Wednesday, October 29, 2008

dugaan gaji clear

kuar umah pagi tadi aku pau mak aku 5 hengget sebab gaji belum clear nak buat cover sarap kat makak bistari.. mak aku bagi 4 hengget je sebab mak aku tak de duit kecik.. mak aku lagi kaya dari aku tau.. (kepada korang.. jangan ikut jejak aku ni..) aku tak pau bebanyak mak aku sebab aku budget semua berjalan lancar pagi ni macam pagi2 sebelum nie..


dah set up tudung kasi center.. calit skit perfume body shop.. (sampai opis je sure bau aku saling tak tumpang bau asap lori) calit skit litip loreal kakak aku (sampai opis bibir aku akan nampak gothic kaler litip cekelat bercampur dengan habuk kaler itam).. sandang beg.. sarung sweater.. sarung helmet (penat set up tudung kasi muncung.. pas pakai helmet sure kemek seribu bahasa.. siap ada line2 kat tudung.. adeh..) salam mak aku depan pintu.. cium pp kira kanan (cup.. cup..) aku pun turun tangga apartment aku dengan macho..

sampai tempat parking motor.. aku pun cucuk n pulas kunci kat handle motor aku.. aku pun mula memijak err.. pemijak untuk start kan motor tu (tatau nama saintifik) pijak 1 2 3 4 5 6 kali.. haaaa hidup pun kau.. biasa laa engine sejuk pepagi.. aku sorong ke belakang kuda aku tu, nak kuar parking motor.. rasa berat semacam je.. ehem.. berat dari kebiasaan ek.. aku wat derk je dulu.. mana la tau kot2 aku tak de tenaga pepagi sebab tak pekena roti canai kosong banjir sambal lebih dengan air suam mamak bistari lagi hehehe.. tetapi pabila aku tenung bebetul tayar belakang aku tu.. kadar kekembungan tayar menyentap tangkai hati huk huk huk..

argh!!! tayar motor aku panceettt...!!!

setelah sekian lama aku dimanjakan dengan kuda aku tu.. yang aku tau.. pulas je pemegang handle, motor tu bergerak.. hari ni aku kne mengeluarkan keringat sikit, aku berjalan ke tempat tunggu teksi.. tak berapa nak penat plak.. mungkin sebab zaman dulu kala memang aku dah biasa berjalan pergi kerja.. alhamdulillah cepat je dapat teksi.. duduk la dalam teksi tu diam2.. tau2 dah sampai opis..

kat opis macam biasa je.. hangin2 wat codding.. hangin.. hangin .. hangin dan hangin.. nampak sangat aku tak terre..

tengah hangin wat kerja.. teringat kuda aku.. aku pun sound check bos aku nak balik awal nak settlekan kuda.. cam biasa diorang okey je.. tq bos..!! pukul 5 teman opismate makan.. last2 gerakan cari teksi hampir pukul 7 malam..

dan bermula lah tragedi, antara kisah yang aku tak boleh lupa..

1st teksi.. berenti.. "kota damansara" drebar hayun tangan menunjukkan dia tak g kawasan tu..

2nd teksi.. berenti.. "kota damansara.. dah 3 teksi saya tahan tanak masuk kota damansara" (tipu sunat)
drebar teksi - "err.. saya nak isi NGV kat depan tu kejap.. nanti saya pusing balik.. kalau adik ada kat sini lagi, saya ambik"

erm.. janji manis.. dia cuma tanak luka kan perasaan aku lagi kot..

3rd teksi.. berenti.. "kota damansara"
driver teksi - "masuk.. masuk.. masuk.."

uik.. apa kes teksi ni penuh sangat.. aku tenung manja orang2 dalam teksi tue..

perempuan india kat seat belakang - "masuk.. masuk.. masuk.."

memang confuse.. tapi aku masuk jugak sebab aku tak larat tunggu teksi dah.. aku duduk dengan rasa hairan...

seat depan selaku co pilot.. anak lelaki driver teksi berumur 3 tahun.. sebelah aku isteri driver teksi sambil memangku anak lelaki bongsu dia berumur dalam 6bulan kalau tak silap aku..

isteri driver - "saya tak tahan dengar anak2 saya menangis sampai papa diorang balik umah"

aku senyum je...

anak lelaki sulong dia dah terkam aku.. aku kurang sabar dengan budak2 buas nie.. aku tolak badan budak perlahan2.. kali ke 2 aku tolak lagi.. ke 3.. ke 4.. ke 5..

dan kali ke 6... aku dukung budak tu.. aku pusingkan badan dia.. aku letak dia kat seat depan.. "seat properly"

budak terus nangis.. bapak dan mak dia nampak serba salah.. aku dah hilang sabar... bapak dia pujuk anak sulong dia tu.. dia suruh tengok semua kereta yang lalu tepi teksi tu.. ada anjing ke tak dalam kereta tue.. budak nakal tu mula berhenti nangis dan tengok semua kereta.. kot2 ada anjing dalam kereta tue.. gelak sakan aku..

dah agak lama dalam teksi tu.. bapak dia cakap.. saya tak pernah pukul anak2 saya ni.. perh.. aku pulak rasa terpukul.. sebab aku berkasar dengan anak sulong dia tadi.. "ouww.." aku main2 dengan anak bongsu dia tue.. cute sangat.. jarang aku nampak anak orang india ni cute... aku berlaku jujur je....

haaa sampai pun kota damansara.. lega gila hati aku tidak terkira...

"tolong singgah bengkel motor ek.. saya nak settlekan motor saya"

driver - "saya tak kisah.. boleh jee"

lepas deal dengan orang bengkel tu.. aku masuk teksi balik..

"mana driver"
isteri driver - "dia g kedai sikijam"

aku tenung meter teksi.. tak stop.. erm.. biar je la..

orang bengkel follow teksi sampai tempat parking kuda aku.. aku jeling meter teksi.. RM21.xx

driver - "bayar lebih sikit laaaa..."
aku tersentap...

"berapa?"

aku hulur RM50

driver teksi - "kasi lebih 2 ringgit la"
"erm..."

driver teksi pulangkan baki.. aku malas kira.. terus masuk dalam purse..

skang aku diarahkan naik motor orang bengkel tu pergi ke bengkel.. dia naik motor aku yang tayar pancet tu.. dia ada skill kot ride motor pancet hehehe..

sampai kat bengkel.. aku check purse aku.. nak kira balance teksi tadi..

RM23!!!!!!!!!!!!

penipu punya driver.. dah la aku tak selesa dalam teksi dia.. dah la kata nak charge 2 ringgit je.. ko kebas duit aku sampai 6 ringgit... tertekan aku...

orang bengkel check2 tayar kuda aku.. dai kata apa bende ntah rosak... aku pun suh la dia tukar.. bila dah settle..

"berapa taukeh?"
taukeh - "23 ringgit"

glup!!!!

taukeh - "lain kali bawak sini la.. murah sikit"

sampai umah aku tanye harga bende alah tu kat kawan aku guna ym.. dia kata bende alah tu 5 ringgit je... habis kuat dia teka.. 15 ringgit..

adeh.. sakit jantung aku...

dugaan gaji dah clear namanya.. adeh.. adeh..

riang ria sifoo.com bowling

acara membowling hari ahad lepas memang best.. release tension aku.. aku dah solve bug kat codding aku jumaat lepas.. so memang enjoy la, fikiran aku tenang tanpa terpikir codding2 yang serabutkan hotak aku..

hari sabtu tu aku dan beberapa krew sifoo.com yang lain set up hadiah kat cosmic bowl kat mid valley dengan ikhlas, bila ikhlas aku akan seronok lakukan sesuatu.. angkut barang dari kereta ke cosmic bowl pun dah banyak cabaran.. kitorang masuk entrance The Garden.. aku peluk 3 bungkus hadiah tempt kelima.. aku rasa dalam dia ada 5 bijik mug.. tak berapa nak berat.. tapi kalau dah di usung ke sana kemari sebab sesat dalam The Garden mencari jalan kebenaran ke cosmic bowl tu.. sengal gak la rasa tangan ku ini..

pas set up hadiah.. kitorang main bowling 1 game.. memang teruk prestasi aku ari tu hahah.. gelap dan bising dijadikan alasan kekalahan masing2 hahahaha...

ari kejadian.. ari ahad tu.. aku sampai mid valley kol 10++. pas set up apa yang patut.. semua main dengan rakusnya.. 1st game memang cam biasa la hancusss.. aku hanya dapat 82 je.. 2nd game ada improvement aku dapat 119.. 3rd game aku tak ingat dapat berapa.. tp total 3 games aku dapat 307.. aku bangga dengan pencapaian aku hahaha... rasa cam nak beli je bola bowling masa tu hahahaha.. hoish.. jangan jangan.. main suka suki je.. kalau terror lain la..

ni ada beberapa keping gambar yang aku nak kongsi dengan korang..


warga sifoo.com yang sporting dan bersemangat


posing kat banner sifoo.com



macam nak baling bola jaring je hahaha

pastikan perjalanan hidup kita sentiasa happy dan jangan lupa berusaha juga untuk diberkati..insyaALLAH semuanya berjalan lancar..

c ya~

Monday, October 27, 2008

KAMI


dah lama cerita ni kat wayang.. 1st raya.. aku baru tengok cerita nie 15/10 ari tu.. memang cerita ni aku tunggu2 kat wayang.. tapi aku tak sanggup lagi beraya dalam wayang untuk tengok cerita nie..

aku suka cerita nie.. sebab aku rasa cerita nie tak tipu aku, skrip dia pun aku tak janggal dengar.. nasihat dia pun indirectly.. n cerita nie tak buat aku nak muntah macam cerita cerita dongeng yusof haslam dan razak mohaideen..

aku suka semua watak dalam cerita ni termasuk la watak si jahat... ni antara watak yang aku layan dalam cerita KAMI ni..

BOY.. budak kampung yang datang KL nak jual dadah.. mamat ni cita2 tinggi nak wat market sampai international.. siap blaja bahasa inggeris untuk mencapai matlamat dia.. aku suka watak boy sebab dia ni kengkonon macho la.. nasihat orang macam diri dah cukup bagus.. lawak la gak watak mamat ni.. sebab dia over confident person.. aik kenapa aku komen pasal si boy ni dlu.. padahal aku minat watak ali..

ALI nie mamat cool je orang nya.. bekerja kat company kawan bapak dia.. buat bende yang dia tak suka.. dia tak de confident diri dan susah nak luah apa yang dia rasa.. ada problem je telan dadah.. aku suka watak dia sebab dalam cerita nie dia gentleman la.. wah.. macho beb..

ABU budak nakal.. lari dari sekolah juvana.. kerja dia mencuri kat kedai2 cd n kedai buku.. mamat ni la wat cerita ni hidup.. dia cam pak lawak la.. last2 mamat ni mati kene tikam dengan boy.. unexpected tol la.. part tu je la yang sedey.. abu bukan budak jahat.. dia cuma budak nakal yang baik hati..

PAK DIN pun aku suka watak dia.. watak dia duduk atas kerusi malas, sambil baca surat khabar.. dengan naik kereta g cari abu yang larikan diri.. hahahaha

watak2 yang lain aku tak ambik port sangat.. ADII and SOFIE.. watak diorang tak banyak sangat..

erm.. pas layan cerita ni.. pas tu semalam aku g layan tournament bowling kat mid valley.. tengok bebudak sekolah renek2 belaka.. dress up awek dah macam bintang hollywood dok berkepit dengan abang macho yang sebaya dengan dia.. risau tengok bebudak sekarang.. rasa nak g tempat diorang lepak.. suh balik umah baca buku.. exam dah dekat.. port adik sedara aku pun kat mid gak.. dah lama tak jumpa dia.. sekali sembang dengan dia.. amboi.. aku form 2 dulu pun tak advance cam dia.. bak kata budak opis aku la.. "BUDAK KEY ELL"

Sunday, October 26, 2008

once broken consider sold

sahabat.. kawan.. member.. kenalan.. erm.. semua term2 tu ada level tersendiri pada pandangan aku.. aku sangat bersyukur aku ada sahabat baik.. thanks azid, arul n edi sebab sudi terima aku sebagai sahabat.. tak perlulah aku cerita kebaikan diorang tue.. cukuplah aku berkongsi nama panggilan diorang kat korang semua..

sekarang jangan terlalu mengharap aku bertanya "apa masalah ko" sebab ayat tu selalu kecewakan aku balik... kalau tak dihargai aku masih boleh terima sebab itu hak dia nak pertimbangkan soalan aku tu.. tapi aku sedih soalan aku tu diperlekeh lekeh..

terlalu ramai orang yang aku anggap kawan rupanya hanya kenalan... aku yang salah cop level kat diorang.. aku hanya kecewa tapi aku tak sedih la.. sebab aku sedar ALLAH memberikan aku anugerah banyak anugerah yang rupa2nya tak ramai yang dapat seperti aku.. sungguh.. aku baru tersedar..

ALLAH bagi aku keluarga yang aku boleh ibaratkan penawar segala penyakit aku..
ALLAH bagi aku sahabat baik yang aku sangat percaya dan sayang..
ALLAH bagi aku kawan yang sanggup tolong aku ketika aku susah..
ALLAH bagi aku member untuk aku enjoy life aku..
ALLAH bagi aku kenalan untuk aku fahami apa itu kehidupan..

mungkin sebab aku bukan manusia yang baik.. aku tak layak dapat apa yang aku mintak..

Sunday, October 19, 2008

hari ni

hari ni aku demam.. hidung aku tersumbat.. suara aku pun sangat sengau.. syima call aku pun ejek2 suara sengau aku..

habiskan sepanjang hari atas katil hari ahad memang sangat bosan.. aku bangun pukul 9++ hidung.. tekak.. sangat sakit.. confirm aku sedang demam.. cancel meeting sifoo sebab sangat tak larat.. sorry guys dah 2 kali meeting aku tak datang..

aku tido balik n bangun pukul 6++.. wow anak dara ke tido sampai petang.. maafkan je la anak dara nie.. sebab dia tengah sakit kan..

weekend ni jiwa aku kacau... keje opis banyak pendding.. duit sangat sangat sikit.. jangan tanye tinggal berapa sebab korang akan kata aku penipu besar.. kalau setakat cakap aku penipu besar je aku tak kisah lagi.. ada kawan yang ejek ejek cakap aku tak pandai manage duit.. kau lain lah kau hebat.. tapi aku tak pasti kau hebat ke kalau ada kat tempat aku berdiri sekarang...

untuk diri sendiri...
sila tabahkan diri..
sila displinkan diri..
sila ada pendirian..
sila betulkan niat..
sila solat dengan disiplin..
sila jadi anak yang baik..

insyaALLAH janji Allah tu akan ditepati.. AMIN

Wednesday, October 8, 2008

sekarang rasa apa?

tak sangka...

sakit ati...

kecewa...

makan dalam...

aku sedih sangat2...

kawan ke..?

aku kena hipokrit dalam hal ni... aini amirah... maafkan aku...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin