Monday, January 10, 2011

YM rosak

aku kopi pes.. tanpa alasan yang munasabah kakakakakaka
.
.
.

opie_mizailihc: Spalstiktomirangg
rEd-arMy: demkebebaboomjoeeeenggg!!
opie_mizailihc: Alsuntutanmira
rEd-arMy: santetalkeburkkakilututmu
opie_mizailihc: Alpancitanmyvimutayar
rEd-arMy: kankukillmualgelekstemrollkasileper
opie_mizailihc: Akkisahaperjnjikulenyekmyvimujdbesiburukkujualkati
rEd-arMy: komemangbusukkakicagualcekamkura2mandilautmasinmatiikan
opie_mizailihc: GilaApeckapmcmorgxretinakckptpkolghanyirdrikantambahkura2beranak8kommgkakimerapucitpodahhh
rEd-arMy: cekamkakikomasihkuingatmimpingeriallavasistemteringatbusukkakimuhakthuih,,
opie_mizailihc: Apekuksahkoingatcekamkakikusbbkommgsukasamecekamkakikuitukauhiduhinggamnjilatkakisampikfcabehakmkndeymmmirang
rEd-arMy: khaktuihmimpingeriakuingatkakikotuterlalungeripasaltakbolehlupabukansetakatskalimalahberkali2skalipengsanpasalcekamkakikotu
opie_mizailihc is typing...
opie_mizailihc: Jikakosukakateknsukejgndikejikakikuygwangiinikernaialgwangidrgothimuygtelahkusiramdenganmnykpetrol

Thursday, January 6, 2011

Tun Mahathir

Selasa lepas dapat email jemputan untuk hadir ke Seminar Perdana anjuran Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK),UiTM Shah Alam dan Yayasan Pembangunan Insan. Tajuk Seminar kali ni "Perpaduan Asas Pembangunan Bangsa". Tun Mahathir Mohamad hadir sebagai ucaptama seminar ini..

dapat je email tu aku terus xcited nak join.. alhamdulillah aku berpeluang mendengar idea2 beliau.. nasihat2 beliau.. juga lawak2 sinis beliau yang memerlukan anak melayu berfikir.. jangan hanya tertawa geli hati dengan lawak mendalam Tun.. buka mata key guys..

terlalu banyak yang diperkatanya.. terlalu banyak harapannya.. aku nak kongsi dengan korang serba sedikit pendapat beliau yang aku rasa boleh kasi goncang sikit hati itew~!

"melayu pernah mengalahkan kuasa ke 2 terbesar dunia British masa kemerdekaan Malaysia.. dengan hanya bersenjatakan perpaduan melayu ..."

"Perpaduan antara kaum lain juga perlu diwujud selagi mana pihak itu tidak mengancam kaum melayu dan agama Islam ... "

"melayu lemah kerana wujudnya perpecahan dalam kaum melayu sendiri.. menentang kaum sendiri.. tidak sehaluan.. melayu perlu bersatu ..."

"hak melayu perlu dijaga dan perlu berani mengatakan hak kita.. kita bukan tamak.. tapi itu adalah hak kita sebagai waris pada tanah air kita.. orang lain tidak ada hak untuk mengatakan tidak..."

"kita sudah merdeka 53 tahun.. tetapi jangan alpa.. tidak mustahil Malaysia akan dijajah semula.. wahai melayu.. jangan lalai ..."

banyak lagi yang diperkatakan.. tapi agak xsesuai letak kat sini.. takut menimbulkan pelbagai tafsiran lain.. .. eceh, mcm blog femes sangat je ramai org baca kakakaka

..ehem.. ehem.. berpeluang berjumpa jarak dekat dengan Tun.. aku sangat hormat beliau, tak lepas peluang bersalam dengan beliau tanda sangat hormat.. idea2 beliau sangat superb!! beliau sudah berumur 85 tahun.. aku berharap Tun sihat dan dapat menyumbang idea2 kepada kepimpinan negara demi anak bangsa dan negara Malaysia..

*nota lutut - jom bangun dari tido!!!

Monday, January 3, 2011

Darjah 1

Hari ni dengan motivasi yang tinggi aku bangun awal sebab confirm jem hari nie.. maklumlah sesi persekolah dah bermula untuk tahun baru 2011... awal la sangat tetetete... snooze... tetetete snooze.. kol 6 gak celik mata bebetul...

aku kuar je dari rumah.. bersepah2 budak2 pakai baju puteh seluar/kain biru berlari2 tengah jalan.. siap tahan2 kereta aku lagi.. kalau aku langgar sah2 la aku yang salah.. silap2.. kalau diorang langgar kereta aku pun, aku gak masuk lokap... confirm!! sooo parents plz jenguk sikit2 anak2 u olz.. tau la nak ajar anak2 berdikari.. tapi jangan la biarkan bersepah.. terkelepet depan kereta kang, baru meraung.. nyesal tak sudah..

korang pernah ke sekolah?? alhamdulillah.. mostly rakyat Malaysia bersekolah.. kalau sekolah harap2, perangai pun mcm orang yang bersekolah ek.. tetiba gatal nak cerita zaman persekolahan aku.. apa!!? tanak dengar?? korang nampak itu pintu besar tidak?? bahagian kanan atas sekali.. haa.. kasi klik..

korang mesti ada kenangan tadika n darjah 1 kan...

sekolah tadika aku kat Bidor perak.. kelas bawah surau.. aku g tadika naik bas sekolah woo.. sangat berdikari kan aku.. konductor bus sekolah sangat menyayangi aku seadanya.. dia seorang minachi yang baik.. naik bas dipimpin tangan.. pas tu hari2 aku akan diriba oleh kakak2 atau abang2 sekolah rendah atau menengah.. rugi space aku kecik je, duduk 1 seat.. maklumlah budak comel.. cute.. miut.. shy shy.. ouw~!

cikgu sekolah tadika, kawan baik mak aku.. so apa da hal.. ada sorang budak kelas aku, nama dia ijat.. suka bertelanjang dalam kelas.. sangat horror berkawan dengan dia.. aku slalu cakap "kita tanak kawan awak" siyes horror.. kawan baik aku time tadika namanya shuhaida.. dia sangat lemah lembut n baik.. skang dia seorang doktor kalau tak salah.. persembahan akhir tahun, aku masuk tarian india.. dem.. ok next...

darjah 1 aku masuk sekolah rendah SRK Seri Bidor.. ayah aku mengajar kat sekolah nie.. aku sangat popular okey.. semua nak kawan dengan aku.. anak Guru Kanan Kokurikulum pulak tue.. pengawas pun tak berani nak jentik aku, aku akan cakap "bagi tau ayah aku ko pukul aku" serem sejuk gigil diorang.. hambik ko.. cikgu denda aku pun aku ngadu kat ayah aku, tapi ayah aku tak la marah cikgu tue.. ayah aku tanye je kenapa denda aku.. padahal aku sangat sopan dan cumel okey.. biasanya pasal aku bising la.. budak darjah satu bai.. relax arr..

perangai aku yang aku rasa sangat jahat ialah... aku tak boleh tengok orang ikat rambut panjang, aku akan tarik kuat2 sampai budak tu hilang kawalan pertimbangan berdiri.. lepas tu aku akan lari.. dah agak jauh aku ejek2 dia.. sambil loncat2.. dia takkan berani pukul aku balik punya.. confirm.. kakaka.. aku kan gangster darjah 1..

pernah sekali, pengawas tu nama dia adam budak darjah 3.. dia suruh aku berdiri atas kerusi pasal aku bising.. ayah aku cakap pengawas tak boleh pukul murid, cikgu je boleh.. aku pun tak berdiri atas kerusi.. dia datang kat aku, dia pukul tangan aku dengan pembaris.. aku terus cakap.. "aku bagi tau ayah aku lepas nie.." esoknya pengawas tu kene panggil ayah aku, huhahahahah!!! ayah aku tak rotan, ayah aku tanye je kenapa pukul aku.. padan muka .. padan muka.. sambil loncat2.. mesti ko benci aku kan adam kakakaka... sebenarnya tak sakit pun pukulan ko tue... tapi aku citer kat ayah aku memang sakit giler.. huhahaha..

ayah aku pesan kalau time rehat.. datang cari ayah dalam kelas mintak duit belanja.. so tetiap hari aku datang pow ayah aku duit dalam kelas.. bila aku datang je, bebudak kelas ayah aku dah jerit... "cikguuu... anak cikgu datang nak mintak duit.. lari.... " lagi satu ayah aku pesan, kalau dalam kelas kene panggil ayah cikgu, tak boleh panggil ayah... cets apa punya syarat.. tapi aku follow je la.. aku kan anak yang mendengar kata.. sangat aneh panggilan tue "cikgu... mirah nak duit.. nak beli donat dengan eskem".. makanan heavy ayah aku suh ambik je.. nasik lemak ke.. mee ke.. bihun ke.. tu tak payah bayar.. ayah aku bayar bulan2 kat makcik kantin.. ayah aku suh aku makan kat kantin guru.. aku makan kat kantin guru siap bawak kunco sekali kakakaka....!!!

kawan baik aku nama isfa rohaida masa darjah 1 n darjah 2.. dia sangat comel.. sangat rindu beliau.. sampai skang masih in touch touching touching... darjah 3 aku pindah sekolah SRK 1 Tapah, pasal berpindah rumah.. ayah aku mengajar sekolah lain, pakcik sedara aku suh aku masuk sekolah yang dia ajar.. bapak sedara aku penolong kanan 1, tapi beliau sangat garang, tegas n tak sporting macam ayah aku.. kekeke... lain kali la aku citer.. aku paling suka part darjah 1 je kekekeke.. AINI AMIRAH seorang yang belagak.. takbor.. bongkak.. budget cun.. berkuasa.. gangster... huhahahahah!!!

Sunday, January 2, 2011

Kerek giler!!!

Aku type n3 ni dengan keadaan yang sangat bengang n marah.. aku tanya elok elok.. dia jawap mcm tue.. memang rasa nak maki je time tue..

dah la aku tengah sesat.. tetiba ramai plak nampak orang negro kat situ.. bersepah2.. ntah datang dari mana diorang aku tatau.. bising cakap bahasa yang aku tak paham.. rasa nak sumbat masuk dalam lori.. humban kat laut.. pas tu blah.. pepandai la diorang nak hidup..

ramai sangat, sampai aku jadi takut.. aku jumpa pondok tepi semak2.. aku nyorok kat situ.. nasib baik ada handphone kat tangan.. aku terus call nissah... part ni yang bengang nie...

aku : weh ko kat mana tue
nissah : aku kan orang Islam!!!
aku : Ooooo... ko kat masjid la ek??
nissah : ha ah la kat masjid...

apa ntah kaitannya jawapan dia dengan soklan aku tue.. tapi yang pelik aku paham la pulak jawapan dia tue.. erm.. dah lama kitorang kawan kot..

aku pun terus beredar dari situ.. otw tu aku nampak orang tengah masak apa ntah.. macam menarik je.. pas tu aku berenti tengok diorang masak apa..

.
.
.

lepas tu aku terjaga dari tido... terus aku rasa bengang yang teramat sangat dengan nissah.. aku terus cari hp aku kat tepi bantal.. aku nak semes maki hamun dia... kerek giler.. aku tanya baik2.. dia jawap kerek..

dem.. kredit tak cukup.. lupa nak top up.. nak semes plak, dia guna no celcom.. dia rembat hp mak dia, pasal hp dia rosak.. ko bernasib baik kali nie.. ko on9 nanti siap ko aku maki hamun..



:: jangan marah ek aku bowing hikhikhik~ ::


*nota lutut - jangan tido petang, tak elok.. kekekeke...

Saturday, January 1, 2011

Aku makin skema?

kenapa n3 aku makin lama makin skema?? sendiri baca pun rasa boring.. aku dah skema ke? atau memang sejak dulu aku skema? grgrgrgr~

yang paling penting, kenapa tetiba aku buat n3 pasal skema.. jawapan untuk semua jawapan tu adalah disebabkan aku sedang bosan.. bowsan.. boring.. bowing.. borink.. huahuahua...

aku tengah merangka2 aktiviti petang nie.. kak sibah ajak g umah acik kat setapak.. mak aku best la gosip2 citer drama cerekarama pepetang dengan acik aku.. aku nak buat apa lak.. tido?? sedeynye aktiviti tu??

joging yearghh... joging..!! joging!??? erm.. dengan sapa?? kak sibah!! yearggh kak sibah.... kak sibah?? erm.. 1001 alasan laa mak aku bg nanti, orang ramai la.. tasik tu besar,nanti penat la.. soklan yang paling mencabar adalah.. nanti kalau letih boleh bawak masuk kereta tak dalam track joging tue ambik beliau?? susah betul soalan2 kak sibah ni.. mencabar minda.... kasut sukan.. track suit.. topi keselamatan.. pelindung lutut dan siku semua dah dibelikan betul sampai track suit je kekekeee.. ada la 2 kali kot joging.. lepas tu aktiviti beliau adalah hafal siaran astro kembali.. kekeke... sukaaati laaa :P


:: sian dia aku kan ::
*nota lutut - Kesimpulannya tajuk dengan n3 langsung tak sherashi bershama.. sekian!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin