Thursday, September 30, 2010

Padang Part I

Blog dah agak bersawang.. tak de bende nak bebel 2 3 hari nie.. life stereotype.. bahagia seperti biasa.. alhamdulillah...

esok nak g Bukit Tinggi, Padang Indonesia.. yeaaaaaa~ aku berharap dan berdoa semuanya berjalan lancar.. dari start aku kuar rumah esok anggaran pukul 430 pagi.. hingga jejak kaki ke rumah balik petang selasa tue.. insyaALLAH...

semalam dah packing barang sikit2... macam biasa, mesti rasa tak complete lagi.. aku paksa mak aku duduk sebelah aku sambil aku selongkar almari.. paksa mak aku pikirkan untuk aku nak bawak baju ape.. baju berapa.. baju kaler ape.. tudung kaler apa.. huhahaha... aku mencik packing2 bag.. berjalan suka arr hahaha...

mak : baju ni bukan dah bawak g padang ke ari tue..
aku : alaa nak buat mcm mana tak de baju huhuhu..
mak : tak banyak?? melimpah2 almari tu dengan baju
aku : tu baju syok sendiri.. tak boleh diambil kira huhahahaha...
.
.
aku : bawak baju ni boleh?
mak : reject!!
aku : yang ni?
mak : reject!!
aku : bagaimana dengan yang ini pula??
mak : reject!! reject!! reject!! reject!!
aku : arghhhhh!!!

alamak!! ada barang kene beli la plak.. roger nissah zuppppppppppppsss!!!!

aku : oi nissah jom g giant yang paling gah di Kota Damansara ni..
nissah : ok jom!!

balik dari giant lepak mekdi seround pekena Cheese McShaker.. balik rumah.. solat tidooo~

:: antara menara yang menjadi kebanggan penduduk Bukit Tinggi :: wait for me key :: hehehe ::

*nota lutut - skang aku jutawan.. jangan colik aku key.. huhahaha.. kalau depan dia RM kan best hehehehe...

Sunday, September 26, 2010

Kenapa bukan "SEORANG"

ini mengisahkan 'seorang' ...

Mengisahkan 'seorang' budak yang berusaha untuk menjadi hebat.. adiknya mengganggap abangnya pesaing dan dicemburui.. pada suatu hari mereka berdua dicolik dan dibawa ke suatu tempat untuk dijadikan buruh kanak2 yang bekerja secara paksa di sebuah kawasan pergunungan..

ramai mangsa yang telah dikumpul di situ.. antara mangsa2 yang dicolik tu ada la 'seorang' awek yang sedang ketakutan.. so si abang ni pun melindungi la awek cute nie.. (hek elee) si adik pula rasa, ini la masa yang dinanti2kan untuk menunjukkan dia hebat dan gagah berbanding abangnya.. dia pun menunjukkan minatnya untuk menjadi pahlawan, tetapi pada pihak yang jahat.

dengan pertolongan 'seorang' pahlawan yang dipaksa memihak kejahatan.. si abang dan awek cute tu pun terlepas dari menjadi buruh.. (hek elee) mereka berdua menuju ke suatu tempat yang diarahkan untuk mendapatkan bantuan..

maka mereka pun merentas lautan yang banyak rintangan untuk berjumpa puak yang mampu menghapuskan kejahatan.. sepanjang berada dalam puak yang baik itu.. ada 'seorang' otai yang mengesan kehebatan budak ni walau usianya masih muda.. (hek elee) rupa2nya otai itu seorang pahlawan terbilang yang sangat disanjung oleh budak itu..

pertempuran terjadi antara abang dan adik yang menyokong kejahatan itu.. semasa pertempuran terjadi.. si abang berusaha menyelamatkan adiknya dari terjatuh ke dalam api.. tetapi adiknya masih cuba mengkhianati abangnya.. dan telah terjatuh ke dalam api.. (hek elee)

peperangan antara puak jahat dan puak baik pun terjadi... puak jahat hampir menang sehingga lah budak lelaki itu bertindak berjuang bersama2 puak baik itu.. (hek elee) dengan mudah dia berjaya membunuh ketua penjahat dengan hanya menikamnya dengan kayu.. (hek elee)

si abang disambut sebagai wira muda yang dikagumi kehebatannya (hek elee)..

HAPPY EVER AFTER ...

tapi kenapa bukan "SEORANG!!!" tetapi "SEEKOR BURUNG HANTU" yang menjadi pahlawan.. penjahat.. buruh kasar.. penyelamat.. pemberontak.. pengkhianat dalam muvi ini... arghh!!!! stress aku tengok muka2 burung2 tu berlawan tadi..

:: Legend of the Guardians ::


*nota lutut - pape pun best pasal layan wayang ni dengan member2 yang senget.. tu je yang+ve sepanjang aku layan citer ni hak hak hak...

Friday, September 24, 2010

The Making of ...

:: Ini akan dijadikan cover album :: lokasi dalam surau :: kekekeke ::


:: betulkan tudung dulu weh.. baru cumel dalam kamera ::


:: kita try konsep islamic version :: maklum la.. lokasi di dalam surau ::


:: kita try konsep gedik flying2 kiss muax3x :: hahahaha ok konsep album telah dipilih ::


:: aksi lakonan tak jadi :: aku nak buat malu2 :: kak bai dn ros kene pandang dengan wajah aneh :: tapi semua jadi ntah pape hahaha ::


:: artis2 sedang berehat dari set pengambaran :: yana!! bangun yana berdiri pun ko boleh tido :: kak bai kemain dia lentok kat aku :: ngantok ek pok nak? huhahaha ::


:: pelakon heroin dalam citer ni :: miyahahaha ::


:: krew2 yang menjayakan sesi pengambaran ni kat bilik HEP :: thx encik hadi yang sangat sempoi tolong snap gambar ni.. walaupun banyak cubaan menyakitkan hati, kami tetap merestui cubaan2 tue hahahahaha ::


:: mari tunjuk tema baju kosong + kain batik :: lenguh kaki aku time nie.. giler lama nak tunggu encik hadi snap gambar nie :: encik hadi dun play play yaa~ :: kekekeke ::


:: gaya bebas... nampak betapa bebasnya aku sampai totop muka et hahahaha ::

hahahaha... sebenarnya semalam ada tema baju sesaja gegedik nak kasi meriah suasana je.. asyik ngadap monitor wat keje.. boleh juling mata weh.. kadang2 kene gelak.. kene happy.. jangan serius memanjang.. makan ingat coding.. jalan ingat coding.. drive ingat coding.. jangan2 mencangkung pun ingat coding huhuhu...

tema2 baju mcm ni akan terus dilakukan.. sangat meriah hehehe i lokie~ bawah ni laks gambar2 kat open house kak zira.. thx kak sudi jemput kitorang.. sedap ar ayam rempah kaler merah tu hehehe...

:: antara yang hadir yang cuba sedaya upaya menghabiskan makanan kak zira hahaha ::


:: makan kat sebelah mak yong et.. pow laksa dieee huhahaha ::


:: bermanja dengan kak bye :: kekeke :: kita kan public figure :: kekeke ::


:: tak dapat bergambar dengan tuan rumah.. bergambar dengan anak tuan rumah pun jadi la hehehe ::

*nota lutut - lepas ni tema apa?? hahaha

Tuesday, September 21, 2010

Nak Jumpa Oppa~

suasana yang ceria ngadap meja makan dengan kak sibah waktu berbuka pose.. Teba teba.. kak ngah masuk dari muka pintu dengan termengah2 lepas naik tangga.. (tingkat 5 occay) sambil memandang aku lalu berkata

kak ngah : eh mirah.. ko nak g jepun tak, tengah ada promotion nie..
aku : tapi aku nak g korea
kak ngah : bila ko nak g
aku : tahun depan depan punya depan..

Teba teba..
kak sibah : alaaa... nak g korea pasal nak jumpa pelakon korea la tue..

wah wah wah kak sibah skang dah pandai perli2 ek.. nasib aku tengah lapa tak boleh nak balas balik time tue.. wohooo... i nak g jumpa jun pyo oppa.. taekyong oppa.. gong chan oppa.. shin woo oppa.. jeremy.. jin hoo oppa (padahal ni Lee Min Hoo gak hahaha).. ramai lagi la.. dah ada lupa nama2 diorang huhahaha... (sebut oppa tu sengau sikit tau)

VS



padang la.. bandung la.. jepun la.. korea la.. BANYAK KO PUNYA DUIT AINI AMIRAH!!!! DOK UMAH!!

me : ooppaaa~ uhuk uhuk uhuk~ (sengau plzz)
*nota lutut - nak beli rumah.. sapa nak hadiahkan aku rumah angkat keyboard!!

Monday, September 20, 2010

Humairah

aku pendekkan citer je...

yana : nak tompang ko balik.. kita sehala kan??
aku : ha ah sehala.. jom je la.. aku campak je la ko kat memana yg aku suka nanti
yana : baiklah
(dialog telah ditokok tambah oleh aku)

dalam keta...

yana : ko berentikan aku kat bus stop sini je la
aku :kalau bulan pose memang drop ko kat sini je.. kasi ko kurus sikit.. bulan tak pose aku bawak ko sampai depan umah. huhahhahaha...
yana : kuwang asam ko.. haa.. ko berentikan aku kat sini je la nak ambik Humairah... nanti aku jalan balik umah..
aku : (huh!!?? Humairah??!! terbaeeekkkk!!) aku nak jumpa Humairah... nanti aku bawak korang sampai umah...
yana : ok ok
aku : (yeaaayyyyy~)
(dialog telah ditokok tambah oleh aku)

.
.
.

chaaaaaang~ ini lah DAK TAK yang selalu diperkatakan oleh bebudak opis aku rupanya... skang Humairah dah ada rambut tau, walaupun hanya sekadar jambul depan je.. pas ni kne panggil DAK BUL hahaha... jangan marah ye ibunya Humairah.. ingat kata2 hikmat aku yana "kalau bukan pasal Humairah aku tanak baik2 dengan ko hahahahaa "

alolololo totototmeymey tiut miut mucuk2 muax muax auuucaaaak cup cup cup grrrrr ngap!!!!

:: Humairaahh jangan la vibrate.. auntie nak snap gambar ni ::


:: Humairaaaah~ napa cenyum molot cam tu.. cenyum bebetul.. auntie nak snap gambar ni ::


:: haaaaaaaaaaa~ alolololo totomeynyee arghhhhhhhhh!! cumelnye dak tak nie ::

ayat yang paling best untuk hari ni
"eh mira.. selalunya humairah kalau jumpa orang yang dia tak pernah tengok dia pandang je.. muka blur.. tapi dengan ko dia terus senyum"

berbunga hati aku siyes.. hahahahahaha.... terubat jiwa aku yang hampir parah kat opis tadi hehehe... thx Humairah.. auntie lof u darling kekekekekeke...

aku tengah bayangkan Humairah nyanyi lagu kat bawah ni hahaha... soooo cute~





You're my Honeybunch, Sugarplum
Pumpy-umpy-umpkin, You're my Sweetie Pie
You're my Cuppycake, Gumdrop
Snoogums-Boogums, You're the Apple of my Eye
And I love you so and I want you to know
That I'll always be right here
And I love to sing sweet songs to you
Because you are so dear



*nota lutut - as usual n3 syok sendiri dari aku.. miyahahahahahaha!!!! c ya~

Saturday, September 18, 2010

Hari Isnin Saya

Selamat Hari Raya.. dan selamat menyambut kat opis dah hehehe... hari ni baru masuk keje selepas seminggu lebih bercuti.. mcm biasa sure rasa tak cokop bercoti kan ahaks.. bagi member2 aku yang tak dapat bercuti panjang tue.. tak pee.. perkhidmatan korang amat diperlukan la tu.. maleh sebut nama, cam ramai je.. sebab ramai tu yang buat statement cam ni.. takut nanti kene pukul hahaha..

raya nie banyak perabih duit kat kereta.. tinted cermin kereta kat tapah.. tukar wiper depan, wiper belakang yang patah ari tue.. beli carpet dalam kereta pasal 1 carpet hilang pas g cuci kereta.. sengal punya tempat cuci kereta.. banyak makan semut la tu.. adik g bawak kereta g klang buat alignment tayar.. arghh patah kaki tak de kete.. g tukar 2 nad tayar yang dah bengkok alignment lari lintang pukang.. sebab asyik cari lobang kat jalan shah alam n langgar dengan sengaja.. huhuhu...

Semalam tido hampir pukul 3++ pagi.. YMing.. FB.. semes2.. dok download lagu2 korea yang aku nak dengar.. khas untuk aku bawak g opis layan telinga sambil wat keje.. takkan nak dengar lagu raya lagi.. nanti mood raya bertandang bos aku gak yang susah huhaha.. kalau dengar lagu korea mood apa lak yang datang ek?? huhahaha... anyway tq la nissah.. pas semes "oo tu ka chi~" sebab aku tak leh tido.. terus aku pengsan hahaha.. berkesan rupanya semes ko time tak leh tido huhahaha...

tengah tunggu abang aku upload gambar raya.. oi cepat ar oi.. aku nak buat n3 raya nie.. arghh!! ko suka bikin aku stress!!! jangan sampai aku beli SLR raya tahun depan.. snifff fuh... sniff... fuh...!! huh!!???

*nota lutut - oo tu ka chi~?

Monday, September 13, 2010

Raya yang Ronggeng

Salam,

holaaa!! dah raya ke-3 hari nie.. alhamdulillah semuanya ceria2 belaka... aku masih mood cuti raya.. esok lusa rabu khamis jumaat sabtu ahad.. aku masih bercuti.. wow sangat meriah kan cuti aku.. tadi kawan aku tanye..

sahabat : oi lama nye ko cuti..
aku : orang tak penting mcm aku memang boleh cuti lama
sahabat : ngok ngek!

hahahahaha... jawapan yang memang tidak boleh dipatahkan..

sangat teruja jalan2.. lepak2.. dengan kawan2 aku yang sangat aku sayang.. wah jiwang la plaaak.. huhahaha.. lama dowh tak jalan2 sambil sepak terajang korang.. azid.. arul..n edi.. bila ntah korang nak matang... napa perangai korang dari sekolah sampai skang mcm tak de perubahan je.. bagus.. jangan berubah sampai bebila.. i loike~

cuma azid je aku rasa dia dah tangkas menangkis setiap kali cubaan nak drop dia.. kerjaya guru fizik memang banyak mengubah ko jadi lebih pantas dari biasa.. tahniah azid hahaha.. tapi aku tetap nak trade in ko untuk mendapatkan GPS yang lebih mesra.. setakat GPS yang boleh sebut nama tuan dia.. tak begitu meyakinkan aku... sebab ko sejenis GPS yang boleh marah2 driver.. apa brand punya GPS.. nanti la ko aku trade in!!

arul.. tolonglah jangan cuba memberbodohkan kami dengan idea2 sekolah menengah ko tu lagi.. skang kami dah makin bijak dan cerdik.. sila upgrade lawak bangang ko key.. idea tanak tangkap gambar aku n edi guna kamera handphone dengan alasan tak de coverage memang tak boleh diterima.. sekali lagi ko cuba perbodohkan kami dengan alasan tu.. ko tau la nasib ko nanti!!

edi.. skang ko cukup meyakinkan.. ko makin mengujakan aku dengan hujah2 bangang ko.. pasal ko aku masih tak jumpa2 sandle aku.. kalau bukan pasal ayat2 meyakinkan ko.. mungkin aku dah beli 1 sandle comel tadi.. tahniah edi.. ko berjaya menjimatkan duit aku.. huhahaha..lepas ni kita sambung perjuangan cari kasut hitam arul.. mesti dia sangat 'xcited' bila tau kita nak 'tolong' dia cari kasut lagi kan.. hahahahaa..

tunggu raya laaa baru kita boleh berkumpul.. setahun sekali.. nanti2 kita gath lagi key.. love u all!!!

*nota lutut - saja nak update blog.. dah nak bersawang dah nie.. tak de gambar lak n3 kali nie.. ok korang selamat hari raya!!! weeeeeeeeeeeeiiii~

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum ...

kat sini nak ambik kesempatan nak ucap SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.. kat semua kawan2 yang sudi baca blog aku nie.. walau pun merepek.. korang memang rock!!!

Jangan sedey2 raya nie... walaupun lagu2 raya yang aku selalu dengar kat radio time dalam jem, mejoriti lagu2 sedey.. cetss!! ntah pape.. tak rock tol arr.. Syawal adalah menyambut kemenangan dalam Islam.. kemenangan setelah sebulan berpuasa.. insyaALLAH ibadah kita diterima ALLAH...

harap terima lah kad raya syok sendiri aku ni apa adanya.. hehehe... dah habis kretip dah ni.. hahaha... harap maklum aku bukan grafik designer.. kira ok la tue kan huhahaha...


:: ni kad khas dari aku untuk korang :: baca bebetul kad aku ni.. apa yg budak tu mintak.. harap jangan takat baca je.. huhahahaha ::


skang korang layan la kad raya yang ditugaskan oleh bos unit aku, untuk aku buat.. tak pasal2 aku jadi Grafik Designer dalam unit akademik nie.. huhahaha.. tangan aku keras.. bukan tangan kretip.. harap maklum.. boleh la takat klik2 tools tu aku cuba jaya je la.. pas tu semua orang aku panggil dalam opis suh komen.. padahal hasil tak gempak mana pun.. buat berejam huhahahahah!!!


:: ni kad raya Unit Akademik, SiMS ::

*nota lutut - jemput datang raya ke rumah ek.. roger dlu.. muaxx!!

Sunday, September 5, 2010

150 juta

Saja jalan2 dalam FB tadi.. saja klik kat profile Fynn Jamal.. saja baca2 dia punya status.. saja ternampak link performance dia.. lama tak layan event2 AKAR.. 2 kali je kot tengok performance Fynn live.. memang feel puisi2 dia.. nampak sempoi.. aku salah sorang yang agak kagum dengan idea2 dia.. ni performance dia yang dia dedicate untuk dia punya hubby.. so sweet.. i loike~





untuk kali ke seratus lima puluh juta
mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia?
apa kau buta? apa kau pura-pura suka?”

di seratus lima puluh juta kali itu
di depan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu,
sambil ketawa engkau bilang satu persatu:

“dia mungkin bengis seperti singa
tapi dia nangis tonton cerita korea
dia mungkin keras bila bersuara
tapi dia jelas jujur apa adanya--

aku lagi kenal dia”

dah lebih seratus lima puluh juta kali
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
"engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
kau sangat manis, aku ini pula dawai besi"

di setiap seratus lima puluh jutanya
aku pun dalam hati semacam tak percaya
"apa kau lihat pada aku, jujurkan saja"
terus kau cubit dagu aku sambil berkata:

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua--

saya kenal sayang saya”

buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tak dipercaya, peduli orang kata
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada

aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi senja
suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada-ngada

aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa

rahsia kita berdua

*nota lutut - pusing2 dalam internet sampai pening!

Friday, September 3, 2010

Ronggeng Cik Jenab

1 oktober ni aku dengan bebudak opis set up plan nak g Bukit Tinggi Indonesia... passport dah ready.. duit pakej dah ready.. tunggu collect balance duit n transfer ke sana je.. tujuannya standart ar.. ronggeng cik jenab dan nak mengirai duit di sana... diorang la kirai duit.. aku nak kirai dengan apa?? huhuhu...

tapi aku agak nebes mengenangkan situasi sekarang hubungan Malaysia - Indonesia.. bukan aku je yang nebes.. bebudak lain pun tetanya aku dengan nada nebes... tapi malangnya aku bukan warga indonesia yang boleh menceritakan perasaan sanubari warga indonesia... daaaan tiba2!!!! jeng jeng jeng!!

WARNING : SILA ABAIKAN AYAT TUNGGANG LANGGANG AKU YANG CUBA CUBA BERBAHASA INDONESIA BUDGET INUL GELEK GERUDI..!! YEEEEEEEHAAAA'~ BERAT DEH MAHU TIRUIN BAHASANYAAA... dong aaaah~

Donny : aslmkm.. mira
Me : w,salam,kamu sihat??
Donny : alhamdulillah, kamu ?
Me : sihat alhamdulillah.. awal bulan 10 ni saya g bukit tinggi padang lagi bersama teman2 office hehehe
Donny : oh mira kalau ke padang.. tak dapat balas mesej saya.. saya orang bukittinggi
Me : ooo ye ke?? donny berada di kawasan itu kaa?
Donny : iya..
Me : erm.. kalau saya bertanya kamu jangan marah yaa...
Donny : oh taklah silahkan bertanya apa sja
Me : selamatkah kalau saya ke indonesia dalam keadaan malaysia dan indonesia sekarang??
Donny : insyaallah, tak ada apapon yg akan mencelakan dirimu, kerana orang padang adalah saudaranya orang negeri sembilan..
Me : ooo.. saya agak risau tentang perkara itu.. tapi semasa saya ke padang bulan 4 lepas.. orang padang memang baik2 saya perhatikan
donny : orang padang tak pernah protes malaysia
Me : hehehe alhamdulillah
.
.
.
Me : di sana kerap berlaku gempa bumi ke donny
Donny : sekarang tak ada gempa lagi. tak perlu takut
Me : oo harap2 begitu lah hehehe
'
'
'
Donny : ha tak apalah.. gaji di malaysia banyak
Me : erm.. pekerja seperti saya biasa2 aja gajinya donny
Donny : saya sudah bekerja 12 tahun, tak dapat jua melancong kesana. gaji disinisedikit
Me : ooo... tidak mengapa... insyaallah rezeki kamu murah nanti... AMIN. berapa rupiah yaa kalau kamu mahu ke sini??
Donny : saya tak tahu pasti, sekira 5 juta rupiah
Me : wah mahalnyaaa. kalu tidak silap saya.. sejuta rupiah kira2 4ratus ringgit malaysia. kalau 5 juta rupiah..mahal tuu

... sekian temubual ringkas bersama orang Bukit Tinggi Indonesia... sila abaikan yang tidak berkaitan... n3 ni lebih pada nak berkongsi.. pengetahuan hehehe...

tujuan utama harap dapat melegakan hati2 korang2 yang berada dalam list ronggeng cik jenab ke Indonesia bulan 10 nie... jangan habiskan duit raya ni oi!!! simpan nak g padang!! aku libas korang kang.. hua hua hua...


:: sukati aku la nak letak image apa pun.. hahahha... betul3x ::

*nota lutut - bersatulah dengan nama saudara se ISLAM dan menyembah ALLAH yang satu.. jika tidak mahu bersatu dengan nama serumpun.. jangan tunduk dengan propaganda YAHUDI!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin