Wednesday, September 30, 2009

Lesen


semalam aku sakit kepala.. ada yang mengesyaki, power spec aku dah meningkat.. aku try bukak spec sepetang tu, ada kurang denyutnya.. erm.. alahai ye la tu nampaknya.. (tak de kene mengena dengan lesen pun)

time lunch hour semalam aku melangkah dengan berat (tengah diet) ke JPJ shah alam untuk renew lesen aku yang tamat tempoh hari ni.. berbekalkan formula rumusan algebra dari maro (nama ko lagi) ... kuar pintu belakang uitm.. belok kiri.. jalan terus je sampai jumpa JPJ belah kanan.. yeay!! dengan berhidayah aku berjaya sampai dengan mudah..

orang jaga kaunter angka giliran hilang tanpa dikesan.. banyak pulak butang yang kene pilih kat menatang ni... aku mula membaca jampi serapah sambil memilih.. cat cilot at at cat cilot kucing lompat, nestum nestim mak minah tukang cat, tayar poncat digigit pacat, meloncat loncat... KLIK!! keputusannya dapat nombor 909, aku tengok screen angka giliran baru 398.. mak ai!!! tak menjadi jampi aku.. bukan ke pelesit belaan aku dah lepas bulan raya nie.. rasa nak bersilat je kat situ.. aku stress aku stress...!!!

makcik jaga kaunter angka giliran dah balik dr berak (tak puas hati punya pasal) ... aku buat2 tak tekan lagi menatang angka giliran tu..

aku : err... nak renew lesen..
makcik : (dia tekan butang atas sekali) ... ces penat je pilih2..
aku : terima kasih (berbudi bahasa kan aku kawan2?)

huh!! dapat nombor 404.. ces salah tekan butang rupanya tadi.. wat suspen je.. skang kene tunggu 7 orang je untuk berurusan di kaunter.. tak de pemandangan yang menarik time aku menunggu tu..

Ting! Tong! 404 kaunter 15!

yes.. yes.. yes.. nombor aku.. nombor aku..

aku : woi aku nak renew lesen..
kaunter15 : ye laa.. ye laa.. gua renewkan lesen lu.. weh lu tak boleh renew lebih setahun tau beb.. pasal lu baru lepas P ni..
aku : ye laa pape je la.. gua dah tau dah. kawan gua ada inform ari tue.. kalau lu tanye gua nak renew berapa tahun pun, gua nak setahun je pun, gua tengah sengkek nie .. kecoh la lu! kantoi gua baru habis P..
kaunter15 : ada aku kisah.. bak sini lu punya ic.. lesen P.. gambar pasport lu.. harga 30 hengget tunai!
aku : orait! hutang boleh?!
kaunter15 : hotak lu!!
.
.
kaunter15 : nah lesen lu.. ni balance duit lu bagi gua 50 hengget tadi..
aku : tq beb! chow!

parking sini bayar per hour siot.. 1 jam pertama 2hengget.. so harga sebenar lesen aku ialah 32hengget.. huh!!

dengan ini.. gua penyimpan mohor2 besar raja2 dan menteri2 mengumumkan.. bahawasanya pada tanggal 1 oktober 2009 gua dah dapat lesen penuh.. andai kata lu orang nak hina gua, hina hari ni, sebab tarikh last lesen P gua hidup last hari ni.. pas ni gua pakai lesen penuh miyahahaha...

kepada shida dan kudeng yang telah hina gua semalam, tahniah! lu memang advance bab2 hina gua nie.. memang gua dah jangka dari awal lepas gua bukak pekong tu semalam.. hua hua hua hua!!!

*nota lutut - hahaha yes!! dah update blog hari ni..

Monday, September 28, 2009

Mari Bekerja Dalam Mood Raya!!

Hari ni dah 9 syawal.. hari ni dah 28 September.. hari ni dah hari isnin.. HARI NI DAH KERJEEEE.... YEAAAYYYY (poyo je) ...

raya tahun ni, tak la semeriah zaman aku kecik2 dulu.. tak de bunga api yang boleh aku buat satu rumah berasap... tak de duit raya yang aku nak duduk bersila dalam bilik kunci pintu, kira dan susun cantek2 mengikut warna dan nilainya hahaha.. tak de banyak kuih raya (masa kecik dulu, ada aku kisah pasal kuih..?) ... baju raya 2 pasang je... hehehe.. baju raya aku setakat ni at least 2 pasang lalala~ hehehe.. semua ala kadar je.. cuma laksa yang mak aku buat tahun ni memang extra superb yuummie!!

cuti raya aku tahun ni agak panjang berbanding tahun sebelum2 nie... dari khamis (17 september - half day) sampai ahad (27 september) saja masukkan sabtu ahad dan cuti am, nak menampakkan betapa banyaknya cuti aku hahahaha ... tahun lepas aku dapat cuti raya sehari je.. aku masuk kerja lepas bercuti, sorang pun tak de kat opis.. ym list aku pun 2 3 4 ketul je nama yang online.. betapa pedihnya jiwa dikala itu.. owhhh!! paling lama aku dapat cuti pun 2 hari je... apa nak buat.. workload sedang menghujani... semua tu dah jadi pengalaman manis hehehe...

1st raya aku jaga rumah.. hidang kuih.. tukar alas meja.. lap pinggan.. hidang lemang n rendang. mak.. kak ngah.. alan.. acik.. pakcik n askar2nya.. g sembahyang raya.. tv tengah takbir raya memang aku bukak kuat2 sound dia, feel skit hehehe... dah settle berkemas.. tetiba aku tersyahdu sorang.. sob.. sob.. sob.. nasib laa ada citer klaka.. ape ntah tajuk dia.. pelakonnya zizan raja lawak.. mat over.. siti sarah.. dengan sapa ntah sorang lagi..

rumah pertama kitorang g, umah mak long.. 5 keluarga serbu rumah dia.. aku hanya sempat paw air dari cawan mak aku je, kitorang bg peluang pada makcik2 dan pakcik2 je makan.. anak2 dara duduk bersembang je la.. dah banyak yang tak dara raya tahun ni hahaha... jumpa setahun sekali.. banyak bende laa nak kutuk mengutuk antara satu sama lain.. adik sedara aku memang buta, dia cakap aku dah kurus.. padahal semua kawan aku kat tapah cakap aku dah membesar bagaikan johan uwarghh!!!

raya ke 4... aku azid n arul g jaya jusco ipoh ronggeng2.. edi tak dapat join.. saat2 akhir dia selsema la plak.. erm.. ye la.. lama tak beronggeng dengan korang.. memula mentekedarah secret recipes seround.. pas tu tengok muvi citer G-Force.. aku bagi 2 star dari 5 star je.. tak berapa umph!! pas tu kitorang makan sushi kat sushi king plak.. aku tak suka sushi, tapi bagi mengikut arul mengidam.. kitorang follow je la.. ok la, takat boleh telan je la.. pas jalan2 mcm orang ilang pedoman idop, kitorang balik ke kampung halaman..

raya ke 5... yosh datang dengan din bawak baby fariz dengan baby dalam kandungan yosh.. hehehe... best main dengan fariz.. dia pandai main acah2 orang dah.. loya buruk sebijik cam ko yosh hahaha... tak sia2 aku angkat dia sebagai pakwe angkat aku hahaha..

raya ke 6.. abang long.. kak ngah.. alan.. naik cameron highland.. aku tak kuasa nak pening2 muntah2.. macam org peknen, tak sio teman (tanye paktam apa maknanya).. baik aku dok umah layan tv.. cool~

raya ke 7.. lepas asar balik KL aku memaksa kakak aku bersiap dengan seberapa pantas.. hasilnya dia balik KL dengan tak mandi hahaha... satu kejayaan besar tu.. highway tak jem.. kereta je banyak... sampai rumah pengsan seribu bahasa..

raya ke 8.. aku lepak atas katil sampai berkulat.. pas tue aku duduk lepak depan tv sampai bersawang, kol 11 berpura2 tido.. aku berjaya tipu diri sendiri dengan berjaya tidur2 ayam...

raya ke 9.. sila baca dari atas balik..

*nota lutut - raya tahun ni agak meriah.. sebab memang aku cuti rehat dan rawat bebetul alhamdulillah.. n3 ni tak de gambar, pasal kamera kakak aku hilang.. tertekan tol.. tu pasal n3 ni mengambil masa yg lama di publish.. tak de mood tak de gambar.. huh!!

Thursday, September 17, 2009

Pantun Lebaran!


Melebar salam menggenggam jari..
Mengutus senyum merangkul body..
Menghambur tawa tertayang gigi..
Usik mengusik terlupa diri..

Kunjung mengunjung sudah semesti..
Dulu meminta.. sekarang memberi..
Syawal segar sehening pagi..
Memberi sayang mengucup pipi..

Salam lebaran kepada yang sudi..
Balik kampung drive berhati2..
Rindukan kampung menggigit hati..
Pagi esok balik kampung YIPIIIEEEEE!!!!


:: SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN ::


*nota lutut - Hari ni aku BK [Link].. kol 1 aku balik rumah.. esok aku dah start
cuti.. letop aku terus jahanam.. aku tak online sepanjang raya nie.. membolehkan
aku fokus kepada kerepek2 raya yang aku beli kat rumah hahaha... HP aku online
24 hour.. so tak de alasan tak contact aku.. hehehe... c ya guyzzz!!!

Tuesday, September 15, 2009

Kad Raya Version PSMB UiTM

Ini adalah hasil seni aku sejak aku masuk opis pagi tadi... budak2 opis aku, request buat kad raya untuk mewakili bilik kitorang ni.. nama bilik kitorang ni bilik aQua 2, sebab kami ditempatkan dalam bilik meeting berdinding kaca.. ini adalah penempatan sementara kitorang, sebelum kami berpecah mengikut bahagian masing2 selepas bilik opis yang sebenar selesai renovate...

wah aku tengah ada mood main2 dengan photoshop nie ... hehehe... c ya!




*nota lutut - wah! nak asah skill design boleh tak hehehehe...

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

:: depan ::


:: dalam ::



*nota lutut - kih kih kih...

Friday, September 11, 2009

Mercun ...


aku baca n3 katak.. tetiba teringat kenangan aku kecik2 dulu.. nak kongsi boley??

sekarang ni kalau aku dengar bunyi mercun, memang aku hangin tol la.. memekak.. bingit telinga aku.. pas mercun meletop, semua alarm kereta berbunyi.. ARRGGHH!!! aku pernah terfikir, kalau aku hangin, aku nak isi air dalam plastik.. ikat ketat2.. diorang lancarkan je mercun.. aku terus baling air dalam plastik tu kat bebudak yang main mercun tue.. SPLASH!! confirm basah kuyup diorang dengan mercun2 sekali hahaha... kejamnya aku... sebab port diorang depan rumah aku je.. best betul tingkat paling atas nie, diorang sure tatau dari mana datangnya plastik berisi air tu.. mungkin turun dari langit.. hujan rahmat..miyahahaha...

padahal dulu aku la antara laskar yang menyumbang bunyi2 letupan di kawasan perumahan.. kalau tengah berbuka ramai2 seisi keluarga, tetiba dengar bunyi mercun kuat.. sure adik aku panas hati.. makan cepat2, aku kekadang join setup mercun bola tu, masuk dalam tin, letak dalam gelong permainan.. KEBABOOM!!! huh! puas hati! dalam 2 3 minit pas tu akan kedengaran gegaran di taman sebelah pulak, berlumba2 bunyi sapa yang paling kuat bunyinya.. lepas bertalu2 bunyi mercun.. akan kedengaran jeritan makcik2 dalam rumah suruh sadap! time tu lebih baik duduk rumah diam2 sebelum kne kejar dengan penyapu lidi.. grgrgrgr...!

zaman paksu aku bujang2 dlu, memang kepulangannya di nanti2kan.. sure banyak bunga api.. mercun.. wah best.. pas tu paksu akan jerit lepas berbuka.. "JOM TEMBAK SETAAANNN!" dan akan di sambut dengan sorat sorai dari kami (perh ayat aku mantapss!) ... time aku duduk kat bidor dlu, depan kuaters cikgu tu ada pokok besar.. pokok tu cam aneh skit.. slalu gak orang2 yang kene kacau kat area tue.. kitorang tembak dengan mercun kat pokok tu la.. bunuh setan krkrkrkrk~ time tu aku darjah 2.. relaks la.. zaman2 muka suci hehehe..

tetiba aku rasa nak beli bunga api.. join adik2 sedara aku main bunga api pun mcm aktiviti yang menarik selepas berbuka di tapah nanti.. kalau main sorang2 kat depan rumah, nanti jiran tetangga akan pandang aneh plak kat aku.. tidak suka pandangan aneh dari mereka.. mercun tanak la... ngeri plak kalau di pagi raya jari tangan aku tak cukup 10.. nauzubillah hehehe..


*nota lutut - memula rasa malas nak publish n3 nie.. cam ntah pape je..
ahhh lantak je la.. dah type.. aku publish je la hehehe..

Wednesday, September 9, 2009

Biasa


jari ini biasa..
membait kata arahan jiwa..
kadang ketuknya menyaring..
kadang coretnya menyepi..

tangan ini biasa..
berjabat cuba mengerat..
menyambut mahu memimpin..
merangkul cuba bermesra..

kaki ini biasa..
melangkah tidak bermegah..
dihayun hasrat berehat..
menyilang harap bergaya..
menghentak melempias rasa..

jantung ini biasa..
degupnya dikawal rapi..
mengalirkan darah yang memekat..
kadang laju kadang biasa..
mengikut irama rentak emosi..

hati ini biasa..
luka tidak harap ditoreh..
berdarah tidak harap ditujah..
parut tidak harap dihina..
jika busuk, jangan dihidu..


*nota lutut - jiwang la plak n3 ni hahaha.. euw~

Tuesday, September 8, 2009

Gathering Handai Taulan Version 2

Alhamdulillah.. Gathering berbuka puasa staff ex-company lama aku Devcorptech Sdn. Bhd berjalan lancar.. kat company ni aku sebagai ID (Instructional Designer) ... aku anggap gathering kali ni agak unik.. semua yang hadir di hari kejadian adalah bekas2 staff company yang pernah memberontak atau blah bodo kerana sikap bosnya yang agak tidak bertamadun.. hahaha..

sebelum berbuka puasa, kami mengisi masa lapang berkenalan antara satu sama lain, sebab terlalu banyak batch staff dalam company tue, aku antara batch yang last2.. yang lain semua senior dan super senior..

company ni mengamalkan dasar mengambil staff secara batch.. lepas settle satu pojek, bos yang tidak bertamadun itu, akan mencari pasal supaya staff2nya diterminate.. berhenti selepas tamat kontrak atau blah bodo je..

aku dikategorikan staff yang tidak mahu menyambung kontrak.. best gila time blah tu sekali 4 staff, kitorang plan tanak sambung kontrak... sebab alhamdulillah semua dapat kerja lain serentak.. hilang pedoman kejap bos aku tu hahaha... terkujat punya pasal.. PADAN MUKA

eh apa kes aku citer sejarah silam ni hahaha.. nahh.. layan la gambar2 berbuka ni, tak banyak gambar.. sebab kitorang semua bz mentekedarah.. miyahahaha...


:: Salah eja nama company hahaha.. kitorang gelak sakit perut baca.. bukan Devcorttech la.. Devcorptech laa hahaha ::


:: selepas makan, dah nak balik dah nie.. thanks awek radhi tolong snap gambar ni ::


:: tengah makan ::


:: melepak selepas makan ::

Sunday, September 6, 2009

Gathering Handai Taulan Version 1

Setelah perbincangan Ahli Jawatankuasa Handai Taulan di adakan dalam conference YM.. tanggal 4 September 2009 yang jatuh pada hari jumaat telah ditetapkan sebagai tarikh berbuka puasa beramai2.. tempat yang dipilih secara rambang ialah di Damansara Perdana di Restoran Pannaz..

hasil tinjauan aku dan kak niz di internet, maka kami kategorikan kes ini sebagai penipuan secara halus.. gambar2 menu di dalam web pannaz agak mengghairahkan.. tetapi sangat banyak menu yang tak da... penantian mee kari kami sangat sia2, rupanya tak de.. cess..

Thanks to katak yang sudi mengorat awek Pannaz untuk membuat tempahan untuk 11 orang di restoren tu atas nama WAN.. hehehe...

thanx to korang yang sanggup berhempas pulas datang menjayakan majlis ini..

ini ada beberapa gambar best yang aku sempat kongsi di sini, aku curik dari FB kak niz dan FB zira.. hahaha.. aku tak de SLR lagi.. hahaha.. Layanzz

:: semua sila lihat kamera pak tam.. ces lolo spoil.. takboleh maafkan beliau.. ::


:: pak tam jangan la bermuram durjana.. jangan risau.. kami akan bawa kau pulang dengan menunjukkan jalan kebenaran.. walaupun kau terlajak sampai ke bandar seri damansara.. aku cuba maafkan kau sebab kita sama2 orang perak.. apalah sangat menjemput kau kat bandar seri damansara kerana tersesat.. hahahaha... sengal la ko pak tam.. ::


:: yee... yee... memang aku sengaja upkan gambar ala2 gay korang nie.. hahaha.. ini sahajalah kumbang yang hinggap di pannaz.. Ring o.. anarm.. dan bosz.. jejaka yang tidak dapat hadir untuk memeriahkan majlis.. rupa2nya memberi ruang kepada katak dan paktam untuk bermesra.. hahahaha... euw~ najes.. ::


:: yeah~ pak tam dah ready nak tembak.. katak plak tak sabar nak posing.. sempat jeling kamera lak si katak.. memang ko ada bakat terpendam photogedik katak.. hahaha... ::


:: anys :: nissah :: akira ::


:: katak :: wan :: bluefrog ::


:: pak tam :: itamkutet :: adie ::


:: lolo :: shiela :: silolo ::


:: kak niz :: nizniz :: nis khair ::


:: zira :: si kecik :: RM32 ::


:: mira :: army4war :: red ::


:: resit hari kejadian ::

*nota lutut - sangat seronok bila berjumpa dengan ikhlas.. sambil berniat mengeratkan silatulrahim..

Friday, September 4, 2009

Ada Aku Kisah

ku tatang dengan sabar
ku canang dengan sungguh
ku gapai dengan pasrah
ku beri dengan ikhlas
dulu ...

udara panas mendesup
malas otak jalankan tugas
semalas kaki menampung badan
membiar lelah bergumpal terlerai
kosong..

berpaling dari kelibat
bersiul menekap telinga
berdekah menindih suara
memijak hingga membenam
puas..

lalu ku takkan menyinggah
sapa ku hanya memandang
takkan ku cuit tika menyinggah
takkan ku pegun tika memandang
pasrah..

Ada aku kisah
sekarang ...

*nota lutut - ALLAH menetapkan setiap manusia ada batas pertimbangannya.. kerana kesempurnaan hanya milik-NYA..


Thursday, September 3, 2009

Thanx Sifoo!!!


:: MARO suh aku update blog, pasal dia kata aku tak de keje.. bos aku baik tak bagi aku keje.. miyahahaha... aku pun pk apa topik aku nak kasi up hari nie.. tetiba aku terpikir gambar aku dengan fisya yang sifoo edit untuk aku.. dengan itu, aku pun saja nak berkongsi gambar yang sangat2 kreatif yang sifoo edit nie.. ::

:: pasal gambar ni jugak la.. bebudak opis aku skang memperkotak katik kan aku.. diorang panggil aku gebu.. deym u olzz hahaha.. teringat zaman2 aku kat opis lama LavaSystem.. deym sueng, deym kudeng, deym izwang, deym syeding, deym joeing dan deym nasering panggil aku si gebu.. hahaha... rasa nak terajang korang seko2.. hahaha... seriusly deym miss u olz guys..!! ::

:: budak opis aku skang dengan budak opis Lava ni contact ke di belakang aku.. napa diorang panggil aku gebu gak hahaha... aku masih confuse hahahaha... ::

:: sebelum gambar ni di edit , aku sendiri menyampah tengok gambar ni, sebab skill photogedik aku tak menjadi dalam gambar ni, kelihatan sangat gebu di pandangan masyarakat.. ::

:: tapi selepas di edit gambar ini sangat menarik, sebab mungkin gabungan baju aku dengan baju kawen fisya banyak kerawang, bila di edit, jadi sangat menarik.. ::

:: TQ Sifoo.. i very the like this picture hehehe... ::

*nota lutut - lama tak masuk sifoo.com menyepam dalam topik orang hahaha... mari masuk heheh

Tuesday, September 1, 2009

Roadtax VS Saman

semalam 31 ogos 2009.. aku berkemas2 nak balik ke KL dari tapah.. tetiba hati tergerak nak tengok tarikh tamat tempoh Roadtax.. 1 September 2009.. gelabah jugak tgok masa tu...
aku terus serbu adik aku bgtau roadtax mati hari ni..

aku : alan.. roadtax aku mati hari nie..

alan : hari ni 31 ogos la gila..

aku : hari ni 1 September la gila..

abanglong : hari ni 31 ogos la..

aku : oo.. ek?? sempat lagi la aku balik KL ari ni tanpa gundah


punyalah gabra sampai hari tu hari merdeka pun aku boleh lupa..


pepagi buta sampai awal ke opis.. aku tergerak hati nak check saman atas nama aku.. hasil check kat laman web http://www.rilek.com.my/pdrm/index.php inilah hasilnya.. tadaaaa~


sila klik untuk untuk membesarkan imej

kereta kenari yang adik aku pakai telah membuahkan hasil yang sangat lumayan..
aku bengang di pagi hari huhu...

aku semes adik aku yang satu intan payung tuuu...
suruh dia bayar by hook or by crook..

dia pun call aku selepas setengah jam (dia call suh aku call balik sebenarnya)

alan : weh kak yang.. saman apa yang kenari dapat tue
aku : saman parking 30 hengget kat kelana jaya dengan saman laju highway ipoh - KL 200 hengget
alan : parking memang aku salah parking ari tu.. saman laju, hari tu kak ngah suruh aku laju sebab dia nak cepat sampai ari tu..
alan : ko deal dengan kak ngah sendiri bende nie.. suruh dia bayar.. aku tak de duit nak bayar saman korang..
alan : ye la ye la... nanti aku bgtau dia..

arghhh!!!!

tengah aku check saman kat web tu (copy.. paste kat photoshop.. crop.. upload dalam blog sebenarnya hehehe) budak opis datang tegur aku..

man : weh ko check saman ke.. check untuk aku sekali
aku : aku nak renew roadtax hari ni, tapi ada 2 saman atas nama aku..
man : saman apa
aku : saman laju dengan parking
man : oo tak pe.. boleh je renew.. aku tak bayar saman dari tahun 2006, boleh je renew
aku : huh!! ek?! ok la cam tu..

kol 1 tadi kuar dengan Ros g Ambank.. orang bank suh aku bawak polisi la pleekk.. aku tak teringat nak bawak pape pun.. aku datang melenggang je huhuh... esok gak aku kne renew roadtax.. dah la renew 7 hari bekerja nak proses.. hari selasa rabu khamis jumaat.. adoi.. aku berharap roadtax aku dapat sebelum raya uhuk.. uhuk.. uhuk...

*nota lutut - masa parking Ros cakap ada minah hentak pintu kereta aku, bukak pintu kereta dia tak agak2, Ros dengan macho ambik no plate kereta dia.. sabar je la bebulan puasa ni... TAPI KALAU AKU JUMPA KERETA DIA, CONFIRM AKU TINGGALKAN JEJAK.. huh huh saboo saboo~


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin