Aku kat opis hari ni.. buat OT.. kene standby kalau2 ada user yang tak boleh access sistem yang baru lepas migrate dari database SQL ke Oracle..
Hari ini jugak perayaan Deepavali bagi kaum India.. Happy deepavali kat orang2 yang menyambutnya..
Dah banyak kali tangguh nak layan muvi papadom ni.. masing2 bz dengan kerja.. by hook or by crook.. aku nissah n lolo tetap melaksanakan jeritan jiwa kami semalam..
tiba2!! dalam pukul 415 petang.. sambil2 aku test skrin Ros untuk debug, Ros bagitau ada meeting pukul 5 petang.. sepatutnya opishour aku habis pukul 430.. tapi disebabkan rasa tanggungjawap yang menggunung tinggi yang memang sejak azali terbentuk dalam diri ini (haa apa lagi.. muntah laa!!) ... aku lepak la menunggu tibanya saat itu..
Teeeetttt!!! dah pukul 5 petang.. tiada panggilan lagi.. dalam pukul 545++.. meeting start.. dalam pukul 640 meeting tamat..
sambil berlari2 cumel.. aku memberi kata2 semangat kat Ros sebelum beredar dari opis.. miyahaha... aku dengan taksub memecut gothy dari UiTM dan berjaya menjadi drifter yang handal.. sampai di susur keluar subang, aku kecewa.. jem yang teramat2.. skill drift aku tak dapat dipertonton sepanjang perjalanan ke KD.. paling laju aku leh bawak 20km/j.. deym!
lepas colik nissah.. terus ke cineleisure damansara.. lolo dah belikan tiket wayang..
lolo : aku beli tiket pukul 915.. seat depan sekali pulak tuu...
aku n nissah : glup!!
hehehe... anyway thanks la lolo sebab sudi tolong belikan tiket tu.. heheheee...
hoish!! bila nak masuk citer papadom nie... ok ok ok!!
mengisahkan sepasang suami isteri Saadom dan Mun yang mengusahakan gerai makan nasi kandar.. kesibukan Saadom memajukan perniagaannya sehingga terabai isterinya Mun dan anaknya Miasara.. Selepas kematian isteri Saadom dalam kemalangan jalan raya.. Saadom menyesal kerana mengabaikan isteri dan anaknya.. dan mengambil keputusan untuk sentiasa menjaga kebajikan anaknya dengan tersangatlah xtream...
banyak adegan2 yang aneh dilakukan oleh Saadom demi memastikan anaknya Miasara tidak mengalami kesukaran langsung.. Miasara rimas dengan kongkongan Saadom.. Maisara membuat perjanjian.. "jika tidak mahu Miasara berhenti belajar.. jangan datang jengguk Maisara ke kampus"
Saadom terpaksa bersetuju dengan perjanjian itu.. tetapi masih tidak mampu berjauhan dengan Miasara. Saadom membuat keputusan untuk menjadi tukang kebun di Kampus anaknya untuk skodeng setiap gerak geri Maisara..
Konflik terbentuk apabila.. classmate Maisara yang bernama pena "wajib tayang" meminati Maisara.. tetapi Maisara meminati Hisham seorang yang budget macho tetapi gayboy.. membuatkan shasha seorang cheerleader pasukan rugby yang budget cun bengang kerana Hisham adalah ex-boyfren dia.. Lecturer kelas Maisara pula meminati Saadom..
komen aku pasal muvi ni...
masa intro muvi nie, ala2 cerita arahan yasmin ahmad.. dalam muvi ni kadang2 ada beberapa scene yang aku rasa aflin shauki ni dibayangai karya2 yasmin ahmad..
idea2 lawak bersahaja aflin memang tak dapat dinafikan memang best dan dekat dengan penonton..
mengetengahkan penceritaan dalam bentuk persembahan boria juga idea yg menarik bg aku.. tak janggal rasanyaa..
sebagai staff UiTM aku agak xcited (poyo) bila ada beberapa scene yang aku tahu tempat dalam UiTM Shah Alam yang diorang jadikan lokasi penggambaran.. sempat aku bisik kat nissah "pssstt~ ni la cafe staff yang aku makan ari2"... sadap.. aku kalau xcited memang cenggini.. hehehe...
lakonan liyana jasmin belum pernah mengecewakan aku... mungkin watak Miasara tu terlalu mudah bagi dia, hanya perlu membawa watak dirinya sendiri.. lakonannya mengingatkan aku terlalu banyak karya melayu menggunakan khidmat pelakon tua tapi beraksi remaja.. kengkonon ketandusan pelakon remaja.. padahal jual muka je.. memang tak boleh blah lakonan erra fazira dalam kuliah cinta.. sorry kepada pemuja2 erra fazira.. aku memang sejak azali lagi.. tak berkenan lakonan dia.. plastik :P
aku cuma tak berapa setuju dengan watak vanida imran dalam muvi nie.. watak dia agak plastik.. tak research bebetul untuk watak profesor nie.. its ok.. minor je tu :P
que haidar pun memang tak pernah kecewakan aku... hehehe..
aku bagi 4 bintang dari 5 bintang cerita nie... hheheheh... nak balik dah dari OT.... c ya...
*nota lutut - layan filem melayu yang berkualiti je.. yang berkulat tak layan..
5 comments:
bes ke?
well2~
dipertimbangkn utk tgk la mira!
arr..ade ke ptot..lecturer tahap prof. ske kat tukang kebun..
adoiii...
isk isk..
xpe laa..anggap je la cintaa x mengenal darjat *konon laa. :P
aki - best la.. lawak sengal aflin.. standart la :P
akira - hahaha.. tu la... kurang logic.. walaupun tak mustahil berlaku :D
janji aku kt ko da tunai. aku da g tgk smlm kt klcc. lawak mamat tu still xbleh wat aku gelak bahak2. aku still ala2 blur nape org dlm panggung gelak bagai nak runtuh tgv tu.. tp aku rasa la.. aku rasa.. citer yg ni beter dr pilem dia yg lepas2.. (alaaa yela2 aku gelak dlm ati je kuat2!) aku nanes pun dlm ati je kuat2!. aku bg 4.5 bintang lebih sikit dr ko! kedekut!
shidot - urat gelak ko tersimpul pasal selalu sangat terkejut bila tua kutuk jenguk ko tengah main ym.. miyahahaha... citer dia lawak.. tp sedih dia tak berapa nk menyengat sangat.. sedih yang plastik.. aku bg 4 ok la tu.. dah dapat A dah.. huh!!!
Post a Comment