korang sudah bersedia dengan n3 yang skema.. bosan.. ntah pape.. dengan perasaan "ape ke jadahnya n3 ni" .. kalau tidak suka sila type url
http://www.facebook.com/ skang!!
.
.
.
.
.
.
pagi tadi ada sesi sepagi bersama;
Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, FASc Vice Chancellor, Universiti Teknologi MARA (UiTM)staff PSMB wajib hadir ok.. perjumpaan bersama2 staff PSMB yang dikatakan tulang belakang UiTM.. tulang belakang aku sedang membengkok dengan kerja yang horror skang!!
alkisahnya...
aku pernah pertikai keputusan beliau.. untuk membawa masuk pelajar melayu.. miskin dan meletakkan keputusan SPMnya di tempat yang ke-3 untuk dinilai untuk melayakkan diri untuk masuk belajar di UiTM..
syarat layak untuk masuk UiTM;
dua kali Dato' Sahol ulang kelayakan itu.. MISKIN!! MELAYU!! dan SPMnyee...
macam2 terlintas kat otak time dengar keputusan tu...
ooOOOooOOo...
rupa2nya.. kategori ini hanya ingin mengisi 5 ribu pelajar sahaja.. dan pelajar2 itu perlu memulakan pengajiannya dengan peringkat PRA.. saling tak tumpah macam sijil.. mengambil subject2 basic untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.. jika kecundang di tengah jalan.. anggap lah mereka mensia2kan peluang yang diberi.. tabung khas juga disediakan untuk pelajar2 terbabit.. tidak menggunakan peruntukan kerajaan yang diberi untuk pembangunan UiTM.. banyak gak usaha yang dia buat untuk projek ni.. contohnya, hasil jualan cafe, ntah berapa percent keuntungannya akan dimasuk ke tabung projek nie.. bagi aku la.. kalau bebudak tu memain pas berjaya masuk belajar kat UiTM.. memang aku langar dia dengan gothy aku kat tepi jalan..
bagi course2 yang lain, masih mementingkan kelayakan masuk bagi memastikan kualiti UiTM sentiasa terjaga..
my 1st impression.. dia sangat sempoi.. speech dia sangat slamber dan rasa dekat.. no more gaps.. tak nampak symptom2 'blagak cam bagus' dalam diri dia... macam orang2 berpangkat yang lain.. 'cakap tak serupa bikin'.. lalalalalalalaa~
permulaan ceramahnya dah buat orang rasa dia kewl~
pantun MC yang berbunyi..Dato' Sahol panggilan manja...
bla.. bla.. bla.. bla..
(berpantun)
di sambut gelak oleh dia.. sambil jawap.. "nama manja saya ceq la.. mak saya panggil ceq.. orang penang la katakan"
disusuli dengan kisah hidupnya yang sangat daif.. sangat miskin.. ditindas di negeri kelahirannya sendiri di Pulau Pinang.. orang melayu tiada tanah sendiri di Pulau Pinang.. orang melayu di pandang jijik di sana.. melayu dihina kerana miskin.. melayu di perlekeh.. semua tekanan hidup itu membakar semangatnya untuk berjuang demi melayu..
dia bertomoi atau berboxing untuk mencari duit.. balik rumah muka berdarah2 lebam2..dapat la 30 hengget sekali tomoi.. kalau buat2 kalah dengan pihak lawan.. dapat extra 30hengget lagi.. hehehe..
bila mak dia tanye napa berdarah.. dia jawap "orang tu yang start dulu" mak dia akan cakap "hang pe peghabih budak tu skang".. hahaha.. semangat tu yang dia bawak sampai skang.. "kasi peghabis!!"
result SPM teruk.. math fail.. mak ai.. memang horror la result dia.. mana ada masa nak belajar.. dok bertomoi cari duit..
pada suatu hari (wah skemanya) ada seorang pegawai MARA datang dekat dia masa dia menonton tomoi.. dah selalu tengok dia kat situ menonton tomoi..
pegawai MARA : awak nak blaja tak
Dato' Sahol : saya nak kerja jual tiket tomoi ni boleh.. boleh dapatkan kerja ni untuk saya tak?
pegawai MARA : nanti datang ke pejabat saya di (alamat)
Dato' Sahol : (yess dapat kerja la ni)
dipendekkan cerita.. pegawai MARA tu isikan borang dia masuk belajar di ITM.. sambil dia bekerja sebagai buruh kasar di pembinaan Menara Berkembar Sains dan Teknologi, UiTM Shah. (yang ni aku tak sure.. terbersembang dengan kak ila hahaha) .. alkisahnya dia fail n kene tendang.. dengan rayuan2 dari 2 orang lecturernya yang berbangsa cina.. rayuannya diterima.. maka belajarlah dia bersungguh2.. lecturer dia pun dengan sangat la aku takjub.. pergi ke kampung dato' sahol ni..meminta parents dia tidak menyuruh dato' sahol ni bekerja dan akan diberi duit setiap bulan.. erm..
maka dengan itu berjaya lah beliau.. sejak itu.. pengajiannya di taja.. sampai blaja di luar negara pas tu apa ntah dia jadi kat jerman..
dengan perasaan yang sangat memahami orang2 miskin.. dia mengatakan
"bukan semua orang yang dapat result SPM teruk tu tak pandai.. tapi mereka tiada peluang.. dapat pahala kita membantu dan memberi peluang kepada mereka.. UiTM mengambil 25 ribu pelajar yang berkelayakan setiap pengambilan.. mengapa tidak boleh memberi peluang kepada hanya 5 ribu pelajar miskin yang ingin belajar tapi tak de kemampuan".maka dengan itu.. sesapa yang miskin.. dan berbangsa melayu... meh sini salinan result SPM dan IC, aku g bawak g jumpa Dato' Sahol.. kalo korang tak lulus dengan cemerlang.. gemilang.. terbilang.. tak perlu tunggu UiTM tendang korang..meh sini aku tendang korang dulu.. hahahaha!! ada braaaannnn!!!???

:: saja nak taruk gak gambar ::
*nota lutut - amacam.. ntah pape tak n3 aku kali nie.. aku type sesukati aku dengan grammer tunggang langgang.. sekian!!