Tuesday, February 16, 2010

Tragedi Kemensah

Coti2 mesia di tahun baru cina.. aku penuhkan dengan aktiviti berpaedah.. pling!! sampai lah kami di tempat perkelahan di Kemensah.. warghh!! i like berkelah..

memperkenalkan ahli2nya.. aku.. nissah.. lolo.. yatie (tiada dalam gambar sebab dia tukang snap gambar)

setelah kami mengalami beberapa konflik dalaman.. iaitu semua tempat sudah di book awal, termasuk meja sekecik2 alam.. kami hampir mencari lokasi perkelahan yang lain kerana terlalu kecewa..

tiba2 kami diberi sinar harapan bila ada family yang selesai berurusan dengan sungai itu.. yeargh!! tadaaa... ni la meja yang kami berjaya sewa berharga RM10..

:: meja ni kitorang sewa RM10 occay :: krkrkrkrr~ ::

aku cam biasa.. denga rakusnya terjun tiruk ke dalam sungai.. boleh tahan dalam.. paras dada gak.. i like.. boleh berenang gaya suka suki.. gambar bawah ni aku berdiri atas batu ye anak2.. kalau tak dalamnya mcm makhluk2 yg kat belakang kitorang tue.. makhluk yang suka buat onar.. percik2 air.. pedih mata i~

:: besh dowh berendam kat sini hahahaha ::

haaaa... kenapa aku snap gambar budak ni?? apa yang menariknya tentang budak ini.. pelampungnya pun tidak la semenarik mana.. renungannya.. erm.. tak gen...!

sebenarnya aku nak tunjukkan paras air sudah menyusut ke paras merbahaya.. merbahaya kepada pemilik kawasan perkelahan ni.. pasal dikhuatiri ada yang kene saman pasal hampir menyebabkan 2 budak perempuan kene sedut keluar dari empangan kecik yang diorang bina..



sila lihat gambarajah ini.. compare dengan gambarajah atas tadi.. cetek tak air sungai tu selepas lobang empangan tu bocor.. aku sengaja ambik gambar budak ni pasal nak membuktikan petapa ceteknya air selepas itu.. dia sendiri buat muka tak puas hati pasal dia duduk pun montot dia tak tenggelam habis.. hahahaha..

ketika aku sedang berenang2 di dalam air.. tiba2 yatie bersuara

yatie : apa hal tetiba air laju je bawah nie..
aku : ntah..
yatie : eh ada lubang besar la bawah nie..
aku : oo pasal tu air laju.. lobang tu terbukak..

lobang tu sebelah aku je.. tapi aku dok bergayut kat empangan tu.. tetiba.. sekumpulan budak2 kurang moral menjerit2 tepi aku.. aku da kerutkan kening tanda protes.. tetiba aku dengar dia jerit.. tolooongg... tolooonng...!! kaki aku sangkut.... tolooong!!

huh!! apa nak buat nie.. arghh!! kepala budak tu dah tenggelam timbul.. papehal bg budak tu boleh bernafas dulu.. aku tolak kepala budak tu ke atas.. supaya dia boleh bernafas... sambil tu aku tarik kaki budak tue... aku sendiri pun tak cecah kaki kat tanah.. mcm mana aku nak tarik budak tu nak selamatkan dia...

aku ilang akal.. aku toleh belakang.. ada ramai orang.. JANTAN pun ramai.. tp aku tak sure diorang jantan sejati atau gayboy belaka.. aku jadi panas hati... aku jerit "tengok je ke.. tolong la tarik".

lepas tu aku dengar orang terjun tiruk belakang aku... haaaa ada pun jantan sejati kat area nie.. budak perempuan tu berjaya di tarik dengan agak susah payah.. fuuuh~ aku lega.. aku dengan perasaan cuak terus bergerak ke arah tebing..

tiba2 member kepada budak yang kene sedut lobang tu jerit pulak.. "arghhhh!!! aku pulak keneee!!!" saat aku toleh kat budak yang jerit tue.. budak tu dah tenggelam terus.. nyaris jantan sejati tu tak blah lagi.. dia tarik sekali lagi budak perempuan tu.. keadaan budak perempuan ni lebih xteam dr yang tadi..

keadaan kembali tenang.. budak tu terkial2.. terkejut kot.. yatie yang masih bertenggek kat empanga tu bersuara..

yatie : adik g naik atas cepat..
budak kne sedut : seluar aku.. seluar aku tertanggal.. tolog ambik seluar aku woi..

dalam keadaan kucar kacir tu.. aku rasa lawak dan hampir tergelak.. hahahaha... aku berjaya kawal emosi aku.. aku tak gelak depan budak tue.. yess~


:: 2 budak laki yang menjaga kawasan perkelahan tersebut sedang menutup balik lobang yang bocor tadi ::

air yang bertakung tadi susut selepas lobang empangan tu bocor.. macam yang korang nampak dalam gambar.. diorang totop dengan hamparan cam tikar getah tu jee.. kalau orang2 dewasa mungkin lah boleh handle lagi kalau keadaan tu berlaku lagi.. tapi kalau budak2 macam tadi.. tak ke terus kene sedut.. memangla dia hanya disedut ke kawasan sebelah yang cetek.. tapi kalau ketika tu kepala dia kene batu cam ne.. haaa!!!


atas ni pulak beberapa orang jakun yang menyaksikan penutupan lobang tu hahahahah... lama gak nak tunggu air naik balik pas empangan tu ditotop..

setelah air penuh balik.. kitorang tak teragak2 terjun balik dalam air... kitorang berendam dari kol 12 tengahari.. sampai kol 5++ petang... sesapa yang rasa cam tak boleh bertahan macam kitorang bertahan berendam dalam air.. dan akan merengek2 nak balik cepat.. dan buat muka tak puas hati nak balik cepat.. dinasihatkan jangan cuba2 mengikut jejak langkah kami occay... u noe u lof me.. xoxo gosip gurl..

*nota lutut - cuti ni aku gunakan sebaik mungkin.. selain balas dendam bersawang atas katil..

15 comments:

starry~ said...

bahahhaha lawak lawak dialog tu. aku suruh mamat hero tu amik balik suar budak tu tau. mamat tu tarik pakai kaki je. x senonoh. seb baik dia hero. hahaha. jom kelah lagi~

katak said...

tak ajak!~

sebaliktabir said...

lawak la korang nih!
Aku rasa sebab korang la lobang tu terbuka... orang kata "side effect" korang datang tetiba tak bagi salam.... huhuhu

army4war said...

starry - hahah aku dh tak ingat muka hero tu cam ne.. tp aku ingat dia tarik pakai kaki.. tak senonoh.. jom!!

katak - hehehe.. lain kali kita g kelah key.. alaaa mucuk.. mucuk.. tayang.. tayang.. lain kali ko kne jadi penyelamat org kne sedut lak key hahaha..

sebaliktabir - ooo kene cam tu ek.. pas ni aku g kelah aku bagi salam dulu.. tp memang diorang tutup dengan tikar je tau.. hehehe..

akira said...

pasal incident budak 2nd tu jatuh..
siap gado agi aku ngan lolo pasal ktorg cakap budak tu x kuar2 dari air sebab suar die tercabut..
hahahahahaha...
klakar tol..
sib bek aku bersaba je ..
tak rakus masok lam air cam ko mira..
hahahahahaha :)

army4war said...

nissah - hahaha.. aku suka kelah2.. suka mandi manda.. sejuk.. tenang.. nyaman.. ahakss!

kisah budak tu tragik dah klaka gak hahahaha

yed said...

tak ajak~!

seb mira x kene sedut, kalo x, mau sangkut tros~
i'm sorrryyy~~

army4war said...

yed - lobang tu dia hanya sedut bende busuk macam ko je.. so aku as usual terselamat la.. cekam la ko..

Lolo said...

kekekekkee.. sonot2.. isk korg x snap gmbr nasikkk lemakkkkkkk... ahahaha (aku sbg kakak bangge la jugak) kekeke.. nex mane lak? =p~

army4war said...

lolo - time semua kebulur.. dah lupa pasal kamera.. hahahah next time suh adik ko wat nasik tomato lak aku snap gambo bebanyak hahaha.. next kita bincang nanti hahahaha

zyra said...

uiisshhh... memula cam nk terase la bile korg gi piknik x ajak... tp lps bace cite sedut2 nih, seram lak... seb x ikottt~

army4war said...

zira - hahaha!! seram la gak.. tp pas tu terjun balik dalam air.. manyak syiok woooo~ hhahaha

aizuemi said...

damn.. mn nama aku?

army4war said...

zue - kan aku dah suh tgok gmbar je.. haaaa kan dah kecewa.. hahaha

aizuemi said...

aku da cakap.. aku nk jugak ada nama~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin