Wednesday, December 31, 2008

Flavour Of Life~ 2008


Hari ni Rabu 31 December 2008.. hari terakhir untuk tahun 2008.. tahun bertuah untuk bangsa cina.. bertuah ke aku pada tahun ni??

selamat tinggal 2008... alhamdulillah aku dapat hadapi ujian Allah dengan tenang dan senyuman pada tahun ini.. aku akan pastikan aku akan bawak memori2 yang indah2 yang suka2 ke tahun 2009.... jangan risau aku juga akan bawak semua memori sakit2 untuk aku jadikan pedoman pada hari mendatang.. insyaALLAH..

tak de sebab aku kene tinggalkan memori2 pada tahun 2008, aku rasa aku dah kaut semua dan nak lempar ke tahun 2009 nanti.. bila aku perlukannya nanti, pepandai la aku kutip balik jadikan panduan.. aku sedang kikis segala kesal yang pernah singgah.. serpihan kikis tu pun aku nak lempar ke tahun depan.. cermat tak aku dalam menjaga semua hak aku? sekarang dalam minda aku hanya ada memori2 yang berwarna warni.. yeee aini amirah binti jalaluddin memang seorang yang optimis dalam hidupnya.. insyaALLAH..

selamat datang 2009... setiap tahun, aku makin mengenal kehidupan, itulah tujuan kita dihidupkan oleh Allah S.W.T.. mengenali setiap cebisan ciptaan-Nya.. aku seorang yang sangat berani.. sebab aku berani untuk katakan YA untuk hidup ketika dalam rahim Mak tersayang.. Ainun Binti Mohd Tahir.. jadi InsyaALLAH aku akan teruskan kehidupan aku, yang memang menjanjikan banyak dugaan pada tahun 2009 esok… InsyaALLAH…

tahun depan otak aku akan makin padat.. maklumlah hampir 25 tahun punya memori tersimpan dalam otak aku.aku berharap aku dapat guna segala memori yang ada dalam otak aku ni dengan bijak.. nasihat untuk diri sendiri.. jangan anggap semua memori yang ada tu menyendatkan ruang otak… tapi anggap sebagai buku2 panduan okey dear~

sedikit ayat2 yg korang takkan paham.. selagi korang bukan diri aku.. hehehe...

kalau aku orang itu.. adakah sakit aku sama seperti sekarang..
orang itu pasti menjerit lantang tidak mahu seperti aku.. kecik hati ini..

tapi kamu pastikah apa yang aku fikir ini benar..
ntah kurang periksa..
logiknya.. aku sangat pasti.. umph!!


Flavour Of Life 2008~

pssst~ ada gambar fisya wedding kat sini... aku tengah kumpul gambar lagi.. [LINK]

Saturday, December 27, 2008

penat

penat tu apa ek??
buat kerja berat menggunakan kudrat yang ada kot...

erm... tapi tido sepanjang hari pun aku boleh penat gak pee..?

aku akan sangat penat bila buat sesuatu perkara yang aku tak suka even benda yang aku buat tu tak guna tenaga..

tapi aku tak kisah rasa penat kalau apa yang aku buat tu, aku rela dan aku gembira...

err.. aku baru terbangun dari pengsan semalam.. lepas je kawan aku yosh hantar aku balik ke rumah semalam dalam pukul 7 petang, aku terus pengsan tak sedarkan diri.

kisahnya:~
hari khamis lepas aku telah diculik oleh bakal pengantin untuk ke rumahnya... aku dah selalu pergi rumah dia, tapi macam biasa la...aku tak hafal jalan.. aku juga tak berani drive sensorang lagi.. maklumlah saya budak baru belajar.. ahaks...

kawan aku fisya dengan tunang dia iwan (masa tu masih dalam ikatan tunang) dah sampai rumah aku.. aku pun dah sedia packing barang2 untuk diculik oleh mereka.. sebelum ni, ada beberapa kali cubaan menculik aku.. tapi aku bz dengan kerja, aku tak izinkan penculikan tu berlaku.. kali ni aku relakan penculikan itu.. sebab tarikh perkahwinan diorang dah dekat sangat..

diorang bawak aku kehulu ke hilir cari barang saat2 akhir.. aku ikut je diorang tanpa banyak soal.. maklumlah aku kan mangsa penculikan.. mana boleh banyak cakap.. nanti kene ikat mulut pulak.. mementanglah diorang geng, diorang permainkan aku lagi.. ni antara dialog sengal kitorang masa bersembang, panas ati je diorang nie:

iwan: takut laa nak kawen kan yang..
fisya: ha ah la.. cam takut pulak...
iwan:jom kita lari nak..
fisya: ha ah kan, jom la kita lari.. tapi mira macam mana?
iwan:kita bawak la mira lari sama..
fisya:ko lari dengan kitorang ek mira...
aku:baik!! ye la.. ye la.. aku lari la dengan korang..

lepas tu diorang berjemaah gelakkan aku... mementang la aku mangsa penculikan, dengan sewenang2nya korang memperkotak katikkan aku ek..

sampai je kat rumah fisya.. dah ramai orang bergotong royong.. aku dah pandai bawak diri kat rumah dia.. sebab aku memang selalu buat muka tak malu lepak rumah dia zaman dulu kala.. adik beradik dia pun sempoi.. so aku pun selesa tak payah cover2 cumel kat rumah dia.. hak hak hak..

day 1:
aku tak buat apa sangat pun, aku cuma adjust katil pengantin set up barang hantaran sikit2, itu pun di atas pertolongan mak tam yang cumel lagi ayu, semuanya jadi cun, kalau nak ikutkan tangan aku yang buta seni ni, memang sedey la tgok hasilnya..lepas tu aku masukkan duit dalam sampul untuk rombongan khatam quran, lipat duit seringgit buat bentuk kipas untuk lekat kat baju orang gotong royong..

sebenarnya jawatan utama aku dalam majlis ini ialah pengapit.. aku dah pesan kat dia.. cari dulu sedara mara terdekat, kawan2 terdekat untuk jadi pengapit.. aku.. aku.. aku.. segan, aku kan seorang yang pemalu ahaks.. pengapit tu cerita masa bersanding.. sebelum bersanding tu, aku tolong la apa yang patut dulu..

sebenarnya aku berharap ada orang lain jadi pengapit hari tu, kot2 ada sedara mara dia yang nak mengapit pengantin, sampailah masa aku tengah mandi dalam bilik air.. mak pengantin jerit:

mak pengantin: miraa.....!!!mira jadi pengapit ye nanti..
aku:erk...!!! aaaaa.... erm... okey je makcik!!

pas tu aku dengar semua orang yang tengah gotong royong tu gelak, bilik air dekat dengan dapur.. hampeh tol.. aku terperangkap... huhu.. penculikan yang ganas kan??

malam tu aku inaikan bakal pengantin.. aku pun pakai inai gak.. alaa sebelah tangan je.. hehehe.. aku memang suka pakai inai.. bau dia best... ada yang cakap busuk.. tapi aku suka.. esok paginya, kitorang compare inai masing2, dan pemenangnya ialah.. aku..inai aku paling merah.. hak hak hak..pas tu diorang perli aku, "aik, inai pengapit lagi merah dari pengantin" krkrkrk~

day2:
hari ni bakal pengantin akan dinikahkan... aku bertindak selaku kameraman.. aku tinggalkan bakal pengantin dengan kawan dia.. aku dengan adik pengantin selaku assistant aku, tengah bz snap2 gambar orang akad nikah.. alhamdulillah dengan sekali akad kawan aku yang tersayang telah selamat bergelar isteri.. dia menangis gembira lepas akad dah di sah kan.. dulu aku tak paham kenapa kakak2 sepupu aku menangis lepas akad, bg aku dulu, kita kena senyum gembira dan kalau perlu gelak(cam beria pulak) sebab dah selamat dijodohkan.. tapi sekarang aku paham kenapa kawan aku menangis.. tak payah tanya aku, sesapa yang tak paham akan paham.. ahaks.. dalam ketawa2, aku terharu dan sebak diatas pernikahan ini.. aku sebak sebab gembira sangat.. percayalah aku gembira, aku tak tipu...

lepas majlis nikah, kitorang tidur bergelimpangan macam lepas minum racun.. kengkonon nak touch up inai pengantin sebab kurang merah.. last2 semua pengsan.. kitorang tidur atas toto, tapi tak sempat nak bentang, kitorang terus jadikan toto tu sebagai bantal, beralaskan lantai.. memang seram bunyinya bukan?

hari perkahwinan:
lepas majlis khatam quran, semua bersiap2.. aku pun bersiap pakai baju cantek2, maklumlah pengapit huhuhu.. aku pun menjalankan tugas aku sebagai pengapit dengan jayanya, pengalaman mengapit yosh dulu aku jadikan iktibar.. abang yosh cakap aku pengapit brutel.. kipas pengantin macam kipas satey, kali ni aku kipas dengan lemah gemalai.. hahaha..

majlis hampir kepenghujungnya.. aku lepak dengan kawan2 aku yang turut datang ke majlis pengantin.. masuk ni dah 3 kali aku mengapit orang hahaha..

ada orang yang cakap.. kalau jadi pengapit, nanti aku kawin seri pengantin aku hilang.. ada gak yang cakap kalau aku jadi pengapit, lepas ni aku pulak yang kawin.. aku kategori tak berperasaan sangat bab2 nie.. niat aku, kawan aku mintak tolong untuk melengkapkan majlis dia.. aku tolong yang termampu insyaALLAH.. tapi ada gak dialog yang sengal hari tu:

cik nab:mira.. lepas ni ko ke mana pulak..
aku: (diam sebab blur)
cik nab:lepas ni ko ke rumah pengantin mana pulak
aku:oOooOOoo... lepas ni aku ke rumah hujung nuu jadi pengapit kat situ pulak.. maklumlah side income jadi pengapit.. freelancer.. (hampeh tol)

sekarang semuanya selamat alhamdulillah... aku gembira semuanya berjalan dengan lancar.. badan aku penat sangat, tapi hati aku gembira.. malam tadi aku dah charge tenaga badan aku dengan tidur tahap mummia hahaha...

kawan aku NORAFISYAR BINTI MAT SAAT dah selamat jadi isteri kepada MOHAMAD IZUAN BIN ABU BAKAR pada 26hb disember 2008 pada pukul 9.30p.m dengan sekali akad saja.. Alhamdulillah.. semoga jodoh korang berkekalan sehingga ke akhir hayat fren....

erk.. seluar jeans dengan charger hp aku tertinggal kat umah fisya plak..

sedikit gambar wedding fish si ikan kaloi.. thnx to yosh yang poyosh.. muax [LINK]

banyak lg gambar akan menyusul..

Tuesday, December 23, 2008

Jom Heboh version nenas!!


cilok JOM HEBOH anarm

lavender bucuk: oi
rEd-arMy: oi
lavender bucuk: nape?
rEd-arMy: ko oi.. aku balas la oi
lavender bucuk: hahhaha
lavender bucuk: oi nnt ahad g bkt jalil nk??
rEd-arMy: wat pe
lavender bucuk: ada jomheboh
lavender bucuk: pehal?
lavender bucuk: kalu mak ko bg la
rEd-arMy: nanti aku tetanya mak aku
rEd-arMy: kalau mak aku nak ikut hahaha
lavender bucuk: aku br plan ngan si hizral
rEd-arMy: hahahahahah bagus ajak reramai aku tak sure lg sebab aku ada keje urgent takut tak sempat siap esok.. aku terpaksa korbankan sabtu ahad aku
lavender bucuk: alaaaahhh
rEd-arMy: aku sangat tak sure ni pun aku tengah cam nak gila wat keje huhuhuh
rEd-arMy: aku cuba aku cuba (feel dia sama macam wayang ari tu)
lavender bucuk: kita g lewat2 ckit la
rEd-arMy: aku tak berani janji
lavender bucuk: hukhuk
rEd-arMy: heheheheh... alaaaa tak peee.. papehal aku roger la ko



beberapa minit kemudian. . .



sheila nur: k migha..
sheila nur: syacz ajak g bukit jalil ahad nih
rEd-arMy: ape
rEd-arMy: hahahah tau
rEd-arMy: syida ajak aku nie
sheila nur: syacz bitau aku suruh roger ko
sheila nur: bitau nisah
sheila nur: kite panggil ni jemputan berantai
rEd-arMy: huhahahahahah
rEd-arMy: baik
sheila nur: camne ngan nisah?
sheila nur: rantai terkeluar
rEd-arMy: nanti aku roger dia
rEd-arMy: aku tak sure lg tau
sheila nur: ok
sheila nur: same ar
sheila nur: parents aku dtg wiken ni
rEd-arMy: aku cam tak leh kot.. jgn bgtau diorang dlu
sheila nur: baik



tidak berapa lama kemudian. . .



rEd-arMy: oi
AKiRa Da GreaT: wats up
AKiRa Da GreaT: shida sms ajak g bkt jalil
rEd-arMy: ha ah ahad nie
rEd-arMy: aku tak sure
rEd-arMy: mcm tak
AKiRa Da GreaT: tu la
AKiRa Da GreaT: aku pun
rEd-arMy: aku keje banyak
rEd-arMy: aku tak join kot
rEd-arMy: tadi aku cakap tak jadi g
rEd-arMy: dia dok pujuk2
rEd-arMy: last2 aku cakap tgok cam ne



sejurus kemudian.. tak berapa nak jurus. . .


Hizral Zakaria: mira..dak shidot ajak gie jom heboh weekend nih
Hizral Zakaria: die ngajak
Hizral Zakaria: camneh
rEd-arMy: jom heboh tu ek
Hizral Zakaria: haah
rEd-arMy: aku tak sure
rEd-arMy: aku tengah banyak keje beb
rEd-arMy: baaaaaanyak sangat
rEd-arMy: skang aku kat umah
rEd-arMy: tengah wat keje
rEd-arMy: mak aku sakit
rEd-arMy: aku dok umah je
Hizral Zakaria: oooo
Hizral Zakaria: so ko tak konpem la nih ek
rEd-arMy: ha ah tak kompom
rEd-arMy: keje aku banyak sangat arghhhhh


pastu. . .


Khairul Anarm: oit.. jom g bukit jalil ahad ni
Khairul Anarm: tgk heboh2
rEd-arMy: hahahaha syida dah ajak..
rEd-arMy: aku bz
rEd-arMy: syida syacz silolo anys ko ajak
Khairul Anarm: syida soh aku goda ko ajak ko pegi
rEd-arMy: agak dah
rEd-arMy: dia suh semu org goda aku skang nie
Khairul Anarm: aku x reti nk goda
Khairul Anarm: aku ckp direct jela
rEd-arMy: hadiah gothic paling aku nantikan hahahah nenes dah tentu nenas hahahah
Khairul Anarm: boleh2
Khairul Anarm: xde masalah
Khairul Anarm: yg penting ko pegi heboh2
rEd-arMy: aku cuba
rEd-arMy: korang jangan la mengharap sangat
rEd-arMy: nanti korang kiciwa

pssst~ saje copy paste.. malas type.. dan memanjangkan n3 hehehe...

...dan mereka telah berjaya mengharukan aku dengan 2 ketul nenas yang enak.. aku join JOM HEBOH bukan kerana nenas semata2 tetapi kerana persahabatan.. eeewah.. terharu diajak sampai ketitisan yang terakhir.. memang di awal ajakan, peratus aku join hanya 20% hahaha... tapi godaan demi godaan aku terima dengan penuh rasa terharu dan dihargai.. ahaks..

aku agak bersengkang mata buat kerja hari jumaat dan sabtu (tak berapa nak sengkang sebenarnya) sempat gak la mak aku suruh aku jadi driver g sogo sabtu tu.. sian kat mak aku, harap weekend je jejalan, so aku drive la ke sogo. yeah.. tugas sebagai driver mak aku dah aku jalankan..

ahad~
hari kejadian tu aku sempat godek2 code sikit b4 bersiap ke JOM HEBOH.. aku drive bersama2 co pilot sejati aku iaitu kak anys ke lrt kelana jaya.. lepas pusing2 cari parking yang agak aneh.. kitorang pun g la menuju ke station lrt kelana jaya...

(dialog kat depan kaunter lrt kelana jaya)
aku: aku bayar pergi.. ko bayar balik..
kak anys:okeh

perjalanan hujung ke hujung station dalam lrt kami penuhi dengan bercerita tentang gelagat orang dalam lrt tu... aku tak ingat time perjalanan pergi atau perjalanan balik dalam lrt pada hari kejadian.. ada orang buta naik lrt.. dia ketuk2 tongkat dia ke arah kerusi2 berdekatan dia.. nak check ada orang ke tak kat tempat duduk tu.. ada sorang mamat tu duduk hujung sekali sedang main handphone.. semes kot, duduk kat kerusi orang cacat pulak tu.. fizikal alhamdulillah, nampak sihat.. mental wallahualam.. kaki dia diketuk sikit oleh tongkat tu.. pakcik tu siap cakap "ops sorry" dia pandang pakcik tu.. dia sambung semes kat handphone dia.. masa tu ada hampir 3 kerusi yang kosong.. antara kerusi kosong tu sebelah mamat bersemes tu.. aku jadi serba salah.. tapi aku tak de kekuatan nak g pegang pakcik tu bawak ke tempat duduk yang kosong.. so.. aku tanak kutuk mamat bersemes tu lelebih, sebab aku pun tak berapa nak baik dalam hal ni.. sampai sekarang aku rasa cam aku jahat hehehe... yee aku jahat.. cakap je la huhuhu...

hah.. berbalik pada topik JOM HEBOH... lepas parking kat endah parade.. acara berjalan kaki diteruskan.. memang panas cuaca masa tu..tapi ku tahan jebat!! setelah perit getir diharungi bersama.. tepi stage JOM HEBOH menjadi saksi pertembungan kami semua.. dengan wajah merah padam macam udang kene bakar...

anarm bawak nenas dalam paper beg pink (thanks bro.. terharu) nenas di beli oleh adek shida di giant tak salah aku (cayang ko) turut menyumbang tenaga pegang paper beg adalah si bosz.. weh bosz.. aku kurang persediaan masa tu, aku budget ko sunyi sepi macam skandel ko si anarm tu.. rupa2nya.. kau.. kau.. kau.. ohh tidak!!

ini adalah antara aturcara majlis:
makan2..
snap2 gambar..
sesat2..
patah balik..
makan ais krim..
makan laksa..
minum 100plus..
redah hujan..
gelak2..
redah hujan.. acara berjalan beramai2 menuju endah parade dalam hujan..
seberang jalan sambil lari2 dalam hujan.. (tudung aku kemik sebab basah kne ujan.. mencii)
makan2 mekdi..
gelak2..
enjoy sangat!!

aturcara tamat dengan upacara salam2 sambil cium2 pipi (hanya dengan muhrim).. rombongan cik hizral tak join g konsert.. kepala aku dah denyut2 masa tue... sampai rumah. pas mandi aku pengsan seribu bahasa...

aku enjoy sesangat pada hari kejadian... terima kasih kepada yang sudi mengajak tanpa rasa jemu..

Penghargaan:

penglipur lara~
anys

ketua rombongan~
shida

kameraman~(takde bateri cet)
syacz

pembekal nenas~
khairul_anarm

pakcik driver bas + pengembala~(banyak jawatan.. kaya ni)
bosz

superman~
khairul83

pakcik bas~
hizral

penumpang bus~
mira

u ol rock.. luv yaa~

gambar panas klik sini~

Saturday, December 20, 2008

kene tag

haa kak niz, saya akan mengerjakan tag akak ni skang..

1. Do you think you’re hot?
kat opis aku ngadap akon memang sangat sejuk.. jarang hot..hahaha (anggap je soklan terjawap)

2. Upload your fave picture of you
pssst~ ni bukan bibir milik aku

3. Why do you like that picture?
ntah sekati aku la.. dah aku sukee.. xopismate aku yang trace.. dia tere trance2 ni.. harap ko berjaya fren dalam kerjaya ko..

4. When was the last time you ate pizza?
dah tak hengat la bila last.. tp selalu gak lepak pizza dengan akira, bintang dengan syacz.. really missed that moment fren!! nanti ada masa kita lepak2 lagi key, tak payah tgu besday orang..

ada gak lepak dengan kak niz.. tq kak niz belanja2 adik2 mu ini hehehe... jasa mu ku kenang beb!

psst~ esok makan nenas gothic~

5. The last song you listen to?
Lilly Allen - Little Things

6. What are you doing right now besides this?
bersemes dengan si khairul_anarm dan syacz wasangka pasal event nenas esok.. aku cakap esok aku akan joli sambil mabuk2 makan nenas gothic kerol dengan syida.. hahaha

7. What name you prefer besides yours?
Mer

8. 5 People to tag:
1. lavender
2. khairul anarm
3. katak kodok
4. camcilah
5. silaloq(silolo)

9. Who is number one?
lovely fren.. muax!!

10. Number three is having relationship with?
dia tak pernah citer.. skandel aku tau la dengan akira hahahaha!!!

11. Say something about number five?
budak opismate yang blur.. hahahaha...

12. How about number four?
seorang gadis berperwatakan kartun...

13. Who is number two?
seketul kawan yang kengkonon pendiam.. tp dalam ym dengan semes kemain lagi dia.. jumpa sok, aku korek rengkungan ko kalau ko senyap je.. paham??

warghh dah habis.. bestnye jawap soklan2 nie.. sebab mudah dan tepat hahaha..
hah kak niz.. tugasan selesai..

Thursday, December 18, 2008

tekan je~

ni.khair: alaaaa...frust nye....
ni.khair: apsal awak tak update blog
ni.khair: huf...huf...
rEd-arMy: saya tak sempat kak.. semalam buat kerja.. skang pun bangun2 pas beli sarapan mak terus ngadap kerj anie
rEd-arMy: esok kne submit
rEd-arMy: mlm ni insyaallah saya update hehehehe
(perbualan tidak di edit sama sekali atau pun dua kali)

ari ni tertekan dengan kerja.. mana tak tertekan .. asyik tekan keyboard je.. 4 sure la tertekan kan? pas tu asyik tertekan salah code je.. tertekan lagi... bila salah tekan code maka.. tekanan tu datang sebab aku perlu terus menekan-nekan keyboard, bengang sampai menekan2 kepala yang sedia tertekan dek kerana tersalah tekan code tadi... sekarang tekanan agak kurang... pasal tu la dok tekan2 keyboard untuk tulis blog pulak..



cerita pasal tekanan tadi dah tamat... dah sedia dengan pen dan kertas?

ok.... bagus...!!

soalannya berbunyi begini... berapa banyak perkataan yang berunsur tekan dalam perenggan di atas? sila asingkan perkataan itu mengikut kategori... skema jawapan ada pada kak niz...

kak niz sila buat sedikit research...

nak saya ajar awak macam mana nak google ke? (ayat paling pantang diperdengarkan dalam abad ini)

nota lutut - kak niz suruh update tadi kan hehehe... haaa bagus gak cadangan akak tadi... release tension saya.

nota kepada nota lutut - sorry terbanyak nama kak niz.. kne commission ke kak??

Saturday, December 13, 2008

luahan rasa


jiwa aku kacau 2 3 hari ni.. aku ambik keputusan nak hirup udara selain udara kota damansara dan udara hartamas untuk seketika.. manalah tahu kalau2 udara tempat lain tu ada terkandung unsur2 gas yang sangat mujarab untuk menenangkan hati aku yang berkecamuk ini...

kehidupan seharian aku terlalu stereotype, ermm agak bosan.. tak perlu salahkan keadaan, aku sendirilah yang kena tahu keluar dari situasi ni..

aku pilih petang jumaat dan shah alam untuk langkah pertama... sebab member aku ada kat sana..

pagi2 buta lagi penyakit biasa aku menyerang.. migrain aku ni bukan tahu erti tuan dia banyak kerja kat opis ke, tuan dia kene bangun pagi ke, cuti tuan dia dah habis ke.. kalau dia rasa nak serang dia serang je la.. marah tol kat migrain ni, tapi boleh ke marah dia? telan ubat.. baring diam2 sudaa.. tp baring diam2 ke.. aku guling2 je huhuhu...

dah janji dengan member untuk ke shah alam sejak semalam.. lepas maghrib kitorang pun memulakan perjalanan ke shah alam.. penuh onak dan duri gak la perjalanan ke shah alam.. jalan shah alam memang pelik, aku terpaksa buat aksi ngeri termasuk laluan yang bertentang arah.. ngeee memang seram..

setelah berhempas pulas mencari, dan menunggu member aku habis kerja pukul 10 malam.. akhirnya berjumpa jugak dengan dia.. masuk je dalam kereta dia start bercerita.. macam2 cerita la.. cerita life.. cerita lawak.. cerita kecewa.. cerita gembira.. aku jadi pendengar setia dan kalau ada apa2 yang aku nak sampuk.. aku sampuk la..

kitorang pilih seksyen 7 untuk dinner.. dah tak da idea nak makan kat mana... restoren tu kami jadikan tempat luahan rasa masing2.. lama tak jumpa macam2 cerita la keluar..

erm.. takpayah la aku kongsi masalah dia kat sini.. tapi nota untuk KAU... jangan risau apa2 pun insyaALLAH kebenaran akan mengapuskan kebatilan (ayat dalam novel Ramlee Awang Mursyid hehehe) dan paling penting aku percaya ko.. tabah key fren!!

erm... ada juga lah mereka2 yang luahkan masalah pada aku.. minta pendapat dan sebagainya.. alhamdulillah masih ada yang percaya aku.. aku tolong yang termampu.. aku cemburu pada mereka2 yang mampu luahkan masalah pada orang lain.. aku pun luahkan jugak.. tapi aku rasa luahan aku tak sehebat mereka.. memang aku cemburu.. aku tak de kekuatan nak luahkan segala..

erm.. ntah2 diorang pun tak luahkan semua kan.. ok sekarang aku lega sikit hehehe...

smile and the whole world smiles

nota lutut - n3 aku kali ni agak tergantung aku tanak teruskan sebab aku rasa ayat2 aku berkecamuk dan tak de motif. nanti korang baca ayat2 aku yang tunggang langgang ni, dan akan menyebabkan korang pun turut serabut macam otak aku gak, ayat2 ni tak teratur macam perasaan aku sekarang.. tajuk entry pun ntah pape, tak de kene mengena... harap maklum..... arghh.. ayat ni pun serbut.. okey enuf.. enuf.. c ya!!

Tuesday, December 9, 2008

selamat hari raya aidil adha


pagi tadi aku bangun awal.. aku dengar bunyi goreng2.. jenguk dapur mak dengan acik tengah sebuk masak2 kat dapur... aku terus mandi...lepas mandi.. aku jenguk dapur.. erm.. almost complete.. aku masuk bilik balik dan zzzZZZzzzZZZzz~

tido2 ayam je, sebab kat ruang tamu, riuh rendah... suara adik2 sedara aku saling bertingkah dengan suara kat tv, tetiba adik aku masuk bilik aku..

adik : "weh.. bihun tawar kat atas meja"
aku : "erm..."

aku redha dengan komen dia, sebab dia masak nasik goreng ke bihun goreng ke atau meggi yang di modify ke, memang sedap..

mak : "miraaaah... makan cepat.. bihun ada tu"
aku : "erm... baik~"

waah.. hari ni aku puteri.. mak dan acik aku bekerja sama kat dapur hari ni.aku mengambil keputusan nak jadi pemalas hakhakhak... alaa basuh pinggan nanti aku take over laa...

erm.. bosannya.. ni la akibatnya tak balik ke kampung beraya hehe... kalau tak.. pepagi buta sure dah ada sedara mara yang datang beraya, kalau tak, sure tak bosan, cuma sangat penat je, sebab tempat selayaknya untuk aku di kala raya adalah tepi singki..uhuk uhuk uhuk..

tahun ni kitorang ambil keputusan beraya kat sini je dengan keluarga acik aku.. seingat aku ni kali pertama kitorang tak beraya di kampung.. raya haji di tapah tak semeriah raya puasa.. kalau nak diikutkan, raya hajilah sepatutnya perlu lebih meriah dari raya puasa kan..

dari pagi tadi diorang semua mengadap tv.. adik aku pepagi buta dah culik laptop aku masuk dalam bilik dia.. aku sorang2 dalam bilik mengadap dinding sambil kira berapa kali kipas siling aku berpusing.. ohhh.. bosannya..

tetiba penyelamat aku sms:
"Nak jalan2 lepak x? kat opis matrock." (aku tak edit sikit pun sms dia)

sms aku:
"Mcm best je bunyinye.Bila kah? Beraya kat situ ke? Kol brapa ke si2? Ko kat umah ke skang?" (ni pun aku tak edit)

lepas solat zohor aku dan bintang menuju ke opis matrock..

sesampai kat opis matrock .. dia menjemput kitorang kat parking dengan kereknye.. dasat gak security opis dia.. nak masuk setiap pintu kene touch pass.. tu normal la.. naik lif pakai pass, lepas touch, hanya boleh tekan butang lif tingkat yang kita bekerja je.. tingkat lain tak boleh tekan.. pas tue, masuk toilet pun pakai pass (aku ketinggalan kot) kalau pass diorang ilang, mau batu karang diorang ni.. kitorang masuk macam perompak.. siap menghindari cctv.. perh.. advanture betul beraya kat opis dia nie...

mamat ni kerja kat bilik server.. paham2 je la suhu kat bilik server macam mana... beku gak la aku dalam tue.. kitorang melagho je surf internet sampai mamat tu habis shift dia kol 7 malam..

selepas dibuli oleh matrock untuk men downgrade YM dia dari version 9 ke version 8.. kitorang keluar opis dan menuju ke rumah matrock pulak untuk menemani beliau memberi kucing makan... (hek elee mamat ni)

mak ai cun siot rumah dia.. hiasan dalam rumah macam rumah family.. siap deco lagi.. perh.. agak kagum sebab rumah bebudak bujang beb...

lepas kucing dia dah kenyang dan terdapat beberapa kesan cakaran kucing di tangan matrock(padan muka) kami menuju cari kedai makan area wangsa maju.. matrock sempat berpesan:

matrock : "hantar gua balik pukul 10.50 malam.. sebab gua nak tengok cerita Intan kol 11" (hek eleeee)

kawan matrock si Yee Ah Chee juga(aku rasa nama dia dah betul dah) pun join lepak makan kat mamak tadi.. so.. geng lepak dah jadi 4 orang..

tengah duduk tunggu order.. tetiba dapat sms abang faisal ex-opismate, rupa2nya dia kat kedai yang sama... lama tak jumpa dia.. sejak bawak haluan masing2 dari company devcorp.. terharu dia kenal aku lagi.. kata dia, dia kenal aku punya gelak.. hak hak hak...

Intan dah nak start.. kitorang pun balik dan tinggalkan matrock kat tepi jalan (padan muka)

bintang : "dud ajak lepak kat bandar seri damansara.. esok ko tak kerja kan?"
aku : "aku ok jee..."

sekarang kami menuju ke bandar seri damansara pulak.. lepas ambik dud kat rumah dia, kitorang lepak mcD je la sebab semua kedai melayu yang kitorang lalu tutup maklumlah, hari raya... lepas pekena mcShaker kitorang pun balik ke rumah masing2..

begitulah cara aku menyambut Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini.. hehehe

nota lutut - kat sini sedara tak ramai.. so aku beraya dengan cara sendiri..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA... MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Thursday, December 4, 2008

just 5ive


What were you doing 5 years ago?

  1. aku masih kat uitm sri iskandar perak dalam course sains komputer.. masa tu aku dah part 2 rasanya.. masa aku part 2 memang banyak konflik jiwa gak la... macam2 kes aku terpaksa hadapi, maklumlah masih remaja.. problem study, problem roomate, problem coursmate, problem lecturer..
  2. masa ni gak la aku jumpa macam2 orang.. kalau aku balik kampung jumpa kawan2 aku, aku akan cakap.. "kat sri iskandar ramai alien.. aku tak percaya semua orang kat situ.. ramai yang bermuka2.. huh bahaya... "
  3. uitm bukan sahaja mengajar aku ilmu komputer.. time ni aku baru belajar kenal erti hidup, erti kawan, erti bermuka2, erti ambil kesempatan, erti tikam dari belakang..
  4. masa ni aku tengok semua orang jahat.. time ni aku hanya percaya family dan kawan2 aku kat kampung je..
  5. tiap2 weekend arwah ayah aku akan datang ambik aku bawak balik rumah.. sebab aku homesick.. aku tak boleh bernafas kalau aku tak balik weekend.. maximum 2 minggu je aku boleh memerap dalam kolej.. pas tu semua orang akan nampak perubahan mood aku.. zaman aku bekerja pun aku balik tiap2 minggu without fail.. hahaha... lepas aku dah stabil sikit alhamdulillah.. aku culik mak aku duduk dengan aku tanpa kerelaannya hahaha... sekarang aku bahagia.. hari2 balik dari kerja ngadap muka mak.. ahaks...

What were the 5 things on your to do list today?

  1. mak aku kejutkan aku bangun bersahur.. aku tak plan pun nak puasa hari ni, tapi aku memang pernah bg tau mak aku, nak puasa isnin dengan khamis.. mak aku dah panas2kan lauk, kalau tak makan memang mak aku merajuk seminggu.. huh gerun.. jenuh nak pujuk nanti gegegege....
  2. masuk opis awal dari biasa sebab skip sarapan kas2 mamak ari nie... duduk mengadap komputer.. kadang2 ada arah tujuan.. kadang2 tak da arah tujuan hahaha...
  3. turun lunch dalam pukul 1 tengahari... aku duduk lepak je kat kedai makan.. aku kan puasa remembaaa?? bosan lepak opis lunch hour.. dah la tempat duduk aku tu sejuk tahap gigil kepala tengkorak.. gegegege....
  4. dah petang2 sikit baru fokus research pasal how to maintain the url even client click the link.. masa tu dah pukul 6.. kurang productive hehehe...
  5. lepas solat asar terus turun lepak kat aji don.. bebudak opis yang lain mengisi ruang perut masing.. aku dah start lapar.. arghh~ bunyi perut aku ngeee~. balik umah buka puasa ngadap laptop aku hahahaha...

What are 5 things that you do if you were bilionaire?

  1. beli rumah sendiri - aku nak kondominium yang tingkat paaaaaaaling atas dengan view yang caaaaaaaaantik... mak aku tak suka rumah tinggi2.. tak kira.. nanti aku dah beli rumah sendiri mak kene duduk sekali okey.. promis??
  2. nak beli kereta four wheel drive.. brand apa aku tak pikir lagi.. zaman dulu2 aku tak minat kereta besar2 ni, aku minat kereta yang stock2 sporty ni.. stock2 sedan.. aku bukan pandai sangat pasal kereta.. yang aku baru perasan.. kereta four wheel drive ni.. lasak + mewah + selesa.. wah rasa dah complite dah untuk kereta..
  3. nak g vacation dengan family.. jangan risau semua aku support hahaha... aku nak tengok negara orang, nak tengok budaya orang, sampai sana aku shopping... shopping... shoping... teringin nak main salji gakz ahaks...
  4. nak jadikan modal bukak business.. business apa aku tak pikir lagi.. haaa... yang ini insyaALLAH akan aku laksanakan hehehe... AMIN..
  5. aku nak beli semua benda lagho yang aku pernah idam2kan.. sedang idam2kan... dan akan idam2kan hahahah.... contohnya... semua koleksi novel Ramlee Awang Mursyid... tukar sport rem kereta dengan sport rem yang paling ganas di dunia... transform kuda aku menjadi kuda terhebat di abad ini.. upgrade laptop aku menjadi gadget yang sangat digerusi oleh masyarakat sejagat.. dannn......... beli semua baju2 cun yang berada di sogo ketika ini... hahahhahahaahhahahaahahhahahahaha.................... >:)

What 5 jobs you’ve had?

  1. BERNAMA - praktikal kat BERNAMA sebagai programmer di department database (aku tak hengat nama saintifik department diorang). kat situ staff semua berkroni2.. bila aku duduk makan dengan satu puak red indian nie, puak2 red indian lain akan jeling aku macam nak telan aku mentah2.. hungga... hunggaaa... hunggaaa.. (bahasa red indian kalau lapar rasanya) pernah sekali aku naik lif bersama2 puak red indian aku kitorang satu department, lepas tu ada seorang red india puak lain tersesat masuk dalam lif tue.. masa tu BERNAMA kat office sementara kat empire tower.. BERNAMA kat tingkat 42 kalau tak salah aku.. korang bayangkan puak red indian aku menghina dan mencerca red india sesat tu dalam lif secara langsung sepanjang perjalanan ke tingkat bawah dari tingkat 42.. kalau aku jadi dia.. memang aku tekan je mana2 butang.. aku kuar dulu beb.. naik lif lain.. sampai ada satu statement tu.. ada akak tu cakap "kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku hempas perempuan ni dari tingkat 42 ni". minah sorang ni relaks jee.. warghh aku kagum dengan kekebalan dia.. tapi aku tatau la apa masalah diorang.. aku malas ambik port... semoga korang bahagia sekarang.. alaaa segelintir je yang macam tu.. Allah dah tetapkan aku terjumpa yang segelintir tu untuk mengajar aku erti hidup... ada seorang kakak aku panggil dia KAK INA, dia baik sangat, kebetulan duduk satu taman rumah sewa aku kat seri gombak, dia lah yang sudi ambik dan hantar budak praktikal comot ni dulu ke BERNAMA tanpa bayaran.. luv u KAK INA.. dah tak contact dah dia.. semoga KAK INA bahagia dengan husband yang hensem.. pssttt... husband dia hensem giler siot... betul aku tak tipuu... sluurrppp~
  2. MMSC - seminggu sebelum aku habis praktikal kat BERNAMA, kakak aku suruh aku walk in interview dekat MMSC sebagai storyboarder, aku g dengan kawan aku bernama fish si ikan kaloi.. setelah menjalani IQ test bagai.. aku telah layak di interview untuk jawatan tersebut.. wah masa tu suprise giler... sebab tak ramai lepas IQ test tu.. dari 50 orang kalau tak salah aku, cuma belasan orang je lepas, aku dan fish si ikan kaloi telah melepasi halangan pertama.. syukurlah aku salah seorang.. itu la 1st time aku menjalani interview sepanjang hidup aku sebagai pekerja.. seminggu lepas interview tu seorang staff bahagian HR call aku, bagitau aku berita baik, aku diterima menjadi trainee kat MMSC, sejurus orang HR call aku, fish si ikan kaloi pun call aku.. dia tak sempat bagi salam lagi aku dah jerit "aku pun dapat.. aku pun dapat.. aku pun dapat" nasib baik minah tu pun dapat, kalau tak mau dia smackdown aku dengan zolimnyee.. rezeki aku dan dia ada kat situ.. alhamdulillah... karier aku bermula dari sini.. kitorang ditempatkan di sebuah bilik khas.. siap ada white board lagi.. komputer sorang seketul.. siap ada sesi orientasi lagi... hak hak hak.. antara kenangan manis aku.. aku kenal ramai orang baik kat sini hehehe... hari2 aku gembira g kerja.. kerja aku main main main main main.. sampai tamat kontrak 6 bulan je.. lepas 6 bulan aku menganggur 2 bulan rasanya...
  3. DEVCORP TECH - jumit(bukan nama sebenar) call aku, dia tanye aku nak kerja as a instructional designer (ID) tak.. aku cakap ok jerr... dia pun pass nama aku kat company nie.. then company ni panggil aku interview.. masa tu aku dari tapah tercinta.. terus ke KL untuk datang interview tu.. lepas interview aku terus diterima bekerja kat situ tanpa banyak songeh aku say "i do.. i do.. i do.." si jumit (masih bukan nama sebenar) dia bagi nombor telefon kawan2 dia kat company ni.. jumit ni kawan aku.. jadi.. kawan2 jumit pun kawan2 aku.. jadi terbentuk la kroni kawan2 aku di office tu yang diterima bekerja hahaha... aku, ida, zila dan yosh (ini nama sebenar.. singkatan dari POYOSH) kami sangat bahagia di company ni dengan staff2 yang memang kepala hotak kurang center.. kitorang gadis2 ID bermaharajalela mengorat tanpa mengira peringkat umur dan darjat kat opis tu.. kaum2 adam sangat menggeruni kami berempat sebab asyik mengorat secara rakus.. bilik ID bagaikan bilik puaka bagi mereka hahaha.. elleh.. time2 stress cari kitorang gak.. ingat kitorang ni badut ke nak kne wat lawak time korang stress.. tak macho langsung.. office tu majoriti lelaki, tapi kitorang semua sekepala.. memang best.. rindu korang semua.. nanti2 kita gath key.. muax!! yang tak berapa best kat situ.. management la.. bijan n inul(dua2 bukan nama sebenar.. staff2 dia je tau sapa mangkuk ni) u r both suck..!! kitorang semua blah dari situ sebab management.. sekarang semua bawak haluan masing2.. semoga korang semua bahagia.. 2 3 ketul je yang still contact.. haaa seketul tercampak dengan aku dalam opis aku skang.. tadaaaaa.... anys namanya...
  4. PURPLE FLAME - tempat kerja aku sekarang... memula office kat shah alam... duduk menyewa dengan warek (bukan nama sebenar gak) masa tu dia student UITM shah alam.. aku lepak dengan dia la.. g kerja kat seksyen 25 merempit dengan berbekalkan lesen L aku meredah roundabout.. roundabout shah alam menuju seksyen 25.. 2 bulan aku lepak shah alam.. ari2 ngadap muka anys, ari2 anys ngadap muka aku.. time lunch naik motor berdua2an g kedai makan area2 situ je.. wah.. romantik tol kitorang masa tu hahaha... sampailah office berpindah ke hartamas.. lebih kurang seminggu kak melati(admin company) bertukar kerja, masuk la seorang makhluk bermuka pucat(tak cukup darah) berambut panjang lurus (dalam kereta dia ada sikat nama "LUN") pengganti kekosongan admin.. kami namakan kumpulan kami "POWER PF GIRL" hidup lah kami aman damai dan sentosa di bawah naungan PF.. lepas tu yatie(nama sebenar) bertukar kerja.. kami masih skandel sampai sekarang.. rahsia dia banyak dalam kocek aku.. rahsia aku pun banyak dalam kocek dia.. kami saling gerun menggeruni antara satu sama lain.. lof u 3 starry... skang PF dah ramai n meriah.. ari2 aku gelak.. kengkadang je aku nangis.. erm.. ari2 makan kat aji don.. waiter setia kitorang ialah anton (jejaka endon yang sudah beristeri di indonesia) saje letak nama anton dalam ni.. nanti dia dah balik indonesia, barangkali dia gelak terbaca dan sekali gus teringat pernah bersahabat dengan budak2 PF hahaha... *pesanan untuk anton - antooonnn kuew teow kari awek kamu bikin perut ku bergelodak lagu inul.. goyang aahhhh~
  5. aku masih di Purple Flame... task tengah banyak gegegege...

Who are 5 person you want to tag?

  1. kak niz
  2. lavender
  3. silolo
  4. BlueFrog
  5. camcilah
*nota lutut - aku percaya dengan hukum karma... apa yang kita pernah buat kat orang lain baik atau pun buruk... tetap akan ada kesinambungan ceritanya nanti pada yang terlibat.. WALLAHUALAM...

Tuesday, December 2, 2008

best fren ke


ada seorang.. dia mengaku aku kawan baiknya.. apa riaksi yang patut aku buat?

aku gelak je~

aku gelak sebab dia seolah masih mentah meletakkan darjat tu pada orang yang dia tidak betul2 kenal..

aku gelak sebab aku teringin nak hitung kawan baik dia ada berapa orang.. sebab aku kurang pasti.. terlalu ramai.. atau terlalu sikit..

aku gelak sebab terkenang satu ketika dulu pun aku suka2 letak darjat tu pada kenalan aku.. sekarang aku makin berani cakap 'kita bukan kawan baik'.. yee aku kejam... kalau aku tak kejam, aku dan dia akan sama2 dizalimi.. teori aku ni memang aku ambil dari pengalaman.. dengan lebih tepat aku abaikan persahabatan dia.. dan aku tak menyesal buat mcm tu sebab korang tengok ek..

aku: dia kenal aku??
kita: kita cite kat dia la weh...
kita: u are my best fren...
kita: dulu la.....
kita: huhuhuhu
aku: skang dah tak ke????
kita: skang ni best friend kita berlambak!!!
kita: dh menggunung nk layan tau
aku: amboi besfren berlambak..
kita: bila ko tolong kita alter gambar ari tu...at least berbaloi gak kita kawan dengan ko
kita:berfaedah gak..

wah hahaha... lawak tak.. aku tolong ari tu ikhlas insyaALLAH sebab kebetulan aku tengah sanggap..

dari segi berbualan dia dengan aku, aku rasa dia berkawan sebab ada kepentingan.. semoga dia cepat sedar apa erti kawan pas ni hehehe...

so korang rasa betul tak keputusan aku gelak masa awal perkenalan tu? hehehe...

sejujurnya aku tak memilih kawan... aku pun tak semenggah perangai, layak ke aku pilih kawan... cuma aku terpaksa sangat berhati2 memilih kawan baik... sebab aku asyik sangat sakit dengan kenalan yang aku pernah labelkan sebagai kawan..

*nota lutut - aku type n3 ni dengan perasaan yang kosong, tak de emosi yang best untuk aku kongsi.. saje nak update blog sebab ada orang tanye.. 'tanak update blog ke' tadi.. nah.. aku dah update hehehe... muax!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin