Wednesday, September 9, 2009

Biasa


jari ini biasa..
membait kata arahan jiwa..
kadang ketuknya menyaring..
kadang coretnya menyepi..

tangan ini biasa..
berjabat cuba mengerat..
menyambut mahu memimpin..
merangkul cuba bermesra..

kaki ini biasa..
melangkah tidak bermegah..
dihayun hasrat berehat..
menyilang harap bergaya..
menghentak melempias rasa..

jantung ini biasa..
degupnya dikawal rapi..
mengalirkan darah yang memekat..
kadang laju kadang biasa..
mengikut irama rentak emosi..

hati ini biasa..
luka tidak harap ditoreh..
berdarah tidak harap ditujah..
parut tidak harap dihina..
jika busuk, jangan dihidu..


*nota lutut - jiwang la plak n3 ni hahaha.. euw~

12 comments:

niz said...

...dapat idea semaca menyahut seruan alam yer?

brickbracket said...

over!!

starry~ said...

jiwang? dah BIASA~

Silolo said...

"....."

erk.. konklusi nya?

army4war said...

miyahahaha! sejuknya aku grgrgrgrg~

Anonymous said...

bukan ke kau selalunya begitu mira? huh~

akira said...

sakit gigi..hahaha..

army4war said...

sebaliktabir - wahai al-mahfuz.. aku karate gak ko kang hahaha... oi bila nk turun berbuka beramai2.. ada bran??

akira - meh sni aku gelek gerudi depan ko.. hahahaha!!

akira said...

ko gelek gerudi...terus tercabot gigi aku..=))hahahaha..

mclelun said...

hari ini biasa,
saya pergi makan laksa,
laksa macam biasa,
tak berapa sedap,

damn, I am good :) haha

army4war said...

akira - sadap u!! hahaha...

mclelun - now ur BM is damn good lun! hahaha... im laughing like crazy here..

akira said...

hahahahahaa..
laksa kat daun memang tak sedap lun..
just bubur je best..kehkeh..

mira : yup. im typing silently..
huahuhahuhauhaua...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin