Sunday, September 26, 2010

Kenapa bukan "SEORANG"

ini mengisahkan 'seorang' ...

Mengisahkan 'seorang' budak yang berusaha untuk menjadi hebat.. adiknya mengganggap abangnya pesaing dan dicemburui.. pada suatu hari mereka berdua dicolik dan dibawa ke suatu tempat untuk dijadikan buruh kanak2 yang bekerja secara paksa di sebuah kawasan pergunungan..

ramai mangsa yang telah dikumpul di situ.. antara mangsa2 yang dicolik tu ada la 'seorang' awek yang sedang ketakutan.. so si abang ni pun melindungi la awek cute nie.. (hek elee) si adik pula rasa, ini la masa yang dinanti2kan untuk menunjukkan dia hebat dan gagah berbanding abangnya.. dia pun menunjukkan minatnya untuk menjadi pahlawan, tetapi pada pihak yang jahat.

dengan pertolongan 'seorang' pahlawan yang dipaksa memihak kejahatan.. si abang dan awek cute tu pun terlepas dari menjadi buruh.. (hek elee) mereka berdua menuju ke suatu tempat yang diarahkan untuk mendapatkan bantuan..

maka mereka pun merentas lautan yang banyak rintangan untuk berjumpa puak yang mampu menghapuskan kejahatan.. sepanjang berada dalam puak yang baik itu.. ada 'seorang' otai yang mengesan kehebatan budak ni walau usianya masih muda.. (hek elee) rupa2nya otai itu seorang pahlawan terbilang yang sangat disanjung oleh budak itu..

pertempuran terjadi antara abang dan adik yang menyokong kejahatan itu.. semasa pertempuran terjadi.. si abang berusaha menyelamatkan adiknya dari terjatuh ke dalam api.. tetapi adiknya masih cuba mengkhianati abangnya.. dan telah terjatuh ke dalam api.. (hek elee)

peperangan antara puak jahat dan puak baik pun terjadi... puak jahat hampir menang sehingga lah budak lelaki itu bertindak berjuang bersama2 puak baik itu.. (hek elee) dengan mudah dia berjaya membunuh ketua penjahat dengan hanya menikamnya dengan kayu.. (hek elee)

si abang disambut sebagai wira muda yang dikagumi kehebatannya (hek elee)..

HAPPY EVER AFTER ...

tapi kenapa bukan "SEORANG!!!" tetapi "SEEKOR BURUNG HANTU" yang menjadi pahlawan.. penjahat.. buruh kasar.. penyelamat.. pemberontak.. pengkhianat dalam muvi ini... arghh!!!! stress aku tengok muka2 burung2 tu berlawan tadi..

:: Legend of the Guardians ::


*nota lutut - pape pun best pasal layan wayang ni dengan member2 yang senget.. tu je yang+ve sepanjang aku layan citer ni hak hak hak...

4 comments:

Mohzam said...

hek ele..nak cari yang lanunlah..hek.. elee macam best aje cerita dia..hek elee

army4war said...

mohzam - hek eleeee.... tak best ar hahahaha...

Lolo said...

wakakakakka.. aku pon dok gelak bace hek elee ko..

army4war said...

lolo - stereotype sangat kan.. hek eleeee~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin