Friday, May 29, 2009

y i have to wrote ol this~

Bebas~

jangan jadikan diri sebagai skema jawapan untuk menilai baik buruk orang lain.. pendirian memang perlu untuk hidup tetapi terlalu ingin menjadi diri tanpa memikirkan keadaan sekeliling adalah sesuatu yang boleh dikategorikan sebagai mementingkan diri. Pendapat yang tegas dan nampak utuh, belum tentu praktikal dilakukan dalam kehidupan..

dalami maksud pengorbanan itu sendiri.. pengorbanan itu, bila melakukan sesuatu yang bukan kerelaan hati.. atau melakukan sesuatu perkara demi menjadikan orang lain menjadi diri mereka sendiri. Sedihnya bila ia disalah erti, malah di pijak2, sambil mencanang erti maruah sebenar, kononnya... Hidup ini banyak pengorbanan.. mulianya hati seseorang bila dirinya sanggup berkorban.. ungkapan itu bukan sesuatu yang asing lagi, tetapi bukan semua yang faham.. aku sendiri masih cuba memahami..

bertuahnya jika masih ada yang sudi menggenggam erat tangan walau direntap berkali2

bertuahnya jika masih ada yang sudi senyum walau diherdik berkali2

bertuahnya jika masih ada yang sudi mengejar walaupun cuba lari berkali2




tapi perlu ingat.. aku manusia biasa yang punya ego.. penat itu biasa ku tempuh.. mencuba itu juga sifat ku.. tetapi bila aku menyahut laungan yang kau canang2kan.. itu bukanlah diri ku lagi... aku suka diri aku.. sorry!

7 comments:

katak© said...

aku sudah puas mengejar...
aku sudah puas tersenyum..
aku juga sudah puas menggenggam..
tapi aku belum puas selagi tidak berhasil..

dlm itu juga aku pentingkan diri..
dlm itu juga aku byk berkorban..
dlm itu juga aku perlakuan ku asing bg org lain..
tapi aku masih tidak penat utk semua ego itu.

andai aku letih melakukannya. itu bukan aku.


*aini.. rindu sama kamu..

army4war said...

aku makin penat..
tiba2 aku rasa ego itu indah..

aku masih cuba mengawal..
aku dah biasa..
biasanya ia terkawal..

kali ini pasti tidak terkecuali..

starry~ said...

hidup mesti terus..
kadangkala kita lakukan perkara untuk menggembirakan hati org..
tu pun jika kita mampu gembira bila lihat orang gembira..
adakala kita perlu ego dan mementingkan diri..
tu pun jika kita gembira dengan itu..

tepuk dada, tanya hati..

jaga diri, jaga hati..

untuk aku.. alangkah indahnya jika aku MAMPU sihat dan kuat kembali untuk membuat diri sendiri dan kawan kawan gembira.. haihhh..~

army4war said...

seteri - kengkorang kata aku cool~ sebab aku gelak.. aku senyum.. aku diam..

everything has a limit..

*aku tertelan paku picit.. sangkut kat hati.. sangat pedih!

niz said...

...maka malam ini rindu terlerai.....

starry~ said...

aku tak kate pun ko cool. mahupun temper. jadi sila buat operator di hati. keluarkan paku tu sebelum ia berkarat dlm tu!

army4war said...

niz - hehe..

starry - tq

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin