1 - Hafiz
2 - Aril
3 - Akim
4 - Yazid
5 - Isma
aku sangat puas hati dengan kedudukan ni... hafiz is the winner.. dia layak dapat gelaran tu, pasal dia memang sangat berusaha untuk "transform" dari hanya boleh menyanyi dengan baik sehingga mampu menjadi penghibur.. 1st time tengok hafiz, aku panggil dia budak rambut baru bangun tido... tapi lepas dia perform 1st konsert AF, aku dah minat dia.. masa tu aku minat hafiz dengan aisyah.. tapi aisyah cuma bernasib baik je dengan lagu Yuna - Dan sebenarnya.. pas tu dia dah tak best.. memula aku ingat hafiz pun hanya bernasib baik je pada 1st konsert.. tapi konsert2 seterusnya, dia memang best... aku paling suka konsert bertemakan teater tu, dai jadi p ramlee, memang dapat rasa..
aril memang ada aura tersendiri.. personaliti dia memang membantu dia di afundi masuk dan terus ditabal menjadi naib juara.. cuma sepanjang perjalanan konsert tadi aku ada terlintas akim tak mustahil boleh dapat no 2.. tapi pk2 balik, aura akim tak sehebat aril, even suara akim better then aril.. tapi dari segi performance, aril lebih menyengat.. yeee nampak kurang adil dalam hal ni, tapi aku ada alasan aku sendiri.. performace dia yang paling aku suka, lagu kumpulan Gigi - Nakal.. memang best.. dan aku pasti, badi afundi masuk takkan terkena dia macam linda nawuwil - terus senyap lepas macam2 cerita aib dia keluar, lotter - masuk raja lawak je la, tu pun kalau boleh kalahkan my bang bel.. miyahaha... saje nak komen secara peribadi sikit.. perangai aril yang pasrah je dapat nombor berapa pun selepas dia menerima dugaan tersingkir dari akademi, dan di afundi masuk memang menarik.. hahaha... pendapat aku, dia dah tau hafiz akan dapat jadi juara, dia boleh buat lawak atas pentas.. orang yang layan konsert af final tadi tau la. malas nak xplain pepajang.. u r cool man..
aku memang suka tone suara akim (amboi, dah mcm adlin aman ramli plak rasanya) tp selalu gak dia terkucil dalam nyanyian.. tapi aku dah memaafkan segala kesilapan dia lepas dia jadi sultan melaka ari tu, dia best.. pas tu aku dah mula menyokong dia lepas dia nyanyi lagu kegemaran aku dengan baik Jason Mraz - im yours.. perangai dia yang memang confident tu memang agak menarik.. dia tau apa yang dia nak.. dan dia berusaha.. konsep transformasi dalam AF7 kali ni, ada pada akim.. dari tak best, dia jadi best.. ok tak ulasan aku hahaha...
yazid, aku tak paham sangat mamat ni, kalau dia perform, aku g minum air.. surf internet.. g toilet.. aku tak nampak sampai sudah tang mana bestnyee yazid, aku jarang tengok diari AF, dari segi perkongsian rasa (poyo siot) dengan kakak aku yang memang mengikuti diari AF, dia kata yazid ni blur2, suka bercerita dan kelakar.. so aku rasa dia terselamat dari tersingkir dan berjaya sampai final mungkin pasal tu..
isma.. kakak kepada tomok... memula aku suka suara dia.. dia nyanyi lagu sepi memang aku suka.. pas tu dia aku layan macam aku layan yazid.. time dia nyanyi, aku mula rasa gatal2 tekak, aku g minum air.. aku g sikat2 rambut.. tarik cadar kasi tegang.. buat2 terpijak kaki mak aku, n cakap.. im sorryyyy.. ikut gaya amir raja lawak.. mcm2 lagi la aktiviti aku.. miyahahaha... performance dia yang paling best pun masa berlakon jadi Azizah dengan My Hafiz..
ni video yang aku tgok 2 3 4 5 kali pun lambat nak boring.. enjoy..
ARIL - GIGI (NAKAL)
AKIM - JASON MRAZ (IM YOURS)
9 comments:
adui adui adui.. AF.. alahai..
ketahui lah kamu.. sesungguhnya. pelajar AF bukanlah pelajar berbakat untuk seni. tapi untuk terkenal. kenapa perlunya ada dairi AF..? sebab nak tunjuk kat orang mereka sedang buat apa.? atau nak bagitau mereka sangat bersungguh-sungguh.? bukankah diari itu "rahsia peribadi"..
sepatutnya. undian SMS atau undian penonton hanya lah support juri.. ntah lah labu..
yes yes adik kita menang. i lof hafiz...................
hahahah lek braderr... aku tak berminat sebenarnya nak memperjuangkan "industri seni tanah air" aku anggap ianya hanyalah hiburan untuk aku.. apa pun konsep diorang, kalau aku minat nak layan aku akan layan, tak vote pun hehehe...
konsep AF tu sendiri dah kontroversi.. bg yang sensitif dengan cara kemenangan pelajar AF pun tak da salahnya, memang berat sebelah.. terpulang cara penerimaanlah..
aku nak layan seronok2 je.. yang kaya diorang, yang terhibur aku.. miyahahaha...
but anyway hafiz is talented.. hehehe
seteri - yeah... hafiz berbakat.. tp tgok la mcm mana dia nak survive kat luar nanti.. jangan jadi cam 'senyum sokmo lah' sedey miyahahaha..
fair la kot..kalau si aril yg memang cm hampeh gak dh kuar tp leh jd juara...pape pun ini semua telah dirancang oleh astro...
asbesstos - aku tau.. ko nak marsha menang kan din kan... padahal...! miyahahaha....
huh.. aku ada pendirian ok.. oopsss..
ahhh!!. aku tau ko fanatik AF.. aku tau.. aku tau.. terserlah kewanitaan ko.. kekeke.. selama ni aku ingt ko laki...
aku minat.. stacy.. opsss...
hihi...first of all..tenkiu...sbb bagi tumpang tengok AF smlm...
huhuhu..aku dlu minat hafiz..
tetiba cam minat kat akim plak..
(muka die bersih)..hahaha...
xxpe la..no 3 tu ok la kot utk die... still top 3...huhuhu..
masa aku tengok die nyanyi jason mraz tu aku tak cam pun tu die..
huhu..
tapi aku suke gak lagu ya pa pa tu..
mesti naik lagu tu pasni..huhuhu..
hafiz si budak x mandi..memang xkan aku lupe cam ne kite kutuk beramai2 masa die dapat masok af dlu tu.hahahaha
katak - stacy aku layan gak, pasal dia menari best.. she is talented.. ada suara dan bakat.. oi aku pompuan la mangkuk.. aku tak pandai jalan berlenggang.. tak pandai nak bersuara lemak merdu.. cess pada ko..!!
akira - akim lambat sangat menyerlah, konsert dia jadi sultan melaka tu baru aku nampak kewujudan dia.. anyway, dah ada result.. tulah tempat diorang.. heheh
Post a Comment