Saturday, June 20, 2009

Jangan Pandang Belakang Congkak!


Hari Khamis lepas yatie ajak aku nissah n lolo layan muvi.. dia pilih cerita lawak sebab nak gelak2.. so kami berempat layan cerita "Jangan Pandang Belakang Congkak" meh sini aku review sikit cerita ni hehehe...

Filem ini membariskan pelakon seperti;

Cat Farish (Arshad)
Lan Pet2 (Punai)
Sam Shaheizy (Johan)
Lisa Surihani (Mustika)
Piee (Pak Sudir)
Azlee Senario (Ustaz)
Dina (Ziana),
Zarina AF (Wati),
Mas Muharni (Wawa),
Den Wahab (samseng kampung)

Permulaan cerita agak lemau sikit.. skrip awal cerita tak menyengat, aku rasa mcm diorang buat lawak bodo yang tak jadi.. mengisahkan seorang datuk yang bernama Pak Sudir yang sedang nazak dipercayai mempunyai saka.. dengan pertolongan bomoh Pak Mor, Saka belaannya telah meninggalkan tubuh Pak Sudir yang nazak, setelah kematian Pak Sudir, 3 pemuda iaitu Punai, Cat dan Johan yang dipercayai cucu kepada Pak Sudir telah mendapat telegram dari Mustika untuk balik ke Kampung, mereka diwasiatkan mendiami rumah Pak Sudir selama 3 hari tanpa menyentuh barang2 kepunyaan Pak Sudir, jika mahu harta peninggalan Pak Sudir.

Penyebab kejadiannya amat mudah.. ketiga2 pemuda tadi telah melanggar larangan wasiat, mereka kerana telah memasuki bilik pemujaan Pak Sudir dan menjumpai dan menyentuh congkak usang... setelah kejadian itu, ketiga2 pemuda itu menjadi hantu bila bulan mengambang.. Punai akan bertukar menjadi orang minyak, Cat akan bertukar menjadi Toyol, dan Johan akan bertukar menjadi hantu raya..

bila dah masuk scenes ni, baru aku rasa lawak.. adegan2 diorang bertukar jadi hantu memang kelakar..

berdiri dari kiri: hantu raya, orang minyak, toyol


muka2 hantu, makeup dia memang menjadi, makeup dia tak la seram sangat.. tapi menjadi la.. hehehe...

3 ekor hantu ni berkenalan dengan Wati, Ziana dan Wawa.. dan tidak disenangi oleh samseng kampung yang rupa2nya dah lama minat kat Ziana.. mereka bercadang nak menghalau 3 hantu tu keluar dari kampung..

si bomoh pun memainkan peranan dia.. mencari hantu2 tu dalam gua, yang didalangi mustika.. 3 ekor hantu tu berjaya dibebaskan.. tapi di akhir cerita, nampak macam roh mustika masuk dalam badan tok bomoh.. hahahaha adakah terdapat Jangan Pandang Belakang Congkak 2???

ni antara tag line hantu2 ni yang aku rasa kelakar

hantu raya:
Bertukarrr!! (bila bulan mengambang, dia akan jerit macam tu bila nak bertukar jadi hantu raya)

orang minyak:
snap!! (petik jari kat muka mangsa, aksi nak pukau mangsa)
~dari kerana mataaa..~ yang meeeempunyai kuasa.. ooo aku tergoda, aku tergoda terkecewa~
(ni antara lagu yang dinyanyikan oleh punai sebelum rogol mangsa.. antara lagu2 yang lain, banyak lagu2 spanyol yang romantik2 dia nyanyikan untuk pukau mangsa hahahahaa)

toyol:
semua percakapan dia, akan diselangi dengan yoo~ yoo~ ala2 rap hahaha... kelakar!

aku macam syok sendiri je type n3 ni.. korang sure tak rasa lawaknya.. tapi aku gelak dasyat gak ari kejadian.. hahahaha.. try la tengok.. lawak.. boleh dijadikan perbualan dikalangan handai taulan ni dalam 2 3 4 hari hahaha...

akhir kata.. jangan buat aku marah kalau tak!!! snap!! dari kerana mataaaa...~

*nota lutut - thanks yatie sudi berceria dengan kitorang di kala hati masing2 sedang syahdu dengan stress masing2 hahaha... kita kan "the cute chipmunk ever!" hahaha...

8 comments:

starry~ said...

bahahahaha.....
ada lagi ko lupa.. wicked wicked.. antara tagline CAT. haahha
pendek kata aku suke sume antu tersebut. mmg kelakar. toyol gemuk. pakai suar pendek. bahaha. hantu raya pakai kasut. org minyak tak cukup minyak. hahaha..

thanks gak sbb sudi berceria dengan kitorang di kala hati masing2 sedang syahdu dengan stress masing2 hahaha... kita kan "the cute chipmunk ever!" hahaha...

(AKU COPY NOTA LUTUT KO) bahahah~

army4war said...

seterika - miyahaha... memang lawak citer tu, memula je slow skit.. banyak yg aku tak cerita, biar org tgok sendri, baru feel..

aku dah agak dah ko tipu nota lutut aku.. sebab time aku baca, cam syahduuu je~ can suciii je~ damn (mesra kan hahaha)

yed said...

Dum Dum, Night at The Museum II pon best gak..

army4war said...

yed - aku dah tgok gak nite at the museum 2.. memang best!! lawak..!! tak sempat nak review kat sni hehehe!!

Hegira said...

la. serius ke cerita ni lawak?

aku ingatkan cerita seram.


:P

army4war said...

hegira - hahaha.. lawak la citer dia weh.. ko g beli cd je, atau ko dolod!! hahaha.. boleh tengok bebanyak kali hahaha!!!

Silolo said...

(petik) dari kerana mata~! aku tergoda...~!

mira. ko dah hntr sekor kat pemilik 4wd tu? :))

xsaba nk g yumcha~! lalala..

Anonymous said...

Hello everybody! I don't know where to begin but hope this site will be useful for me.
Hope to receive some assistance from you if I will have any quesitons.
Thanks and good luck everyone! ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin