Thursday, November 20, 2008

Laksamana Sunan :: Saifudin





aku adalah "kipas susah mati" karya2 Ramlee Awang Mursyid.. aku start baca karya beliau masa kawan aku kasi pinjam novel "Bagaikan Puteri" lepas aku baca buku tu, aku rasa ada kelainan dari novel2 yang aku pernah baca sebelum ni.. aku terus beli buku Bagaikan Puteri tu.. aku terus cadang nak wat koleksi karya2 beliau..

aku sangat hormat penulisan beliau sebab sambil dia memberi hiburan, dia menyelitkan ilmu2 seharian dan tertib2 yang perlu kita ikut sebagai umat Islam yang selalu kita lupa.. setakat ni semua novel penulisan beliau yang aku baca semua aku puas hati.. sebab dia menulis dengan niat yang betul.. insyaALLAH...

aik.. knapa tetiba aku serius nie hahaha... sebab aku baru je baca novel episod terakhir kesinambungan Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu iaitu Hijab Sang Pencinta... memang penulisan dia belum pernah mengecewakan aku.. wah melambng2 aku puji dia.. tapi bak kata Laksamana Sunan dalam novel2 ni.. "Kepada Allah Jua Segala Puji Pujian di Berikan".

aku tak kira aku nak ulas novel Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dengan Hijab Sang pencinta ni hahaha...

Bagaikan Puteri:-
kisah Haryani yang koma sebab di ragut penunggang motor. dalam alam komanya haryani terlontar ke abad ke-15 iaitu zaman kerajaan melayu melaka. dia terjumpa Laksamana Sunan kat situ. diorang syok sesama sendiri, tapi Laksamana Sunan agak keberatan nak menyambut perasaan tu sebab mengetahui haryani bukanlah dari zamannya.. hanya hijab masa yang membawa haryani ke zaman abad ke-15.. Laksamana Sunan menganggap haryani milik zaman abad ke-21. dengan mengikut firasat dari langit, Laksamana Sunan diarah menghantar haryani pulang ke zamannya kembali.. pergolakan antara manusia dan pengkhianat di langit (iblis) menjadi penyebab haryani perlu ditikam dengan keris Nagroe oleh Laksamana Sunan.. dengan izin Allah haryani tersedar dari koma.. Dani yang mencinta haryani sejak pandang pertama pergi ke Acheh untuk menjejaki keris Nongroe yang dikatakan keris yang pernah dimiliki Laksamana Sunan.. Dani telah dihanyutkan Tsunami.. pada detik yang sama pada abad ke-21, semasa Tsunami melanda Acheh, dan pada abad ke-15 Laksamana Sunan telah di tebak dengan anak panah bersihir oleh Ratna- Ratu Pulau Utara.

Cinta Sang Ratu:-
sang ratu yang terbuka hati memeluk agama islam telah dinikahi oleh Laksamana Sunan kerana rasa tanggungjawapnya terhadap ratu pulau utara itu.. Ananta selaku maharani pulau utara murka dengan keputusan anak asuhannya itu, senggara makhluk yang disihir oleh maharani disuruh menculik anak asuhannya sendiri untuk dipalingkan dari dari agama Islam. pelbagai rintangan yang dihadapi oleh suami isteri itu demi menegakkan amanah Allah. pada abad ke-21 Dani yang disangka sudah terbunuh rupanya hilang ingatan dan rohnya pergi ke abad ke-15 sebagai senggara.. haryani terpanggil mencari dani di acheh kerana tidak mempercayaai dani sudah mati dibadai tsunami. akhirnya dengan izin Allah kebaikan akan mengatasi kebatilan.. senggara telah dikembalikan pada abad ke-21 yakni dani menjadi waras kembali. ratna dalam usaha menyelamatkan Laksamana Sunan telah di bunuh oleh ibu nya sendiri ketika cubaan hendak membunuh laksamana sunan. ratna di semadikan di tanah pulau utara.. maharani menyesal kerana membunuh anak asuhannya sendiri. selepas kematian ratna isteri tercinta Laksamana Sunan mengambil keputusan untuk balik ke tanah melayu untuk berbakti kepada kedua orang tuanya..

Hijab Sang Pencinta:-
dalam perjalanan ke tanah melayu perlbagai cubaan yang diterima oleh Laksamana Sunan. manggala seorang serigala jadian telah diamanahkan oleh taghut syaitan laknatullah untuk menghapuskan Laksamana Sunan demi untuk memudahkan iblis menghasut anak2 adam. pelbagai bentuk samaran yang telah dilakukan oleh taghut untuk mengaburi mata Laksamana Sunan.. dengan berlindung di bawah kebesaran Allah yang satu, Laksamana Sunan dengan mudah menghapuskan segala rintangan. Laksanama Sunan sampai ke tanah melayu, tetapi ibu tercinta Beliau telah meninggal dunia kerana terkena sihir yang dipersetujui sendiri oleh melor. dengan izin Allah yang maha mengetahui.. Laksamana Sunan telah memasuki abad ke-21.. di situ dia tetap membanteras kejahatan bersama2 dengan dani dan haryani.. haryani menyampaikan hasratnya untuk ingin menjadi yang halal untuk Laksamana Sunan, setelah pelbagai rintangan yang dihadapi mereka, Laksamana Sunan bersetuju untuk mengahwini haryani. pada malam pernikahan haryani dan Laksanama Sunan, Laksamana Sunan telah di bunuh oleh seorang pengikut ajaran sesat. roh Laksamana Sunan telah masuk kembali ke abad ke-15. jiwa pendekarnya mahu menghalang kejahatan yg diperlihatkan sejurus dia bangkit dari lena yang lama dalam sebuah gua, tetapi ajalnya sudah sampai.. tanah melayu dijajah dengan sewenang wenangnya tanpa keperkasaan Laksamana Sunan...

hukhukhuk... Sunan matii.. uwarghhh...!!!

bukan sorang dua terpikat dengan watak Laksamana Sunan yang dibawa oleh Ramlee Awang Mursyid nie key.. bukan aku saja hahahaha... kantoi...bagi aku watak dia memang terkesan sangat...

jagan terkejut kalau kengkadang aku selak buku2 dia untuk rujuk surah2 amalan yang ada dia selitkan dalam buku2 novel dia..

aku sedang berusaha mengumpul semua penulisan beliau... hehehe... kipidap yooo~

15 comments:

All You Can Print said...

terus terang aku ckp aku x baca semua. aku langkah2 jer huahauhaua especially sinopsis ko tu. pinjam novel ni aku nak baca gak.

p/s: apsal word verification ko aku kena type munral? mcm keling jek.

army4war said...

kan aku dah bg ko amaran.. topik kali ni sure ko boring.. sebab aku bercerita untuk diri aku hahaha..

okeh nanti aku bg ko pinjam.. jangan apa2kan sunan aku key..

luv u sunan ahaks~

Anonymous said...

mira, cuba baca ADAM.
Aku Darah Anak Malaysia.

MANDATORI pun okey. Kira-kira RAM tu Stephen King tanah melayu la kiranya.

army4war said...

ADAM saya dah baca, best best best... mandatori belum baca lagi... coming soon.. hehehe

skang baru ada bagaikan puteri, cinta sang ratu, hijab sang pencinta, ADAM, rahsia perindu, tombiruo.. dengan buku2 penulis lain sikit.. skang tengah kumpul buku2 RAM sikit2 hehehe...

warghh~ aku bahagia :P

Akira The Great said...

tapi ko blum baca novel..
ungu karmila...
huh...hahahaa...
aku 1st nak pinjam novel tu..
hadiah jadi org 1st sebab aku yang tlg blikan ko buku tu...ngeh3x...

All You Can Print said...

gila kaki novel korang nie.. aku suka sebenarnya nak beli "tunggu teduh dulu" kawan aku ckp best. tapi dia x jual di kedai2 biasa. kalau sape ada, aku nak pinjam. aku mintak maaf sbb x dpt exchange dgn ko sbb yg aku ada cuma novel inggeris (tiada niat riak) dan komik (aku pecaya satu komik aku cuba kau jadikan harta peribadi).. hahaha.. pinjam pinjam pinjam...

princesslavender3 said...

aku.. aku.. aku.. lapar.. grrrrrr...!

mintak2 korang sume x halau aku dr lubuk ini.. aku janji duk diam2.. sbb aku bc novel time dlm toilet je.. so ko akn paham bagaimana aku mendiamkn diri dan cuba kosentret disaat membuat dua perkara didlm satu masa.. janji jgn bg tahu sesape.. pomis???

Anonymous said...

erm...saya minta maaf kalau statement ni kasi kamu marah. tapi, saya mahu berkongsi. mengikut satu buku yang saya baca:

toilet itu tempat kegemaran syaitan dan iblis. buku pula adalah satu gedung ilmu.

muslimin and muslimat tak digalakkan membaca atau membawa ilmu ditempat sebegitu.

maaf, just my 10 cent. sori ye.

Anonymous said...

kpd semua kamu bulih cetak: tunggu teduh dulu tu tulisan sape ek? hehe psl RAM aku xsure bulih lyn ke x.. sbb x bape minat sejarah melayu (hukhuk kenangan pahit waktu blaja:P) skrg pon tgh berusaha bace ungu karmilla.. huhu

army4war said...

nissah - hahaha yee belum beli lg ko dah cakap nk pinjam dr aku, aku ingat aku ingat.. haha

starry - manga ko ada dalam laci aku tersisip rapi serapi minyak sapi di ujung perusuk laci..

lavender - warghh... seram sejuk aku baca

kak niz - heheh thanks 4 that info.. teringat zaman saya cherry berry ari tu.. adeh menyiksakan ngadap toilet.. huhuhu... turun 2 kilo beb..

army4war said...

silolo - ces.. ko kne try baca bagaikan puteri, cinta sang ratu, dengan hijab sang pencinta...

semua RAM semua best2 la hehehe...

tak pun ko baca je la buku sejarah tingkatan 2.. best gak ada gambar2 hahaha

princesslavender3 said...

uiks!! hah kn da kena.. k.. k.. adik janji x buat lg dah.. sob.. sob.. tima kaceh kak kerana mengingatkn..

army4war said...

campak ikut tingkap mau?? hak hak hak.. jgn buat lg key :P

All You Can Print said...

dear silolo,
buku tu adalah hasil penulisan faisal tehrani.. kalo silolo ada membeli, aku sudi meminjamnya di kemudian hari. skali lagi maafkan aku kalau silolo nak pinjam novel melayu, aku tiada.. krkrkrkkr

dear damira, kem salam kat manga aku tu. aku maafkan dia sbb ngendeng kat tempat ko lelama..

army4war said...

dear semua engkau boleh cetak;

manga ko sihat dalam dakapan keheningan bilik kita.. kita masih belum berkesempatan untuk menghabiskan bait2 kata2 dalam manga tersebut.. pertemuan kita yang akan datang(sure kat mekdi atau kfc) akan kupulangkan dengan jayanya.

*zaman dulu2 pangil kata nama 'kita' untuk diri sendiri.. hak hak hak..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin