Sunday, July 26, 2009

Perginya Seorang Yasmin Ahmad


wajah seorang anak seni

Aku baru je mendengar kisah Pengarah kesukaan aku Yasmin Ahmad diserang angin ahmar.. selepas pemedahan dikatakan beliau stabil.. tapi Allah lebih mengetahui apa yang dicaturnya..

pagi ini pula aku dengar berita Yasmin Ahmad telah kembali kerahmatullah.. ia agak mengejutkan kerana tidak terdengar beliau ada sakit2 sebelum ini.. tetapi Allah lebih mengetahui..

sebagai peminat hasil karyanya.. aku agak sedih mendengar berita ini.. aku mendoakan beliau ditempatkan di kalangan umat yang solehah.. insyaallah..

sebagai pengarah kontroversi.. beliau sangat tabah mengharung caci maki orang sekeliling.. aku bukanlah orang yang layak mengadili beliau sebagai pengarah yang dikatakan "membawa kesan -ve kepada masyarakat". kerana aku menghormati karya beliau sebagai karya "membawa masyarakat kepada realiti sebenar kehidupan".

jika ada yang mengherdik beliau kerana memperlihatkan perangai masyarakat yang tidak sopan.. naaah...! itulah masyarakat kita pada hari ini.. herdiklah masyarakat kalau berani..

aku dan kawan2 pernah di suruh tutup cerita gubra oleh En. Az** ketika menontonnya di office semasa masih bekerja di devcorptecth masa lunch. alasannya "cerita ni tak elok.. jangan tengok".

Ya.. bukan semua boleh meminati karya2 beliau.. ada juga mengatakan filemnya boring dan mengantok.. terpulang pada pendapat masing2.. tetapi bagi aku Yasmin Ahmad seorang yang telus dalam karya seninya.. karya2nya termasuk filem pendek dan iklan meninggalkan impact tersendiri dalam diri penonton.. selami maksud yang ingin disampaikan oleh Yasmin Ahmad..

malah aku pernah dipertikaikan kerana meminati karya2 beliau oleh seorang kawan.. alasan2 seperti "menyebabkan artis berkelakuan melampau di dalam filem" hehehe.. tersengeh je aku mendengarnya.. kita sedang memperkatakan pasal dunia hiburan dan dunia seni.. mari kita fokus untuk memperkatakan kualiti seni sahaja.. kerana kalau kita memperkatakan tentang sosial dikalangan artis diluar atau di dalam set pengambaran.. aku sangat pasti ramai yang akan kecewa.. so tak perlulah kita mempersoalkan tentang kelakuan artis di dalam filem.. mari kita lihat apa yang cuba disampaikan oleh Yasmin Ahmad kepada masyarakat.. aku berkata2 dari segi general sahaja.. perlu diingat.. dalam Islam yang salah tetap salah key.. jangan ada yang salah faham nanti, mengatakan aku tak kisah maksiat dikalangan artis pulak..

aku malas nak review filem2 beliau.. korang layan la sendiri.. aku hanya nak memperkatakan tentang keunikan yang aku jumpa dalam filem dia..

Rabun
Pertama kali aku mengenali Yasmin Ahmad dengan filem beliau Rabun.. filem ini juga dikatakan kontroversi kerana beliau tidak mahu menjual di mana2 station tv untuk dipertonton. alasan beliau kerana filemnya terlalu seni dan berharga untuk dipertonton oleh mereka2 yang tidak tahu menghargai seni.. tetapi dengan alasan tersendiri, filem Rabun telah dipertonton di salah satu station tv.. aku tak ingat tv berapa.. memang betul apa diperkatakan oleh beliau.. aku memang tak faham secara details apa yang cuba beliau sampaikan.. malah, filem Rabun itu ditayangkan untuk kali ke dua.. aku tak melepaskan peluang untuk memahami filem tersebut.. ternyata aku bukan terlalu seni untuk filem2 arahan beliau.. tapi aku masih berminat untuk menonton dan memperkatakan tentang filem ini..

Sepet
aku mengenali nini(syarifah amani) dalam filem ini yang bercouple dengan seorang cina, seorang penjual cd cetak rompak.. dalam masyarakat majmuk seperti di malaysia, situasi ini tidak dipandang pelik lagi.... institusi kekeluargaan yang dipertontonkan dalam filem ini memang unik.. sporting family.. dan tidak ada gap antara pembantu rumah dan majikan.. dan mungkin boleh dikategorikan sebagai komuniti yang agak pelik..

Gubra
kontroversi seorang ustaz yang memegang anjing dalam perjalanan ke surau.. aku sendiri tidak berani mengulas lanjut dalam soal ini.. tetapi yang aku tahu dalam Islam.. memegang najes mughalazah yang kedua2 pihak kering tidak perlu disamak.. tetapi dari segi sensitiviti masyarakat Islam mungkin ia sesuatu yang tidak menyenangkan..

Muhsin
kontroversi mengisahkan percintaan kanak2 dipersoalkan dalam filem ini.. tapi yang aku lihat menariknya filem ini ia memperkatakan tentang kejiranan yang tidak sihat di kalangan masyarakat melayu.. seorang ibu mengajar anaknya busuk hati.. tetapi dalam keluarga itu sendiri, suaminya bermasalah.

Mualaf
(aku belum tengok citer ni, tapi dah baca sinopsis)

Talentime
Percintaan antara orang melayu dan india bisu.. dalam filem ini juga menunjukkan institusi kekeluargaan.. antara budaya dan kepercayaan melayu dan india...

aku bukan penonton yang hanya mahukan filem yang bermessage sahaja.. aku hanya menuntut filem yang mampu memberikan impact kepada emosi aku.. tak kisahlah kelakar ke sedih ke.. makan dalam ke.. seni itu subjective.. kelakar itu subjective.. sedih itu juga sabjective.. tapi banyak beza antara pengarah yang hanya mengejar keuntungan dengan pengarah yang mahu mendidik penonton.. lu pk la sendiri pengarah2 yang useless tu sape..

aku bangga mengatakan aku adalah peminat No. 1 Yasmin Ahmad.. aku bersedih diatas pemergian beliau.. semoga rohnya dicucuri rahmat.. pengarah filem yang sangat berbakat dan telus.. Al-Fatihah



*nota lutut - aku tak pandai menghayati seni michael jackson.. mungkin masih ramai yang bersedih di atas pemergian arwah.. marilah kita mendoakan kedua2 anak seni ini ditempatkan di tempat yang dimuliakan ALLAH.. Amin.

11 comments:

asbesstos said...

al-fatihah...

Anarm said...

al-fatihah

katak© said...

aku kenal dia pon dari iklan je.. ceh. kenal eh..
alaaa... aku follow blog die dr yasminthestoryteller .. baru beberapa kerdip.. follow yasminthefilmmaker.. dah padam.. alaaa..

tkpe la.. mira.. ko boleh jd pengarahkn..???

army4war said...

asbesstos - al-fatihah

anarm - al-fatihah

katak - tu la.. aku memang minat karya2 dia ni.. kalau aku jadi pengarah sekali pun.. kualiti dia takkan sama dengan Yasmin Ahmad heheh..

starry~ said...

lepas ni xde dah movie dia yg leh kite layan. talentime je la yg terakhir kita layan bersama. best kan. krkrkrkr

Al Fatihah.

Anonymous said...

Al fatihah utk arwah...

opaq said...

alfatihah..~

aku juga "mengeluarkan" karangan tentang arwah.~

army4war said...

seterika - tu la.. kalau dlu, pas tgok muvi latest dia.. kita akan xcited tgu lagi next muvi dia.. kalau boleh nak terus booked tiket.. erm..

sebalik tabir - al-fatihah

opaq - aku dah terjah blog ko.. huhu

asbesstos said...

mira..try la sambung hasil kerja beliau..aku nampak bakat ko dalam merosakkan seni cukup tinggi... kuikuikuikuikui

brickbracket said...

Al-Fatihah..
Byk2 pilem melayu, yg arwah buat je aku beli CD yg ori.. yg lain sume pasar mlm..

Paling best yg aku hayati adalah filem sepet.. real!

army4war said...

kudeng kudung - aku akan cuba buat satu muvi yang mengisah seorang pemuda sengal yang berkemungkinan kurang dr segi kecerdasan fikiran.. aku kne banyak research untuk muvi ni.. err.. ko jadi model aku plzz plzz kudeng plzz...

ishida kuachi - aku memang sentiasa nantikan hasil karya baru dia.. satu ketika dulu.. aku layan semua filem dia kat wayang kecuali sepet aku layan cd.. betul cakap ko.. karya dia real!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin