Monday, October 27, 2008

KAMI


dah lama cerita ni kat wayang.. 1st raya.. aku baru tengok cerita nie 15/10 ari tu.. memang cerita ni aku tunggu2 kat wayang.. tapi aku tak sanggup lagi beraya dalam wayang untuk tengok cerita nie..

aku suka cerita nie.. sebab aku rasa cerita nie tak tipu aku, skrip dia pun aku tak janggal dengar.. nasihat dia pun indirectly.. n cerita nie tak buat aku nak muntah macam cerita cerita dongeng yusof haslam dan razak mohaideen..

aku suka semua watak dalam cerita ni termasuk la watak si jahat... ni antara watak yang aku layan dalam cerita KAMI ni..

BOY.. budak kampung yang datang KL nak jual dadah.. mamat ni cita2 tinggi nak wat market sampai international.. siap blaja bahasa inggeris untuk mencapai matlamat dia.. aku suka watak boy sebab dia ni kengkonon macho la.. nasihat orang macam diri dah cukup bagus.. lawak la gak watak mamat ni.. sebab dia over confident person.. aik kenapa aku komen pasal si boy ni dlu.. padahal aku minat watak ali..

ALI nie mamat cool je orang nya.. bekerja kat company kawan bapak dia.. buat bende yang dia tak suka.. dia tak de confident diri dan susah nak luah apa yang dia rasa.. ada problem je telan dadah.. aku suka watak dia sebab dalam cerita nie dia gentleman la.. wah.. macho beb..

ABU budak nakal.. lari dari sekolah juvana.. kerja dia mencuri kat kedai2 cd n kedai buku.. mamat ni la wat cerita ni hidup.. dia cam pak lawak la.. last2 mamat ni mati kene tikam dengan boy.. unexpected tol la.. part tu je la yang sedey.. abu bukan budak jahat.. dia cuma budak nakal yang baik hati..

PAK DIN pun aku suka watak dia.. watak dia duduk atas kerusi malas, sambil baca surat khabar.. dengan naik kereta g cari abu yang larikan diri.. hahahaha

watak2 yang lain aku tak ambik port sangat.. ADII and SOFIE.. watak diorang tak banyak sangat..

erm.. pas layan cerita ni.. pas tu semalam aku g layan tournament bowling kat mid valley.. tengok bebudak sekolah renek2 belaka.. dress up awek dah macam bintang hollywood dok berkepit dengan abang macho yang sebaya dengan dia.. risau tengok bebudak sekarang.. rasa nak g tempat diorang lepak.. suh balik umah baca buku.. exam dah dekat.. port adik sedara aku pun kat mid gak.. dah lama tak jumpa dia.. sekali sembang dengan dia.. amboi.. aku form 2 dulu pun tak advance cam dia.. bak kata budak opis aku la.. "BUDAK KEY ELL"

Sunday, October 26, 2008

once broken consider sold

sahabat.. kawan.. member.. kenalan.. erm.. semua term2 tu ada level tersendiri pada pandangan aku.. aku sangat bersyukur aku ada sahabat baik.. thanks azid, arul n edi sebab sudi terima aku sebagai sahabat.. tak perlulah aku cerita kebaikan diorang tue.. cukuplah aku berkongsi nama panggilan diorang kat korang semua..

sekarang jangan terlalu mengharap aku bertanya "apa masalah ko" sebab ayat tu selalu kecewakan aku balik... kalau tak dihargai aku masih boleh terima sebab itu hak dia nak pertimbangkan soalan aku tu.. tapi aku sedih soalan aku tu diperlekeh lekeh..

terlalu ramai orang yang aku anggap kawan rupanya hanya kenalan... aku yang salah cop level kat diorang.. aku hanya kecewa tapi aku tak sedih la.. sebab aku sedar ALLAH memberikan aku anugerah banyak anugerah yang rupa2nya tak ramai yang dapat seperti aku.. sungguh.. aku baru tersedar..

ALLAH bagi aku keluarga yang aku boleh ibaratkan penawar segala penyakit aku..
ALLAH bagi aku sahabat baik yang aku sangat percaya dan sayang..
ALLAH bagi aku kawan yang sanggup tolong aku ketika aku susah..
ALLAH bagi aku member untuk aku enjoy life aku..
ALLAH bagi aku kenalan untuk aku fahami apa itu kehidupan..

mungkin sebab aku bukan manusia yang baik.. aku tak layak dapat apa yang aku mintak..

Sunday, October 19, 2008

hari ni

hari ni aku demam.. hidung aku tersumbat.. suara aku pun sangat sengau.. syima call aku pun ejek2 suara sengau aku..

habiskan sepanjang hari atas katil hari ahad memang sangat bosan.. aku bangun pukul 9++ hidung.. tekak.. sangat sakit.. confirm aku sedang demam.. cancel meeting sifoo sebab sangat tak larat.. sorry guys dah 2 kali meeting aku tak datang..

aku tido balik n bangun pukul 6++.. wow anak dara ke tido sampai petang.. maafkan je la anak dara nie.. sebab dia tengah sakit kan..

weekend ni jiwa aku kacau... keje opis banyak pendding.. duit sangat sangat sikit.. jangan tanye tinggal berapa sebab korang akan kata aku penipu besar.. kalau setakat cakap aku penipu besar je aku tak kisah lagi.. ada kawan yang ejek ejek cakap aku tak pandai manage duit.. kau lain lah kau hebat.. tapi aku tak pasti kau hebat ke kalau ada kat tempat aku berdiri sekarang...

untuk diri sendiri...
sila tabahkan diri..
sila displinkan diri..
sila ada pendirian..
sila betulkan niat..
sila solat dengan disiplin..
sila jadi anak yang baik..

insyaALLAH janji Allah tu akan ditepati.. AMIN

Wednesday, October 8, 2008

sekarang rasa apa?

tak sangka...

sakit ati...

kecewa...

makan dalam...

aku sedih sangat2...

kawan ke..?

aku kena hipokrit dalam hal ni... aini amirah... maafkan aku...

Saturday, September 6, 2008

dia mak aku

aku tengah tertekan.. mak asyik bebel je.. mak cakap aku ni baik tak berpada2... bebel... bebel... bebel... dan bebel.. nak buat macam mana lagi.. mungkin semua mak kat dunia ni memang suka bebel kot.. adeh.. sakit jiwa tak boleh nak nafi la..... aku dah tertekan tahap maximum.. kadang kadang pepagi pas salam cium tangan mak sebelum kuar pintu g kerja pun, kene gak sedas dua dari mak.. sabar.. sabar..

mak tak bangga ke anak mak yang sorang ni baik hehehe.. ye la ye la.. pas ni mirah jadi budak jahat.. kalau pas ni tak de sapa nak tolong anak mak ni... biar padan muka anak mak nie... kan kan kan kan....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin