Friday, November 28, 2008

shut up~

sad

shut up~
one of the word that i cannot accept in conversation. aku bukan cepat melenting.. aku sangat pasti aku bukan seorang yang -ve, berpandukan cermin hidup aku iaitu sahabat2 aku. yee aku sangat percaya sahabat.. maaf kalau ada yang tak setuju dengan aku..

setelah aku pertimbangkan tentang situasi, emosi, mental, suasana, sebab, keadaan dan beberapa perkara minor lain.. aku rasa aku berhak rasa terhina..

aku anggap perkataan tu satu penghinaan..

anyway.. aku juga sangat pasti aku TAKKAN terbawa2 perasaan sekarang ni.. waktu ini.. saat ini...

aku sengaja ambik saat ni untuk tulis n3 ni, sebab aku akan berlaku jujur kat semua orang termasuk diri aku...

semua orang ada hak nak bercakap.. semua orang ada hak nak cerca orang lain.. siapalah aku nak cakap "tak boleh". aku tak de hak dan sebab untuk mengubah sesiapa pun.. jadi aku pilih untuk ubah diri aku sendiri...

ok sekarang aku akan ubah persepsi aku.. aku bagi mandat kat korang untuk melihat perubahan emosi aku melalu n3 ni.. sekarang korang perhatikan okey...
  • alaaa... aku je yang emosi lelebih...
  • sapa suh aku gatal mulut tanye dia.. lain kali diam sudaaa...
  • mira.. be pro... be matured.. be +ve
  • dia ada problem tu.. biar je la...
haaa... kan dah okey... sekarang aku dah senyum.. betul aku tak tipu.. sekarang nie... waktu ni.. saat ni.. aku terfikir kejadian tadi dah jadi benda kelakar dan tak matured je...

smile

orang pernah panggil aku "no heart feeling person", bukan sorang dua.. err.. ntah 2 3 orang je kot.. hehe.. aku pun iye kan dan senyum je..

sorry aku tipu korang selama ni.. mana ada manusia tak de perasaan beb... but i like that... panggilan tu buat aku lebih kuat dan +ve dalam hidup aku...

nah!! ni la rahsia dan prosedure aku untuk jadi seorang yang "no heart feeling person".. tak payah download e-book untuk dapatkan rahsia aku ni.. aku bg formula tu free of charge hak hak hak... aku dah bocor rahsia aku.. korang jangan bgtau kat orang lain tau...

aku suka lagu christina aguilera- beautiful.. antara lirik yang aku suka...

I am beautiful no matter what they say
Words can't bring me down
I am beautiful in every single way
Yes, words can't bring me down
So don't you bring me down today
*err... ada kaitan ke

huh dah merapu2 dah nie.. hehehe... c yaa hehehe... bluek!!!

*thanx gimmi that word buddy

Tuesday, November 25, 2008

melagho di opis

baby ni bukan anak aku... persamaan kami ialah aku dan dia sama2 boring tahap gigil...

lokasi - opis

koordinat - depan monitor

mood - bosan

sebab - tunggu design dari graphic designer

aktiviti semasa - customize css blog sendiri

aktiviti sampingan - research themes dan plugin wordpress untuk client

cadangan aktiviti
  • customize blog sampai muntah
  • kol 1230 nak turun lunch.. order teh o ais limau.. lepak sampai kol 2++
  • pas lunch.. dalam kol 2.30 naik solat, kalau rasa ngantok, boleh try tido seround
  • ym sampah muntak darah
  • bukak pet socaity
  • lepak ajidon seround
  • balik umah tidoo....
tu cadangan je.. aku type n3 ni sambil2 wat kerja + ym2 dalam kol 11++ tadi.. berikut adalah aktiviti yang aku buat kat opis sampai tadi:-
  • ym sampai muntah
  • turun lunch kol 1++, order teh o ais limau (yess ni berjaya ikut schedule)
  • naik opis balik ambik colgate kat toilet opis untuk syacz sapu kat tangan dia,staff kedai tak femes tersimbah syacz dengan sup tulang panas kat tangan kanan dia... memang sup tulang, sebab syacz memang tulang hahaha..
  • masuk hartamas beli eskem reramai, dah macam rombongan sambil belajar.
  • naik surau makan eskem reramai
  • tunggu makcik cleaner bersihkan surau, sambil memperdaya silolo suh teman sebab takut makcik cleaner, tak de motif langsung.. sebab konon2 nak suprise silolo
  • masuk opis sambut besday silolo.
  • duduk mengadap monitor sambil tekan2 keyboard
  • dah pukul 4.40
  • masih bosan ...
  • arghhh.......!!!

Sunday, November 23, 2008

jumaat + sabtu

semalam balik ke rumah awal sikit.. just do a little bit research 4 my wordpress themes kat office b4 balik umah.. mood kurang enak sikit ari tu.. biasa laa life takkan selalunya best, right? sumtimes we need a flavour in our life.. ada la 2 3 perkara yang aku kene fikir balik dari opis..

sampai rumah, kebetulan bertembung dengan mak n adik aku yang baru lepas beli barang umah, aku ambik la 2 3 4 plastic beg untuk bawak panjat tangga nanti, mak aku bawak barang ringan2 je, aku sederhana ringan.. n adik aku sederhana sederhana ringan hehehe.. alaa gentleman kan huhuhu...

aku panaskan engine kereta jap, sebab ari ni g keje merempit.. aku ambik keputusan duduk dalam kereta sorang2 kejap.. kunci pintu keta.. pasang radio kuat2.. baringkan seat kerusi... pejam mata... kosongkan otak... ermmmm... quite relax tapi not work enough.. erm... masuk umah je la..... erkk!!! alamak!! kene angkut barang2 menuju puncak.. adeh.. kombinasi barang yang aku pilih kurang tepat.. plastik berisi botol2 pelbagai jenis dan plastik.. err... emm.. apa ntah dalam dia.. macam batu bata je berat huhuhu....

arghh... sampai gak penhouse aku.. masuk2 umah adik aku tengah makan kfc hasil paw mak aku la tue.. warghh.... chezzy wedges... krkrkrkrkr~

"kak yang... nak ambik la"

wah baik plak adik aku ari ni.. mood baik la tu.. ahaks.. aku serang chezzy wedges duluu.. yummiee~

"esok nak g memana tak" - hahaha sure esok dia tak de plan g memana dengan kawan2, tu pasal tanye cam nie.

"jom g melaka makan sifud" - wah mak aku tanak lepaskan peluang.. uik sifud?? macam laaa mak aku leh makan sifud.. makan sikit2 je key.. mak darah tinggi .. kenot kenot!!!

"follow je" - aku janji tak memerap kat umah 24 jam, aku dah cukup gumbiraaa hahaha....



sabtu

pepagi tadi mak aku tanye balik..

"nak pegi melaka buat apa ek.. dah la jauh" - erm.. dah biasa dah situasi macam ni

"kita g PD je la.. jalan2 tepi laut.. makan2 pas tu balik la" - cadangan ditutup

lepas solat zohor gerakan mencari makan sampai ke PD pun di jalankan.. tetiba........

"alamak kak yang aku terlepas susur keluar PD la"

aku adalah seorang makhluk yang tak suka kusutkan otak.

"terus je g melaka" - mak aku follow je

kalau aku suruh adik aku kuar dr highway n patah balik, masuk balik highway, mak aku akan membebel dalam kereta tanpa bosan sampai kitorang bosan.. sebab mak aku memang alergic tengok pondok2 kaler ijo 2.. padahal kalau nak kira kos, lagi banyak kos terus ke melaka dari kos patah balik.. tapi kalau terus ke melaka, just jumpa tol bila dah sampai melaka je, berbanding patah balik jumpa banyak kali.. gerun aku nak pikir setiap kali jumpa tol mak aku marah kerajaan.. adoi mak aku nie hehehe... aku tak suka kene bebel... hahahaha.. plzz... plzz.. korang jangan bebel aku.. tq...

anggap la g melaka nak jalan2 cari Laksamana Sunan hehehe...

sampai melaka g cari medan ikan bakar kat umbai... siap tanya2 orang lagi.. pernah g umbai sekali je.. dah lupa jalan.. kami dengan berbekalkan kelaparan yang dialami seisi keluarga.. membuat gerakan mencari umbai.. huh... jumpaaaa~

kat sini aku bagi harga2 makanan yang kitorang makan.. mana la tau korang plan2 nak g sana.. boleh tau harga2 kat situ..

kitorang makan:-

ikan siakap sweet sour - RM25


sotong 3 ekor masak goreng tepung - RM14


udang 3 ekor goreng margerin - RM21
+
nasi lemak 3+ nasi putih 3 - RM9
+
*semua di atas hanyalah gambar hiasan je.. tak bawak kamera la hahaha saja nak tunjuk je supaya n3 ni ada gambar hahahah


pas tu kitorang balik umah masing2... hahahaa... semua balik kota damansara laa hahaha.. semua anak beranak.. hek eleee korang ni pun...

Thursday, November 20, 2008

Laksamana Sunan :: Saifudin





aku adalah "kipas susah mati" karya2 Ramlee Awang Mursyid.. aku start baca karya beliau masa kawan aku kasi pinjam novel "Bagaikan Puteri" lepas aku baca buku tu, aku rasa ada kelainan dari novel2 yang aku pernah baca sebelum ni.. aku terus beli buku Bagaikan Puteri tu.. aku terus cadang nak wat koleksi karya2 beliau..

aku sangat hormat penulisan beliau sebab sambil dia memberi hiburan, dia menyelitkan ilmu2 seharian dan tertib2 yang perlu kita ikut sebagai umat Islam yang selalu kita lupa.. setakat ni semua novel penulisan beliau yang aku baca semua aku puas hati.. sebab dia menulis dengan niat yang betul.. insyaALLAH...

aik.. knapa tetiba aku serius nie hahaha... sebab aku baru je baca novel episod terakhir kesinambungan Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu iaitu Hijab Sang Pencinta... memang penulisan dia belum pernah mengecewakan aku.. wah melambng2 aku puji dia.. tapi bak kata Laksamana Sunan dalam novel2 ni.. "Kepada Allah Jua Segala Puji Pujian di Berikan".

aku tak kira aku nak ulas novel Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dengan Hijab Sang pencinta ni hahaha...

Bagaikan Puteri:-
kisah Haryani yang koma sebab di ragut penunggang motor. dalam alam komanya haryani terlontar ke abad ke-15 iaitu zaman kerajaan melayu melaka. dia terjumpa Laksamana Sunan kat situ. diorang syok sesama sendiri, tapi Laksamana Sunan agak keberatan nak menyambut perasaan tu sebab mengetahui haryani bukanlah dari zamannya.. hanya hijab masa yang membawa haryani ke zaman abad ke-15.. Laksamana Sunan menganggap haryani milik zaman abad ke-21. dengan mengikut firasat dari langit, Laksamana Sunan diarah menghantar haryani pulang ke zamannya kembali.. pergolakan antara manusia dan pengkhianat di langit (iblis) menjadi penyebab haryani perlu ditikam dengan keris Nagroe oleh Laksamana Sunan.. dengan izin Allah haryani tersedar dari koma.. Dani yang mencinta haryani sejak pandang pertama pergi ke Acheh untuk menjejaki keris Nongroe yang dikatakan keris yang pernah dimiliki Laksamana Sunan.. Dani telah dihanyutkan Tsunami.. pada detik yang sama pada abad ke-21, semasa Tsunami melanda Acheh, dan pada abad ke-15 Laksamana Sunan telah di tebak dengan anak panah bersihir oleh Ratna- Ratu Pulau Utara.

Cinta Sang Ratu:-
sang ratu yang terbuka hati memeluk agama islam telah dinikahi oleh Laksamana Sunan kerana rasa tanggungjawapnya terhadap ratu pulau utara itu.. Ananta selaku maharani pulau utara murka dengan keputusan anak asuhannya itu, senggara makhluk yang disihir oleh maharani disuruh menculik anak asuhannya sendiri untuk dipalingkan dari dari agama Islam. pelbagai rintangan yang dihadapi oleh suami isteri itu demi menegakkan amanah Allah. pada abad ke-21 Dani yang disangka sudah terbunuh rupanya hilang ingatan dan rohnya pergi ke abad ke-15 sebagai senggara.. haryani terpanggil mencari dani di acheh kerana tidak mempercayaai dani sudah mati dibadai tsunami. akhirnya dengan izin Allah kebaikan akan mengatasi kebatilan.. senggara telah dikembalikan pada abad ke-21 yakni dani menjadi waras kembali. ratna dalam usaha menyelamatkan Laksamana Sunan telah di bunuh oleh ibu nya sendiri ketika cubaan hendak membunuh laksamana sunan. ratna di semadikan di tanah pulau utara.. maharani menyesal kerana membunuh anak asuhannya sendiri. selepas kematian ratna isteri tercinta Laksamana Sunan mengambil keputusan untuk balik ke tanah melayu untuk berbakti kepada kedua orang tuanya..

Hijab Sang Pencinta:-
dalam perjalanan ke tanah melayu perlbagai cubaan yang diterima oleh Laksamana Sunan. manggala seorang serigala jadian telah diamanahkan oleh taghut syaitan laknatullah untuk menghapuskan Laksamana Sunan demi untuk memudahkan iblis menghasut anak2 adam. pelbagai bentuk samaran yang telah dilakukan oleh taghut untuk mengaburi mata Laksamana Sunan.. dengan berlindung di bawah kebesaran Allah yang satu, Laksamana Sunan dengan mudah menghapuskan segala rintangan. Laksanama Sunan sampai ke tanah melayu, tetapi ibu tercinta Beliau telah meninggal dunia kerana terkena sihir yang dipersetujui sendiri oleh melor. dengan izin Allah yang maha mengetahui.. Laksamana Sunan telah memasuki abad ke-21.. di situ dia tetap membanteras kejahatan bersama2 dengan dani dan haryani.. haryani menyampaikan hasratnya untuk ingin menjadi yang halal untuk Laksamana Sunan, setelah pelbagai rintangan yang dihadapi mereka, Laksamana Sunan bersetuju untuk mengahwini haryani. pada malam pernikahan haryani dan Laksanama Sunan, Laksamana Sunan telah di bunuh oleh seorang pengikut ajaran sesat. roh Laksamana Sunan telah masuk kembali ke abad ke-15. jiwa pendekarnya mahu menghalang kejahatan yg diperlihatkan sejurus dia bangkit dari lena yang lama dalam sebuah gua, tetapi ajalnya sudah sampai.. tanah melayu dijajah dengan sewenang wenangnya tanpa keperkasaan Laksamana Sunan...

hukhukhuk... Sunan matii.. uwarghhh...!!!

bukan sorang dua terpikat dengan watak Laksamana Sunan yang dibawa oleh Ramlee Awang Mursyid nie key.. bukan aku saja hahahaha... kantoi...bagi aku watak dia memang terkesan sangat...

jagan terkejut kalau kengkadang aku selak buku2 dia untuk rujuk surah2 amalan yang ada dia selitkan dalam buku2 novel dia..

aku sedang berusaha mengumpul semua penulisan beliau... hehehe... kipidap yooo~

Tuesday, November 18, 2008

sakit perut boleh menyebabkan demam

sila jangan salah paham dengan tajuk di atas... itu hanya berlaku pada diri aku je kot... ari ni tak g keje.. pepagi buta perut aku dah bising2 suruh aku masuk bilik kecik.. "ku pikir panas hingga kepetang rupanya hujan ditengahari" tak de kene mengena lagi.. korang maafkan je la.. aku tengah demam...

kengkonon nak masuk opis lewat2 skit.. kot2 perut aku boleh sembuh lepas tidur balik seround dua.. bangun kol 12 tu.. perut aku jerit suh masuk bilik kecik lagi... pas tu aku gagahkan jua... aku plan gerak ke opis pepetang sikit... sambung baring balik seround...

dah pukul 2 petang.. aku bangun dengan badan lenguh2 dan lemah sangat.. jadi aku mengalah dengan perut ku ini..

wahai perut ko berjaya buat aku tak g kerja lagi.. sensitif sangat ke perut aku nie... gedik tol.. makan pelik sikit fud poisoning.. terover pedas sikit,mula la aku cherry berry...

kalau aku jadi bos n ada staff macam aku nie.. sure aku akan rasa staff aku ngelat :-ss wahai bos yang cantik rupawan.. aku tak ngelat a.k.a ponteng kerja... kesihatan aku yang tidak mengijinkan..


untuk melengkapkan keraguan bos aku, dalam sekitar pukul 5 petang tadi aku tetiba rasa badan aku panas.. aku mula sejuk menggigil.. petanda aku demam.. arghh... wahai boss aku tidak merancang semua ini..

hope esok pagi aku sembuh.. mari doakan aku kawan2 ...............

Sunday, November 16, 2008

aku kembali menjadi specky

pagi tadi lepak2 kat kedai tok janggut (kitorang panggil KFC tu kedai tok janggut) dengan kawan aku kat kampung halaman tercinta... TAPAH...

aku cerita pengalaman aku drive kereta dalam gelap dan aku tak nampak apa2, aku agak2 je ikut kereta depan aku...bukan nak poyo2 dengan beliau.. tapi aku bebaru je drive, mcm2 pengalaman la.. kitorang memang kalau jumpa.. sekarang pakai sabun jenama apa pun boleh jadi topik krkrkrkr

lepas menghabiskan sisa makanan dalam kedai tok janggut.. dia heret aku ke kedai spec.. huhuhu...

tadaaaaaaaaaaaaaaaa~~~

inilah hasilnya... huk huk huk.. aku tak suke pakai spec.. aku rimas... tudung aku susah nak center kalau aku pakai spec... fahamilah hati ku ini huk huk huk...

aku dah kene pakai spec masa umur aku 11 tahun yakni darjah 5 sebab aku asyik penin.. mak n ayah aku akan penin gak bila aku panin.. then aku di arah g check mata, orang kedai cakap aku kne pakai spec..

aku tak sukeee.. aku jadikan aksesori leher aku je.. aku gantung kat leher baju aku.. tapi setiap kali aku rasa spec aku dah tak up to date.. aku tukar baru lalalala... aku pakai time aku nak tgok white board dalam kelas je.. bila kuar kelas aku jadikan ia aksesori di leher baju aku balik..

time aku lupa bawak spec.. aku akan bagi ayat syahdu kat kawan aku "ko laaa mata aku di kala ini wahai teman" confirm dia terharu la.. dia pun akan baca setiap perkataan kat white board dengan rela.. kih kih kih...

zaman aku kerja.. dah tak guna sangat, setakat ngadap monitor aku tak pakai spec.. aku sangat bahagia tanpa spec.. ada satu spec aku jatuh kat toilet sogo(aibnye) aku buat lain.. kali ni spec aku tertinggal kat umah kawan aku kat shah alam.. aku relax jee.. sampai ke sudah spec tu kat situ.. dah tatau nasib spec aku tu..

tetapi kini aku kembali menjadi minah specky... apakah nasib spec aku nanti.. adakah akan menjadi aksesori leher aku gak atau dia akan jadi dirinya sendiri..

*gambar tadi aku snap beberapa minat sebelum aku type entry ni... siap edit sikit.. sebab aku pakai tudung secara rakus je tu.. so senget benget tudung aku.. tgok spec je hakhakhak...

Saturday, November 15, 2008

james bond :: madagascar

12 november 2008 lepas birthday silolo.. macam biasa celebrate birthday, kitorang tengok wayang je.. enjoy.. best dan selesa hehe...

niat nak tgok madagascar...

queue depan kaunter cineplex, memang niat tulus ikhlas nak layan madagascar.. tetiba...

"adik bertiga kan?"

"ha ah bertiga"

"nak tengok james bond tak"

"tak pe la bang"

"free je ni.. adik naik atas, tunjuk tiket ni.. kalau tanak tak pe..."

free!!!

"ooo free... okey jee..." sambil mengambil tiket tu dengan rakus...

aku dan silolo mendaki anak2 tangga menuju tempat tukar tiket free james bond...

"haaa... sini.. sini.. berapa orang?"

"3 orang cik..err.. event apa ni ek.. kenapa boleh free tgok james bond nie"

"ni event company kitorang... blaa.. blaa... james.... blaa... blaaa....bllllalalalaa..... bond.. haaa tu yang free tuuu...."

"OooOOooOOOoooo~~" yang aku faham... tiket ni free.. dan percuma pop corn+air coke.. yumiiee~~~


nissah masih setia queue di kaunter untuk meneruskan perjuangan madagascar...

tapi hampa.. sebab.. seat untuk madagascar dua dr depan.. tak sanggup aku mendongak sambil gelak tengok madagascar tue.. mau terkeliat urat gelak aku nanti.... so kitorang layan james bond je laa ari kejadian..

komen pasal citer james bond?? erm... sebelum tengok citer ni aku dengar banyak gak komen negatif dari orang2 yang dah tgok cerita nie, tu pasal tak berniat nak tengok kat wayang.. tapi disebabkan free kitorang layanzzzz... tapi aku tengok james bond ari tu, ok la... aksi2 dia memang terangkat2 badan aku nak mengelak peluru la.. nak mengelak kene tumbuk.. nak mengelak terjatuh la... fuh.. penat n lenguh2 badan lepas tgok citer ni hahahaa...

aku ni tak kedekut markah.. aku bg 3 bintang dari 5 bintang untuk cerita nie...

perjuangan masih belum selesai... kami telah menerima sedikit semangat dari james bond sebentar tadi.. sejurus keluar dari wayang free james bond.. kitorang menjejaki kaunter cineplex sekali lagi... setelah sedikit perbincangan dia buat depan kaunter tue... pekerja kaunter tu pun menyerahkan 3 keping kertas yang tertulis..(cara tulis pun dah macam james bond je)

madagascar / Thursday / 8.05p.m....

yeahhhhhhh... esoknya we ol akan tengok madagascar hak hak hak...


3 kali cubaan aku cuba nak tengok madagascar.. kali ke 4 ni berjaya jua akhirnya... cerita ni memang best giler.. lawak sesangat rasanya.. cerita nie memang berjaya buat aku lupa muka2 yang menyakitkan hati aku untuk seketika...

semua watak best...dari watak alakey sampai la watak makcik tua yang jalan terkedek2.. tak padan dengan tua.. kalau marah.. singa pun dia rotan hahaha... aku nak cari cd citer ni la.. aku nak layan lagi... memang tak rugi la layan.. amboi kemain aku puji cerita nie...

erm... as a human to a human aku bg 5 bintang dari 5.. orang kata no body perfect.. tapi aku nilai cerita ni cincai kira la as a human.. kalau korang tak paham.. abaikan je la... baik korang g layan madagascar hahahahaha.....

*aku selalu layan ym malam2 dalam bilik dalam gelap.. aku baca subtitle kat wayang ari tu.. kabur2.. oh noo.. i need a spec right now.. huhuhuhuhu....

Friday, November 14, 2008

"Lucky" - Jason Mraz ft. Colbie Caillat

aku tengah layan lagu ni.. saja nak share dengan kengkorang2.. lama tak update blog.. meronggeng je keje aku 2 3 ari nie.. hehehe...

layanzz~



Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Oooohhhhoohhhhohhooohhooohhooohoooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music, feel the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

Wednesday, November 12, 2008

skandel

dak camcilah telah menge tag aku dengan sewenang wenangnya.. dan dengan rakus memaksa aku menjawap soklan2 skandel nie..

aku telah memilih azid sebagai teman se skandel aku.. boleh cam tu??

aku akan jalankan tanggung jawap sebagai mangsa tag sekarang~

1. What is the relationship of you and him/her?
sahabat baik...

2. Your 5 impressions towards him/her
  • lurus orangnya.. perangai lurus.. badan pun lurus hahahahaah...
  • lembut hati tapi tegas.. dulu dia slalu sound aku jangan bawak majalah ke sekolah.. dulu dia pengawas... aku panggil dia mawas.. hahaha... adik laki aku sampai skang bengang dengan dia.. sebab dia rantai basikal bmx adik aku sebab letak beskal merata2 kat halaman sekolah.. hahaha...
  • panas baran... dia kalau ngamuk memang aku risau.. dia tak kira sapa.. picing suara memang kelaut... tapi kalau aku cubit dia masa dia tengah ngamuk.. sure dia diam terus.. aku "along" dia.. remembaaa that!!
  • suka buat lawak bodo... duduk lepak dengan dia rasa macam nak telan je kepala dia... asyik wat ayat menyakitkan hati aku jee.. hoish...
  • suka nak makan atau nk tido time aku tengah rancak chat dengan dia... tak ske.. dengan selalu nak g pijak kaki mak dia.. lenguh2 sendi kata beliau...

3. The most memorable things he/she had done for you.
banyak bende dia buat untuk aku... antara bende yang aku ingat sampai skang.. dia tolong aku tirukan kerja sekolah.. dah la buku yang aku tiru tu buku dia.. dia tolong aku tirukan plak tu.. siap cuba tiru tulisan aku supaya sukar dikenal pasti oleh cikgu hahahhahaahhaa.... cayang ko azid hahahaha....


4. The most memorable things he/she have said to you?
banyak la.. kenal budak ni dari form 1.. macam2 dia sebut...


5. If he/she become your lover, you will…
Hoish!!! dia pompuan la... astaghfirullah....


6. If he/she become your enemy, you will…
insyaALLAH takkan... aku kenal sangat dia nie..


7. If he/she become your lover, he has to improve on…
berapa kali nak cakap.. dia pompuan... tak paham2 ke..


8. If he/she become your enemy, the reason is…
Hoish!!!


9. The most desirable thing to do on him/her is?
aku suka paksa dia teman aku lepak pekan kalau aku bosan.. dia sure setuju je.. hahaha... dia pernah ngaku kat mak aku.. "along(dia panggil mak aku along) kalau mer balik tapah.. saya akan dijadikan orang suruhan dia" hahahah kejam tak aku...


10. The overall impression of him/her is…
dia buat sesuatu dengan bersungguh2 dan ikhlas.. setakat ni, aku tengok dia dapat apa yang nak.. alhamdulillah...


11. How do you think the people around you will feel about you?
ada yang cakap aku pelik.. ada yang cakap aku ramah.. ada yang cakap aku pendiam.. ada yang cakap aku degil.. macam2 la.. tanye la org sekeliling aku sendri.. kalau aku jawap lebih lanjut.. lama2 aku confuse identiti plak aku..


12. The character of you for yourself is?
gelak.. ex housemate aku sampai skang panggil aku bahak.. korang paham2 je la.. cam ne leh dapat nama manja tue...


13. On contrary, the character you hate of yourself is?
sumtimes aku cepat moody kot.. depands la..


14. The most ideal person that you wanna be is?
arwah ayah... penyabar.. penyayang.. romantik.. kelakar.. pentingkan anak2 dari diri sendiri.. kawan2 sayang dia.. nak jadi macam ayah dah nak cari macam ayah.. boleh tak heheheheh gatai :P


15. For the people who likes you, say something about them.
salah satu anugerah dari ALLAH...


16. Ten people to tag:
10?? jap aku cuba type...
  1. kak nizniz
  2. akira
  3. lavender
  4. opaq
  5. katak
  6. awin
  7. hegira
  8. ian
*hah.. dapat 8 ketul je..aku pakai type je sesapa.. yang terasa di tag tu sila la jawap.. tag berantai ni :-ss

17. Who is no. 2 having a relationship with?
sedang mencari... baik cepat masuk line.. hot girl tu.. hakhakhak.. asyik panas je dalam opis...


18. Is no. 3 a male or a female?
hot mama miyaaa~ auuuuuuuuuuuuuuuuuuu~


19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
aku tak de org no 10 hak hak hak... sian hegira.. ko letak sendiri la hegira no 10 tu hahahaha...


20. How about no. 5 and 8?
hahahahahaa.. aku harap takkan berlaku perkara tersebut... AMIN.. kalau as a fren nanti aku cuba ketemukan mereka.. boleh cam tu??


21. What is no. 1 studying about?
dia super senior aku kat uitm seri iskandar... study art n design... skang dok study cam ne nak meningkatkan point dalam pet sosaiti.. hoish!!! keje la weh...


22. Is no. 4 single?
aku tak sure nanti aku tanye dia.. oooo opaq.. mu single dok lagi??


23. Say something about no. 6
dia seorang gadis yang sopan, pendiam, baik budi pekerti (perh terangkat ko win) best kawan dengan dia.. even dia pendiam tapi kengkadang lawak dia rasa nak terajang gak la diri beliau...


Uik... dah settle... kagumnya aku...

Tuesday, November 11, 2008

Shizuka - Redline 95



kawan aku cakap kat aku.. lagu ni lagu malas.. tapi aku boleh plak layan lagu nie..

aku x pernah dengar sebelum nie lagu nie.. 1st time aku dengar terus minat..

lagu lama kot.. aku je 1st time dengar hahaha..

kalau tanak layan tak pe.. saje je letak sni hehehe...




Shizuka - Redline 95

And when people step out this red line
I'll never let them to go
Never laugh cause this is the dead end
Is it my end before it start to show

And when people step out this red line
Mean no other place need to go
Let the future past in the mean time
Faces the griefness here all alone

Chorus :
It was you call me and told me
Help me out and shine up my life
It was u call me again tell I am without

It was you call me and told me
Blur up my eyes and left me alone
It was you told me the lies I always spoke

Saturday, November 8, 2008

drive

tak sangka pulak.. lepas 2 3 kali aku tulis blog.. ada permintaan suruh aku selalu update blog aku nie..

mungkin ni salah satu cara kawan kawan aku nak lebih kenali diri aku.. tapi aku tak janji sangat kerap key.. sebab aku tulis bila jiwa aku suruh aku tulis je.. :P

topik kali ni pun kategori tak de motif punya entry laa.. hehehe.. mungkin jiwa suka 'berkongsi cerita' aku yang suruh aku update blog ari nie..

erm..

tadi aku drive.. drive?? kalau orang2 kl tau ari ni aku nak drive.. sure semua pakat duduk rumah tanak keluar takut terserempak dengan aku.. hebat bukan? tapi setiap ruang jalan penuh jugak dengan kereta.. jem jugak.. erm.. diorang tatau aku nak drive ari ni la tue...

hari ni ada improvement dari hari2 sebelum.. kalau 1st time aku drive ke opis ari tu.. 5 kali enjin kereta aku mati dan aku kne hon 2 kali..

sekali dengan jeep.. yeee jeep.. kenapa tak cukup besar??

dan

sekali dengan bas.. bas??? yeee~ bas!!


hari ni aku masih mengekalkan rekod di hon sebanyak 2 kali.. cuma saiz kenderaan yang hon aku tu agak kecil dari yang dulu...iaitu

sekali dengan kereta satria putih... smart siot kereta tu.. sporty habis.. cara dia elak kereta aku pun aku dah cukup kagum... hahahah padahal aku sure kene maki hamun.. carut marut dalam kereta dia.. boleh plak aku wat statement admire dia hahahaha

sekali dengan motor... seorang pakcik tua.. sian dia..

dan paling bangga, enjin kereta aku tak mati sebanyak 5 kali.. malah tidak sekali2.. nak tahu apa rahsianya.. rahsianya ialah.. kali ni aku bawak kereta auto hahahahaha...

perjalanan ke kenduri yang terletak di wangsa maju memang terasa amat jauh.. rasa macam perjalanan dari tapah ke johor je.. *padahal dah lama tak g johor.. last aku sampai johor aku darjah 1 agaknya*

aku lantik abang aku selaku co pilot.. banyak gak la nasihat berguna yang dia bagi.. antara nasihat berguna dia...

bawak kereta tak payah stress... *mungkin muka aku macam nak pergi berperang je tadi*

nak keluar simpang berenti lama pun tak pe.. tgok kereta kiri kanan bebetul.. lantak la kereta lain.. *aku bukan insan penyabar rupanya.. tu yang kne hon dengan satria putih tu*

time corner, jangan lupa break sikit, jangan pakai pusing je stearing *tadi dah la tengah laju.. aku tak break terus je pusing stearing.. nyaris tak senggol senggolan dengan lori.. kakak dengan mak aku jerit gak la krkrkrkr.. gigil gak kepala tengkorak aku*

bagi signal awal.. biar simpang tu jauh lagi pun tak pe.. *haa time ni pakcik motor hon aku.. paham2 la apa yang aku lakukan*

kitorang sampai kat rumah kenduri dengan selamat.. alhamdulillah... lepas kenduri diorang nak g mid valley.. aku amanahkan abang aku drive kereta.. lepas tu g pasar malam kat pantai dalam.. abang aku drive gak.. balik ke rumah pun abang aku drive gak hahahahaha...

insyaALLAH lelama xpert la aku.. hehehe...

hari jumaat

aku sangat suka ari jumaat.. sebab ari jumaat.. fikiran aku tenang.. aku akan jadi seorang gadis yang positif pada ari tersebut.. aku akan fikir..

esoknya hari sabtu, aku cuti... ariibaaaa!!

malam boleh tido lewat... tu pasal aku update blog

2 hari aku akan cuba tak mengadap kerja... itu pun kalau tak de kerja yang pending

aku boleh tido tanpa set jam bangun nak pergi kerja...

aku tido tahap mummia.. siapa yang berani kaco akan ditentang hebat oleh aku... dun play play


bermulalah hari jumaat aku....

liatnya bangun pagi...

atas kuda, aku pegang sweater nissah kuat2.. aku pejam mata.. layanzzz...

sampai area opis.. lepak mamak pekena kas kas mamak macam biasa...

kat opis malas + ngantok tidak terkira..

yes dah pukul 6 petang!!

krrrrrrrriiinggggggggggggggggg~

loceng balik dah berbunyi..
jarang balik on time.. maklumlah sepatut masuk kol 9pagi.. kol 10 tu memang awal sesangat laa kalau muka dah ngadap pc.. ni semua sebab penangan kas kas mamak bistari la ni.. ari2 ngadap roti kosong banjir kuah dal sambal lebih.. air suam sonneee~ cost makan pagi RM1.40. sekarang kami hanya perlu angkat tangan kat mamak tu tanpa mengeluarkan suara.. dia dah tau dah.. hebat bukan??

haa.. berbalik kepada balik awal tadi... plan nak membowling dengan dak gojeng.. lama tak jumpa minah tu.. tidak dilupakan.. aku angkut nissah selaku pembonceng setia kuda ku.. dan silolo selaku pengikut setia..

hak hak hak.. aku berjaya ngorat diorang makan KFC... weeeeeeeeee~

makan + borak + gosip + sendawa = finish!!

plan asal main bowling.. tetiba terpandang poster madagascar.. terus ubah plan.. check time wayang.. kol 11++ tak jadi tengok wayang..

berbalik plan asal.. bowling.. ada tournemant la plak kat situu..

last2.. guess wut?? we ol lepak mamak tepi tesco.. pekena kas kas mamak lagi..



...entry ni tak de motif.. tak de kene mengena dengan promote kas kas mamak atau promote cerita wayang baru madagascar.. hanya untuk mengisi masa hari jumaat aku yang gembira ini...

...kereta dah sampee...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin