tidak adil kerana tak dapat harta pusaka.. tapi sebenarnya diorang rasa MACHO apabila di suruh berdikari dan tidak mempunyai harta warisan dan perlu mencari harta sendiri.. mereka akan berasa malu jika mempunyai harta warisan sebagai sara hidup... sebab lelaki berkeupayaan mencari rezeki dengan kuderatnya..
Perempuan minang pulak tidak suka terikat dengan pekerjaan yang makan gaji.. bagi mereka.. itu adalah pekerjaan yang tidak berusaha sendiri.. thats y tak ramai agaknya pekerja endon dari Padang kat Malaysia kot, yang ramai Medan la apa la.. agaknya laa.. mereka akan merasakan diri mereka MACHO apabila mengusahakan tanah warisan.. menjualnya sendiri di pasar.. mencari hasil hutan.. dan menjualnya sendiri.. cara jual dari rumah ke rumah memang diamalkan sampai sekarang.. kalau kat malaysian sure tak layan punya orang jual dari rumah ke rumah nie..
kalau nak cerita semua yg ada dalam memori aku ni panjang gile.. kalau nak aku ceritakan tanye je .. sebab aku rasa info2 yg aku dapat tu sangat menarik hehehe.. ataranya kisah Bung Hatta.. Kisah Hamka.. Kisah Siti Nurb'yah.. Kisah Si Bujang 9..
banyak gak ayat kelakar.. maklumla org malaysia bersembang dengan org endon..
kak ngah : bla.. bla.. bla.. NAK TAK?
abg long : TAK NAK!
Pak Fahmi : HAHAHAHHAHAHAHAHAHA!! klakar kamu ni... "nak tak" "tak nak " HAHAHAHAHAHA...
kami semua terdiam.. ayat tu biasa je.. tapi orang endon rasa unik hahaha.. tengah jalan2 ternampak kenduri..
mak : ada orang kawen..
Pak Fahmi : Oooo... kalau kenduri sebegini Malaysia panggil kawen yaa..? kalau di Indonesia panggilnya majlis.. kalau kawen itu enggak bisa panggil ramai2.. berdua aja di kantor..
Kitorang : ooOOooOOooo
Pak Fahmi : kalau di kedai makan.. jangan dimintak 'sudu'.. mintak 'senduk makan'.. kalau sudu di sini maksudnya Kiss..
kitorang : hahahahahahah!!
ada gak dialog yang menggerikan
Pak Fahmi : di Padang.. dalam setahun paling kurang 100 kali gempa bumi.. tapi kecil2 ajaa
kitorang : glup!
Pak Fahmi : dari sini ke Medan dekat aja.. hanya 36 jam.. sekali tidur sudah sampeey~
kitorang : glup!
Pak Fahmi : dulu ada bas terjatuh di gaung ini.. driver dan kondaktornya lari.. hampir 30 penumpangnya meninggal..
kitorang : glup!
Jenuh gak nak faham Pak Fahmi bercerita.. ada sekali Pak Fahmi buat lawak.. semua tak paham.. last2 dia gelak sendiri.. dia cakap.. "enggak paham yaa.. maklumla lidah biasa makannya sambal indonesia.. aahahahaha " dah hari ke 2 ke 3 baru paham sikit2 bahasa dia...
Orang Bukit tinggi bahasanya lembut2.. nak tunggu dia habiskan 1 ayat pun lambat.. silap2 boleh tertido.. Pak Fahmi cakap.. sebab kawasan bukit bergema.. so cakapnya kene pelan2.. kalau penduduk kawasan pinggir laut.. cakapnya kuat dan kasar2 sebab terpaksa jerit2 untuk melawan bunyi ombak.. erm.. ada logiknya hehehe..
*nota lutut - Gambar tak up lagi.. sekian n3 syok sendiri dari aku... next n3 aku kasi dengan gambar sekali hehehe...