Sunday, May 17, 2009

padahal...

suasana di opis agak skema.. nk bercakap kene slow, kalau getaran suara terlebih.. ko akan rasa janggal.. bila nak gelak kene tekup mulut, kalau agak2 lawak tu agak xtream, aku kne tunduk sikit, supaya gelombang menghala ke bawah bukan ke atas.. tapi kalau dah lawak tu, kitorang gelak je.. lepas dah habis gelak, semua buat muka tak bersalah.. sengal!

dari segi kerja, semua ada prosedure.. semua ada berprotokol.. send email pada client pun ada format, receive apa2 dari client semua perlu direcordkan.. aku sedang belajar bagaimana menjadi pekerja yang berprosedure.. pekerja yang disiplin.. pekerja yang mesra, cepat dan amanah (tak de motif) aku ambik setiap perubahan sebagai sesuatu yang +ve dan mengubah aku menjadi lebih baik.. secara logicnya, teratur itu adalah baik.. insyaALLAH..

sangat berlainan dengan pekerjaan company lama aku dulu.. dari structure framework.. structure database.. pemilihan engine.. pemilihan hosting.. manage server, codekan design, back end code, front end code, sampai ke contact client.. buat sendiri2, kawan paling rapat adalah encik google.. boleh dirumuskan, a project per person.. otak memang nak pecah la, tetapi sangat interesting sebenarnya.. rindu kerja2 mcm ni, bukan rindu bekerja di situ.. plzz laa...

dari segi environment opis lama, memang santai dan flexible.. team tak ramai, tapi semua sewel.. time gelak.. gelak sampai pecah usus, berair2 mata.. time gaduh, gaduh sampai pecah kepala, pecah meja, pecah kerusi.. tendang meja.. arghh.. nasib la.. tak main la sorok2 emosi hahaha.. cuma presure dari pihak bos lagi dasyat dari presure mengadap client yang banyak songeh.. damn!

jangan risau aku bukan tak bersyukur.. bersyukur sangat2, i lof my job, i lof my team.. team kat LAVA skang sempoi termasuk PM.. apa yang penting.. kerjasamaa.. saling back up membackup dalam team memang wujud dalam team aku, which is good practice, bukan senang nak jumpa team yang saling back up ni.... bukan bermakna cover line pesalah.. tetapi cukup dengan menjelaskan situasi yang sebenar jika ada yang curiga.. aku paling benci orang yang sembang tanak kalah nie.. tabiat membusukkan nama rakan sekerja memang dikeji oleh masyarakat dan aku sendiri... sesapa yang terbaca pasal ni, dan ada yang terasa tu.. pepandai la ubah persepsi diri.. alhamdulillah 4 now, everything is OK..

aku selalu ingatkan diri aku dan orang2 sekeliling.. everything have pro and cons.. jangan terlalu memuja sesuatu, dan jangan terlalu mengeji sesuatu.. semua terletak pada persepsi kita menterjemah apa yang berlaku.. bila kita +ve semuanya akan diterima sebagai pengajaran, bukannya malapetaka..

kesimpulannya sikap compare2 ni tak berapa elok, anggap apa yang berlaku tu adalah jalan yang kita dah tempuh.. kalau situasi sebelumnya kita anggap lebih baik dari sekarang, jangan berdiam, bangun dan jadikan hidup lebih baik dari sebelumnya.. mengeluh bukan cara yang best..

Renung2kan dan selamat beramaaaaaaaaaaal~

16 comments:

akira said...

ade pros and cons... mekasih beb ingatkan aku tentang itu.
sebab aku rase kite satu kapal sekarang ni.. blaja untuk biasa kan diri di tempat baru.
begitu jugak aku...

rindu kesah kerja yang lame.
tapi perlu kental berdepan dengan keje yang baru.
life must be go on. no matter wat.
just: do our best in life that will alwiz make us never regret...

starry~ said...

korang naik kapal titanic pegi mana? apsal x ajak aku. ni yg aku tense ni. huahuahuahaua..

haah.. kita kena belajar terima keadaan. menerima sesuatu yang kita dapat dengan penuh keterbukaan sungguhpun kita tak berapa nak suka dengan apa kita dapat tu.

kekadang, apa yang kita nak, kita takkan dapat sebab ia bukan untuk kita. tapi apa yang kita dapat, itu adalah ditentukan untuk kita.

senyum pada takdir, dan takdir akan tersenyum pada kita.

i lof u. aku pun rindu purple flame. nanti kita buat entry purple flame nak? hehe..

army4war said...

akira - hehehe.. belajar sesuatu yang baru di tempat baru tu sesuatu yang menarik.. kalau asyik berada di suatu tempat je.. tak berkembang.. ilmu tak banyak dapat.. tak kenal ramai orang..

seteri - ko naik kapal awal sikit dr we ol.. tu laa.. jangan risau aku sedang tersenyum.. aku cuba mengelak untuk mengeluh, sebab nanti kne sound check dengan mak aku. mak aku tak suka anak2 dia mengeluh..

semoga the chipmunk berjaya.. insyaALLAH..!!!

akira said...

ehe..tu la..sebenarnye ko yang tinggalkan ktorg la yati..
huhuhuhu...

amin...semoga chipmunk leh buktikan pada orang2 yang pandang rendah pada kite...

aku pun same..blaja untuk mengukir senyuman pada takdir...

starry~ said...

hehe aku sampai seru dulu. maka aku jadi nakhoda. korang sekadar jadi anak kapal sudah lah :)

don wory, chipmunk kan bijak2. panjang akal walaupun sedikit nakal.

when there's a will, there's a way.

with God, anything is Possible.

ingat ya kawan kawan :D

niz coklat celop said...

mula-mula naik tongkang. pehtu naik feri. sekarang ni naik kapal pulok dohhh.... syukur-sykur. Allah permudah segala.

coming soon naik Cruise.... relex relex tengok langit biru. minum coklat oreo kat tepi gelas ada payung....ahhh....usaha anak-anak. Allah pasti beri jalan....

ch-ni: masih naik jet ski...

army4war said...

sedapnya oreo shake kat secret recipe.. hahaha... insyaallah.. kita semua berjaya.. AMIN.. hehehe

asbesstos said...

Is that u Mira? Sebab ni aku rasa enry kau paling siuman dan ada motif..hahahahaha..kecuali gelak ke lantai supaya inersia getaran suara kau kurang kedengaran..tapi tahukah anda getaran gelak anda keluar dari arah tengkuk pulak??? hahahhaha...

Lava tak lah teruk sangat kan?? huhu.. aku budak praktikal...hahaha

army4war said...

asbesstos - LAVA best la.. cuma aku je yang kene sesuaikan diri ikut keadaan..

mungkin b4 this aku terlalu santai.. skang masanya aku kne belajar disiplin hehehe.. my bad..

cuma habitat aku yang suka happy2 dan gelak2, korang kena terima aku seadanya hahaha..

*pssst~ aku pun staff baru beb..

opaq said...

aku suka orang yang happy n gelak2...

ko suka aku tak?

hahaha...

starry~ said...

opaq, kau curang dgn aku. argh!

army4war said...

opaq - dah lama aku suka sama kau.. baru skang kau lafazkannya..

seteri - yess.. yess.. aku dapat opaq yee.. yee.. yess..!! opaq tak curang.. opaq setia miyahahaa...

hegira said...

ye. tengah merenung lah ni.

army4war said...

hegira - bagus.. anak sapaaa la ni :P

sebaliktabir said...

padahal kalau difikirkan semula...pergi la kerja mana-mana tempat pun, lebih kurang sama je masalahnya...namanya pun kerja kan?

army4war said...

sebaliktabir - aku setuju.. tu pasal aku menekankan pro and cons.. sebab mana2 pun lebih kurang je, ada kelebihan dan ada kekurangan.. pepandai la bawak diri dan usaha.. insyaALLAH semuanya baik2 saja dong ahhh~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin