Saturday, February 28, 2009

berjimba acara bebas

aktiviti family aku selesai jam 430 petang, terkocoh2 (saja guna ayat novel) aku set up laptop untuk on9.. aku nak tau perkembangan aktivit selanjutnya, iaitu rombongan che ni ke KLCC.. sejurus aku online je.. popoppopopopopopopopopopopopopopopopopopopopopopop!!!!! bunyi ym aku :-ss
semua mesej ym hanya bertanya khabar sahaja (aku tipu)

setelah perbincangan jarak jauh dilakukan.. keputusan dibuat.. lepas maghrib dalam pukul 8 malam kitorang gerak dari kota damansara.. sejurus keluar dari rumah, dapat semes dari setari, mahu follow.. okeh bebeh.. campur tolak darab bahagi, pukul 9++ silolo drift ke KLCC..

pelbagai rintangan kami tempuh bersama, termasuklah tidak dapat mengenali simpang keluar dan kesukaran silolo U turn.. semua itu membuatkan kami lebih manja antara satu sama lain, kerana masing2 menghunus jari telunjuk ke kiri dan ke kanan sebagai petunjuk untuk silolo drift kereta beliau.. kesukaran yang terakhir adalah ketika tidak menjumpai pintu masuk ke menara maxis.. aku berpendapat, menara maxis tu telah di 'pagar' oleh bomoh thailand untuk kepentingan diri sendiri.

setelah semuanya under control.. kitorang semua bersepakat melakukan aktiviti merentas jalan menuju pizza hut yang tak confirm lagi 24hours.. dan terbukti, pizza hut masih mengaut untung walaupun tidak buka 24jam.. alternatifnya.. kitorang makan KFC.. yummie~ acara menggelakkan antara satu sama lain sambil makan dilakukan dengan tenang dan saksama.. setelah selesai makan, kitorag bercadang nak berkarok.. tetapi malangnya kami tiada tempat di hati mereka.. KTV penuh, so kitorang plan nak plan bende lain pulak..

lokasi perbincangan tepi pagar pelita nasi kandar.. kami nyaris tak dilanggar kereta.. perbincangan mafia memang macam ni.. kalau tak adventure, tak mafia la namanya... macam2 cadangan aku dengar.. genting highland, melaka, PD, cadangan balik tidur pun ada (hampeh).. tetapi setelah keputusan dibuat, PD menunjukkan potensi yang menarik..

gerakan ke PD pun berjalan lancar sehinggalah che ni ternampak signboard bangi. beliau terus mengarahnya supaya contact anarm dan bosz.. bermacam2 dugaan ketika cubaan menculik anarm dan bosz, termasuklah mengaibkan diri aku sendiri (dun ask) everything under control.. dengan gentlenye bosz sampai dengan seluar rock, sweater rintangan angin dan topi kulit kalis pelurunya... membawa kami ke rumah anarm pulak.. selesai anarm make up seround dua.. perjalanan ke PD pun diteruskan..

topik dalam kereta pun tak kurang hebatnya..

che ni: apakah itu gantang?
katak : gantang tu banyak sikit dari cupak, gambarannya macam sesuatu benda yang berada di dalam guni..
che ni: tapi kenapa melukut di tepi gantang ek?
(lebih kurang la dialog dia, aku bukan ingat2 lupa.. tapi aku lupa ingat2.. sapa suh paksa aku update blog)

hebat tak topik ni..sangat ilmiah bukan? erm... tak paham suda.. sebab yang penting sekarang topik2 sengal macam tu kami ketengahkan adalah kerana sedang cuba mengurangkan statistik kemalangan jangan raya, bukan sahaja bas transnasional je yang banyak kemalangan, kadang2 troli kat supermarket pun boleh accident key.. plzz la
(siapa yang minum sting dia la rasa stawberry nya... siapa yang minum lipton dia la yang terasa teh nya.. siapa yang minum 100plus dia yang paling bertenaga)

sesampai di pantai PD kitorang terus menerkam benteng pantai, berbagai2 aksi nak naik benteng tue.. akhirnya berjaya dengan bantuan kereta silolo.. memang dasar bumblebee keta silolo nie.. lepas beramah mesra beramai2 dekat tepi pantai.. pelbagai topik diutarakan.. antara soalan sengal yang aku nyampah nak jawap ialah,

kak anys : umang2 tu hape?
che ni : agar2!! (gila confident muka beliau)
aku : erk!
peserta yang lain : (takjub!!)

beberapa ketika kemudian kami dihalau oleh lori sampah dan disusuli dengan lampu jalan yang terpadam melengkapkan rasa ingin beredar kami semua.. tetapi peserta gen 2 putih mulus tidak patah semangat, kami tidak berpatah balik tetapi mengambil keputusan menjejaki asal usul kelahiran Mohd Erwan Hafizi (aku dah tak refer name card wangi ko, hapal.. angkuhnya aku) di kampung LBJ.. saat menyusuri jalan sunyi dan di kelilingi kegelapan hutan felda sebenarnya tidaklah begitu menyeramkan jika tidak wujud aksi2 seram dalam kereta.. tindakan luar kawalan encik katak memberhentikan kereta dan membuka tingkap di tengah2 hutan memang mengundang rasa nah hempuk bertubi2 dengan sekuat tenaga dush.. dush.. dush.. (weh jangan rasa nak sepak aku plzzz hehehe...) tetapi aksi seram menutup lampu hadapan dengan kelajuan kenderaan yang tak berapa nak perlahan lebih seram dari cerita mak dan ayah ko kene lambai dengan pontianak wahai encik katak.. krkrkrkrkrr..

kami keluar dari perkampungan berhantu tu bila hari sudah cerah, sebab encik katak dah tak de motif untuk menakut2kan kami pada hari cerah.. perjalanan ke kajang demi menghantar anarm ke rumahnya berjalan lancar dengan sedikit sebanyak terdapat kesesatan akibat kemengantukan encik katak.. cam klaka je tengok dak anarm tido sampai lentuk2 pale pegang spac.. hahahahaha... (saja aibkan ko anarm) .aku mengantok tapi tak boleh tido.. banyak kali cubaan aku lakukan untuk tidur.. tapi kurang berhasil.. baik aku layan che ni dengan encik katak bersembang supaya kami bertiga tidak gelong..

sebelum n3 kali ni berakhir.. aku ingin bagitahu kisah seram kepada kalian.. kisah ni double seram dari kisah pontianak melambai mak dan ayah encik katak.. ikuti temuramah ini.. zasss~


B|_u3fR0G !!: ye ye..
B|_u3fR0G !!: mase drive aku nmpk kembang..
B|_u3fR0G !!: sume kembang2.. pastu blur2..
B|_u3fR0G !!: cube ko buat kt photoshop.. grausian blur..
B|_u3fR0G !!: cmtu la
rEd-arMy: erk!! napa ko tak bgtau weh.... kalau tau, aku campak ko ke seat belakang.. aku drive pun tak kisah
rEd-arMy: aku rasa tadi aku tak la level tertido..
rEd-arMy: aku ngantok tp aku tak leh tido
rEd-arMy: dalam photoshop tu.. radius dia nk aku letak berapa? hahahahahahahahah
rEd-arMy: aku dah buka photoshop
rEd-arMy: =))
B|_u3fR0G !!: radius 5 je
B|_u3fR0G !!: :d

tadaa.......... setelah aku men photoshopkan gambar yang aku search kat google ni, inilah hasil pemandangan seram encik katak ketika mengantuk memandu pulang.. seram bukan?? aku tgok pun seram...!!


nota lutut - sangat enjoy semalam.. thx guys.. next??? g mana pas ni weh!! hahahah

Friday, February 27, 2009

bz

dalam 2 3 minggu kebelakangan ini life aku tak begitu stereotype, aku ni cepat bosan, bak kata encik katak 'tak dapat hidayah'.. so aku rasa perubahan2 minor ni buat life aku jadi interesting.

hampir seminggu aku menjalankan aktiviti 'menjana pendapatan di rumah'. berkat black out kat office isnin lepas.. telah membuatkan bos aku memberi pilihan kat staff2 dia yang cumel2 ni untuk bekerja dari rumah, akibat kegawatan office. cuma nasihat beliau adalah "asalkan kerja jalan" dan menyuruh mewakilkan makhluk kuning yang terdapat dalam list ym masing2 berwarna kuning ceria sambil tersenyum, tidak berwarna kelabu dan muram tidak bermaya. menunjukkan semua berada di depan pc masing2.

rutin harian aku dah banyak berubah.. sekarang selagi jam tak tunjuk pukul 4 pagi, aku tak rasa kelazatan tidur. mata aku segar sangat, risau gak.. tapi teringat kat niz his honey yang sangat kental tidak tidur sampai 2 3 hari.. semoga nikmat tidur tu akak perolehi kembali. AMIN..

semuanya angkara 'main teka lagu' dalam conference.. aktiviti hari jumaat yang sangat menarik untuk dilakukan setiap jumaat, sebab esok boleh membuta sampai bersawang atas katil.. yang pasti paktam hutang 2 kali poco2 dengan kitorang.. hutang tetap hutang bro! hahaha... selain main teka lagu, antara aktiviti yang boleh dipraktikkan jika masih belum tidur ialah yming sampai bengkak, lepak sampai lebam, minum kat gulam mee sampai kembung, hang out sampai sembab!! aktiviti memeriahkan office freelance beramai2 juga pernah dilakukan untuk mengisi waktu lapang.. pernah gak kene sound check dengan dak anarm "anak dara tak elok balik lewat" lalalalalala~ :-"

aku bz gila semalam... pepagi buta adik aku dah buat aksi ambush masuk bilik aku suh aku bangun ajak g renew roadtax gothy aku.. dalam kol 11 pagi kitorang gerak ke pejabat pos kelana jaya (jangan tanye kenapa kelana jaya) aku tekan butang B untuk dapatkan angka giliran, kategori pembayaran bil (aku ingat2 lupa) aku jeling pada angka bersize font yang paling besar.. angka giliran aku 2265.. aku jeling angka berfont paling kecik 2205.. arggggghhhhhhhhhhh!!!! kene tunggu 60 orang lagi.. keadaan yang sangat panas dan tak selesa dalam pejabat pos tu, membuatkan aku mengajak adik aku blah je tanpa usul periksa..

agenda seterusnya mencari BSN, adik aku nak beli id number untuk apply UPU.. luck gile, masuk2 je simpang BSN tu terus dapat parking.. erk!! BSN tutup lunch hour.. aku sangat kagum.. ohh bukan sangat kagum.. tetapi TERSANGAT2 kagum dengan bank kerajaan nie.. adeh!!

ntah macam mana adik aku drive punya drive punya drive.. dia masuk parking tesco puchong.. menurut beliau, dalam tesco nie ada pejabat pos.. dengan control comel, aku, adik aku dan mak aku pun masuk ke dalam tesco menjejaki pejabat pos.. yesss!! kitorang memang terer, dah jumpa pejabat pos dengan pantas.. aku tanpa segan silu terus mengulangi step ketika di pejabat pos kelana jaya.. kali ni aku dapat angka giliran 2286, pada masa itu angka giliran baru 2203..kene tunggu 83 orang lagi.. adeh adeh.. kami anak beranak dah kelaparan.. aku mengambik keputusan berdasarkan keadaan perut masing2, kitorang menjejaki makanan dulu dalam tesco.. aku telah di pau bertubi2 oleh adik aku yang memang tabiat pemakanan beliau memang admire jin.. setelah berhempas pulas mengisi perut.. kitorang kembali ke matlamat utama iaitu ke pejabat pos tadi.. dan dengan bangganya pada ketika itu angka giliran sudah pun 2283.. aku dengan muka takbur aku senyum pada adik aku.. adik aku pasrah je. tiba masa yang dinanti2.. aku dan adik aku mengadap kakak kaunter yang ramah (bukan semua orang kaunter kerek rupanya)

kakak ramah : ye dik..
aku : saya nak renew roadtax kereta kak.. boleh renew kat sini?
kakak ramah : boleh, bak sini geran kereta.
aku: grand kat bank kak..
kakak ramah : kalau macam tu adik kene renew kat bank tu.. melainkan bank bagi pengesahan, baru pihak pejabat pos boleh renewkan roadtax kereta tue..
aku : alaaa.. kalau macam tu, saya try dapatkan pengesahan tu dari bank, then boleh terus dapat hari ni ke kak roadtax tu?
kakak ramah : boleh!
aku : terima kasih kak (dengan senyuman)
kakak ramah : sama2

cess... itu lah akibatnya takbur sebentar tadi.. tak pee aku kental kan kak niz??

destinasi seterusnya ialah amBANK maaaa~ setelah beria menunggu seorang ah soo berurusan di kaunter customer service, aku pun terus je ke topik utama.

aku : nak renew roadtax kereta.
amoi : plat?
aku : AGJ 9666
amoi : (diam sambil tekan2 keyboard)
aku : (ngantok)
amoi : (sila baca dengan loghat cina yang sangat pekat, aku terpaksa picingkan telinga untuk paham ayat2 dia) ok, sekarang insurance u hidup lagi.. u kena renew 6 bulan dulu, then bila dah tamat tempoh 6 bulan u kene renew lagi 3 bulan. tujuannya untuk samakan tempoh tamat roadtax dan insurance.
aku : ok, sekrang i kene bayar berapa untuk roadtax 6 bulan tu.
amoi : roadtax RM35 service charge RM25.. u punya kes complicated, RM25 is for our services.
aku : erm.. bila boleh dapat?
amoi : 4 working days.. thursday..
aku : adeh!

aku tatau prosedure bank terutama dalam areana renew roadtax ni, 1st time deal sendiri..

sejurus staff2 BSN balik dari makan, kitorang ke BSN kembali.. untuk kesekian kalinya adik aku pau untuk beli nombor pin tu.. janji ko belajar bebetul.. aku pasrahkan, paham!!

Wednesday, February 25, 2009

ini bukan prank kan?

di tag oleh kak niz yang memang VERY THE…
1. Open your library (iTunes, Winamp, Media Player, iPod, etc)
2. Put it on shuffle
3. Press play
4. For every question, type the song that’s playing
5. When you go to a new question, press the next button
6. Once completed, tag 5 other people (including me!)

DON’T CHEAT!

Opening Credits:
Aquarius - within temptation (blub.. blub.. blub.. )

Waking Up:
dan sebenarnya – yuna (bangun2 pagi layan lagu ni.. santai.. pas tu zzzZZzzzZZzzz~)

First Day At School:
hey ladies – Rossa (hahaha.. advance!!!)

Puppy Love:
The Swan Song - Within Temptation (Puppy makan swan tak?? Krkrkrkrk… )

Fight Song:
what i've done - Linkin park (yeeaahh…. Batu beb batuu!!!)

Breaking Up:
confide in me – angtoria (menyerah!)

Prom:
I walk alone - Tarja Turunen (giler sangap! jalan sorang2)

Life is Good:
Innocence - Avril Lavigne (yeaaaahhh!!! Suci beb.. Life is good miyahahahaha)

Driving:
You and I Both - Jason Mraz (lagu yang best nyanyi2 time drive.. boleh3x)

Flashback:
Going Under – Evanescence (never look back!! Going upstairs)

True Love:
Mama – MCR (erk!)

Wedding:
Rimas - The Fabulous Cats (uik bahaya gila.. belum papa dah rimas.. hahahaha)

Moment of Triumph:
Angle - Within Temptation

Death Scene:
Hey There Delilah – Plain White T’s (Apa hal plak ni hahahahaha.. lawak3x)

Funeral Song:
Mila Bila Cinta – Mila (hahahahaha…. Reput gak urat gelak aku cam ni hahahahah )

End Credits:
Umbrella (M Up, 07) - Vanilla Sky (lagu prank!!.. prank??? Uhuk uhuk uhuk!!)

now go, its fun!

5 person to tag:
- camcilah
- akira
- cuax
- Mclelun
- Ibn Aziz
-niz ur honey
(plz jangan kira ada berapa)


friends actually let friends do lots of stupid things.
- sangat menyelerakan bila di prank atau mem 'prak' miyahahahaha~

Sunday, February 22, 2009

korang tak baik~


orang cakap aku...
  1. no heart feeling
  2. kadang2 pelik
  3. pendendam
  4. susah mintak maaf
  5. susah nangis
  6. cool
  7. suka ketawa
  8. peramah

jawapan aku...
  1. pandai pujuk hati
  2. fikiran aku complicated
  3. hukum karma tu wujud
  4. korang je tak perasan
  5. aku guna eye mo cuci mata
  6. smile
  7. tuhan saja yang tahu
  8. diamkan

tapi jangan buat aku macam nie... luv ya!!

sebenarnya ini kisah prank!! syiiii diam!

Thursday, February 19, 2009

menatang ini namanya moley~

im sorryyy~.. kali ni aku tidak berbicara pasal perasaan.. gosip.. kontroversi mahupun berpuisi.. ehem..!! hari ni aku nak mengetengahkan bakat baru yang telah di asah oleh tuan kepada moley.. ini bukan kisah tuan kepada moley..tetapi kisah moley itu sendiri.. ini kerana tuan kepada moley sudah ada blog sendiri, sementara moley masib belum berblog untuk mengetengahkan dirinya di arena global ini...

moley adalah seekor kucing yang berusia 2 bulan.. aku hanya mampu melihat perkembangan bakatnya dari jauh.. ini adalah kerana tuan kepada moley hanya mengajak datang ke umah pada hari raya thaipusam tahun hadapan (tipu).. dikala aku kebosanan aku meminta tuan kepada moley on web cam dan menyuruh moley beraksi.. aku tidak membenarkan tuan moley beraksi.. sungguh.. aku tak tipu!!!

n3 ni cam biasa tak de motif tersirat.. hanya ada motif tersurat.. motifnya aku nak letak gambar moley ni sebagai penghias blog aku kali ni.. sebab utama sebab dia sangat cumel.. dan mengingatkan aku kepada ex-kucing aku dulu yang bernama blacky (gila poyo nama beliau)

jika korang perasan.. perkataan "tuan kepada moley" banyak aku sebut di atas.. ini adalah tanda penghargaan kepada si beliau kerana sudi berkongsi kucing beliau secara maya..

ini ada beberapa image moley yang aku sempat print screen ketika moley beraksi sarkes.. hak hak hak...!!!


:: gayat3x :: apa dosa aku diperlakukan begini ::


:: jangan ganggu aku plzz ::


:: wut r u doing huh, keep away from me ::


:: no camera plz ::


:: krkrkrkkrr ::


:: back off grrrr ::


:: somebody help me plz ::


:: im just death ::


mungkin kerana hangin atau ada perasaan -ve lain yang menghantui tuan kepada moley.. atau risaukan moley emosional damage kerana terlalu kerap beraksi sarkes.. beliau telah melakukan sesuatu.. dan inilah hasilnya... hahahaha... aku gumbira...!!!



nota lutut - n3 ni hanyalah hiburan semata2.. untuk mengelakkan sawang di blog makin tebal.. miyahahaha...!!

Monday, February 16, 2009

Truth OR Dare!!



beautiful art!

Sunday, February 15, 2009

Yumcha Geng mantapzz!!


aku baru sampai rumah setelah selesai berembun di luar bersama2 bebudak sifoo.com. dah lama tak hang out macam nie... sangat gembira..

okeh.. memula aku akan komen cerita GENG pada persepsi aku sendiri key..

dengan mandat yang aku ada sebagai penonton dan pengkritik bebas dalam tayangan ini.. aku dengan sangat berani memberikan 10/10 markah untuk movie GENG ni. banyak elimen yang dimuatkan dalam kisah ini.. antara sebab utama aku tonton movie ni adalah

sebab aku mengharapkan elimen humor. cerita ini sangat tidak mengecewakan aku. elimen humor yang di tonjolkan memang mudah, tepat, dan dekat dengan audience. memang research bebetul team diorang... lawak diorang fresh.. i likeeee~

part advanture pulak, memang aku puas hati 100%, aku sangat kagum sebab movie ni made in malaysia.. sebab animation dia memang gempak and details.. walaupun ada beberapa kelemahan seperti, aku kurang berkenan kat shape lengan charactor dia sebab nampak aneh.. dan kadang2 pergerakan tubuh badan tak berapa synchronize dengan intonasi dialog, dan aku tak berapa berkenan dengan bunyi bunyian opeek tu, macam bunyi orang cakap jepun je. tapi benda tu bagi aku sangat minor, sebab overall memang jalan cerita + lawak + advanture memang aku puas hati sangat2.

bagi aku filem2 di malaysia yang lain harus mencontohi filem ini.. bila tengok movie ni, aku memang tahu, team les copaque memang buat reseach yang details..

jangan laa jadi filem2 melayu yang tipu penonton dengan letak buah plastik atas meja untuk hidangan seisi keluarga dan buat aksi minum air dengan cawan yang kosong.. cam s***

pernah berangan nak keje dalam les copaque team, atau sedang berangan..... :-" lalalala~

erm... cukup kisah movie GENG.. sejurus selepas tengok movie GENG tu.. kitorang adakan yumcha minum2 kat mamak apa ntah kat area mid valley tu... memang meriah dengan sessi kuiz.. sesi sual kenal dengan geng2 sifoorian.. aku dapat pen cantek dari les copaque sebab dapat jawap soalan kuiz... hahahah aku bahagia =p~ cuma mamak tu crowded sangat la.. tak selera mak nak makan nok!

pas lepak kat mamak kitorang beralih arah ke fud court mid valley.. pas tu beralih arah ke dataran putrajaya plak.. pas tu beralih arah ke mamak seri kembangan pulak.. pas tu beralih arah kedai payung kat bangi pulak.. perhhhhhhhh... sejak berkereta ni memang panjang langkah aku hahahaha... serak suara dan lenguh2 satu badan aku dok berjalan + bersembang + bergelak + berpukul + berterajang. tapi memang happening semalam... thanks fren sebab buat life aku happening dan tak stress hehehe...

special credit to kak niz sebab secara suprise nya memberi aku hadiah hasil perbelanjaan dia di klcc aku dapat purse cantek bunga2.. dan sangat bunga2 (perli ke hapee ni kak niz hehehe) sentiasa doa kamu bahagia dengan apa cara.. insyaALLAH.. sebab kamu budak baik kan.. hehehe... kata2 dorongan nie bukan pasal dapat hadiah tau.. saya ikhlas.. cayaaaang awak ketat2 tau.. muaxx!! sweet kan saya.. hahahahahahahahahahahaahahahahahaahaha =))

terlalu banyak misteri yang sedang menunggu jawapan.. bukan engkau.. atau pun engkau.. haaaa yang sebelah jejaka yang berkolar putih tu pun bukan jugak.. .. malah terlalu banyak soalan yang kene jawap dengan cepat sebab.. saya pemandu yang kurang sabar sebenarnya.. kalau ada orang potong kereta saya dengan kurang ajar.. saya akan kejar balik.. kecuali kereta tu kereta yang sangat hebat... saya hanya kataaa.. woooo.. aku nak seketul macam tu one day... hehehehe... hanya misteri diri sendiri... chow~ c ya...

Tuesday, February 10, 2009

Lokasi Hospital Baling Kedah

Cuti hari isnin aku dikejutkan dengan suara mak dan kakak aku bising2. aku capai slah satu bantal aku yang bertaburan atas katil tu untuk aku tekap telinga aku.. tapi tembus jugak masuk celah2 kekabu bantal, dan sekali gus masuk menyentuh gegendang telinga aku. akhirnya aku tewas, tidur aku tak berpanjangan macam yang aku impikan hehehe.. aku pasang telinga dalam celahan kekabu bantal.

huh.. paklang kene stroke..??
sekarang kat hospital baling kedah..??

terbayang wajah berusia paklang yang selalu tersenyum.. aduh.. sakit perasaan bila tahu dia sakit macam tu..

tak perlu diarah2.. aku, kakak dan mak pepandai bawak diri ke bilik masing2 untuk bersiap..

destinasi!!! Baling Kedah!!!

12.00p.m
bertolak dari kota damansara...

12.45p.m
tanjung malim

aku: kak ngah, call alan suruh dia start gerak dari sabak bernam
kak ngah: erm.. aku dah semes dia..
aku: call la.. nanti dia tak sedar..
kak ngah: aku dah semes..
aku:(drive dengan sangat diam)

1.30p.m
tapah

erk!!! kunci rumah ada kat adik aku la pulak..

aku: call la kejap.. alan dah sampai mana.. kunci ada kat dia..
(call dan tunggu alan angkat)

kak ngah:ko dah kat mana?
hujung talian:kat sabak lagi (agaknye laa jawapannya macam ni)
kak ngah:haaaaaaa!!! ko kat sabak lagi?? kan aku dah semes suruh ko gerak tadi..
(talian dimatikan)

saboo... saboo... saboo... sniifff.... fuuhh.... sniiff... fuuhh.... arghhhh!!! @#@#$#%$%&^&

aku:kan aku dah suruh ko call tadi.. semes kadang2 dia tak sedar... !@#!^&*(&)(*()$#$
kak ngah:(diam)
aku:g lepak umah pak uda je la.. tunggu dia sampai...
(semua setuju, kalau tak setuju, aku tinggal kat rawat dan rehat kawasan tapah yang popular tu)

sampai kat umah pak uda.. aku pengsan tak sedarkan diri... erm.. lazatnya tidoo...

psstt~ ni la 1st time aku drive yang paling jauh KL - Tapah penat siot!! :-"

lepas kene jerkah dengan mak aku suruh solat.. dan acara menghabiskan beras dan segala jenis makanan yang terdapat pada rumah pak uda aku.. kitorang pun memulakan perjalanan je baling kedah.. adik aku yang drive.. padan muka.. lambat lagi...

perjalanan biasa je.. ikut grik.. siang berani la ikut grik.. memang dekat tapi agak bahaya...

sesampai ke hospital baling kedah... terus je cari pesakit bernama Ramli Bin Hj Isa... alhamdulillah.. cepat je jumpa wad dia..

luluh hati aku tengok keadaan paklang.. badan dia dah kurus sangat.. tapi alhamdulillah dia boleh duduk dan bersalam dengan kami semua.. yang menyedihkan.. paklang cuba nak bercakap.. tapi semua orang tak paham apa yang dia cakap.. lidah beliau dah tak boleh gerak.. aku tahan sebak je la..

aku cakap pada diri aku.. "jangan ngengada nak nangis.. tumbuk baru tau"

suasana jadi sunyi.. nak bertanya pada paklang pun, beliau dah susah nak bercakap.. akhirnya aku suruh beliau baring je.. jangan hiraukan kami.. beliau turutkan.. (sebaknyaa)

beberapa minit kemudian.. maklang balik dari surau hospital bersolat maghrib.. maklang senyum tawar je sambut kami.. harap kehadiran kami yang dari jauh ni mengubat sikit sakit perasaan maklang.. insyaallah..

macam biasa aku suka jadi pendengar perbualan orang2 tua.. apa yang boleh aku simpulkan..

darah dalam saluran otak paklang tersumbat, syukur tak pecah.. kalau pecah.. nauzubillah.. 4now doktor bagi ubat, mencairkan darah tersebut.. insyaallah semuanya kembali normal..

akhirnya aku tewas.. berkaca jugak mata aku yang berkaca mata ni... tapi aku hebat sebab tak sempat mengalir.. n tak de orang yang sedar.. tu pasal aku duduk jauh2 dari katil pak lang..

aku tetiba tersebak sebab.. walaupun paklang nampak lemah.. bila dengar je bunyi azan isyak.. dia terus duduk dan nak turun dari katil.. beliau nak ambik wuduk bersolat isyak.. anak bongsunya bawak paklang ke bilik air ambik wuduk.. time tu aku macho lagi..

dah selesai berwuduk.. paklang duduk atas katil dan nak mulakan solat.. aku masih lagi menjadi pemerhati dari jauh.. berkerut dahi aku.. bila solatnya tidak teratur.. tapi masih meneruskan solatnya.. aku sudah tidak pasti.. bila dia bersujud dulukah.. rukuk dulukah.. aku jeling muka anak sulung paklang yang memerhati dan membetulkan setiap gerakan solat abahnya... tabahlah ye kak.. insyaallah semuanya ok...

sementara otak masih waras.. sementara kuderat masih ada.. insyaallah.. aku kerjakan yang 5 itu..

sebab kedua aku sebak.. aku terkenang...

erm... semoga roh ayah di tempatkan di kalangan orang yang baik2.. AMIN...

Really miss you!!!

Saturday, February 7, 2009

Weekend

lama jugak aku tinggalkan korang dengan n3 lepas... tak de kisah menarik sangat nak aku kongsi kot.. life aku berjalan seperti biasa.. semuanya masih seperti biasa.. tak ada yang di luar kebiasaan.. gaji sangkut2 macam biasa.. kerja opis sudah kembali banyak seperti kebiasaan.. sengkek duit macam biasa.. erm.. aku kene usaha lebih sikit ni.. semua benda yang berkait duit aku tak berapa gemar.. nak harap duit turun dari langit memang tak dapat laa.. tapi best gak kalau bebetul jadi kan.. kan.. kan.. hahahhaha!!!

tapi dalam minggu lepas ada la 2 3 benda yang agak luar biasa dari rutin harian aku.. jumaat lepas2, lepas opis hour aku g event AKAR.. ramai gak bebudak sifoo yang turun.. muka2 macam biasa yang selalu support event2 macam biasa.. aku, anys, syacz and shida, silolo, penyu, hegira, wek wek and BFF, exike and ili, freak and fiance, saiko and d heart, last but not least sifoo and his wife.. semua persembahan aku layan kat sana... paling yang aku nanti2 kan ialah persembahan fynn jamal. masuk kali ni dah 2 kali aku tengok persembahan dia live.. 1st time aku tengok masa event Tanchap tahun lepas kat Shah Alam gak, kali ke dua aku tengok persembahan dia dalam event AKAR pulak.. perubahan yang sangat ketara pada dia.. sejuk mata memandang dia sekarang.. aurat dia dah di tutup rapi.. ayat2 dia dah makin bahagia.. alhamdulillah...

keesokan harinya dah janji dengan kak niz berjalan2 kat ikea dengan beliau bersama2 kak anys... jalan2.. makan2.. pas tu balik.. heheheh thanks kak niz sudi banje kitorang... akak.. jangan laa bocor rahsia key.. pomis key :D

keesokannya lagi...aku lepak tahap bersawang kat rumah... tak aku peluk bantal.. aku tekan2 keyboard pas tu tekan ENTER kat laptop.. tak pun aku tenung tv sampai power silau mata aku bertambah..

keesokannya lagii... sawang di badan aku sudah menebal.. last2 aku ke opis menyertai pasukan yang memang dah plan awal2 lepak opis buat kerja.. aku goda kak niz menyertai aku untuk ke opis.. niat aku dengan kak niz hampir sama... "sahaja aku datang ke opis kerana ingin melagho" maka sesampai kat opis.. aku dengan kak niz melagho la hahahaha...

betul kata kak anys "ko memang tak tau menghargai cuti laa"

erm...~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin