Friday, January 30, 2009

bukan dari hati

kepala bagai ditunjal2 dengan hujung kaki si pemilik suara
pipi panas bagaikan disepak berkali2 dek bahang nafasnya
alun getaran dari rengkungannya
bikin rengkungan aku turut meloya

jeliknya mata ini bila tidak sengaja terlihat walau hujung bayang miliknya
tiada indah pada dia
hanya mata yang mampu menerangkan segala
hati pun takkan mengerti apa yang mata rasakan

bila selesai...

aku diamkan segala rongga
aku sandarkan kepala biol di ujung kerusi paling atas
sekarang aku tenang
sambil menanti apa yang akan menjengah

Sunday, January 25, 2009

Happy Chinese New Year

n3 ni tak berkait sangat dengan tajuk hehehe...

lokasi : rumah tapah
koordinat: dalam bilik depan (sebab bilik ni je ada tingkap. perlu sidai berukband ni ikut arah angin)
keadaan bilik : gelap dan 7 bijik bantal bergelimpangan tanda aku tido tahap mummia malam tadi
object sebelah kiri : sebijik bantal kaler kuning (bantal aku tido malam tadi)
object sebelah kanan : mouse berlapikkan bantal kaler pink (tak de memori bantal ni aku guna tok apa malam tadi)
object di belakang : dinding
object di hadapan : mestila laptop aku...
lagu yang sedang di layan : Confide in me - angtoria (dalam playlist semua lagu nyanyia angtoria thanks encik katak selaku penyumbang album angtoria)
ber ym : syima anak pakcik bakri (dia kerja arini, padan muka dia hahaha)
makanan kegemaran : mee bandung (apa hal ni)
objective n3 : menghilangkan rasa bosan a.k.a sanggap yang mula menular ke segenap sudut..

dari semalam aku usaha connect internet.. tapi tidak berjaya, line kat tapah ni ada GPRS je, antena kene tepat ke sasaran.. kalau tersasar sikit.. jangan harap ada connection.. aku lupa baca jampi connecting internet kot.. tadi aku baca baru boleh connect.. baca bismillah je.. hehehe...

Raya cina macam ni aku layan cuti jee... nak g beraya umah kawan2 pun tak de kawan cina yang duduk dekat2 skang.. aku ada kawan cina, kenal zaman sekolah rendah lagi.. zaman cumel cumel.. selalu gaduh time main lompat getah.. zero point!! ahaks.. dulu ngam dengan dia.. bila dah masing2 ada kerjaya nie.. dah susah nak jumpa, dia bz aku pun bz.. bila dapat semes dia, sure bunyi cam nie..

semes dari amoi :
"sombong la u skang.. i je rindu u, u tak rindu i pun"

then ku akan balas balik :
"aik.. sapa yang start tak balas msg kalau kita bermsg2"

semes amoi :
"aiyaa.. ye ke i yang tak balas.. hehe.. i ingat i dah balas"

cess... cepuk kang..

pling..!!!

macam menarik je kalau skang ni buat gathering.. kalau aku bgtau pasal gathering ni kat kengkawan sekolah aku, 4sure diorang suh aku jadi "cik kiah" nyee.. dulu pun diorang yang bercadang nak buat gathering, diorang suruh aku jugak yang jadi "cik kiah". huh... nanti2 la aku pikirkan..

hirup udara tapah ni.. tetiba rindu zaman2 sekolah..
zaman pakai baju putih n kain biru muda
zaman nakal2 (tak la nakal sangat)
zaman suruh kawan cover line masa tido kat lab (fizik paling boring.. hak tuih!!)
zaman conteng seat belakang dalam bas guna liquid paper atau marker pen..
contoh ayat paling simple "Mer was here" (hahahaha.. POYOOOO...) atau
"(nama mangsa) bengong!! otak tak betul, datang sni jangan nak buat taik" hehehe... contoh key...
zaman makan laksa 1.50 kat gerai pak abe.. (sekarang kalau balik tapah, sure pekena laksa dia)
zaman lepak dengan member kat bus station sampai bas terakhir gerak..
zaman jalan kaki dengan arul balik rumah sebab terlepas bas last pukul 6.45 petang. huhuhu... peluh beb..

warghh.. winduu.. winduu.. ye laaa ye laaa... cik kiah pun cik kiah la.. organisasi akan dibentuk pas ni.. miyahahaha...

nota lutut - padahal budak2 sekolah aku mana ada layan blog.. hahaha... korang jugak yang layan2 citer2 karut aku ni hahaha.. tochee.. tochee..

HAPPY CHINESE NEW YEAR

Monday, January 19, 2009

Anugerah Lagu ke 23

YESSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!! Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu telah dinobatkan sebagai Juara Lagu ke 23 tahun 2009..

pukul 8.45 malam AJL tu aku dan kak anys dah tercongok depan tv menanti Anugerah Juara Lagu ke 23... kak anys bawak kek gulung, cheezel dan twisties mesti mauu~ hahahahah

krew AJL memilih stomping dance sebagai acara pembukaan.. aku rasa tak begitu menyengat.. tatau la mungkin tak kena dengan jiwa aku atau aku expect lebih dari tu.. agak kecewa sikit laa..
alah malas lah nak citer pasal starting dia.. tak de pekdah..

overall aku puas hati dengan semua persembahan kecuali beberapa persembahan yang aneh.

Persembahan aneh yang aku nobatkan sendiri ialah:

  1. Tempat pertama jatuh gedebuk!! kepada Aiman dengan lagu Dusta Berkalang - aku tak paham apa yang dia sampaikan dari segi nyanyian, lirik, persembahan, pakaian dan sampai ke make up dia yang ditaja oleh Stage bukan lagi Loreal atau Maybelline. bahagian yang paling aku tak boleh terima ialah topi dia, kerana hiasan topi dia terdapat cermin2 bulat yang terdapat pada shapener pencil. sangat tidak cumel beliau berkelakuan begitu.. yee yee aku buta seni..
  2. Tempat kedua jatuh kecepekk!!kepada Farahwahida dengan lagu Persoalan Cinta - aku kurang menyukai pakaian cina beliau.. aku juga confuse dengan genre music dia.. dalam perbincangan aku dengan kak anys di depan kaca tv.. mungkin element music cina tu yang membuatkan lagu tu dalam kategori etnik kreatif. Dan diorang menang.. Tahniah ek..
  3. Sorry Elyana dengan lagu Kalis Rindu, aku terpaksa memasukkan ko dalam kategori persembahan yang aneh.. ko adalah antara penyanyi yang aku nanti2 kan dalam AJL. malangnya persembahan ala2 barbie doll Gwen Stefani memang tidak menjadi. its ok gurl.. suara ko power.. cuma persembahan ko tu aku rasa ko pemalas.. next time dun malas2 key!! (bercakap macam member satu sekolah aku plak)
selesai sudah ketegori persembahan aneh.. skang aku just nk ulas persembahan yang aku rasa mantapss je.. persembahan yang aku rasa tahap pertengahan dalam pemerhatian aku sebagai orang yang buta seni.. anda terselamat dari komentar aku.. hahaha..

sebenarnya aku tak berapa sangka MUH menang AJL tahun ni.. bukan sebab aku tak minat MUH tapi aku tengok saingan terdekat MUH iaitu Faizal Tahir sangat sangat mantap juga malam itu.. aku sangat suka kedua2 persembahan dia.. memang Faizal Tahir all out malam tu.. maklumlah tahun lepas tidak dapat beraksi.. huhuhu kesian beliau... i support u!! hehehe...

DAAAAAAN... Juara Anugerah Lagu ke 23 jatuh kepada MEET UNCLE HUSSAIN!!!! WOOOOHUUUUUUUUU~~~ sangat sangat meminati band ini... masa Cheryl Samad umumkan MUH menang, aku blur.. aku punya muka blur sama dengan kumpulan MUH punya muka masa diumumkan sebagai Juara.. Cheryl Samad umum terlalu cepat ke.. aku yang blur ke aku kurang periksa.. tapi AJL tahun ni aku banyak lost masa pengumuman..

nota lutut - teringin nak tengok AJL tahun depan secara live.. nanti lah aku cari2 jalan hehehe...

Saturday, January 17, 2009

Yahudi Musuh ISLAM Sampai Akhir Zaman

n3 kali ni aku sangat pasti memang akan emosi..


aku sebagai umat Islam yang serba kekurangan menyeru rakan2 yang tersinggah dalam blog aku ni supaya lakukanlah walau sedikit usaha demi saudara seagama ISLAM kita di Palestin.

untuk menonton berita yang berkait Palestin pun aku tak berani. apatah lagi untuk ke Palestin memegang senjata dan menembak kepala BINATANG Israel CELAKA yang menyentuh tubuh suci saudara seISLAM aku untuk dibunuh syahid untuk menyelamatkan agama dan tanah air mereka sendiri dari diCELAKAkan oleh BINATANG israel.maafkan ku... aku pengecut..

setiap hari mata dan otak aku disogokkan dengan gambar2 sedih rakyat Palestin bergelimpangan berdarah macam nyawa tiada nilai. janganlah jadi dayus dengan menutup tv sebab tak sanggup melihat penderitaan Palestin dan terus ke dapur masak meggi. dan bancuh air milo.

lakukan sekelumit usaha yang termampu..

tapi...

"dah la barang2 kat malaysia ni penuh dengan barang2 buatan israel dan amerika.. kalau tak beli dan guna barang2 mereka.. alamat susah la kita nak hidup.. barang2 paling basic dan berlambak kat pasaran macam meggi, nestle, mekdi, kfc.. yang memang sejak dulu lagi aku guna, macam mana tetiba nak stop pakai barang2 tu semua.. "

aku harap bisikan2 seperti itu dapat aku hindarkan.. insyaALLAH..

aku sebagai manusia yang lemah.. yang memang sangat tidak terdaya.. mengaku dan ingin meminta maaf seawal ini..

sebab aku tidak boleh berenggang dengan hand phone aku yang berjenama NOKIA.. erm.. aku dah beli.. duit tu pun dah dapat kat diorang. tetapi andai kata aku belum memiliki hand phone ini, aku sangat pasti tidak akan terdetik untuk membeli jenama itu demi ISLAM. perlukah aku campak hand phone ni, sebab ia jenama NOKIA.. erm.. gunakan akal yangALLAH bg tu untuk berfikir key.

kita sebagai suadara seISLAM wajib menyumbang walau sekelumit usaha demi keamanan umat ISLAM yang lain..

aku juga sangat takut dengan azab ALLAH jika tidak mempedulikan saudara seISLAM ditindas.. NAUZUBILLAH.. ini adalah tanda aku prihatin.. usaha.. dan takut dengan azab ALLAH..

bayangkan duit yang kita beri untuk membeli barang2 yang disenarai sebagai barangan buatan israel dan amerika.. dijadikan untuk membina2 senjata2 api yang canggih dan senjata itu digunakan untuk membunuh dengan kejam terhadap rakyat Palestin.. Nauzubillah..

dengan memboikot barangan lahat2 tu.. insyaallah dapat menghentikan saluran kewangan untuk memusnahkan ISLAM.. insyaALLAH…


~ALLAHUAKBAR~

Wednesday, January 14, 2009

aku memang femes hahaha!!

aku terpaksa remove video perasan femes aku tu.. sebab blog jadi berat giler.. nah aku kasi link je bukti aku tetap femes hahaha...

Klik sini untuk riak...

thanks kat syacz sebab buat aku gelak sambil berangan aku fofular kat meja opis.. hahahaah..

n thanks to anarm coz bg aku embed code untuk video ni hahaha...

hahahaah aku bahagia hahaha...

Sunday, January 11, 2009

theres only one thing, two do, three words, four you.. I LOVE U

tajuk ada kaitan untuk di bawah sekali sahaja haha....

minggu lepas aku demam yang agak teruk.. malam tu badan aku menggigil sejuk dalam selimut.. aku tak boleh tidur, satu badan aku menggigil.. hidung tak payah cerita la.. kalau aku tetap teruskan cerita pasal hidung.. nanti korang cakap eeuuw~ pulak kat aku :D

tapi yang pelik sepanjang aku menggigil tu otak aku terus memaksa untuk aku pergi kerja jugak esoknya.. dun care.. i have too.. kata kepala hotak aku!! huh.. pelikkan...

bukanlah bererti aku seorang pekerja contoh atau aku nak korang cop aku sebagai seorang yang sangat rajin sehingga mengetepikan kesihatan aku, jauh sekali menjadi pekerja mithali.. huahuahua..

aku dalam proses memprotes.. protes?? protes amende seksa zahir batin. malas nak cerita details dalam n3 ni.. cukuplah orang yang rapat2 dengan aku tahu kenapa aku protes, still datang kerja walaupun tengah demam teruk... sepanjang hari aku duduk surau je.. aku hint je la ek...

"pengorbanan selama ni tak dihargai.. malah dituduh menipu.. hukum karma tu wujud bai.. wait n see je la.."

sudah 2 3 4 kali anarm n kak niz suruh aku update blog, aku bgtau mereka sekarang jiwa tengah kacau bilau, aku tak suka n3 aku berbaur emosi.. tak suka bagi aura -ve kat kawan2 yang sudi baca nukilan merapu spesis kerapu pada blog aku nie..

n3 ni bukti aku tewas.. aku tetap type n3 baru tapi dalam kawalan emosi maksima... aku tewas untuk menyimpan perasaan kecewa aku sorang2.. sorry terpaksa melampias hanya sedikit perasaan ni.. maklumlah nama pun berkocak.. haruslah terpercik kan.. hehe..

nah aku nak kongsi lagu best.. kak niz bagi kat aku tadi.. semoga pemberi dan penerima lagu ni bahagia hehehe... (penuh makna hahaha)


Thursday, January 8, 2009

bosan vs suka suki

cubaan pertama encik katak aku sambut.. sebab nanti dia ong gedik2.. (sebenarnya bosan)

hahahah tetiba je aku bahagia tag tag nie.. sebab aku tengok ramai yang terseksa jawap tag..

1. sesiapa kena tag, kena tulis 10 perkara tentang orang yang gatal meng "tag" dia.
  • dia agak sengal
  • dia tinggi
  • aku teringin kerat ekor rambut dia. tapi dia sayang ekor tu, jadi aku hormati keputusan dia
  • dia pendiam
  • dalam ym dia ramah
  • bila malam je dia on9, bila on9 je dia malam
  • dia sayang kereta dia
  • dia suka wat lawak bodo, tapi dia tak bodo
  • dia selalu dengar relak fm
  • dia promote radio tu kat aku
  • huh settle..


2. orang yang kena tag,kena pulak tulis 10 perkara tentang dirinya.
  • aku tengah berpikir skang nak type ape
  • aku tengah dengar radio relak fm
  • aku tengah ngantok
  • aku baru lepas makan meggi tapi tak habis
  • aku teringin cheezy wedges skang
  • aku baru je terpikir, tulis tentang orang laju je, tentang diri aku tatau nak type apa lagi
  • nama aku mira
  • jom sembang dengan aku, sebab aku suka sembang
  • lepas ni aku nk tag orang..
  • ok skang dah ada list dalam palotak aku..


3. akhir sekali.. list je siapa2 yang nak di tag..
  • akira
  • silolo
  • kak nis
  • lavender
  • anarm
  • katak (bg ko balik, kalau berani jawap sekali lgi, kompom takkan)
  • zila
  • arul
  • awin
ntah.. aku tak de motif jawap segala2 tag ni.. suka ti laaaa hahahaha...

award


Blog aku dapat award?? kene bagi ucapan ke?? aku cuba... terima kasih kepada pemberi award ini.. kepada keluarga di kampung halaman yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi.. i luv u ol (family aku duduk dengan aku skang kat KD saja nak guna ayat standart artis kalau menang)

T&C:

1. Copy badge “2008 Cute’s 3logger Award” di bawah (aku letak atas gak tak kiraa) untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

camcilah adalah insan yang bertanggungjawap terhadap semua ini. dia seorang xopismate dan xhousemate dan xmangsa kerakusan aku zaman dahulu kala..hahaha... sampai skang still touch touch dengan dia.. auww~ aku rasa dia masih ingat syarat2 yang aku tetapkan untuk dia masa kami sebumbung dahulu.. "apa pun terjadi jangan jerit, sebab gambar ko dalam hand phone aku" hahahaha... missed that momment.. sian ko kene buli dengan aku dan yosh ek.. hehehe..

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya

mak ai 10 tentang diri sendiri.. aku bukan tau nak cakap pasal diri nie, nanti cakap kang, kata aku riak plak hahaha.. erm.. ye laaa ye laaa. tak pasal2 aku kene muhasabah diri time opis hour nie.. hikhikhik

  1. nama aku AINI AMIRAH BINTI JALALUDDIN, orang biasa panggil aku MIRA.. family aku panggil aku MIRAH.. kawan kat kampung aku panggil aku MER.. zaman2 sekolah aku banyak nama.. malas nak sebut sebab aku suka 3 nama di atas je hehe..
  2. birthday aku 22 march.. haaa dah tau kan kan kan.. nasib la korang.. jerangkap samar nie..
  3. aku suka mengadap pc walaupun bukan time keje.. mak aku selalu menasihati aku dengan picing yang agak tinggi "g keje ngadap komputer... balik keje mengadap komputer.. koo tak penat ke mirah, g la tido" lebih kurang mcm tu la bunyi nye wahai kawan2 sekalian..
  4. aku suka merayap dan hang out dengan kawan2.. ajak la aku ke mana sahaja, kalau poket aku tengah sendat, memang aku follow.. buktinya.. kawan aku yang memang membesar kat KL pun boleh tanye aku kalau nak g sumwhere.. kne naik tren ape, turun mana, suh bg land mark bagai.. aku merayap dengan tren, bus n jalan kaki je.. zaman dulu kala.. selagi aku rasa dekat, aku redah jalan kaki je..
  5. aku suka baca novel.. zaman dulu kala aku boleh settlekan 3 bijik novel dalam sehari.. tapi pastikan 1 hari tu aku tak de aktiviti lain la.. tapi skang ni, banyak gila novel yang masih tergendala kat dalam bilik aku. malah ada yang aku bagi kawan pinjam, walaupun aku mash belum baca..
  6. aku suka KFC terutama chezy wedges.. kalau kawan2 aku makan chezy diorang sure akan kasi aku jeles.. elleh.... memang jeles pun.... huh... kalau aku balik tapah, kawan aku azid dah tau dah tempat pilihan lepak, kitorang panggil "kedai tok janggut".
  7. aku suka duiiitttt... sebab sekarang aku tak de duit :(( sapa leh bg ak duit ni.. sapa.. sapa..
dah la tue... jenuh aku pk.. mengalahkan aku pk koding untuk ari ni hahaha...

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

  1. kak niz
  2. akira
  3. silolo
  4. anarm
  5. katak
  6. lavender
  7. arul
  8. awin
  9. opaq
  10. alfirus

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan
“anda telah di tag - sila layari blog
______ untuk mendapatkan award anda”.

tugasan aku sebagai blogger dah settle.. hah.. lakukan lah kalau rajin ye anak2 kuu~~

Monday, January 5, 2009

4ll sweet garden

tanaman aku semua layu... dalam perkiraan aku hampir 50 ribu dan mungkin lebih ringgit malaysia yang aku laburkan.. semuanya musnah.. aku jerit!! silolo ketawa!! kejam bukan?dia tak paham pahit jerih aku.. kekadang duit yang aku labur untuk benih,malangnya ada yang tidak sempat untuk disemai.. mungkin aku tidak cermat semasa melakukan tugasan tue..

aku sudah siap sedia berangan.. untung dari tuaian, aku mahu dirikan reban ayam pula.. ayam pemberian rakan2 yang memahami kerjaya aku memang aku hargai.. lagi pun apa salahnya membina reban untuk ayam yang cumel2 itu.. aku harap binatang ternakan aku yang lain tidak memahami perkataan pilih kasih.. maklum sajalah.. ayam tu lebih cumel dari mereka.. malah binatang itu terlalu kecik untuk dibiarkan bersepah..

arghh.. tapi itu semua hanya angan2 yang sudah hancur.. aku masih lagi cuba untuk melupakan tragedi petang tadi yang meragut separuh suara aku akibat jeritan lantang bukti protes aku tentang apa yang berlaku...

kini wang simpanan aku hanya tinggal dalam lingkungan 2 ribu sahaja.. itu pun dengan kudrat yang masih bersisa aku petik buah2 yang terdapat di satu sudut yang aku sempat tanam pokok buah buahan.. itu juga hasil belas ihsan dari rakan2 yang masih mempercayai pilihan kerjaya aku sebagai petani.. terima kasih teman kerana masih.. alhamdulillah...

aku biarkan tanaman itu mengering, tetap dengan niat yang satu.. aku sedang protes.. aku kira mungkin boleh dibuat baja organik. hasil perbincangan dengan rakan yang mempunyai minat yang sama.. rupanya pihak berwajib masih belum menyediakan kelengkapan untuk penyediaan baja organik.. sekali lagi aku kecewa..

berbahagialah kalian dengan reban ayam dan kandang kuda tu.. walaupun minat kita sama.. tetapi jurang ekonomi kita sekarang sangat berbeza.. dengan tekad yang masih bersisa.. aku akan cuba menaik pulih taraf hidup aku sebagai petani..

bak kata kak anys.. tak salah berbudi pada tanah...


hahahaha... aku lupa nak harvest tanaman aku dalam game myFarm dalam facebook nie... aku tertekan sampai memaksa diri aku sendiri tulis n3 sengal ni.. n3 ni tak de motif langsung, hanya pengubat sakit hati je hahaha..saje nak buat sengal hahaha...

tq pada encik syacz sebab 'sempat' sumbangkan gambar kemusnahan tanaman aku dengan sentuhan photoshopnya.. hahahaha... perli aku la tu.. huk huk huk...

Thursday, January 1, 2009

dua ribu sembilan!!



semalam acara mewayang di jalankan.. The Day The Earth Stood Still jadi pilihan..jalan cerita dia ok, aku bagi 3/5 bintang di cakerawala.. aku layan macho keanu reeve je.. dah tua muka dia, tapi still macho ahakss..

kuar dari opis kol 6.55 (skang opis dah buat record masa masuk n balik opis, thats y aku ingat hehehe) hati cam dah tawar.. dah taruk gula sekilo kat hati, tapi tawar gak.. tatau pe sal :P

g kedai makan p ramlee seberang jalan area hartamas.. layan nasik campur berlaukkan ikan keli masak pedas dengan sayur kangkong goreng. kitorang terlupa ari ni memang jalan jem sebab for sure area the curve jem sebab situ area clubbing.. for sure count down kat situ heppening.. aku dan kak anys tak de hal sangat sebab kitorang naik kuda, senang nak cilok2.. silolo drive ari tu.. so macam biasa la..kuda aku mesti menang punyaaa.. so lepas ni ada sesapa yang nak bertaruh atas kuda aku, silakan.. pasti korang tak kecewa hahaha...

sampai area cineleisure pukul 10 malam.. lepas beli tiket.. kitorang lepak surau cineleisure tunggu wayang start pukul 1145.. kat luar aku dah tak sanggup tengok makhluk joget2 tonggang langgang cam kene sawan.. baik aku lepak surau layan mata.. (opss kantoi tak senonoh tol kitorang)

dalam 15 minit wayang start.. ada beberapa orang kuar dari panggung, sebelum keluar diaorang jerit "Happy new year" aku tergelak je.. aku tak bengang sangat dia ganggu konsentrasi aku terhadap keanu reeve sebab aku rasa tindakan dia cool hehehe...

wayang habis pukul 1++ sebaik keluar je dari wayang, kembang tekak aku.. cineleisure tu dah macam toilet.. lantai bersepah2 dengan muntah orang yang tonggang air setan.. ramai makhluk yang terbaring2 sebab mabuk, rasa macam nak pijak je diorang.. aku tengok, orang melayu yang mabuk dah tak cukup nak bilang dengan jari.. campur jari kaki pun tak cukup.. ramai sangat orang melayu yang perangai memalukan bangsa sendiri. sekarang aku terima kenyataan, bangsa melayu belum tentu Islam.. erm.. Nauzubillah..

jalan depan the curve jem sesangat.. kalau redah dengan moto, memang tak de hal sangat.. tapi sian plak kat silolo.. so kitorang pakat tunggu jalan reda.. sambil tunggu jalan reda, kitorang lepak bersama2 nyamuk kat tepi kolam cineleisure.. tetiba datang pak guard ajak sembang.. aku suka lepak sembang2 dengan warga emas ni, macam2 cerita dia kongsi.. maklumlah nama pun warga 'emas'.. pengalaman dia sangat berharga..

dia cerita pengalaman dia jadi askar dulu.. pergi bosnia la.. somalia la.. pergi luar negara.. dia ada sebut beberapa artis yang memang aku tak sangka perangai dia teruk, cari side income kat luar negara, rakam aksi2 najes, jual kat negara lain.. tak payahla nak sebut nama diaorang kat sini.. nak tau ym aku hahaha..

yang paling menarik semalam, malah lebih menarik dari cerita The Day The Earth Stood Still.. korang mesti pernah dengar pasal kisah arwah Hazwan yang dihukum gantung di atas kesalahan membunuh ex-awek dia dan boyfren baru ex-awek dia tu kan.. semalam encik guard tu tunjuk kat kitorang rakaman live dari penjara si Hazwan tu nyanyi lagu cinta tiga segi tu.. aku tatau la kalau2 korang pernah tengok.. tapi pak guard tu cakap memang video tu tak lepas kat public.. wallahualam.. hukum karma tu wujud.. baik di balas baik.. jahat di balas jahat.. marilah sama2 buat baik.. yang pernah buat jahat tu berazamlah untuk bertaubat key, pintu taubat sentiasa terbuka.. insyaALLAH...

erm... azam tahun baru aku ek...

settlekan azam tahun lepas.. hahahahaha...

c yaa.. muax!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin