Wednesday, September 30, 2009

Lesen


semalam aku sakit kepala.. ada yang mengesyaki, power spec aku dah meningkat.. aku try bukak spec sepetang tu, ada kurang denyutnya.. erm.. alahai ye la tu nampaknya.. (tak de kene mengena dengan lesen pun)

time lunch hour semalam aku melangkah dengan berat (tengah diet) ke JPJ shah alam untuk renew lesen aku yang tamat tempoh hari ni.. berbekalkan formula rumusan algebra dari maro (nama ko lagi) ... kuar pintu belakang uitm.. belok kiri.. jalan terus je sampai jumpa JPJ belah kanan.. yeay!! dengan berhidayah aku berjaya sampai dengan mudah..

orang jaga kaunter angka giliran hilang tanpa dikesan.. banyak pulak butang yang kene pilih kat menatang ni... aku mula membaca jampi serapah sambil memilih.. cat cilot at at cat cilot kucing lompat, nestum nestim mak minah tukang cat, tayar poncat digigit pacat, meloncat loncat... KLIK!! keputusannya dapat nombor 909, aku tengok screen angka giliran baru 398.. mak ai!!! tak menjadi jampi aku.. bukan ke pelesit belaan aku dah lepas bulan raya nie.. rasa nak bersilat je kat situ.. aku stress aku stress...!!!

makcik jaga kaunter angka giliran dah balik dr berak (tak puas hati punya pasal) ... aku buat2 tak tekan lagi menatang angka giliran tu..

aku : err... nak renew lesen..
makcik : (dia tekan butang atas sekali) ... ces penat je pilih2..
aku : terima kasih (berbudi bahasa kan aku kawan2?)

huh!! dapat nombor 404.. ces salah tekan butang rupanya tadi.. wat suspen je.. skang kene tunggu 7 orang je untuk berurusan di kaunter.. tak de pemandangan yang menarik time aku menunggu tu..

Ting! Tong! 404 kaunter 15!

yes.. yes.. yes.. nombor aku.. nombor aku..

aku : woi aku nak renew lesen..
kaunter15 : ye laa.. ye laa.. gua renewkan lesen lu.. weh lu tak boleh renew lebih setahun tau beb.. pasal lu baru lepas P ni..
aku : ye laa pape je la.. gua dah tau dah. kawan gua ada inform ari tue.. kalau lu tanye gua nak renew berapa tahun pun, gua nak setahun je pun, gua tengah sengkek nie .. kecoh la lu! kantoi gua baru habis P..
kaunter15 : ada aku kisah.. bak sini lu punya ic.. lesen P.. gambar pasport lu.. harga 30 hengget tunai!
aku : orait! hutang boleh?!
kaunter15 : hotak lu!!
.
.
kaunter15 : nah lesen lu.. ni balance duit lu bagi gua 50 hengget tadi..
aku : tq beb! chow!

parking sini bayar per hour siot.. 1 jam pertama 2hengget.. so harga sebenar lesen aku ialah 32hengget.. huh!!

dengan ini.. gua penyimpan mohor2 besar raja2 dan menteri2 mengumumkan.. bahawasanya pada tanggal 1 oktober 2009 gua dah dapat lesen penuh.. andai kata lu orang nak hina gua, hina hari ni, sebab tarikh last lesen P gua hidup last hari ni.. pas ni gua pakai lesen penuh miyahahaha...

kepada shida dan kudeng yang telah hina gua semalam, tahniah! lu memang advance bab2 hina gua nie.. memang gua dah jangka dari awal lepas gua bukak pekong tu semalam.. hua hua hua hua!!!

*nota lutut - hahaha yes!! dah update blog hari ni..

9 comments:

bluefrog© said...

woi. baru lesen p dah kecoh.
orang dah lesen Q R S T U dah.

ehem .aku hina ni.

army4war said...

katak - haa hina.. hina la.. tu belum aku citer lesen L aku ambik time pas sekolah dulu mati cam tu je.. pas tu ambil lagi L sekali lagi masa aku dah kerja.. driving lepas.. L motor gua mati begitu saja.. maklumlah kaya.. opss!! tercerita plak..

~@k1 is @utuMn!~ said...

hahhahaha!!!

lolo said...

haaa lepas ni leh buang ar stiker kaler merah kat gothy lu tu.. ahahhaa

army4war said...

aki -hahahahaha!! jugak kat ko.. huh! hina ek??

lolo - aku nak biar je kat situ dlu, nampak cumel gothy ada bende merah tu miyahahaha...

sebaliktabir said...

baru lepas kurungan ropenyer.. hik! hik!

army4war said...

sebaliktabir- teeetttt!!! masa dah tamat!! ko dah tak boleh hina aku.. ari ni 1 oktober.. miyahahah.. aku dah boleh berlagak.. bluek!!

starry~ said...

sekalung tahniah ku ucapkan kepadamu. semoga dikau berhati hati di jalan raya sepanjang hidupmu. ingat, biar lambat asal selamat.

selamat jalan romeo..~

lembutnya..

lepaskanlahhh..~

army4war said...

steri - tq tq tq..insyaALLAH aku akan berhati2..

aku tau iklan mengong tu!! euw~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin