Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu


hari ni aku tak jiwang.. penat aku menjiwangkan diri.. tapi tak berjaya.. so aku direct je la..

aku sayang mak aku... sayang sangat2.. tak de perkataan yang boleh gambarkan perasaan tu. pengorbanannya takkan dapat aku balas sampai bila2.. aku hanya mampu mencuba membalas jasanya.. semoga ALLAH SWT memberkatinya..

i love BOTH of u so so so so much.. trust me.. muax!!

Monday, May 3, 2010

Sedang Sengal

Dengan keadaan pikiran yang kurang stabil.. aku mahu update n3 aku..

sepanjang kemusnahan laptop ACER aku yang bermodel aspire 4520 yang terkenal dengan model yang cepat rosak, atau pernah mendapat nama timangan dari ex-opismate aku dlu 'Aku CEpat Rosak (ACER)".. panjang aku perkenalkan diri beliau...

"Bapak Eminemn" la yang banyak membantu aku mengenali dunia luar.. tanpa beliau, maka gian la gua!! (ces terkeluar perkataan gua plak.. ni gara2 tengah berym dengan maro la ni.. 'gua.. der.. gua.. der.. pengaruh rakan sebayar la lu der.. memang dasat penangan adnan sempit kan der.. gua pun skang sembang pakai gua der gua der hahahaha') ok sambung balik.. gua akan gian berFB.. berBlogging.. dan berYMing..

dengan linangan air mata.. gua memperkenalkan taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa... BAPAK EMINEM.. nama ni bersempena dengan nama laptop member gua nissah yang diberi nama pada surat beranaknya ialah EMINEM (jangan tanye gua.. gua sendri confuse nape dia taruk nama tu kat laptop dia).. so secara tidak langsung.. PC dia gua angkat sebagai bapak kepada eminem tanpa kelulusan si pemiliknya hahahaha.. yes gua gila kuasa.. thx babe kasi gua pinjam PC lu.. siyes beb gua terharu.. tsk tsk tsk..


strategik tak tempat Bapak Eminem.. gua letak bebetul sebelah katil gua.. yang cadar bunga2 pink oren tue.. cadar tu kakak gua yang beli kat ausino.. gua rembat je.. ada gua kisah.. hahaha.. bila gua berYM, orang akan tanye "ko wat pe" gua akan jawap.. "tengah baring2" diorang gelakkan gua.. diorang tak dapat bayangkan gua baring2 sambil YM depan PC.. skang lu orang dah tau kan.. mcm mana gua baring sambil YM.. huh!


gua dengan perasaan dengki dan iri hati.. gua sengaja upload gambar stiker kat monitor dia nie.. yang menunjukkan betapa skemanya pemilik Bapak Eminem ni.. hahahaha... best dowh wat perkara2 yang mampu membangkitkan amarah lu der... hahaha..

ini pulak caption yang sedikit poyo dan belagak dr gua... beg ni gua beli kat Padang Indonesia.. kalau nak dibandingkan kain2 sulam bukit tinggi dan sulaman goyang yang diwar2kan sangat shantek dan femes yang gua rembat 2 pasang je tue yang gua beli kat Padang Bukit Tinggi.. gua paling sayang beg gua nie.. walaupun beg mcm ni bersepah2 kat Jaya Jusco Bukit Tinggi area Klang..

setiap kali gua belagak dengan kawan2 gua yang gua beli beg kat padang.. diorang dengan slambernye bertanya... beg sulam ke..?? beg rotan ke?? hangguk lu orangla der.. lu orang ingat orang kat padang tu tak de shopping complex ke der.. adooii.. gua rasa kecewa tol.. terbantut gua nak belagak.. digantikan dengan bahasa2 fakta yang menerangkan kehidupan orang2 bukit tinggi..

beg ni juga adalah simbol keaiban gua... gua beli beg laptop ni dlu.. baru gua g beli laptop.. hahahaha.. cuba lu tanye diri sendri skang.. bag tu cantek kan?? lu sanggup ke biarkan bag secantik tu dok sorang2 kat seberang laut?? mesti lu tak sanggup kan?? tu yang gua rasa masa gua ambik bag tu sebagai peneman gua skang.. beg tu juga gua jadikan tempat letak kain2 yang gua beli untuk handai taulan kat tanah air.. tanpa beg tu.. lu orang takkan dapat barang2 dari Padang yang korang pesan occay!! dah dah jangan kutuk beg tu lagi..




ni pulak caption sedikit skema ye anak2.. syukur alhamdulillah.. dengan berkat usaha gigih.. gua berjaya angkat 1 laptop menyambung pengorbanan ACER gua dulu.. iaitu ASUS A42JK.. (gila ar poyo.. siap bold) .. thanks kat orang2 yang gua mintak khidmat nasihat Pak Tam.. Syed.. Kudeng.. Nissah.. dan tidak ketinggalan Starry pasal teman gua g Lowyat ari tue.. paling2 penting adik gua alan.. yang bawak gua g Lowyat 3 kali untuk survey.. lepas g lowyat je pow gua makan kat steak house Kampung Baru.. ye ar ye ar..gua tak berkira..

dengan ingatan tulus ikhlas.. gua berharap.. laptop gua nie dalam kesihatan yang baik selama yang mungkin.. gua memang ingat pesanan kawan gua kat tapah si Azid ngok ngek... "ko jangan sayang barang sangat2 mir.. tak elok" aku pikir ada betulnya.. lu orang pk la sendri.. gua malas nak xplain panjang2..


dan sekarang mereka tidak dapat dipisahkan lagi... mak ai.. gua syahdu tengok gambar ni.. bagaikan isi dengan kuku.. bagaikan aur dengan tebing.. tsk.. tsk... okla der gua nak layan Full House entah kali keberapa ntah gua tak sure.. cute dowhh Yong Jaey.. auuuwww~

*nota lutut - sekian n3 dari aku ketika otak sengal2 ubi.. chow!

Friday, April 30, 2010

Padang Indonesia ... Part II

Wah sangat bersawang blog aku nie.. dah level kne guna vacum.. sangat bz kat opis.. sangat penat setiap hari.. terus lemah kepala lutut dan kepala hotak bila ketemu katil di bilik.. harus pengsan sejurus kepala mencecah bantal.. zzzZZzzzzZZzzz...

bila stress aku keje nak makan je.. warghhh bahaya wooo!! punah segala usaha2 gym aku.. ahhhh sodaaa... aku nk paste gambar2 aku kat padang.. ada aku kesah!! previous n3 aku dah citer secara syok sendiri.. kali ni aku bg tengok gambar je la..


:: ni terowong yang dibina oleh askar jepun dengan kerahan tenaga dari rakyat indonesia yang di jadikan buruh paksa dan di siksa kejam :: dem tol!! ::


:: ni penjara yang dijadikan tempat kurungan buruh kasar dan dibiarkan mati kelaparan :: ada perasaan aneh sepanjang berjalan2 kat dalam terowong ni :: hehehehe ::


:: sempat bergambar dengan penjaga rumah Bung Hatta :: ni kawasan rumah Bung Hatta salah seorang tokoh yang dihormati oleh rakyat Indonesia ::


:: owner kedai sangat sporting :: diorang suruh aku tenun kain ni bebetul :: tapi aku tak sanggup merosakkan kain ni :: so aku action je la hehehe ::


:: kak sibah yang bergaya ala2 duta kain sulam bukit tinggi :: hehehe ::


:: pemandangan shantek dari atas bukit tinggi :: berenti tengah jalan semata2 nak snap gambar sawah padi :: pak fahmi memang sporting ehehehe ::


:: air terjun ni sagat shantek :: memang rasa nak terjun tiruk kuak lenturan badan peringkat dewa ::


:: shantek dan mahal adalah kombinasi yang menyakitkan hati kan? ::


:: merasa gak abang n kakak ipar aku bersanding pakai baju kebudayaan minang kabau :: sukati korang laaa ::


:: aku paksa adik aku snap gambar ni :: yes aksi gedik aku sangat berjaya ::


:: berlatar belakangkan gunung Siti Nurba'yah ::


*nota lutut - 1st Oct 2010 - 5th Oct 2010!!

Wednesday, April 14, 2010

Padang Indonesia ... Part I

10 april 2010 - 13 april 2010 berada di Padang Indonesia.. nawaitu melihat negeri orang umumnya.. melihat budaya.. cara hidup dan pemikiran mereka khususnya..

lokasi pilihan family trip kali ini di Bukit Tinggi.. lokasi kami pilih sekeluarga bersebab.. hehehe... kononnya nak jejak keturunan Pagar Riyong di Padang Bukit Tinggi.. tetiba datang minat kami adik beradik nak mendengar cerita dari mulut orang setempat mengenai cara hidup orang Minang di sana.. Terima Kasih Pak Fahmi Tour Guide kami sepanjang berada di Padang..

Macam yang biasa kita dengar tentang adat pepatih yang melebihkan anak perempuan dari anak lelaki.. kalau dia malaysia.. adat ini di anggap berat sebelah dan tidak adil bagi kaum lelaki.. tetapi bagi orang Minang.. adat ini masih diteruskan kerana dianggap sifat keserataannya (napa aku tulis cam org endon ni)

1 keluarga ada Rumah Gadang.. anak lelaki yang berumur 9 tahun dah kene keluar rumah untuk belajar ilmu agama di Musyalla, bahasa melayunya surau.. diorang kene tido kat surau.. lelaki akan dianggap tak macho dan memalukan kalau masih duduk di rumah dan di sara oleh keluarga. mereka sendiri akan keluar rumah tanpa paksaan kerana mentalitinya sudah ditanam.. lelaki macho kene berdikari..

harta warisan hanya diturunkan kepada perempuan saje sebab lelaki minang di sifatkan sebagai peniaga yang berjual beli untuk menyara keluarga.. harta warisan tidak boleh di golok gadai.. so tugas perempuan adalah untuk menjaga harta tersebut.. selain menjaga kebajikan perempuan jika perkahwinan itu tidak berhasil (cam endon lagi)

sebenarnya lelaki2 minang tak rasa rendah diri dan tidak adil kerana tak dapat harta pusaka.. tapi sebenarnya diorang rasa MACHO apabila di suruh berdikari dan tidak mempunyai harta warisan dan perlu mencari harta sendiri.. mereka akan berasa malu jika mempunyai harta warisan sebagai sara hidup... sebab lelaki berkeupayaan mencari rezeki dengan kuderatnya..

Perempuan minang pulak tidak suka terikat dengan pekerjaan yang makan gaji.. bagi mereka.. itu adalah pekerjaan yang tidak berusaha sendiri.. thats y tak ramai agaknya pekerja endon dari Padang kat Malaysia kot, yang ramai Medan la apa la.. agaknya laa.. mereka akan merasakan diri mereka MACHO apabila mengusahakan tanah warisan.. menjualnya sendiri di pasar.. mencari hasil hutan.. dan menjualnya sendiri.. cara jual dari rumah ke rumah memang diamalkan sampai sekarang.. kalau kat malaysian sure tak layan punya orang jual dari rumah ke rumah nie..

kalau nak cerita semua yg ada dalam memori aku ni panjang gile.. kalau nak aku ceritakan tanye je .. sebab aku rasa info2 yg aku dapat tu sangat menarik hehehe.. ataranya kisah Bung Hatta.. Kisah Hamka.. Kisah Siti Nurb'yah.. Kisah Si Bujang 9..

banyak gak ayat kelakar.. maklumla org malaysia bersembang dengan org endon..

kak ngah : bla.. bla.. bla.. NAK TAK?
abg long : TAK NAK!
Pak Fahmi : HAHAHAHHAHAHAHAHAHA!! klakar kamu ni... "nak tak" "tak nak " HAHAHAHAHAHA...


kami semua terdiam.. ayat tu biasa je.. tapi orang endon rasa unik hahaha.. tengah jalan2 ternampak kenduri..

mak : ada orang kawen..
Pak Fahmi : Oooo... kalau kenduri sebegini Malaysia panggil kawen yaa..? kalau di Indonesia panggilnya majlis.. kalau kawen itu enggak bisa panggil ramai2.. berdua aja di kantor..
Kitorang : ooOOooOOooo

Pak Fahmi : kalau di kedai makan.. jangan dimintak 'sudu'.. mintak 'senduk makan'.. kalau sudu di sini maksudnya Kiss..
kitorang : hahahahahahah!!


ada gak dialog yang menggerikan

Pak Fahmi : di Padang.. dalam setahun paling kurang 100 kali gempa bumi.. tapi kecil2 ajaa
kitorang : glup!

Pak Fahmi : dari sini ke Medan dekat aja.. hanya 36 jam.. sekali tidur sudah sampeey~
kitorang : glup!

Pak Fahmi : dulu ada bas terjatuh di gaung ini.. driver dan kondaktornya lari.. hampir 30 penumpangnya meninggal..
kitorang : glup!


Jenuh gak nak faham Pak Fahmi bercerita.. ada sekali Pak Fahmi buat lawak.. semua tak paham.. last2 dia gelak sendiri.. dia cakap.. "enggak paham yaa.. maklumla lidah biasa makannya sambal indonesia.. aahahahaha " dah hari ke 2 ke 3 baru paham sikit2 bahasa dia...

Orang Bukit tinggi bahasanya lembut2.. nak tunggu dia habiskan 1 ayat pun lambat.. silap2 boleh tertido.. Pak Fahmi cakap.. sebab kawasan bukit bergema.. so cakapnya kene pelan2.. kalau penduduk kawasan pinggir laut.. cakapnya kuat dan kasar2 sebab terpaksa jerit2 untuk melawan bunyi ombak.. erm.. ada logiknya hehehe..

*nota lutut - Gambar tak up lagi.. sekian n3 syok sendiri dari aku... next n3 aku kasi dengan gambar sekali hehehe...

Friday, April 2, 2010

Din Beramboi

Aku masuk kereta pagi tadi nk g kerja.. as usual aku akan on radio..

"Mior Ahmad Fuad Mior Badri berumur 42 tahun (tak silap aku) telah kembali ke rahmatullah pukul 12.30 pagi tadi.. atau lebih dikenali dengan nama Din Beramboi"

ouch~ sebak dada aku.. perasaan aku pagi ni sama macam mendengar pemergian anak seni Yasmin Ahmad.. mereka berdua sangat berbakat.. mereka berdua insan seni yang aku hormat..

aku follow Din Beramboi masa dia jadi DJ kat time highway radio.. sangat kelakar.. ada yang cakap lawak dia ntah pape.. tapi bende tu subjective.. terpulang pada diri masing2 yang nilai hasil seni dia.. bagi aku.. aku tak jumpa lagi orang yang boleh buat lawak spontan dan idea dia fresh dan tak boleh nak predict apa yang dia nak cakap..

sejak dia berganding dengan Aznil dalam radio ERA.. tetiap pagi aku layan diorang bebel.. memang gelak sorang2 dalam kereta.. terhibur pepagi buta g opis mengadap jalan raya setengah jam dari KD ke Shah alam.. hilang bosan..

pagi tadi aku tak sanggup nak layan radio.. lagu2 diorang sedey2.. ucapan2 takziah dari pendengar.. arghh!!!

Semoga roh Mior Ahmad Fuad Mior Badri dicucuri rahmat hendaknya.. kepada family Din Beramboi.. sedey tu memang takkan dapat dielakkan.. tapi nasihat aku kat korang.. setiap kali teringat kat beliau.. terus sedekahkan Al-Fatihah kat beliau.. kita akan rasa tenang xsedey sangat.. dan roh mendapat sedekah dari kita.. daripada meraung je.. 2 2 tak dapat pape..


:: Tinggal kenangan ::


*nota lutut - menetes~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin