Thursday, July 16, 2009

Sabah baah~

Peserta yang akan mengharung pahit getir vacation ini hehehe..
dari kiri: my youngest brother - alan
my mom - kak sibah
myself - mira/migha/miwa

my siska - kak ngah

my kakak ipar - kak long

dan yang duduk kurang sopan tu abang sulung ku - abang long


aku baru balik dari sabah 11 July 2009 - 15 July 2009, family trip.. pesertanya terdiri dari ahli keluarga aku la, nama pun family trip :P aku masih di bawah tanggungan sepenuhnya oleh kakak aku.. tq kat ko kak ngah keh keh keh... maklumlah adik mu kini sedang jobless. makan tanggung berak cangkung.. tapi jangan risau, semua tragedi jobless ini akan berakhir minggu depan.. syukur alhamdulillah kepada Allah, aku telah diterima sebagai staff UiTM shah alam, aku start bekerja di UiTM pada 20 July 2009 (Isnin) insyaALLAH..

cerita kesyukuran aku pasal UiTM tu nanti aku wat n3 lain.. n3 ni aku nak fokus kat vacation aku kat Sabah hehehe..

Jumaat (10 July 2009)
Bangun pagi tatau nak buat apa.. maklumlah jobless hehehe... sambil2 pikir nak bawak baju apa g Sabah.. tapi malas betul nak packing lagi hahaha..

YM sampai lebam atas katil.. kak anys ajak lepak GM tapi aku tak de mood dan aku pun start packing barang2.. keje aku ym ym ym ym dan publish 2 n3 sampai tak sedar dah kol 3 pagi.. aku terkejut sendiri, pasal kene gerak ke KL Central kol 4 pagi..aku terus mandi dan siap2 terus masuk gothy, kawan adik aku dah ready nak hantar kitorang semua ke KL Central..vroOoOoOooo~ TQ ye "kawan adik aku"

sampai KL central naik bas LCCT ke KLIA.. perjalanan lebih kurang 1 jam.. masuk KLIA ngok ngek ngok ngek.. dah kol 7, masuk ke balai menunggu.. n naik flaight

Sabtu (11 July 2009)
sampai Labuan dalam pukul 1040pagi. kereta sewa dah ada depan lapangan terbang labuan.. abanglong, kak long dan mak dalam kereta sewa kancil.. abanglong yang drive.. aku, kak ngah dan alan naik kereta saga, adik aku alan yang drive.. terus menuju hotel untuk check in.

Kampung Patau Patau.. rumah atas air.. aku namakan kawasan ni "kampung Aspalela" haha

Lepas check in kat hotel.. aku demam.. sesampai kat hotel aku terus tido.. kakak aku ugut aku nak tinggalkan aku sorang2 kat hotel kalau aku masih tanak bangun dari tido, oi aku demam la huhuhu.. ye la ye la.. aku bangun la... kitorang pusing2 labuan.. bagi aku tak da apa sangat yang menarik kat situ kecuali kampung air di labuan nama kampung tu Kampung Patau-Patau.. memang sangat cantik suasana kampung tue.. semua rumah didirikan di atas air.. aku sempat semes seterika "woi aku berada di kampung apek dan aspalela dalam cerita duyung" hahaha... lepas dinner kitorang semua balik hotel dan tido tak sedar diri... zzzZZZzzzZZZzzz..

Ahad (12 July 2009)
pukul 530 pagi dah masuk waktu subuh.. lepas solat subuh.. aku tido balik.. badan aku lemah sangat.. aku demam.. thanks kak long belikan penadol.. lepas makan ubat rasa ok sikit dari semalam.. liat betul nak bangun lepas subuh tadi.. kak ngah dah kejutkan tahap warden asrama aspuri..

Baru turun dari jeti.. muka seko2 mcm mabuk todi huhu

pukul 1030 pagi naik ferry dari Labuan ke Kota Kinabalu.. memakan masa selama 3 jam 30 minit.. setengah jam sebelum naik ferry makan ubat mabuk supaya tak mabuk laut.. ada hikmah aku demam masa tu.. aku masuk je dalam ferry, aku terus tertido.. tak sedar pun bila masa ferry bergerak.. sejam lebih gak aku tertido.. aku terjaga sebab ferry terlalu terhuyung hayang sebab angin kuat.. cuak gak masa tu.. aku tengok kat luar, laut memang agak berombak.. aku buat2 cool je hehehe.. padahal berdebar gila..

sampai jeti kota kinabalu.. aku masih rasa terhuyung hayang, nasib tak muntah je.. lama gila dalam ferry.. mencabar emosi aku tol.. dari jeti kitorang budget hotel Marina Court tu dekat.. kami sama2 jalan.. bila dah rasa nak muntah pasal penat sangat .. aku, kak ngah, mak dan kak long naik teksi ke hotel tue.. abang long dan alan kerek gila still nak jalan ke hotel.. advanture la konon.. peserta yang menaiki teksi dah sampai hotel dengan jayanya.. aku terus landing atas katil aku.. memang sisa2 sengal kepala akibat naik ferry masih bersisa... then, aku tertido dengan jayanya.. zzZZzzzZZzz..

Isnin (13 July 2009)
warden asrama a.k.a kak ngah kejutkan aku pepagi buta.. kitorang semua bersiap untuk ke Kinabalu Park.. perjalanan ke sana agak jauh.. aku relaks je kat seat belakang.. adik aku drive.. dan kakak aku co pilot hahaha... sesampai pintu masuk ke Kota Kinabalu Park bayar sekepala 3 hengget.. kereta masing2 pun meluncur ke puncak hehehe... tiba2.. jeng3x.. kereta kancil yang aku naik berbau hangit.. rupa2nya.. penutup minyak hitam tak de.. hangin tol.. terpaksa abanglong dan alan keluar dari kawasan tu dan beli minyak hitam yang dah kering dan penutup minyak hitam.. perjuangan kami mendaki Kinabalu Park diteruskan.. wah memang tak sia2 kami teruskan perjuangan.. sangat cantik pemandangan, udaranya sangat sejuk, menggigil kami semua.. bagi aku lebih sejuk dari genting highland dan cameron highland. lepas snap2 gambar, kami berjuang ke hot spring pulak.. tak ada apa2 yang best kat sana... mat saleh bogel dengan anjing banyak la bersepah2.. cess.. kitorang terus je keluar dari kawasan tu..

best gila time nie. angin kencang.. sejuk bangat dong! hehehe..

lepas makan.. abanglong pulak sakit kaki.. abanglong suruh aku drive balik.. cuak jugak dah la jalannya berpusing2 macam naik cameron.. tak de lampu jalan dan sangat sangat berkabus.. jarak dari hot spring ke tamparuli 123km.. warghh.. akhirnya aku berjaya drive kereta di kawasan yang sangat advanture tu uhuhu.. yess aku bangga dengan diri aku hahaha... balik hotel terus aku pengsan.. zzzZZZZzzzZZZzzz...

Selasa(14 July 2009)
destinasi hari ni ke pasar Philipin.. best gila jalan2 dan shopping dalam tu.. aku menggunakan skill yang aku ada untuk menggoda mak dan kakngah haha.. yess.. aku berjaya menggoda mereka.. hasilnya.. ada dapat 4 gelang kristal dan 1 kerongsang tiger eyes.. miyahahaha... bijakkan saya.. hahaha...

mari mari mari.. kristal kristal!! gila rambang mata aku pilih time ni huhuhu...

berpeluh2 berjalan dalam pasar filipin tue.. tapi puas hati, banyak pilihan, cantik2 rambang mata aku.. lepas makan kitorang ke muzium sabah pulak.. dalam muzium tu, aku dengan mak aku main kuiz.. mak aku tak kasi baca senarai barang.. mak aku tunjuk barang dan memaksa aku meneka nama barang tersebut.. ternyata mak aku tere dari aku... aku tak dapat jawap 1 pun.. barang2 lama, mana aku nak tau bebenda tue.. macam beliung.. gantang.. cupak.. permainan zaman dulu2 ces.. elleh... memang la boleh menang.. cuba aku tunjuk barang2 hardware computer kat mak aku.. sure aku boleh menang hahahah... n as usual.. balik hotel pengsan.. zzZZZzzzZZzz...

Rabu(15 July 2009)

Destinasi paling adventure sepanjang berada di Sabah.. krkrkrkr~

hari last kami semua dia Sabah.. tengah bersiap nak check out hotel, UiTM call bagi berita gembira.. aku dapat tawaran sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.. alhamdulillah.. nanti aku wat n3 pasal itu..ok now.. destinasi taman burung.. aku dengan terujanya menasihatkan korang.. kalau nak masuk taman burung ni... tolonglah beramai2 dan sangat2 berhati2.. kawasan paya bakau yang hanya dibina titi tak berapa kukuh.. hanya 2 kaki dari paya.. dikeliling pokok2 bakau.. perjalanan mengelilingi kawasan tu ikut track titi tu lebih kurang 1km.. track terakhir yang perlu ditempuh ialah jalan batu kerikir... kami berjalan betul2 menyusuri paya bakau.. kengkonon diorang nak pengunjung mendekati alam sekitar.. mak aku dah terkomat kamit mulut baca apa yang patut.. rupa2nya mak cakap.. dia jumpa tapak kaki si buaya :-ss tersentap kami semua.. huhuhuu.. lepas makan kami menuju ke lapangan terbang Kota Kinabalu.. pukul 815 naik flaight.. sampai KL pukul 1040... naik bus LCCT sampai KL central.. kawan alan jemput.. sampai di rumah.. tak boleh connect internet... DAMN LAVA... as usual pengsan zzZZZzzzZZZzzz...

nota lutut - Sekian cerita ntah pape aku.. ayat2 tunggang terbalik.. aku xcited nak travel lagi... JOMMMMMMMMMMMM ada beran..!!

3 comments:

starry~ said...

sronoknya. skrg ko n matrok ada gmbr kat sabah. aku pun nak gak. aku buat teknik superimpose je la hahahaha~

akira said...

hahaha..buatkan utk aku sekali ek starry..hahahaha..aku pun tak dek gak..
hahaahaha...
adess..kira-kanan orang bercuti..
hukhuk..aku bile plak ntah..huhuh

ko mira - g sabah
che-ni opis aku - g Vietnam..
farsha - g langkawi..
hukhukhuk~!@

army4war said...

seterika & akira
nanti kita setting g sabah baaa.. aku bawak h taman burung aku tunggu katpondok pengawal je.. fear factor hahaha

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin