Wednesday, March 18, 2009

Akademi Fantasia 7


aku saja nak tukar angin penulisan aku.. mengenangkan sekarang sedang musim Akademi Fantasia, aku nak jadi pengkritik bebas AF.. miyahahahaha... corak penulisan aku biasa dan mudah je, semua statement berdasarkan kecenderongan minat peribadi aku.. lagi pun konsep AF sendiri memang menggalakkan kebebasan memilih.. walaupun sering diwar warkan untuk memilih dengan bijak, tetapi aku rasa ramai yang memilih atas dasar kesian.. rupa dan attitude.. dengan lebih tepat "sukati aku la.. aku punya kredit..". barang siapa yang perangai tak boleh blah tu, jambu je tak menjanjikan kebahagiaan, betul tak syd? setakat ni aku memilih yang ada pakej seperti berikut... suara best, performance best, PR bagus dan perangai tak poyo..

Aku ikuti perkembangan bakat2 AF sehingga lahirnya juara2 AF1 hingga AF6. Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila dan Stacy. Sebenarnya aku memang mengikuti akademi fantasia sejak musim pertama lagi.. ahaks.. kantoi.. muka cromok hati tomok.. hahaha... cuma AF5 dengan AF6 aku hanya mengikuti dari jauh sebab masa tu life aku tak stabil, dok pindah randah.. umah sewa tak de astro dan pelbagai kekangan.. aku layan AF kat kedai makan je.. tapi sekurang2nya aku tau sapa menang hehehe..

Peserta2 lepasan akademi fantasia ini kelihatan tenggelam timbul.. ada jugak yang tenggelam tak timbul2.. nama mereka juga ada yang sudah aku lupa.. terlalu ramai.. mereka dikenali sebagai Bintang Akademi Fantasia.. ada yang memperkatakan nasib bintang AF yang dikatakan "tak pandai market kan diri" terabai dan ada yang sadis yang terseksa.. Mas AF3 contohnya mengalami tekanan perasaan yang agak serius sehingga menyebabkan dia ditahan di hospital sakit jiwa. aku malas nak cerita kisah Mas.. cuma berharap bintang2 AF yang didakwa "tidak pandai market kan diri" ni terbela.. korang dah angkut dia ke bandar, tabur janji manis.. pas tu dah tak boleh jual korang biarkan dia dalam sepital.. damn!

pihak maestro masih berani ambik risiko melancarkan AF7.. lambakan artis dari pelbagai ceruk realiti TV tak menghalang astro.. janji duit hasil undian insan2 fanatik masyuuuuk... mungkin di kaca tv mereka mengatakan, mahu membantu makhluk berbakat ini membina kerier mereka.. aku juga melihat keadaan ini adalah "win win situation". pihak astro dapat kaut untuk besar.. wang besar wang besar abang haliiim... bintang AF juga dapat merialisasikan impian mereka bergelar bintang.. haaa.. nah.. memang gelaran bintang tu korang dapat.. pepandai la gilap.. tapi jangan lupa.. pihak yang bertanggungjawap perlu la guide.. jangan la dah dapat untukng besar.. lepas tu gunakan alasan.. tak pandai market kan diri.. tapi si bintang pun kene la.... ntah la.. aku pulak pening2 pasal diorang.. aku yang tunggang langgang ni, tak de sapa nak pening pasal aku.. hahaha...

sekarang AF7 sedang ditayangkan, jom layan bersama2 dengan aku..

n3 aku kali ni simple je.. sebab masih belum banyak yang boleh diperkatakan..aku suka hafiz, aisyah, zizi, yazid dan aril.. diorang ada pakej dan potensi,. yang lain aku masih belum boleh minat.. tetapi ni masih peringkat awal.. aku tak suka rini, gelabah semacam, poyooo nangis2, budget jiwa jantan tapi sensitip la konon.. aku selipintip mulut tu kang.. baru tau... claudia aku cam kureng gak.. suara ok.. tapi cam over je.. diingatkan, ini baru peringkat awal.. kita layan je dulu...

nota lutut - sekati aku la

14 comments:

setery said...

amIRah: hahaha aku nak paksa ko ni
starry~*: paksa apa nie
amIRah: baca blog hahahha
amIRah: jom sembang af
amIRah: aku tak ske rini
starry~*: aku pun
starry~*: gedik la dia tadi
amIRah: ko suka sapa
starry~*: pompuan aishah zizi
starry~*: x byk pompuan best
starry~*: konsert ari tu aku suka afis
amIRah: memula aku suka apis
starry~*: si shuffle pun ok gak
amIRah: tp suara dia best
amIRah: ha ah... aril
starry~*: haah hafiz dpt jadi pelajar terbaik konsert lepas
amIRah: aku memula ingat shuffle yazid.. yazid breakdance ek
amIRah: ha ah
amIRah: bawak cd
starry~*: yazid tu kelakar kan
amIRah: haha

niz said...

ewuuuuu...kamu berdua menggelikan momtot i.

baik kamu berdua layan Mari Mengaji bersam aUstaz Zamri...dekat di hatiiiiiii....

sebaliktabir said...

Hehehe...AF....hahaha AF... sape yang untung? sape yang rugi? sape yang paling banyak mengundi? sape yang paling banyak sertai? sape yang paling banyak masalah?.... macam-macam ada.....

imranabduljabar said...

aku suka realiti program...
sebab ada banyak perkara aku belajar...

kalau program lagu, aku paling suka "ROCKSTAR - INXS dengan SUPERNOVA"

sebab, aku suka kreativiti peserta buat lagu orang lain jadi 'lagu diorg sendiri'. Bayangkan lagu Britney Spears-Hit Me Baby One More Time jadi ROCK. Coolness...

tapi aku tengok trend peserta sekarang pon cam gitu. tak nyanyi stret macam penyanyi asal. macam winner dan runner-up American Idol 7. Tahun ni nye peserta pon ada yang pandai arrange lagu.

not bad jugak untuk OIAM tahun ni. best2 new arrangement utk lagu2 diorg.

aku rasa aku suka dengar yang fresh.

pasal masalah 'sampingan' realiti program...hmmm, biasalah bisnes.

*aku tak pernah ngundi. tengok aje.

army4war said...

setari - ces.. nasib tak copy semua.. kalau tak, semua orang akan "afundi mira" pas ni haha

kak niz - mahu segar kan otak.. kene follow the flow.. tidak mahu stress2.. (ntah)

sebaliktabir - aku memang layan af.. aku tak mengundi.. aku suka tengok gelagat manusia.. sangat menarik.. semua pihak kene pandai bawak diri.. sebab mereka saling mengaploitasi satu sama lain..

brader sifoo - realiti tv ni sebenarnya banyak mengajar.. memang tujuan utama aku nak berhibur.. tapi seronok tengok gelagat orang.. banyak benda boleh tahu.. banyak pro n cons nya.. yang menarik di sini.. peminat memilih pakej yang memang market nak di pasaran.. bukan suara semata.. yang undi rupa je tue.. sure takkan ke mana gak..

skang banyak improvement.. tak macam af yang memula.. wah..!! terlebih suda..

setery said...

afundi setery !
jap lagi aku paste lagi k..

Ishida Kuchiki said...

aku suka TIARA (pengetua).. solute dia bleh jd pengetua AF kali ni. Aku lom bkesempatan tgk lg.. Yg paling last aku tgk x pernah tinggal AF time mawi dulu! WORLD! lepas tu ikut mood.. sbb da xde aura lg dah kot..


p/s : thanks :)

bluefrog© said...

aku suka bila final saje.. klu final macam taik.. komfem mmg dr mule dorang taik taik..

ye lah ko punye en3 simple.. paling simple 6 perenggan eh..

syd ~pisces~ said...

good start..! ahahhah

hegira said...

yay!

af7! aku ingat aku n imran jek yang tengok. haha.

aku suka hafiz and zizi. setakat ni lah.

tapi apsal serius kau kali ni babe... haha. cool.

aku suka realiti prog, kebykan nyalah. macam survivor, apprentice. suka tengok gelagat orang. berlakon tak berlakon belakang kira. OIAM aku tak berpeluang lagi tengok sebab setiap jumaat malam mesti aku gelandangan.

:P

setery said...

hai hegira.
dlm OIAM aku nak bgtau. mira slalu sokong tomok. kalau tomok keluar je, dia akan tumpu sepenuh perhatian terhadap persembahan tomok.

opss.. sori mira. terlebih sudaa..~

ahahahahah

army4war said...

ishida kuachi - aku sedang menantikan kewibawaan tiara.. belum tunjuk power lagi kot.. aku sabar..

katak - hahaha.. simple tu hape? cicah dengan milo sedap tak?? nyum3x

syd - demi kebahagiaan, aku sahut cabaran deposit ko tuh.. miyahahaha..

hegira - n3 aku serius kah.. nanti aku cari mood badut untuk merealisasikan impian ko.. hahaha.. mari layan af dengan aku..

setari - tu muka terkejut, bukan muka xcited.. ko kne lebih banyak belajar untuk mengenali aku. aku kecewa..

imranabduljabar said...

AF semalam kurengg!

Aku rasa OIAM lagi kencang seh...
Tetiba Tomok dah jadik lain giler style dia, not bad. Shafinaz pon impressed.

Amylea pon bukan main lagi.

army4war said...

semalam layan AF memang rasa tak impressed langsung, yang paling ok pun hafiz hehehe.. sebab hari sebelumnya tgok OITM.. diorang memang pro... level AF memang tak setanding OITM :D

OITM suka amylea.. masa amylea dalam AF tak suka sangat..hehehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin