Monday, January 19, 2009

Anugerah Lagu ke 23

YESSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!! Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu telah dinobatkan sebagai Juara Lagu ke 23 tahun 2009..

pukul 8.45 malam AJL tu aku dan kak anys dah tercongok depan tv menanti Anugerah Juara Lagu ke 23... kak anys bawak kek gulung, cheezel dan twisties mesti mauu~ hahahahah

krew AJL memilih stomping dance sebagai acara pembukaan.. aku rasa tak begitu menyengat.. tatau la mungkin tak kena dengan jiwa aku atau aku expect lebih dari tu.. agak kecewa sikit laa..
alah malas lah nak citer pasal starting dia.. tak de pekdah..

overall aku puas hati dengan semua persembahan kecuali beberapa persembahan yang aneh.

Persembahan aneh yang aku nobatkan sendiri ialah:

  1. Tempat pertama jatuh gedebuk!! kepada Aiman dengan lagu Dusta Berkalang - aku tak paham apa yang dia sampaikan dari segi nyanyian, lirik, persembahan, pakaian dan sampai ke make up dia yang ditaja oleh Stage bukan lagi Loreal atau Maybelline. bahagian yang paling aku tak boleh terima ialah topi dia, kerana hiasan topi dia terdapat cermin2 bulat yang terdapat pada shapener pencil. sangat tidak cumel beliau berkelakuan begitu.. yee yee aku buta seni..
  2. Tempat kedua jatuh kecepekk!!kepada Farahwahida dengan lagu Persoalan Cinta - aku kurang menyukai pakaian cina beliau.. aku juga confuse dengan genre music dia.. dalam perbincangan aku dengan kak anys di depan kaca tv.. mungkin element music cina tu yang membuatkan lagu tu dalam kategori etnik kreatif. Dan diorang menang.. Tahniah ek..
  3. Sorry Elyana dengan lagu Kalis Rindu, aku terpaksa memasukkan ko dalam kategori persembahan yang aneh.. ko adalah antara penyanyi yang aku nanti2 kan dalam AJL. malangnya persembahan ala2 barbie doll Gwen Stefani memang tidak menjadi. its ok gurl.. suara ko power.. cuma persembahan ko tu aku rasa ko pemalas.. next time dun malas2 key!! (bercakap macam member satu sekolah aku plak)
selesai sudah ketegori persembahan aneh.. skang aku just nk ulas persembahan yang aku rasa mantapss je.. persembahan yang aku rasa tahap pertengahan dalam pemerhatian aku sebagai orang yang buta seni.. anda terselamat dari komentar aku.. hahaha..

sebenarnya aku tak berapa sangka MUH menang AJL tahun ni.. bukan sebab aku tak minat MUH tapi aku tengok saingan terdekat MUH iaitu Faizal Tahir sangat sangat mantap juga malam itu.. aku sangat suka kedua2 persembahan dia.. memang Faizal Tahir all out malam tu.. maklumlah tahun lepas tidak dapat beraksi.. huhuhu kesian beliau... i support u!! hehehe...

DAAAAAAN... Juara Anugerah Lagu ke 23 jatuh kepada MEET UNCLE HUSSAIN!!!! WOOOOHUUUUUUUUU~~~ sangat sangat meminati band ini... masa Cheryl Samad umumkan MUH menang, aku blur.. aku punya muka blur sama dengan kumpulan MUH punya muka masa diumumkan sebagai Juara.. Cheryl Samad umum terlalu cepat ke.. aku yang blur ke aku kurang periksa.. tapi AJL tahun ni aku banyak lost masa pengumuman..

nota lutut - teringin nak tengok AJL tahun depan secara live.. nanti lah aku cari2 jalan hehehe...

10 comments:

ONEXOX PLAN said...

Yeeaaaa... Jumpa Pakcik Husin menang.. hehe..

army4war said...

yeaahh~~~ hahaha!!! kipas susah mati jumpa pakcik hussain rupanya ko ek.. hahahaha

Anonymous said...

erk.. ape yg aku rase aneh dlm blog ko nih.. adelah flow care ko cite.. kalo lah nk dijadikan cite aku x tgk ajl tu kan.. kejap ko kate x sangke MUH dpt menang.. pastu perenggan last tu ko mcm umumkan MUH menang.. pdhal ko dah bitau awal2.. 2 kali lak tu yg MUh menang.. ahaks..
saje jek.. gedik x pepsl tgh hari bute nih.. ahaks

army4war said...

sisila - sebab blog aku bukan malaysiakini.com.

orang dah tahu MUH menang, nak suprise ape nyee.. (gaduh)

sekati aku laa... bahasa kita tidak seiringan.. bluek!!

;))

Anonymous said...

Ekceli..aku pun konpius gak dgn persembahan Aiman bersama replika ular di bahunyer..tp sbb aku tengok live..so aku tak tengok Aiman..aku tengok penari dia jew..muahahaha

stick-on-note: motip aku cakap aku tengok AJL live sbb aku nak riak dengan ko. Jeles tak? jeles tak?Wakakakakaka.

army4war said...

yee yee motip ko tercapai.. aku jeles.. kalau ko tengok nota lutut aku tu.. sebab aku jeles la.. oi dapat tiket free ingat la kat aku.. ingat je tak guna.. bg laaaa huhahahaha..!!

hegira said...

aku bertambah tak suka faizal lepas tgk persembahan dia dan lepas dengar komen dia lepas keputusan ajl. ceh. poyo. tiru koir hazami. ceh.

paper cakap, saingan utk vokal terbaik sangat rapat antara faizal dan lan MUH.

tapi persembahan MUH memang gempak seperti biasa seperti selalunya tambah lagi derang conteng muka.

elyana memang dari dulu takleh nyanyi live. suara semput. sebab tu dia duduk kot. tapi at least buatlah effort sket sebab aidit alfian dah sanggup turun main gitar. kan?

yang bab irama malaysia. ceh memang takleh blah. bak kata saniboey http://akubimbo.blogspot.com/2009/01/aku-pun-ada-pendapat-jugaklah-tentang.html

macam persembahan firaun. haha.

alamak terpanjang lah pulak komen. ces ko mira.

Anonymous said...

ms AJL blansung, aku mbuter..lg besh huhuhu

Anonymous said...

Apa-apapun memang rasanya ni antara AJL yg paling ok la...pada aku la..dari segi persembahan kebanyakkan all out..betul juga la kategori pelik tu...heheheh.. army4war boleh jadi juri next year!

army4war said...

hegira - haha.. apa pun yang pasti MUH dah menang kan n aku sukaaa.. n aku tau ko pun suka.. aku tau part ni kita sependapat.. hahaha..

yosh - ko memang.. jaga pakwe aku farez baik2 key..

sebaliktabir - ha ah aku suka ajl kali ni.. kecuali persembahan aneh tu hehe.. wah next year aku juri ek.. aku kne berlatih tak berat sebelah dari skang la nampaknyee.. hahaha.. thx sud singgah blog ak :D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin