Sunday, January 30, 2011

Penutupan Blogspot


dah lama tak update blogspot... mula2 aku nak maintain 2 blog nie.. tapi pikir2 balik.. nak update salah satu pun aku tatau nk update apa.. ni kan pulak nak update 2 2.. lately banyak pulak keje aku.. nak tengok citer korea lagi.. nak tido lagi.. nak melangho lagi.. kakakaka....

sekarang dah ada wordpress.. blogspot makin terabai.. wordpress banyak bende nak setup lagi, basic dah ok.. ada la sikit2 kene tambah kasi cun...

nak tutup blogspot mcm sayang la plak.. even dah transfer semua n3 n komen ke wordpress.. just follower je tak boleh angkut lagi.. ada cara tak?? ke aku yang tak research bebetul.. walau tak ramai mana follower aku, tp nak bawak gak ke blog baru tu.. duduk situ ramai2 kekeke...

korang rasa aku kene tutup tak blogspot nie.. cewah tanye mcm blog aku ni femes je kakaka... nak tanye pendapat je.. hehehehe

Saturday, January 15, 2011

Launching Rumah Baru

Assalamualaikum...

n3 ni nak mengajak korang datang ke 'RUMAH' baru aku.. rumah baru mestilah alamat baru kan... jangan lupa tambah blogroll korang dengan link ni key ...

http://www.laskar.army4war.com/

'rumah' baru aku tu masih dalam pembinaan.. tapi setakat nak datang lepak2 santai boleh dah.. aku nak touch up sikit2 je lagi.. nak komen membina pasal design pun tak de hal.. komen membina je aku layan.. setakat cakap!! "oi buruk gila g mampos la" memang aku tak layan la!! kakakaka...

link Blogspot ni jangan la remove.. sian dia, kecik ati, majuk dia kang...

aku sambut korang dengan lagu best kat rumah baru key.. hehehe layanz!!


:: kamu boleh click ScreenShot ini ::

*nota lutut - permulaan untuk pembinaan yg lebih besar.. insyaALLAH...

Tuesday, January 11, 2011

Klinik gigi


lebih dari 10 tahun aku tak baring atas menatang nie.. menatang ni banyak terdapat dalam klinik2 gigi... bende yang paling aku fobia adalah klinik gigi.. aku akan bayangkan jarum suntik yang sangat besar.. pelbagai objek2 tajam dan mengerikan akan dimasukkan satu persatu dalam mulut aku.. bunyi geseran objek dengan gigi aku membolehkan aku rasa nak pengsan..

pagi tadi mimpi apa ntah, aku boleh follow kak bye g klinik gigi.. itu dinamakan misi mencari penyakit.. aku membayangkan scalling gigi tu indah.. hanya menggunakan alat2 comel dan berus2 halus dan sedikit cungkilan pada celahan gigi...

aku tak pernah scaling gigi sebelum ni.. tak pernah.. rupa2nya sangat ngeri.. sangat sakit... arghh... aku tanak bayangkan lagi... berilah aku berjuta RM aku takkan g scalling gigi lagi...

pukul 730 pagi ambik kak bye kat umah dia.. terus ke Pusat Kesihatan UiTM.. ambik nombor.. kol 8++ baru leh register.. kol 9++ baru diorang panggil...

mula2 aku sangat tenang sampai sesi berdialog dengan kak bye dilakukan..

kak bye : scalling tu nanti ngilu sikit dan berdarah sikit..
aku : glup~! berdarah??
kak bye : mira tak pernah scalling ke sebelum ni..
aku : mesti la taaaaaaaaaaaaaaaaaak~! arghhh takut... grgrgrggrrgrr...
kak bye : hahahahahahahaha...
aku : nombor giliran akak dulu kan? kalau akak kuar nangis2 kita balik je la terus ek..
kak bye : (tak ingat dah respond dia.. aku tengah nebes level gigil)
aku : ini misi cari masalah ni kak bye... adddoiiii~!

otak aku dah pikir mcm2.. nak lari je dari klinik tu.. skang aku dah 18 tahun ke atas.. dah tak de paksaan macam zaman sekolah dulu.. dulu aku seorang yang sangat kretif untuk mengelak dari berjumpa doktor gigi di sekolah2.. aku nampak je van kesihatan masuk.. kepala lutut aku dah longgar..

otak aku ligat berfikir sementara menunggu angka giliran.. kak bye dah masuk bilik doktor.. duduk menunggu sorang2 depan bilik doktor memang menguji kecekalan aku.. ternyata aku masih waras tak meninggalkan kak bye sorang2 terkapai2 lepas kuar dari bilik doktor..

angka giliran aku dah sampai... aku tengah pikir, nak jalan ke bilik doktor ke jalan kuar klinik terus.. ok ok aku masih waras.. tu zaman sekolah.. lain.. macam2 idea dalam otak aku dlu nak ngelat dari kene jumpa doktor gigi... sekarang semua atas pertimbangan aku sendiri.. macho mira.. macho.. jangan lari dari medan perang.. jangan bacul.. aku sure mesti kene gelak guling2 dengan bebudak opis yang sengal nanti kalau aku lari dari klinik lintang pukang sekarang... paling busuk pun setahun kene gelak dengan diorang.. ouww.. tsidaksss.. lagi ngeri dari jumpa doktor gigi occay~!

masuk dalam bilik doktor.. nganga la mulut luas2.. rupa2nya dia check2 dulu then suruh tunggu lagi untuk next doktor pulak jalankan sesi scalling gigi aku.. aku dan kak bye dipertemukan lagi dalam suasana bilik doktor pulak...

ada 4 bilik doktor.. ada pesakit dah dalam bilik yang lain.. bila mesin gigi berbunyi.... aku pun berbunyi....

aku : huh!!!?? kak bye.. bunyi ape tue...
kak bye : Eeee... ngerinye bunyi dia...
aku : akak.. tingkap ni muat tak kalau nak lari dari sini..
kak bye : muat mira.. muat...
(sambil intai apa yang diluar tingkap)
aku : tak la tinggi sangat kalau nak lompat.. tak patah kaki punyaa.. nasib baik klinik gigi ni ground floor kan kak...

... waras mira..waras... tarik nafaaaaas... snifff... hembuuuussss...... fuuuhhhh ...

doktor : Nor Baiduri Huzaifah datang mengadap~

maka masuk la kak bye dulu tinggalkan aku sorang2 kat bangku menunggu... fuuhhh... mencabar tol ...

seminit ...

2 minit ...

3 minit ...
.
.
.
10 minit

bunyi dari bilik kak bye - UWEEKkkkkkkKKkkk~! hak tuih... hak tuih... hak tuih... sroot.... srrroot~!

aku : grrrrrrrgrgrgg...~!

doktor : Aini Amirah!!!

aku terkedu... tak bergerak...

doktor : AINI AMIRAAAHHHHH!!!!!!!!!!!!!

ish bising la doktor ni... sabo la.. tengah mencari kekuatan nie... sambil tu aku jalan pelan2 masuk bilik doktor...

... aku pun baring nganga mulut... sesi scalling pun berlangsung...

arghhhhhhh sakit sakit sakit!!! uwarghh!!!

setiap kali sakit, aku genggam tangan kuat2 aku tak sedar aku tengah kejangkan badan...

doktor : jangan keraskan badan.. lembutkan je...

zzzzzzzzzzzzzzzzztttttttttttttttt~ alat scalling berbunyi balik..

badan aku kejang balik...

doktor : adik.. jangan kejangkan badan...
aku : dia automatik la doktor tak dapat dikawal cakap dalam hati je mulut dah kne gari..

zzzzzzzzzzzzzttttttttttttt~ sila ulang dialog doktor di atas dalam 5 6 kali lagi... mungkin 7 kali..

seminit ...

2 minit ...

3minit ...
.
.
.
10 minit ...

doktor : ok boleh kumur2...

UWEEKkkkkkkKKkkk~! hak tuih... hak tuih... hak tuih... sroot.... srrroot~!
ARGHHHHHHHHHHHHHH DARAHHH... DARAAAAHHH... BANYAK NYEEEEEEEEEEEEE~!

doktor : sebenarnya gigi awak tak perlu scalling.. sebab tak de apa2 pun.. nanti datang balik ada 3 gigi nak kene tampal tu
aku : (pening ting tong... ting tong... weng... weng... cakap la pape pun.. aku dah tak fokus.. weeewuuuuweeewuuuu...~!)
doktor : nanti buat appointment tampal yang depan tu dulu ek..
aku : MEMANG TAK ARRRRRRRRR!!! dalam hati je...

keluar je dari bilik doktor... aku dah nampak masita gelakkan aku... dan ayat pertama aku pada mereka2 yang menunggu aku...

aku : JANGAN HARAP AKU NAK BUAT SCALLING LAGI.. SAKIT DOWH!!!!!!!!!!!!

aku sendiri tak percaya, aku sendiri yang drive ke klinik gigi, tanpa orang bawak aku dengan penipuan mengatakan nak pergi kedai beli cikedis..

berjalan masuk ke bilik doktor tanpa sebarang paksaan atau diheret oleh nurse.. driver land rover klinik kesihatan.. makcik cleaner klinik... nurse dari jabatan kesihatan lain..

baring di atas kerusi pemeriksaan gigi tanpa paksaan oleh nurse.. driver land rover.. makcik cleaner.. jiran tetangga.. nurse dari jabatan kesihatan lain... pegang kaki tangan n kepala aku..

itu zaman aku bergigi susu.. skang dah bergigi kekal... aku berjaya menempuh hari yang getir, di atas kerelaan aku sendiri.. tahniah AINI AMIRAH... anda berjaya dalam acara FEAR FACTOR ini!! wuhooo~!
*nota lutut - gigi aku dah bersih.. korang bila lagi.. blagak!!

Monday, January 10, 2011

YM rosak

aku kopi pes.. tanpa alasan yang munasabah kakakakakaka
.
.
.

opie_mizailihc: Spalstiktomirangg
rEd-arMy: demkebebaboomjoeeeenggg!!
opie_mizailihc: Alsuntutanmira
rEd-arMy: santetalkeburkkakilututmu
opie_mizailihc: Alpancitanmyvimutayar
rEd-arMy: kankukillmualgelekstemrollkasileper
opie_mizailihc: Akkisahaperjnjikulenyekmyvimujdbesiburukkujualkati
rEd-arMy: komemangbusukkakicagualcekamkura2mandilautmasinmatiikan
opie_mizailihc: GilaApeckapmcmorgxretinakckptpkolghanyirdrikantambahkura2beranak8kommgkakimerapucitpodahhh
rEd-arMy: cekamkakikomasihkuingatmimpingeriallavasistemteringatbusukkakimuhakthuih,,
opie_mizailihc: Apekuksahkoingatcekamkakikusbbkommgsukasamecekamkakikuitukauhiduhinggamnjilatkakisampikfcabehakmkndeymmmirang
rEd-arMy: khaktuihmimpingeriakuingatkakikotuterlalungeripasaltakbolehlupabukansetakatskalimalahberkali2skalipengsanpasalcekamkakikotu
opie_mizailihc is typing...
opie_mizailihc: Jikakosukakateknsukejgndikejikakikuygwangiinikernaialgwangidrgothimuygtelahkusiramdenganmnykpetrol

Thursday, January 6, 2011

Tun Mahathir

Selasa lepas dapat email jemputan untuk hadir ke Seminar Perdana anjuran Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK),UiTM Shah Alam dan Yayasan Pembangunan Insan. Tajuk Seminar kali ni "Perpaduan Asas Pembangunan Bangsa". Tun Mahathir Mohamad hadir sebagai ucaptama seminar ini..

dapat je email tu aku terus xcited nak join.. alhamdulillah aku berpeluang mendengar idea2 beliau.. nasihat2 beliau.. juga lawak2 sinis beliau yang memerlukan anak melayu berfikir.. jangan hanya tertawa geli hati dengan lawak mendalam Tun.. buka mata key guys..

terlalu banyak yang diperkatanya.. terlalu banyak harapannya.. aku nak kongsi dengan korang serba sedikit pendapat beliau yang aku rasa boleh kasi goncang sikit hati itew~!

"melayu pernah mengalahkan kuasa ke 2 terbesar dunia British masa kemerdekaan Malaysia.. dengan hanya bersenjatakan perpaduan melayu ..."

"Perpaduan antara kaum lain juga perlu diwujud selagi mana pihak itu tidak mengancam kaum melayu dan agama Islam ... "

"melayu lemah kerana wujudnya perpecahan dalam kaum melayu sendiri.. menentang kaum sendiri.. tidak sehaluan.. melayu perlu bersatu ..."

"hak melayu perlu dijaga dan perlu berani mengatakan hak kita.. kita bukan tamak.. tapi itu adalah hak kita sebagai waris pada tanah air kita.. orang lain tidak ada hak untuk mengatakan tidak..."

"kita sudah merdeka 53 tahun.. tetapi jangan alpa.. tidak mustahil Malaysia akan dijajah semula.. wahai melayu.. jangan lalai ..."

banyak lagi yang diperkatakan.. tapi agak xsesuai letak kat sini.. takut menimbulkan pelbagai tafsiran lain.. .. eceh, mcm blog femes sangat je ramai org baca kakakaka

..ehem.. ehem.. berpeluang berjumpa jarak dekat dengan Tun.. aku sangat hormat beliau, tak lepas peluang bersalam dengan beliau tanda sangat hormat.. idea2 beliau sangat superb!! beliau sudah berumur 85 tahun.. aku berharap Tun sihat dan dapat menyumbang idea2 kepada kepimpinan negara demi anak bangsa dan negara Malaysia..

*nota lutut - jom bangun dari tido!!!

Monday, January 3, 2011

Darjah 1

Hari ni dengan motivasi yang tinggi aku bangun awal sebab confirm jem hari nie.. maklumlah sesi persekolah dah bermula untuk tahun baru 2011... awal la sangat tetetete... snooze... tetetete snooze.. kol 6 gak celik mata bebetul...

aku kuar je dari rumah.. bersepah2 budak2 pakai baju puteh seluar/kain biru berlari2 tengah jalan.. siap tahan2 kereta aku lagi.. kalau aku langgar sah2 la aku yang salah.. silap2.. kalau diorang langgar kereta aku pun, aku gak masuk lokap... confirm!! sooo parents plz jenguk sikit2 anak2 u olz.. tau la nak ajar anak2 berdikari.. tapi jangan la biarkan bersepah.. terkelepet depan kereta kang, baru meraung.. nyesal tak sudah..

korang pernah ke sekolah?? alhamdulillah.. mostly rakyat Malaysia bersekolah.. kalau sekolah harap2, perangai pun mcm orang yang bersekolah ek.. tetiba gatal nak cerita zaman persekolahan aku.. apa!!? tanak dengar?? korang nampak itu pintu besar tidak?? bahagian kanan atas sekali.. haa.. kasi klik..

korang mesti ada kenangan tadika n darjah 1 kan...

sekolah tadika aku kat Bidor perak.. kelas bawah surau.. aku g tadika naik bas sekolah woo.. sangat berdikari kan aku.. konductor bus sekolah sangat menyayangi aku seadanya.. dia seorang minachi yang baik.. naik bas dipimpin tangan.. pas tu hari2 aku akan diriba oleh kakak2 atau abang2 sekolah rendah atau menengah.. rugi space aku kecik je, duduk 1 seat.. maklumlah budak comel.. cute.. miut.. shy shy.. ouw~!

cikgu sekolah tadika, kawan baik mak aku.. so apa da hal.. ada sorang budak kelas aku, nama dia ijat.. suka bertelanjang dalam kelas.. sangat horror berkawan dengan dia.. aku slalu cakap "kita tanak kawan awak" siyes horror.. kawan baik aku time tadika namanya shuhaida.. dia sangat lemah lembut n baik.. skang dia seorang doktor kalau tak salah.. persembahan akhir tahun, aku masuk tarian india.. dem.. ok next...

darjah 1 aku masuk sekolah rendah SRK Seri Bidor.. ayah aku mengajar kat sekolah nie.. aku sangat popular okey.. semua nak kawan dengan aku.. anak Guru Kanan Kokurikulum pulak tue.. pengawas pun tak berani nak jentik aku, aku akan cakap "bagi tau ayah aku ko pukul aku" serem sejuk gigil diorang.. hambik ko.. cikgu denda aku pun aku ngadu kat ayah aku, tapi ayah aku tak la marah cikgu tue.. ayah aku tanye je kenapa denda aku.. padahal aku sangat sopan dan cumel okey.. biasanya pasal aku bising la.. budak darjah satu bai.. relax arr..

perangai aku yang aku rasa sangat jahat ialah... aku tak boleh tengok orang ikat rambut panjang, aku akan tarik kuat2 sampai budak tu hilang kawalan pertimbangan berdiri.. lepas tu aku akan lari.. dah agak jauh aku ejek2 dia.. sambil loncat2.. dia takkan berani pukul aku balik punya.. confirm.. kakaka.. aku kan gangster darjah 1..

pernah sekali, pengawas tu nama dia adam budak darjah 3.. dia suruh aku berdiri atas kerusi pasal aku bising.. ayah aku cakap pengawas tak boleh pukul murid, cikgu je boleh.. aku pun tak berdiri atas kerusi.. dia datang kat aku, dia pukul tangan aku dengan pembaris.. aku terus cakap.. "aku bagi tau ayah aku lepas nie.." esoknya pengawas tu kene panggil ayah aku, huhahahahah!!! ayah aku tak rotan, ayah aku tanye je kenapa pukul aku.. padan muka .. padan muka.. sambil loncat2.. mesti ko benci aku kan adam kakakaka... sebenarnya tak sakit pun pukulan ko tue... tapi aku citer kat ayah aku memang sakit giler.. huhahaha..

ayah aku pesan kalau time rehat.. datang cari ayah dalam kelas mintak duit belanja.. so tetiap hari aku datang pow ayah aku duit dalam kelas.. bila aku datang je, bebudak kelas ayah aku dah jerit... "cikguuu... anak cikgu datang nak mintak duit.. lari.... " lagi satu ayah aku pesan, kalau dalam kelas kene panggil ayah cikgu, tak boleh panggil ayah... cets apa punya syarat.. tapi aku follow je la.. aku kan anak yang mendengar kata.. sangat aneh panggilan tue "cikgu... mirah nak duit.. nak beli donat dengan eskem".. makanan heavy ayah aku suh ambik je.. nasik lemak ke.. mee ke.. bihun ke.. tu tak payah bayar.. ayah aku bayar bulan2 kat makcik kantin.. ayah aku suh aku makan kat kantin guru.. aku makan kat kantin guru siap bawak kunco sekali kakakaka....!!!

kawan baik aku nama isfa rohaida masa darjah 1 n darjah 2.. dia sangat comel.. sangat rindu beliau.. sampai skang masih in touch touching touching... darjah 3 aku pindah sekolah SRK 1 Tapah, pasal berpindah rumah.. ayah aku mengajar sekolah lain, pakcik sedara aku suh aku masuk sekolah yang dia ajar.. bapak sedara aku penolong kanan 1, tapi beliau sangat garang, tegas n tak sporting macam ayah aku.. kekeke... lain kali la aku citer.. aku paling suka part darjah 1 je kekekeke.. AINI AMIRAH seorang yang belagak.. takbor.. bongkak.. budget cun.. berkuasa.. gangster... huhahahahah!!!

Sunday, January 2, 2011

Kerek giler!!!

Aku type n3 ni dengan keadaan yang sangat bengang n marah.. aku tanya elok elok.. dia jawap mcm tue.. memang rasa nak maki je time tue..

dah la aku tengah sesat.. tetiba ramai plak nampak orang negro kat situ.. bersepah2.. ntah datang dari mana diorang aku tatau.. bising cakap bahasa yang aku tak paham.. rasa nak sumbat masuk dalam lori.. humban kat laut.. pas tu blah.. pepandai la diorang nak hidup..

ramai sangat, sampai aku jadi takut.. aku jumpa pondok tepi semak2.. aku nyorok kat situ.. nasib baik ada handphone kat tangan.. aku terus call nissah... part ni yang bengang nie...

aku : weh ko kat mana tue
nissah : aku kan orang Islam!!!
aku : Ooooo... ko kat masjid la ek??
nissah : ha ah la kat masjid...

apa ntah kaitannya jawapan dia dengan soklan aku tue.. tapi yang pelik aku paham la pulak jawapan dia tue.. erm.. dah lama kitorang kawan kot..

aku pun terus beredar dari situ.. otw tu aku nampak orang tengah masak apa ntah.. macam menarik je.. pas tu aku berenti tengok diorang masak apa..

.
.
.

lepas tu aku terjaga dari tido... terus aku rasa bengang yang teramat sangat dengan nissah.. aku terus cari hp aku kat tepi bantal.. aku nak semes maki hamun dia... kerek giler.. aku tanya baik2.. dia jawap kerek..

dem.. kredit tak cukup.. lupa nak top up.. nak semes plak, dia guna no celcom.. dia rembat hp mak dia, pasal hp dia rosak.. ko bernasib baik kali nie.. ko on9 nanti siap ko aku maki hamun..



:: jangan marah ek aku bowing hikhikhik~ ::


*nota lutut - jangan tido petang, tak elok.. kekekeke...

Saturday, January 1, 2011

Aku makin skema?

kenapa n3 aku makin lama makin skema?? sendiri baca pun rasa boring.. aku dah skema ke? atau memang sejak dulu aku skema? grgrgrgr~

yang paling penting, kenapa tetiba aku buat n3 pasal skema.. jawapan untuk semua jawapan tu adalah disebabkan aku sedang bosan.. bowsan.. boring.. bowing.. borink.. huahuahua...

aku tengah merangka2 aktiviti petang nie.. kak sibah ajak g umah acik kat setapak.. mak aku best la gosip2 citer drama cerekarama pepetang dengan acik aku.. aku nak buat apa lak.. tido?? sedeynye aktiviti tu??

joging yearghh... joging..!! joging!??? erm.. dengan sapa?? kak sibah!! yearggh kak sibah.... kak sibah?? erm.. 1001 alasan laa mak aku bg nanti, orang ramai la.. tasik tu besar,nanti penat la.. soklan yang paling mencabar adalah.. nanti kalau letih boleh bawak masuk kereta tak dalam track joging tue ambik beliau?? susah betul soalan2 kak sibah ni.. mencabar minda.... kasut sukan.. track suit.. topi keselamatan.. pelindung lutut dan siku semua dah dibelikan betul sampai track suit je kekekeee.. ada la 2 kali kot joging.. lepas tu aktiviti beliau adalah hafal siaran astro kembali.. kekeke... sukaaati laaa :P


:: sian dia aku kan ::
*nota lutut - Kesimpulannya tajuk dengan n3 langsung tak sherashi bershama.. sekian!!

Dua.Kosong.Satu.Satu

Assalamualaikum ...







Happy New Year guys!!! 2011.. alhamdulillah ALLAH memberi peluang untuk aku teruskan usaha untuk memperbaiki kelemahan diri aku lagi pada tahun baru ni insyaALLAH...

setiap kali aku type n3 new year.. aku akan baca n3 sebelum2 ni, at least baca n3 new year tahun lepas... aku bersyukur kerana tahun ini aku type n3 new year dengan berkobar2, dengan lapang hati, dengan ceria, dengan rasa syukur.. dan dengan bahagia.. alhamdulillah...

azam?? erm.. dun have la.. setiap hari aku akan cuba mengurangkan kesilapan hari semalam je.. cuba untuk tak takut dengan risiko... doakan aku murah rezeki key.. azam ek? erm.. kalau nak tahu azam aku.. erm.. aku mahu membahagiakan orang yang tersayang skang.. okey, skema tak azam?? tetiba dapat azam baru tengah type n3 ni kekekeke..

sekarang ni apa yang perlu aku buat adalah tune balik niat kasi betul.. dah banyak terpesong nie.. berdoa supaya Allah memelihara iman aku.. dunia makin mencabar, banyak sangat asakan kat iman aku nie.. aku kan manusia yang lemah, tapi tak gigirl tau kakakaka...

kerjaya.. alhamdulillah.. beransur pulih.. kalau tahun lepas mental sekejap aku dengan task yang Allah bagi.. tapi ujian Allah tu lah yang berjaya membuat hati aku bergetar untuk terus mengingati-NYA.. tanpa ujian2 dari-NYA mungkin hati aku beku.. Nauzubillah...

Jiwang sikit jom!
orang sekelilinglah yang akan menentukan jatuh bangunnya hidup.. akal dan hati pula penentu siapa yang mampu mempengaruhi hidup.. perlu berani katakan YA dan TIDAK mengikut pertimbangan akal dan hati..

aku dah berjaya lakukan untuk katakan YA dan TIDAK mengikut akal dan hati aku.. "ikut hati mati.. ikut rasa binasa" tak lah!! just kene combine hati+rasa+akal.. then tawakal..

JOM tengok depan.. tak payah dok toleh2 belakang dah.. yang lepas tu lepas la.. tak payah nak menyesal2.. nak ungkit2.. nak emosi2.. nak salah2kan orang tu orang ni.. salahkan keputusan lepas..

kejar yang kat depan ni.. orang lain dok berlari ke depan.. ko dok nangis2.. emosi2 terduduk.. kalau nak duduk pun, duduk kat eskelator naik ke atas.. bergerak gak kakaka... kene pandai pilih port duduk gak der.. kalau ko berjalan sama arah eskelator tu bergerak , lagi cepat ko sampai ke atas.. insyaALLAH.. apa punya metafora daaa.. kakakaka.. oklah!!

SELAMAT TAHUN BARU || HAPPY NEW YEAR

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin