Tuesday, September 1, 2009

Roadtax VS Saman

semalam 31 ogos 2009.. aku berkemas2 nak balik ke KL dari tapah.. tetiba hati tergerak nak tengok tarikh tamat tempoh Roadtax.. 1 September 2009.. gelabah jugak tgok masa tu...
aku terus serbu adik aku bgtau roadtax mati hari ni..

aku : alan.. roadtax aku mati hari nie..

alan : hari ni 31 ogos la gila..

aku : hari ni 1 September la gila..

abanglong : hari ni 31 ogos la..

aku : oo.. ek?? sempat lagi la aku balik KL ari ni tanpa gundah


punyalah gabra sampai hari tu hari merdeka pun aku boleh lupa..


pepagi buta sampai awal ke opis.. aku tergerak hati nak check saman atas nama aku.. hasil check kat laman web http://www.rilek.com.my/pdrm/index.php inilah hasilnya.. tadaaaa~


sila klik untuk untuk membesarkan imej

kereta kenari yang adik aku pakai telah membuahkan hasil yang sangat lumayan..
aku bengang di pagi hari huhu...

aku semes adik aku yang satu intan payung tuuu...
suruh dia bayar by hook or by crook..

dia pun call aku selepas setengah jam (dia call suh aku call balik sebenarnya)

alan : weh kak yang.. saman apa yang kenari dapat tue
aku : saman parking 30 hengget kat kelana jaya dengan saman laju highway ipoh - KL 200 hengget
alan : parking memang aku salah parking ari tu.. saman laju, hari tu kak ngah suruh aku laju sebab dia nak cepat sampai ari tu..
alan : ko deal dengan kak ngah sendiri bende nie.. suruh dia bayar.. aku tak de duit nak bayar saman korang..
alan : ye la ye la... nanti aku bgtau dia..

arghhh!!!!

tengah aku check saman kat web tu (copy.. paste kat photoshop.. crop.. upload dalam blog sebenarnya hehehe) budak opis datang tegur aku..

man : weh ko check saman ke.. check untuk aku sekali
aku : aku nak renew roadtax hari ni, tapi ada 2 saman atas nama aku..
man : saman apa
aku : saman laju dengan parking
man : oo tak pe.. boleh je renew.. aku tak bayar saman dari tahun 2006, boleh je renew
aku : huh!! ek?! ok la cam tu..

kol 1 tadi kuar dengan Ros g Ambank.. orang bank suh aku bawak polisi la pleekk.. aku tak teringat nak bawak pape pun.. aku datang melenggang je huhuh... esok gak aku kne renew roadtax.. dah la renew 7 hari bekerja nak proses.. hari selasa rabu khamis jumaat.. adoi.. aku berharap roadtax aku dapat sebelum raya uhuk.. uhuk.. uhuk...

*nota lutut - masa parking Ros cakap ada minah hentak pintu kereta aku, bukak pintu kereta dia tak agak2, Ros dengan macho ambik no plate kereta dia.. sabar je la bebulan puasa ni... TAPI KALAU AKU JUMPA KERETA DIA, CONFIRM AKU TINGGALKAN JEJAK.. huh huh saboo saboo~


4 comments:

starry~ said...

aku ada saman tahun 2005. malas aku nak layan.

army4war said...

seterika - hahaha... aku lega sebab ramai orang malas layan saman.. so aku pun ikut jejak korang gak.. aku tak layan saman2 tue, aku sedang renew roadtax, hope lepas hehehe..

lolo said...

eh. hentak pintu kete ko? nape? ade tinggal kesan ke?

army4war said...

lolo - dia hentak sebab hotak dia tak center.. pas dia hentak tu, dia wak muka cekal.. kalau aku jumpa keta dia aku akan tinggalkan jejak.. huh!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin