"oi boo.. bila ko nak update blog.. org bosan ni.."
-kakak zura
elleh.. bukan nak baca n3 pun.. nak kutuk2 dalam komen dengan si aizuemi la tuh.. huh.. bluek!
-mira
haaaa.. meh sini aku hupdate blog aku dengan kisah2 wayang yang aku da layan dalam bulan ni..
Semalam kat opis terasa sangat sangat bz.. terima call dari user menjawap persoalan sistem.. berhadapan dengan user ni memang sangat2 mencabar.. masih ada soalan yang aku terima
"macam mana saya nak save file tu ye cik?" uik.. terkesima kejap.. aku tak menghina orang tu tidak tahu pasal IT, sapala aku nak menghina orang yang sudah bergelar Dr. dan Prof. di pangkal namanya kan.. cuma ada gak orang yang bergelar Dr. dan Prof. ni yang pemalas nak baca manual guide.. semua nak tanya.. simple guide pulak tu.. bukan 20 muka surat.. sehelai je.. sebab kitorang tau user malas membaca la just buat ringkas step je,.. kalau malas baca manual guide pun.. rajin2 la xplore sendiri..
lepas opis hour semalam, aku cadang nak balik tepat kol 430 pasal nak mengelak jem, minyak keta aku dah budget ngam2 sampai umah.. maklumlah gaji lambat bulan ni hehehe, ari jumaat jem sangat menggerikan terutama di kawasan subang.. tapi aku di minta designkan kad jemputan untuk Majlis Penghargaan Kak Nor.. aku layankan jee.. tak de hal.. aku pun design la kad tu... pasti semua GD yang tengok kad aku akan menyarankan
"tak payah la ko design miraaa" hahaha.. so simple.. very the tak seni kad aku tue... hehehe.. dalam kol 6 aku kuar opis.. sangat2 jem nak balik KD.. aku berdoa supaya keta tak mati tengah jalan, pasal risau minyak tak cukup tempuh jem..
huh enuf.. mari kita release tension hehehe... lepas solat maghrib.. aku, nissah, lolo n yatie berjumpa di kaunter wayang cineleisure nak layan muvi 2012.. tapi seat dalam wayang tak best.. yang ada depan sekali je.. lepas gaduh2 tarik2 rambut depan kaunter.. kitorang decide nak layan Phobia 2. aku ngeri sikit citer2 seram ni.. hehe.. tapi ramai yang cakap best.. i follow~
ada 5 kisah dalam muvi ni.. setiap satunya kisahya berjaya membuatkan penonton berasa suspen.. tertanya2.. dan seram yang agak dasyat.. aku tatau word 'dasyat' aku sesuai ke tak.. tp tu la yang aku rasakan hehehe.. semua kisah2 seram tu memang cukup semua rasa.. seram.. suspen.. sedih.. kesian..
Kisah Pertama (Novice)seorang budak yang jahat bernama
Pey dengan kawannya.. merompak mangsa kemalangan dengan menaiki motor membaling batu besar ke arah pemandu dari cermin hadapan tepat ke muka pemandu.. bertujuan menyebabkan kemalangan.. pada suatu malam
Pey dan rakannya mahu melakukan rompakan.. seperti biasa rakannya menunggang motorsikal, manakala
Pey akan bertindak membaling batu ke arah pemandu.. mereka pun melakukan seperti yag dirancang, membalig batu besar ke arah pemandu tepat mengenai mukanya dan berjaya membuatkan kereta itu terbabas dan kemalangan.. rupa2nya orang yang kemalangan itu ialah ayah kepada
Pey tu sendiri.. ngeri gile bila tengok muka bapak Pey, batu besar itu terbenam di muka pada bahagian mata.. Pey cuba menyelamatkan bapanya denga cuba membuka pintu kereta tapi tak berjaya..
ibu Pey telah membawanya ke suatu kawasan terpencil untuk belajar menjadi seorang 'sami Buddha'. Di situ, Pey telah diganggu oleh bayangan 'hantu lapar' dan akhirnya Pey menerima hukum karma atas perbuatan jahat yang pernah dilakukan terhadap ayahnya dulu dengan dilahirkan sebagai hantu.*plot cerita yang menarik.. susah nak jangka apa yang berlaku dan akan berlaku sebenarnya.. bila sami buddha tu cakap.. "bertahanlah semalam lagi" aku sendiri kalau jadi budak tu pun aku tak boleh nak tahan.. pengalaman 1 malam dia pun, boleh buat pengsan 10 kali berturut2..Kisah ke dua (Ward)Mengisahkan seorang remaja lelaki dimasukkan ke dalam wad kerana kemalangan.. kedua2 belah kakinya cedera parah sehingga tidak mampu berjalan. dia ditempatkan dengan seorang lelaki tua yang koma dan menunggu masa untuk dimatikan alat pernafasannya kerana otaknya sudah tidak berfungsi. lelaki tua itu adalah ketua ajaran agama.. remaja lelaki itu diletakkan sebilik dengan lelaki tua itu bertujuan untuk memindahka roh lelaki tua itu ke jasad remaja itu.. sifat ingin tahu remaja lelaki itu membuatka penonton rasa nak sepak je budak tu.. sebab sifatnya itulah yang membuatkan banyak aksi2 seram dan suspen ahahaaa.. pergelutan antara roh lelaki koma yang kuat dengan remaja lelaki yang tidak mampu untuk berjalan itu adalah suatu adegan yang sangat tidak seimbang.. mestilah budak lelaki itu tewas dalam pergelutan itu.
*sifat menyebok budak tu menimbulkan rasa tak senang duduk penonton.. suasana hospital tu pun memang dah menimbulkan rasa tak sedap badan hahaha.. nurse yang disangka boleh diharap dalam kisah ni, rupanya salah seorang pengikut ajaran agama itu.. ish ish ish.. harapkan pagar.. pagar makan padi..Kisah ke tiga (Backpackers)Mengisahkan 2 orang jepun yang mahu menumpang kenderaan yang lalu lalang menuju ke Bangkok.. sebuah trak yang dinaiki oleh seorang pemuda dan bapanya berhenti untuk menumpangkan mereka.. dalam perjalanan, pemandu menerima satu panggilan yang entah dari siapa, dan menyebabkan dia naik berang dan berhenti di sebuah kawasan sunyi.. apabila pintu trak belakang dibuka.. terdapat banyak mayat yang menggerikan di dalamnya.. rupa2nya mayat2 itu dipaksa menelan beberapa ketulan dadah untuk diseludup sebelum mati.. tetapi malangnya semua orang yag menelan ketulan dadah itu mati kerana ketulan dadah itu pecah di dalam perut. semasa mengeluarkan semua mayat dari trak.. semua mayat2 itu bangun dan mengejar dan mahu menggigit leher 2 pemuda jepun dan anak beranak itu.. semasa adegan kejar mengejar itu, memang sangat mendebarkan.. akhirnya semua mereka mati.. lelak jepu dan bapak kepada pemuda itu digigit oleh zombie.. pemuda itu ditembak mati oleh perempuan jepun kerana mahu membunuh hantu yang menyamar menjadi seorang budak yang masih hidup. perempuan jepun itu pula menembak dirinya sendiri kerana tekanan yang dihadapi.. hantu zombie kanak2 itu pula menyerang penduduk kampung yang berdekatan.
*sebelum masuk panggung aku wat statement ni kat nissah, lolo n yatie "muvi yg tak de idea, bila asyik2 citer pasal zombie dan alien" memang kurang dari segi idea.. tapi suspen nya masih mampu membuatkan penonton jerit "lariiiii... cepat cepat masuk lori tu.. cepaaattt". bila org tu berjaya masuk dalam lori.. semua penonton tersandar penat dan lega haaha..Kisah keempat (Salvage)Seorang perempuan yang bernama Nuch yang menjual kereta terpakai.. tetapi sebenarnya menipu pelaggannya dengan menjual kereta2 kemalangan maut yang di baiki semula supaya kelihatan cantik. Pada suatu malam ketika anak lelakinya
Toey bermain2 di dalam garaj keretanya.. anaknya hilang dipercayai disorok oleh roh orang yang mati dalam kemalangan kereta yang dijual oleh Nuch. Nuch mencari anaknya Toey di dalam gajar keretanya dan ketika itulah semua kisah seram dan ngeri ketika kemalangan2 kereta terimbau. Nuch yang ketakutan cuba melarikan diri dari tempat itu dengan memandu keluar dari kawasan itu.. tetapi enjin keretanya tidak boleh dihidupkan dan kedengaran ketukan dan jeritan yang kuat dari dalam bonet enjinnya.. apabila enjin kereta dapat dihidupkan.. beberapa meter selepas keretanya bergerak, enjinnya mati kembali.. Nuch lari keluar kereta dan tiba2 didapati kasut anaknya Toey di bawah bonet enjin keretanya.. Nuch teringat pada bunyi ketukan dari dalam enjinnya tadi.. apabila bonet ejinnya dibuka.. Toey mati tersepit di dalam enjin keretanya itu.
*membuatkan aku seram bila tengok kereta2 yang bersusun di parking kereta aku sendiri hahaha... teringat kereta2 2nd hand... adakah dijual kerana ada kisahh disebaliknya... grgrgrgr...Kisah kelima (The End)kisah yang paling aku suka.. sangat seram.. sangat suspen.. sangat lawak hahaha...
berkisar tentang penggambaran adegan terakhir yg dilakukan di pembikinan filem seram 'Alone 2'. Kru filem ini iaitu Marsya, Ter, Puak, Garas, dan Aey adalah yang terakhir tinggal utk menyelesaikan penggambaran bersama Kate, iaitu watak hantu di dlm filem tersebut. Kate dan Aey yang disangka sudah mati rupanya tidak mati.. pelbagai adegan seram suspen dan lucu.. akhirnya mereka semua mati dirempuh oleh marsya dengan keretanya kerana memandu dalam keadaan mengantuk..
*kisah yang sangat sangat sangat menarik.. ada kelainan dalam kisah ni.. kisah lawak suspen... kisah ni paling best antara ke lima2 kisah ni... semua lawak.. kate.. marsya.. dan krew2nya..aku bagi cerita ini 5/5 bintang.. sebab berjaya membuatkan aku terjerit.. terkesima.. tersedih.. terkejut.. tergelak.. aku jarang bg muvi 5/5.. kalau tak salah ni 1st muvi yang ratenya aku bg 5 bintang hehehe... plzz layan citer ni.. sangat best... hehehe...
*nota lutut - weh razak muhaiden dan yusof haslam.. sila contohi kualiti filem2 sebegini.. kalau korang terlalu ego nak mengakui kualiti filem2 arahan yasmin ahmad dan aflin shauki..
aku memang minat lakonan fazura.. lakunan dia yang gedik memang sangat menjadi.. mengisahkan bella yang bercita2 mengahwini orang kaya untuk menjamin masa depan anak2nya nanti... bella terpengaruh dengan kehidupan ibunya sebelum ini yang menolak lamara seorang lelaki kaya semata2 mencintai lelaki miskin yang bekerja sebagai kelasi kapal.. keluarganya sering ditinggal tinggalkan oleh bapanya... duit selalu tidak mencukupi untuk menyara keluarganya.. ibu bella mempengaruhinya supaya mengahwini lelak kaya untuk menjamin masa depan.. seorang jejaka muda turut meminati bella..
tujuan utama mereka menaiki kapal cruise mewah untuk mencari lelaki kaya yang boleh mengahwini bella.. manakala intan sebuk dengan penyiasatan kes kematian seorang Datuk. dengann seorang detaktif, mahu membuktikan dirinya bukan sekadar jual muka membaca berita di TV tetapi mampu menyelesaikan kes kematian ini..
perkataan perkataan yang lucu seperti
Oh my God = oh my gucci
Oh my dear = Oh my Dior
Oh my prada ...
hahaha... membuktikan bella dan intan memang materialistik da branded.. tag line seperti ini memang amat2 bagus.. selepas muvi tu launch kat wayang.. bersepah2 orang guna tagline tu... terutamanyaa Oh My Gucci.. hahahahah i like... auww~
kesimpulannya cerita ini memang boleh release tension.. memang kelakar.. cerita yang boleh meringankan kepala otak.. i really like this muvi.. muax.. muax.. muax..
layan citer ni dengan kak niz, shidot syacz baby dan kakak... aku duduk sebelah baby yang masih blur dengan kisah muvi ni.. membuatkan aku terfikir.. target cerita ni memang bukan untuk kanak2.. kesian aku tengok muka baby time tu hahaha... ayat baby bila aku pandang dia dalam wayang ... "kita boring la auntie" hahahaha... alolololooo cian dia...
*nota lutut - masih pesanan untuk razak muhaiden da yusof haslam.. kalau nak buat cerita lawak, sila study bebetul kisah realiti sebenar.. bukan copy paste cerita kuch kuch hotak hang!! miyahahaha...