Monday, May 25, 2009

Aku Sayang Kamu


Untuk insan yang istimewa dalam hidupku... Love You!!

kasih..
indahnya kau tiada tandingan
biar berjuta manusia hebat dicanang
kau tetap kesayangan

kasih..
sayang yang pernah kau tabur, masih hangat
malah makin segar seiring degupan nadi
mekarnya indah, walau hanya dalam memori

kasih..
hatiku tak pernah sedetik pun rela kau pergi
tapi aku tetap pasrah ketentuan Ilahi
kau anugerah terindah yang pernah aku miliki
kau adalah erti rindu abadi

kasih..
kau mengalir di dalam darah
kau harum dalam setiap hela nafas
kau wujud dalam setiap senyuman
kau turut pada setiap langkah
kau belai di sudut angin bertiup
kau hadir pada setiap gerakan

kasih..
tiada lelaki lain yang bertakhta
kau cinta ku sampai bila2
belum puas ku menagih kasih mu
hadir mu dalam mimpi tanda kau di jiwa

ayah..
selamat hari jadi
semoga sentiasa dirahmati Ilahi
dari anak mu yang sentiasa merindui
doa anak mu sentiasa mengiringi


Al-Fatihah~
Haji Jalaluddin Bin Haji Isa - 25 Mei 1945

9 comments:

anarm said...

al-fatihah :(

Che Ni said...

al-fatihah.

semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh Ilahi.

rindu yang menusuk.

army4war said...

anarm - :)

kak niz - AMIN

hehehe saja je tetiba feel jiwang malam tadi...

akira said...

AL-FATIHAH..
bikin hati aku sebak juaa...
teringat pada ayahku jua...~@..
Moga mereka di bawah lembayung Illahi..

army4war said...

akira - AMIN.. hehehe saja terkenang :P

-Ring 0- said...

al-fatihah..
at least korang semua penah berdampingan dgn ayah korang kan..
aku.......

army4war said...

ring-o:
erm.. kita semua ada jalan cerita masing2.. yang penting, mcm mana kita menepis perasaan -ve dalam life.. sedey tu normal la.. kita kan manusia biasa..

sebaliktabir said...

Semoga ayah bersemadi dengan aman dan tenteram.Hanya doa' anak-anaknya dinantikan. :-)

Al-Fatihah...

army4war said...

sebaliktabir- InsyaALLAH.. AMIN..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin