Tuesday, December 29, 2020

Tahun 2020 Kereta Terbang VS Covid-19

 Assalamualaikum...


lagi 2 hari tahun 2020 nak berlalu... tahun depan 2021.. nombor dah xsecantik 2020... tapi insyaALLAH tahun yang mendatang aku tetap mengharapkan yang cantik cantik berlaku dalam hidup aku, suami dan anak anak... 3 tahun dah xupdate blog nie... sesaja je spotcheck blog ni hehehe... tulis je la pape kan...

moga aku, suami, anak anak dan along panjang umur, dipermudahkan rezeki, makin sihat dan ceria...

boleh ek tulis blog sambil2 doa doa ehehehe... amin amin insyaALLAH...

Tuesday, October 17, 2017

Type je

Bertahun2 rasanya x type pape... mungkin post kali ni lebih matang hahaha... mana tau kan?

ermm... dah kawin, anak nak masuk 2 insyaALLAH... masih bekerja alhamdulillah... makin gemok.. ouch!

sekarang sangat mengantok... lunch nanti g lepak jap dengan kak bye n ella... alhamdulillah diberi kawan2 yg baik...

ok aku rasa entry aku ni paling matang... jumpa lagi!!

Sunday, January 30, 2011

Penutupan Blogspot


dah lama tak update blogspot... mula2 aku nak maintain 2 blog nie.. tapi pikir2 balik.. nak update salah satu pun aku tatau nk update apa.. ni kan pulak nak update 2 2.. lately banyak pulak keje aku.. nak tengok citer korea lagi.. nak tido lagi.. nak melangho lagi.. kakakaka....

sekarang dah ada wordpress.. blogspot makin terabai.. wordpress banyak bende nak setup lagi, basic dah ok.. ada la sikit2 kene tambah kasi cun...

nak tutup blogspot mcm sayang la plak.. even dah transfer semua n3 n komen ke wordpress.. just follower je tak boleh angkut lagi.. ada cara tak?? ke aku yang tak research bebetul.. walau tak ramai mana follower aku, tp nak bawak gak ke blog baru tu.. duduk situ ramai2 kekeke...

korang rasa aku kene tutup tak blogspot nie.. cewah tanye mcm blog aku ni femes je kakaka... nak tanye pendapat je.. hehehehe

Saturday, January 15, 2011

Launching Rumah Baru

Assalamualaikum...

n3 ni nak mengajak korang datang ke 'RUMAH' baru aku.. rumah baru mestilah alamat baru kan... jangan lupa tambah blogroll korang dengan link ni key ...

http://www.laskar.army4war.com/

'rumah' baru aku tu masih dalam pembinaan.. tapi setakat nak datang lepak2 santai boleh dah.. aku nak touch up sikit2 je lagi.. nak komen membina pasal design pun tak de hal.. komen membina je aku layan.. setakat cakap!! "oi buruk gila g mampos la" memang aku tak layan la!! kakakaka...

link Blogspot ni jangan la remove.. sian dia, kecik ati, majuk dia kang...

aku sambut korang dengan lagu best kat rumah baru key.. hehehe layanz!!


:: kamu boleh click ScreenShot ini ::

*nota lutut - permulaan untuk pembinaan yg lebih besar.. insyaALLAH...

Tuesday, January 11, 2011

Klinik gigi


lebih dari 10 tahun aku tak baring atas menatang nie.. menatang ni banyak terdapat dalam klinik2 gigi... bende yang paling aku fobia adalah klinik gigi.. aku akan bayangkan jarum suntik yang sangat besar.. pelbagai objek2 tajam dan mengerikan akan dimasukkan satu persatu dalam mulut aku.. bunyi geseran objek dengan gigi aku membolehkan aku rasa nak pengsan..

pagi tadi mimpi apa ntah, aku boleh follow kak bye g klinik gigi.. itu dinamakan misi mencari penyakit.. aku membayangkan scalling gigi tu indah.. hanya menggunakan alat2 comel dan berus2 halus dan sedikit cungkilan pada celahan gigi...

aku tak pernah scaling gigi sebelum ni.. tak pernah.. rupa2nya sangat ngeri.. sangat sakit... arghh... aku tanak bayangkan lagi... berilah aku berjuta RM aku takkan g scalling gigi lagi...

pukul 730 pagi ambik kak bye kat umah dia.. terus ke Pusat Kesihatan UiTM.. ambik nombor.. kol 8++ baru leh register.. kol 9++ baru diorang panggil...

mula2 aku sangat tenang sampai sesi berdialog dengan kak bye dilakukan..

kak bye : scalling tu nanti ngilu sikit dan berdarah sikit..
aku : glup~! berdarah??
kak bye : mira tak pernah scalling ke sebelum ni..
aku : mesti la taaaaaaaaaaaaaaaaaak~! arghhh takut... grgrgrggrrgrr...
kak bye : hahahahahahahaha...
aku : nombor giliran akak dulu kan? kalau akak kuar nangis2 kita balik je la terus ek..
kak bye : (tak ingat dah respond dia.. aku tengah nebes level gigil)
aku : ini misi cari masalah ni kak bye... adddoiiii~!

otak aku dah pikir mcm2.. nak lari je dari klinik tu.. skang aku dah 18 tahun ke atas.. dah tak de paksaan macam zaman sekolah dulu.. dulu aku seorang yang sangat kretif untuk mengelak dari berjumpa doktor gigi di sekolah2.. aku nampak je van kesihatan masuk.. kepala lutut aku dah longgar..

otak aku ligat berfikir sementara menunggu angka giliran.. kak bye dah masuk bilik doktor.. duduk menunggu sorang2 depan bilik doktor memang menguji kecekalan aku.. ternyata aku masih waras tak meninggalkan kak bye sorang2 terkapai2 lepas kuar dari bilik doktor..

angka giliran aku dah sampai... aku tengah pikir, nak jalan ke bilik doktor ke jalan kuar klinik terus.. ok ok aku masih waras.. tu zaman sekolah.. lain.. macam2 idea dalam otak aku dlu nak ngelat dari kene jumpa doktor gigi... sekarang semua atas pertimbangan aku sendiri.. macho mira.. macho.. jangan lari dari medan perang.. jangan bacul.. aku sure mesti kene gelak guling2 dengan bebudak opis yang sengal nanti kalau aku lari dari klinik lintang pukang sekarang... paling busuk pun setahun kene gelak dengan diorang.. ouww.. tsidaksss.. lagi ngeri dari jumpa doktor gigi occay~!

masuk dalam bilik doktor.. nganga la mulut luas2.. rupa2nya dia check2 dulu then suruh tunggu lagi untuk next doktor pulak jalankan sesi scalling gigi aku.. aku dan kak bye dipertemukan lagi dalam suasana bilik doktor pulak...

ada 4 bilik doktor.. ada pesakit dah dalam bilik yang lain.. bila mesin gigi berbunyi.... aku pun berbunyi....

aku : huh!!!?? kak bye.. bunyi ape tue...
kak bye : Eeee... ngerinye bunyi dia...
aku : akak.. tingkap ni muat tak kalau nak lari dari sini..
kak bye : muat mira.. muat...
(sambil intai apa yang diluar tingkap)
aku : tak la tinggi sangat kalau nak lompat.. tak patah kaki punyaa.. nasib baik klinik gigi ni ground floor kan kak...

... waras mira..waras... tarik nafaaaaas... snifff... hembuuuussss...... fuuuhhhh ...

doktor : Nor Baiduri Huzaifah datang mengadap~

maka masuk la kak bye dulu tinggalkan aku sorang2 kat bangku menunggu... fuuhhh... mencabar tol ...

seminit ...

2 minit ...

3 minit ...
.
.
.
10 minit

bunyi dari bilik kak bye - UWEEKkkkkkkKKkkk~! hak tuih... hak tuih... hak tuih... sroot.... srrroot~!

aku : grrrrrrrgrgrgg...~!

doktor : Aini Amirah!!!

aku terkedu... tak bergerak...

doktor : AINI AMIRAAAHHHHH!!!!!!!!!!!!!

ish bising la doktor ni... sabo la.. tengah mencari kekuatan nie... sambil tu aku jalan pelan2 masuk bilik doktor...

... aku pun baring nganga mulut... sesi scalling pun berlangsung...

arghhhhhhh sakit sakit sakit!!! uwarghh!!!

setiap kali sakit, aku genggam tangan kuat2 aku tak sedar aku tengah kejangkan badan...

doktor : jangan keraskan badan.. lembutkan je...

zzzzzzzzzzzzzzzzztttttttttttttttt~ alat scalling berbunyi balik..

badan aku kejang balik...

doktor : adik.. jangan kejangkan badan...
aku : dia automatik la doktor tak dapat dikawal cakap dalam hati je mulut dah kne gari..

zzzzzzzzzzzzzttttttttttttt~ sila ulang dialog doktor di atas dalam 5 6 kali lagi... mungkin 7 kali..

seminit ...

2 minit ...

3minit ...
.
.
.
10 minit ...

doktor : ok boleh kumur2...

UWEEKkkkkkkKKkkk~! hak tuih... hak tuih... hak tuih... sroot.... srrroot~!
ARGHHHHHHHHHHHHHH DARAHHH... DARAAAAHHH... BANYAK NYEEEEEEEEEEEEE~!

doktor : sebenarnya gigi awak tak perlu scalling.. sebab tak de apa2 pun.. nanti datang balik ada 3 gigi nak kene tampal tu
aku : (pening ting tong... ting tong... weng... weng... cakap la pape pun.. aku dah tak fokus.. weeewuuuuweeewuuuu...~!)
doktor : nanti buat appointment tampal yang depan tu dulu ek..
aku : MEMANG TAK ARRRRRRRRR!!! dalam hati je...

keluar je dari bilik doktor... aku dah nampak masita gelakkan aku... dan ayat pertama aku pada mereka2 yang menunggu aku...

aku : JANGAN HARAP AKU NAK BUAT SCALLING LAGI.. SAKIT DOWH!!!!!!!!!!!!

aku sendiri tak percaya, aku sendiri yang drive ke klinik gigi, tanpa orang bawak aku dengan penipuan mengatakan nak pergi kedai beli cikedis..

berjalan masuk ke bilik doktor tanpa sebarang paksaan atau diheret oleh nurse.. driver land rover klinik kesihatan.. makcik cleaner klinik... nurse dari jabatan kesihatan lain..

baring di atas kerusi pemeriksaan gigi tanpa paksaan oleh nurse.. driver land rover.. makcik cleaner.. jiran tetangga.. nurse dari jabatan kesihatan lain... pegang kaki tangan n kepala aku..

itu zaman aku bergigi susu.. skang dah bergigi kekal... aku berjaya menempuh hari yang getir, di atas kerelaan aku sendiri.. tahniah AINI AMIRAH... anda berjaya dalam acara FEAR FACTOR ini!! wuhooo~!
*nota lutut - gigi aku dah bersih.. korang bila lagi.. blagak!!

Monday, January 10, 2011

YM rosak

aku kopi pes.. tanpa alasan yang munasabah kakakakakaka
.
.
.

opie_mizailihc: Spalstiktomirangg
rEd-arMy: demkebebaboomjoeeeenggg!!
opie_mizailihc: Alsuntutanmira
rEd-arMy: santetalkeburkkakilututmu
opie_mizailihc: Alpancitanmyvimutayar
rEd-arMy: kankukillmualgelekstemrollkasileper
opie_mizailihc: Akkisahaperjnjikulenyekmyvimujdbesiburukkujualkati
rEd-arMy: komemangbusukkakicagualcekamkura2mandilautmasinmatiikan
opie_mizailihc: GilaApeckapmcmorgxretinakckptpkolghanyirdrikantambahkura2beranak8kommgkakimerapucitpodahhh
rEd-arMy: cekamkakikomasihkuingatmimpingeriallavasistemteringatbusukkakimuhakthuih,,
opie_mizailihc: Apekuksahkoingatcekamkakikusbbkommgsukasamecekamkakikuitukauhiduhinggamnjilatkakisampikfcabehakmkndeymmmirang
rEd-arMy: khaktuihmimpingeriakuingatkakikotuterlalungeripasaltakbolehlupabukansetakatskalimalahberkali2skalipengsanpasalcekamkakikotu
opie_mizailihc is typing...
opie_mizailihc: Jikakosukakateknsukejgndikejikakikuygwangiinikernaialgwangidrgothimuygtelahkusiramdenganmnykpetrol

Thursday, January 6, 2011

Tun Mahathir

Selasa lepas dapat email jemputan untuk hadir ke Seminar Perdana anjuran Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK),UiTM Shah Alam dan Yayasan Pembangunan Insan. Tajuk Seminar kali ni "Perpaduan Asas Pembangunan Bangsa". Tun Mahathir Mohamad hadir sebagai ucaptama seminar ini..

dapat je email tu aku terus xcited nak join.. alhamdulillah aku berpeluang mendengar idea2 beliau.. nasihat2 beliau.. juga lawak2 sinis beliau yang memerlukan anak melayu berfikir.. jangan hanya tertawa geli hati dengan lawak mendalam Tun.. buka mata key guys..

terlalu banyak yang diperkatanya.. terlalu banyak harapannya.. aku nak kongsi dengan korang serba sedikit pendapat beliau yang aku rasa boleh kasi goncang sikit hati itew~!

"melayu pernah mengalahkan kuasa ke 2 terbesar dunia British masa kemerdekaan Malaysia.. dengan hanya bersenjatakan perpaduan melayu ..."

"Perpaduan antara kaum lain juga perlu diwujud selagi mana pihak itu tidak mengancam kaum melayu dan agama Islam ... "

"melayu lemah kerana wujudnya perpecahan dalam kaum melayu sendiri.. menentang kaum sendiri.. tidak sehaluan.. melayu perlu bersatu ..."

"hak melayu perlu dijaga dan perlu berani mengatakan hak kita.. kita bukan tamak.. tapi itu adalah hak kita sebagai waris pada tanah air kita.. orang lain tidak ada hak untuk mengatakan tidak..."

"kita sudah merdeka 53 tahun.. tetapi jangan alpa.. tidak mustahil Malaysia akan dijajah semula.. wahai melayu.. jangan lalai ..."

banyak lagi yang diperkatakan.. tapi agak xsesuai letak kat sini.. takut menimbulkan pelbagai tafsiran lain.. .. eceh, mcm blog femes sangat je ramai org baca kakakaka

..ehem.. ehem.. berpeluang berjumpa jarak dekat dengan Tun.. aku sangat hormat beliau, tak lepas peluang bersalam dengan beliau tanda sangat hormat.. idea2 beliau sangat superb!! beliau sudah berumur 85 tahun.. aku berharap Tun sihat dan dapat menyumbang idea2 kepada kepimpinan negara demi anak bangsa dan negara Malaysia..

*nota lutut - jom bangun dari tido!!!

Monday, January 3, 2011

Darjah 1

Hari ni dengan motivasi yang tinggi aku bangun awal sebab confirm jem hari nie.. maklumlah sesi persekolah dah bermula untuk tahun baru 2011... awal la sangat tetetete... snooze... tetetete snooze.. kol 6 gak celik mata bebetul...

aku kuar je dari rumah.. bersepah2 budak2 pakai baju puteh seluar/kain biru berlari2 tengah jalan.. siap tahan2 kereta aku lagi.. kalau aku langgar sah2 la aku yang salah.. silap2.. kalau diorang langgar kereta aku pun, aku gak masuk lokap... confirm!! sooo parents plz jenguk sikit2 anak2 u olz.. tau la nak ajar anak2 berdikari.. tapi jangan la biarkan bersepah.. terkelepet depan kereta kang, baru meraung.. nyesal tak sudah..

korang pernah ke sekolah?? alhamdulillah.. mostly rakyat Malaysia bersekolah.. kalau sekolah harap2, perangai pun mcm orang yang bersekolah ek.. tetiba gatal nak cerita zaman persekolahan aku.. apa!!? tanak dengar?? korang nampak itu pintu besar tidak?? bahagian kanan atas sekali.. haa.. kasi klik..

korang mesti ada kenangan tadika n darjah 1 kan...

sekolah tadika aku kat Bidor perak.. kelas bawah surau.. aku g tadika naik bas sekolah woo.. sangat berdikari kan aku.. konductor bus sekolah sangat menyayangi aku seadanya.. dia seorang minachi yang baik.. naik bas dipimpin tangan.. pas tu hari2 aku akan diriba oleh kakak2 atau abang2 sekolah rendah atau menengah.. rugi space aku kecik je, duduk 1 seat.. maklumlah budak comel.. cute.. miut.. shy shy.. ouw~!

cikgu sekolah tadika, kawan baik mak aku.. so apa da hal.. ada sorang budak kelas aku, nama dia ijat.. suka bertelanjang dalam kelas.. sangat horror berkawan dengan dia.. aku slalu cakap "kita tanak kawan awak" siyes horror.. kawan baik aku time tadika namanya shuhaida.. dia sangat lemah lembut n baik.. skang dia seorang doktor kalau tak salah.. persembahan akhir tahun, aku masuk tarian india.. dem.. ok next...

darjah 1 aku masuk sekolah rendah SRK Seri Bidor.. ayah aku mengajar kat sekolah nie.. aku sangat popular okey.. semua nak kawan dengan aku.. anak Guru Kanan Kokurikulum pulak tue.. pengawas pun tak berani nak jentik aku, aku akan cakap "bagi tau ayah aku ko pukul aku" serem sejuk gigil diorang.. hambik ko.. cikgu denda aku pun aku ngadu kat ayah aku, tapi ayah aku tak la marah cikgu tue.. ayah aku tanye je kenapa denda aku.. padahal aku sangat sopan dan cumel okey.. biasanya pasal aku bising la.. budak darjah satu bai.. relax arr..

perangai aku yang aku rasa sangat jahat ialah... aku tak boleh tengok orang ikat rambut panjang, aku akan tarik kuat2 sampai budak tu hilang kawalan pertimbangan berdiri.. lepas tu aku akan lari.. dah agak jauh aku ejek2 dia.. sambil loncat2.. dia takkan berani pukul aku balik punya.. confirm.. kakaka.. aku kan gangster darjah 1..

pernah sekali, pengawas tu nama dia adam budak darjah 3.. dia suruh aku berdiri atas kerusi pasal aku bising.. ayah aku cakap pengawas tak boleh pukul murid, cikgu je boleh.. aku pun tak berdiri atas kerusi.. dia datang kat aku, dia pukul tangan aku dengan pembaris.. aku terus cakap.. "aku bagi tau ayah aku lepas nie.." esoknya pengawas tu kene panggil ayah aku, huhahahahah!!! ayah aku tak rotan, ayah aku tanye je kenapa pukul aku.. padan muka .. padan muka.. sambil loncat2.. mesti ko benci aku kan adam kakakaka... sebenarnya tak sakit pun pukulan ko tue... tapi aku citer kat ayah aku memang sakit giler.. huhahaha..

ayah aku pesan kalau time rehat.. datang cari ayah dalam kelas mintak duit belanja.. so tetiap hari aku datang pow ayah aku duit dalam kelas.. bila aku datang je, bebudak kelas ayah aku dah jerit... "cikguuu... anak cikgu datang nak mintak duit.. lari.... " lagi satu ayah aku pesan, kalau dalam kelas kene panggil ayah cikgu, tak boleh panggil ayah... cets apa punya syarat.. tapi aku follow je la.. aku kan anak yang mendengar kata.. sangat aneh panggilan tue "cikgu... mirah nak duit.. nak beli donat dengan eskem".. makanan heavy ayah aku suh ambik je.. nasik lemak ke.. mee ke.. bihun ke.. tu tak payah bayar.. ayah aku bayar bulan2 kat makcik kantin.. ayah aku suh aku makan kat kantin guru.. aku makan kat kantin guru siap bawak kunco sekali kakakaka....!!!

kawan baik aku nama isfa rohaida masa darjah 1 n darjah 2.. dia sangat comel.. sangat rindu beliau.. sampai skang masih in touch touching touching... darjah 3 aku pindah sekolah SRK 1 Tapah, pasal berpindah rumah.. ayah aku mengajar sekolah lain, pakcik sedara aku suh aku masuk sekolah yang dia ajar.. bapak sedara aku penolong kanan 1, tapi beliau sangat garang, tegas n tak sporting macam ayah aku.. kekeke... lain kali la aku citer.. aku paling suka part darjah 1 je kekekeke.. AINI AMIRAH seorang yang belagak.. takbor.. bongkak.. budget cun.. berkuasa.. gangster... huhahahahah!!!

Sunday, January 2, 2011

Kerek giler!!!

Aku type n3 ni dengan keadaan yang sangat bengang n marah.. aku tanya elok elok.. dia jawap mcm tue.. memang rasa nak maki je time tue..

dah la aku tengah sesat.. tetiba ramai plak nampak orang negro kat situ.. bersepah2.. ntah datang dari mana diorang aku tatau.. bising cakap bahasa yang aku tak paham.. rasa nak sumbat masuk dalam lori.. humban kat laut.. pas tu blah.. pepandai la diorang nak hidup..

ramai sangat, sampai aku jadi takut.. aku jumpa pondok tepi semak2.. aku nyorok kat situ.. nasib baik ada handphone kat tangan.. aku terus call nissah... part ni yang bengang nie...

aku : weh ko kat mana tue
nissah : aku kan orang Islam!!!
aku : Ooooo... ko kat masjid la ek??
nissah : ha ah la kat masjid...

apa ntah kaitannya jawapan dia dengan soklan aku tue.. tapi yang pelik aku paham la pulak jawapan dia tue.. erm.. dah lama kitorang kawan kot..

aku pun terus beredar dari situ.. otw tu aku nampak orang tengah masak apa ntah.. macam menarik je.. pas tu aku berenti tengok diorang masak apa..

.
.
.

lepas tu aku terjaga dari tido... terus aku rasa bengang yang teramat sangat dengan nissah.. aku terus cari hp aku kat tepi bantal.. aku nak semes maki hamun dia... kerek giler.. aku tanya baik2.. dia jawap kerek..

dem.. kredit tak cukup.. lupa nak top up.. nak semes plak, dia guna no celcom.. dia rembat hp mak dia, pasal hp dia rosak.. ko bernasib baik kali nie.. ko on9 nanti siap ko aku maki hamun..



:: jangan marah ek aku bowing hikhikhik~ ::


*nota lutut - jangan tido petang, tak elok.. kekekeke...

Saturday, January 1, 2011

Aku makin skema?

kenapa n3 aku makin lama makin skema?? sendiri baca pun rasa boring.. aku dah skema ke? atau memang sejak dulu aku skema? grgrgrgr~

yang paling penting, kenapa tetiba aku buat n3 pasal skema.. jawapan untuk semua jawapan tu adalah disebabkan aku sedang bosan.. bowsan.. boring.. bowing.. borink.. huahuahua...

aku tengah merangka2 aktiviti petang nie.. kak sibah ajak g umah acik kat setapak.. mak aku best la gosip2 citer drama cerekarama pepetang dengan acik aku.. aku nak buat apa lak.. tido?? sedeynye aktiviti tu??

joging yearghh... joging..!! joging!??? erm.. dengan sapa?? kak sibah!! yearggh kak sibah.... kak sibah?? erm.. 1001 alasan laa mak aku bg nanti, orang ramai la.. tasik tu besar,nanti penat la.. soklan yang paling mencabar adalah.. nanti kalau letih boleh bawak masuk kereta tak dalam track joging tue ambik beliau?? susah betul soalan2 kak sibah ni.. mencabar minda.... kasut sukan.. track suit.. topi keselamatan.. pelindung lutut dan siku semua dah dibelikan betul sampai track suit je kekekeee.. ada la 2 kali kot joging.. lepas tu aktiviti beliau adalah hafal siaran astro kembali.. kekeke... sukaaati laaa :P


:: sian dia aku kan ::
*nota lutut - Kesimpulannya tajuk dengan n3 langsung tak sherashi bershama.. sekian!!

Dua.Kosong.Satu.Satu

Assalamualaikum ...







Happy New Year guys!!! 2011.. alhamdulillah ALLAH memberi peluang untuk aku teruskan usaha untuk memperbaiki kelemahan diri aku lagi pada tahun baru ni insyaALLAH...

setiap kali aku type n3 new year.. aku akan baca n3 sebelum2 ni, at least baca n3 new year tahun lepas... aku bersyukur kerana tahun ini aku type n3 new year dengan berkobar2, dengan lapang hati, dengan ceria, dengan rasa syukur.. dan dengan bahagia.. alhamdulillah...

azam?? erm.. dun have la.. setiap hari aku akan cuba mengurangkan kesilapan hari semalam je.. cuba untuk tak takut dengan risiko... doakan aku murah rezeki key.. azam ek? erm.. kalau nak tahu azam aku.. erm.. aku mahu membahagiakan orang yang tersayang skang.. okey, skema tak azam?? tetiba dapat azam baru tengah type n3 ni kekekeke..

sekarang ni apa yang perlu aku buat adalah tune balik niat kasi betul.. dah banyak terpesong nie.. berdoa supaya Allah memelihara iman aku.. dunia makin mencabar, banyak sangat asakan kat iman aku nie.. aku kan manusia yang lemah, tapi tak gigirl tau kakakaka...

kerjaya.. alhamdulillah.. beransur pulih.. kalau tahun lepas mental sekejap aku dengan task yang Allah bagi.. tapi ujian Allah tu lah yang berjaya membuat hati aku bergetar untuk terus mengingati-NYA.. tanpa ujian2 dari-NYA mungkin hati aku beku.. Nauzubillah...

Jiwang sikit jom!
orang sekelilinglah yang akan menentukan jatuh bangunnya hidup.. akal dan hati pula penentu siapa yang mampu mempengaruhi hidup.. perlu berani katakan YA dan TIDAK mengikut pertimbangan akal dan hati..

aku dah berjaya lakukan untuk katakan YA dan TIDAK mengikut akal dan hati aku.. "ikut hati mati.. ikut rasa binasa" tak lah!! just kene combine hati+rasa+akal.. then tawakal..

JOM tengok depan.. tak payah dok toleh2 belakang dah.. yang lepas tu lepas la.. tak payah nak menyesal2.. nak ungkit2.. nak emosi2.. nak salah2kan orang tu orang ni.. salahkan keputusan lepas..

kejar yang kat depan ni.. orang lain dok berlari ke depan.. ko dok nangis2.. emosi2 terduduk.. kalau nak duduk pun, duduk kat eskelator naik ke atas.. bergerak gak kakaka... kene pandai pilih port duduk gak der.. kalau ko berjalan sama arah eskelator tu bergerak , lagi cepat ko sampai ke atas.. insyaALLAH.. apa punya metafora daaa.. kakakaka.. oklah!!

SELAMAT TAHUN BARU || HAPPY NEW YEAR

Thursday, December 30, 2010

Party Bujang

Nawaitu aku untuk update n3 untuk topik ni memang membuak2.. kerja aku lately sangat xtream membantutkan aku update blog.. insiden ni terjadi 23 disember yang lepas.. kedatangan hulubalang kelantan melawat kawasan taklukannya iaitu OPAQ.. lokasi yang dipilih RED WOK KAJANG!!

mengenangkan penembak tepat sekalian tidak transfer gambar dari senapang masing2.. aku dengan slamber batu right click > copy image location > add image > prap!! paste url

ni antara gambar yg aku curik dari blog katak.. sangat suka comic strip cenggini..!! simple n nice la.. so aku dah puji kan.. dah halalkan gambar2 ni kat blog aku?? huhahahaha...

:: ini antara ahli jemaah menteri yang hadir!!



:: antara dialog busuk yang dicipta oleh sang katak ::

:: supriseeeeeeeeee!!! :: HAPPY BESDAY TO KAK NIZ(25 DEC) N OPAQ(26 DEC) Lof u guyzz ::

walau esoknya kerja, aku gagahkan diri turun kajang, sampai umah kol 2 pagi.. terhuyung hayang aku kol 530 pagi esoknya cari bilik mandi, nak bersiap ke opis.. mata tak boleh bukak!! nak kate tonggang todi malam tu, tak de plak!!

demi mung opaq!! akan ku turutkan.. muax lof u bebeh!! sekali sekala naik sampan dari kelate turun KL.. apa da hal lepak 2 3 pagi!! kita mabuk2 lagi yuk next timeu olz!! best dowh mabuk2 dengan u olz!!

Malaysia Juara!!



aku tak de masa nak update n3, agak bz lately.. tapi aku nak update gak kali nie..

Tahniah malaysia!! walau kalah dalam perlawanan semalam 2 :1 dengan indonesia... tapi kesan Harimau Malaya bawak ole2 bawak 3 : 0 dari Malaysia untuk pasukan Indonesia .. telah berjaya mengalahkan pasukan Garuda dengan aggregate 4 : 2!!!

Siyes bangga!! walau aku tak follow sangat bola sepak nie.. tapi desas desusnya hebat sangat!! laser hijau la.. coli laser la.. sampai aku tertarik nak follow malam tadi!! perang FB perang YM aku malam tadi.,. memang meriah!!

Mesti pasukan Malaysia bangga pasal diorang menang, 1 Malaysia cuti umum esok!! jangan kembang sangat der... relax!! jauh lagi kot perjalanan pasukan Malaysia nie.. wah hebat gak aku jadi pengulas sukan rupanya kekeke... komen sipi2 mampu la.. nak komen lelebih.. peraturan bola sepak pun tak tau sangat kekeke...


:: curik gambar dari blog SURA ::



*nota lutut - Apa pun u olzzz!!! selamat bercuti esok!! n HAPPY NEW YEAR!!!!

Monday, December 13, 2010

Backup plan sabtu ...

Cameron Highland???
No..no.. no.. cancel..

why??
we have no place to stay

oOOoo... so how???
Replace wif wayang hantu Kak Limah Balik Rumah

after that???
karoke at Wangsa Walk.. n lepak2 at Bukit Melawati..

... apa heeeiy nye yong beghie benor kamu nuleh bahase inggeris nie.. udoh udoh la tu yong..moh kitee...

pukui 1230++ lolo sampe, angkut aku n nissoh g The Curve.. ate lepeh beli tiket ceghite Hantu Kak Limah Balik Rumah.. lapo bebenor teman ghase, makan le awok dulu.. idok le sedap mane kuey teownyee.. buat lapek peghot boley lee..udoh pukui 345.. moh kitee masuk wayang moh..

aik.. ape ke heei nye yong.. seat kite ada oghang lain duduk ni.. mendidih daghah pendekar teman ni ha.. ce kighe.. betoi idok seat kite tu.. satu.. due.. tige... lekok.. jantan betina aku ketuk... aik.. betoi dah teman kighe.. ni pes taim teman jadi cenggini.. moh kite keluo dulu.. kot2 salah hall..

aik.. betoi hall nye... meh sini awak nengokkan tiketnye.. HHAAAA!! &E@^!&#@&^!#*@... ape ke heei kat tiket ni tuleh pukoi 745malam.. malunye temaaaan kat oghang kampung.. jom kuo jom.. haa jom g kaunter.. teman maghah ni.. maghah ni...

aiseh... comey lak mamat ni.. tak jadi maghah la... haaa ce tuko kan tiket kami ni ha.. ke pukoi 530 petang.. haaa jom meghayap g ikano jalan2 cari t shirt.. yeaaay~!

banyak bende yang teman berkenan dalam Ikano tue.. jangan yong.. jangan... jangan kamu menamboh hutang kad kredit kamu tu lagi.. udoh udoh la tu.. tunggu gaji dulu yong ooooi~!

penat dah tulih bahasa perak ni.. adeh adeh. test power

haaa... udoh pukoi 530 ... moh masuk wayang... meh sini teman nengok sekali lagi waktunye.. haa betoi betoi.. jangan aib lagi.. jangan sampai teman saman malu kat sini..

sebeno nye.. teman suke benor mendengor deme dalam ceghite ni cakap peghak.. sakit peghot teman gelok nengok dioghang ni ha.. kampong halaman teman kat tapah nuu idok le cakap cenggini sangat.. tapi teman tau la jugok..


adeh haaa terkeliat lidah korang?? hahaha... aku rasa kekuatan cerita ni pada .. skrip dan pelakun2 dia... tak perlu pelakon2 yang seksi jual badan n macho tapi tak pandai belakon.. barisan pelakonnya dah mantap.. cukup dengan jalan citer yang simple mostly org dh dapat agak.. loghat pilihan cerita ni memang fully loghat perak... pengambaran area Kuala Kangsar .. aku tak sure semua penonton paham ke tak loghat perak dalam muvi nie.. sebab aku rasa dalam hall wayang tue... datang dari pelbagai negeri.. tapi cerita ni memang berjaya buat 1 panggung gelak guling2...

cerita dia murah je kot... effect dia pun memang sedey arr.. sebab mamat khalid memang terkenal dengan lebih fokus dengan mesej +ve yang cuba dia sampaikan dalam bentuk jenaka bersahaja dan sindiran tajam.. kalau korang nak kritik kualiti effect.. tak payah buang duit n buang masa tengok cerita nie...

kepada sesiapa yang mahukan hiburan ringan dan bermesej.. layanz ar citer ni.. superb!!!

*nota lutut - next!? Aku Tak Bodoh .. Kongsi.. Tron..

Wednesday, December 8, 2010

Kaki Wayang

Tunggu punya tunggu... punya tunggu... punya tunggu... (ulang sampai migrain) lolo tak roger2... so terus je gerak dengan nissah ke The Curve.. carik pemakanan seimbang iaitu Kenny Rogers ROASTERS.. makan sampai kenyang.. lolo semes cakap pengsan.. its ok la lolo.. we know u bebeh..!!

carik tiket The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader.. ada kol 10.30 malam je... nak gak.. nak gak.. nak gak... dengar khabar citer Ngangkong sangat best!! ok jom layan Ngangkong dulu.. pas tu makan pas tu solat.. terus tgok Narnia.. set!!!
.
.
.
Ngangkong

:: saja taruk poster kecik :: ngeri lak memalam buta update n3 ni tgok poster ni kekekeke ::


Sangat lawak.. sangat suka cerita nie.. mcm biasa pelakon SAM tak pernah mengecewakan aku.. memek muka dia memang terbaek!! Angah Raja Lawak memang tak sia2 dia masuk raja lawak walau tak berapa nak menang.. mamat muka mamak tu pun aku suka dia belakon.. best.. lan pet pet pun memang kalau kena gaya memang lawak dia menjadi.. kali ni memang jadik ar lawak dia.. tak rasa bodo ar.. hantu pun kelakar giler..

masih ada part2 bosan sikit2.. biasa la.. banyak gak part bercakap sampai rasa tak de effect menarik part tue.. tak suka lakonan bini Sam tue.. tgok dia belakon dah rasa something wrong.. dunno y.. tp tak menarik.. dun like.. aku tak de kisah silam dengan pompuan tu yang membuatkan aku tak suka dia secara peribadi.. cuma aku rasa watak dia selebet ar.. tatau tang mana..

part drama Sam tampo anak dia pun memang jadik... memang drama.. touching2 sikit2.. pasal dia memang sayang sesangat kat anak dia... pasal kain tangkal tu, dia pukul anak dia Wahi, agak terkesan hehehe...

.
.
.
The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader

Narnia 1 n 2 memang aku follow.. memang nawaitu nak follow citer dia selagi ada.. memang aku spesis layan citer adventure fantasi cenggini... sangat sukaa...

citer kali nie... Prince Caspian dah tak loser.. beliau sangat hensem sampai aku jatuh cinta sama dia huhahahhah!! Narnia 2 dia loser, n jambu.. tak macho n tak menarik ulas citer ke apa ni confuse aku ada watak Eustac sepupu si Lucy dengan Edmund.. watak dia memula annoying.. pas tu dia disumpah jadi naga pasal ambik barang2 emas..

Lucy dah besar n cantik.. dulu dia kecik n comel sangat... skang dah mula nak melawa.. masih suka menyeru nama Azlan.. watak seekor singa yang dianggap berkuasa sangat2.. sampai kadang2 aku rasa mcm dia anggap Azlan tu tuhan dia... layan citer je...

Edmund masih ada perasaan ingin berkuasa dan kaya.. kelemahan dia digunakan oleh anasir jahat untuk cubaan menumpaskan Narnia!!

Cam biasa la.. mesti la hero menang.. apa daaa kekekek!!!

:: ni la hero2 aku :: yang kanan sekali tu aku punya :: jangan kaco kekekeke ::

*nota lutut - aktiviti best n sangat mujarab untuk hilangkan stress.. next tunggu citer Kongsi dengan Hantu Mak Limah Balik Rumah.. kekekek 2 2 citer kelakar..!!

Sinopsis Semalam ...

lepas solat isyak semalam, aku terus nyorok dalam selimut, nawaitu nak tido awal.. maklumla esoknya dah nak kerja, setelah bercuti panjang selama 4 hari.. besh woo... hehehe...

tetiba dengar suara adik "jom ar kuar.. jalan2 ke.. g makan ke2.." perbualan antara mak, adik n kakak pun berlangsung.. malas nak ambik port... trying to tidoo... zzZzzZzzz... zzZZzzZZzzz....

mak : jom mirah jalan2 cari makan..
aku : uit skang?? jom!!

huh!! laju je kan kalau ajak jalan hehehe... mata aku tak ngantok pun.. dok purak2 tido.. aku pun tarik baju sifoo kaler cokelat.. tudung kaler gold dah ada.. agak mcm trafik light la kombinasi kaler aku.. alaaa g makan je pun...

masuk dalam kereta.. adik ajak makan Nasik Lemak Antarabangsa kat Kampung Baru.. huhuhu.. dengan baju yang agak trafik light ni, dia ajak jalan jauh2... adeh... pasrah je la...

kesimpulannya, bagi aku tak la sedap mana.. indah khabar dari rupa.. layanan tak menarik.. muka tak penah nak manis.. bukan suh senyum meleret.. at least jangan la buat muka cam nak kene lempang kot.. sangat mahal.. adik aku kene 13hengget untuk makanan sahaja, tak termasuk air.. selalu sangat dengar best sangat2.. n teringin nak try.. dah try sendiri.. tak beshh.. aku tanak cakap kedai yang mana.. tanak totop periuk nasik org tak baik.. kekekeke...

pas makan tercekik2.. pasal ramai orang pegang pinggan tak de tempat duduk.. sian la pulak kan.. kitorang bangun la pas nasik dh settle kat pinggan... terus g pusing2 kat dataran merdeka.. tengok lampu.. kekekeke... lepak seround dua.. snap gambar guna kamera hp aku memang mendukacitakan la... gelap gulita je...

pas tu singgah danau kota jap kat uptown.. pusing2 je.. mak n kakak malas turun.. aku turun dengan adik je.. jalan2.. mak suh beli jagung rebus.. tak dok.. jagung bakar ada la.. ok la tu adik beradik jagung..

jam dah kol 12... aku dah tak larat... adik dok bawak pusing2 KL pulak, tengok lampu.. lampu???!! ye la ye la.. layankan je... sampai rumah.. aku terus basuh muka.. tido.....

aku citer pepanjang nie sebenarnya nak bgtau... aku jalan2 keliling kota raya.. pas tu balik penat terus tido... malam tu 2 kali aku kene 'kacau' sampai level mak aku kejutkan aku.. pasal aku meracau2.. lepas mak aku kejut tue, aku terus tido balik.. ngantok sangat... kali ke dua kene 'kacau' aku tersedar sendiri.. Astaghfirullah halazim ... pas tu aku baca ayat apa yang patut.. aku tido balik... alhamdulillah sampai ke pagi..

alarm aku bunyi kol 530.. terkejut aku tetiba adik aku tetiba tido kat lantai bilik aku.. dalam hati aku.. mcm kene 'kacau' gak je mamat nie.. abaikan je.. halau dia dulu.. aku nak bersiap nak g keje.. balik nanti aku interview..

moral of the story... balik dari merayap memalam buta.. g pulak tempat2 lepak orang2 ramai... balik tu beringat2 la ek.. makhluk tuhan paling seksi hehehe memang sentiasa berusaha untuk mengganggu cucu cicit Nabi Adam A.S..

*nota lutut - teringat lagi mimpi tu huhuhu... meremang bulu roma..

Monday, December 6, 2010

/*silent is golden*/


Rasa nak berkongsi JIWAng..

kalau dalam framework slalu aku jumpa words nie /*silent is golden*/ 1st time aku jumpa word ni dalam framework mana ntah yang aku tengah xplore.. wordpress kot.. ntah tak henggat. aku sudah terpikat!!


hasil GOOGLE ...
A proverbial saying, often used in circumstances where it is thought that saying nothing is preferable to speaking.

hasil citcat.com ...
Satu pepatah terkenal, selalu digunakan dalam keadaan di mana berdiam diri lebih baik dari bercakap. (aku dah olah ayat dia.. ntah apa2 citcat translate kekekeke)


silent ...
kadang2 kita perlukan masa untuk diri sendiri.. memberi ruang pada diri sendiri dan keadaan supaya boleh bertenang dan membolehkan berfikir dengan waras.. perghhh skemanya ayat aini amirah kekekeke...

tapi perlu ingat ada makhluk yang tak berapa paham bahasa malaysia.. time tu la dia nak ajak gelak.. time tu la dia nak cerita kisah2 cinta dia.. time tu la nak puji pakwe/awek dia hensem /cute mcm acapan/talitabis.. tips paling indah... SOUND DIRECT suruh dia pulak yang senyap!! sekian~!

... is golden
bila keadaan dah senyap dan tenang dan boleh berfikir dengan waras.. action akan lebih smooth dan productive.. skema lagi..

time2 ko nak mencari kualiti dalam action ko.. n ada pulak suara2 yang ko rasa datang dari makhluk yang sangat banyak ion -ve dalam badan dia.. yang always say NO.. NEVER.. DON'T.. tips paling indah... cakap kat dia BACK OFF!!

*nota lutut - sapa pernah dengar lagu.. kaki ku di mulut mu... siyes aku pernah dengar.. tak tipu... kekeke... selingan je...

Saturday, December 4, 2010

Contest Si Budak Maro

Gelak sorang2 aku baca n3 maro pepagi buta bertajuk bosan di mlm hari 03 disember 2010 ...

dia buat contest pasal YM sengal kitorang semalam.. meh sini aku promote kat blog aku pulak pasal contest tue... kekekekee...

bawah ni aku copy paste dari n3 maro.. untuk keterangan lanjut tentang contest nie.. korang kene click sini
.
.
.

kERana SAya tELAh bERJaya meNgALah KAN dAtIn geBU 4-1
jOm kItA bERtEKA tEKUK...
sApE jAwaB DEngaN bETul sAyaa bAGI hADIAH
pEmENAng hANYA sEOrang...cUbAAN hANya sEKALi
aDA bRANI??

SyAraT pERtANDINgAN
jDI fOLlOWER SayA N cIK pUAN gebu
tUlIS eNTRY pASAl sAya n N cIK pUAN gebu N jGN lUPA LINKkaN
jGn lUPa cOMMEnt kAT bLOg SayA bILA eNTRY dAh sIAp
cONtesT dIAdilI oLEH sAyA dAN cIK pUAN gebu
PerCuBan HanYa Sekali, PenCeriTaan Kretif DiamBil Kira
TArikh tUtUP 31/12/2010


sOkLAN 1sT bERkaiTAN DENgan apAkAh DIe?
klu - Fast Food



sOkLAN 2nd bERkaiTAN DENgan sIapaKAH DIe?
klu - Idola



sOkLAN 3rd bERkaiTAN DENgan mILiK SiAPaKAH DIe?
Klu - Kengkawan Punyer



sOkLAN 4th bERkaiTAN DENgan mILiK SiAPaKAH DIe jUgak?
klu - Kecik



sOkLAN 5th bERkaiTAN DENgan aPAKah DIe?
klu - Panasssssss


hahahaha... aku tak pernah buat contest... aku saja nak menyebuk contest maro la... sudi2 la join ek... maro nak kasi hadiah tuu... aku sah sah la takkan dapat hadiah maro tu.. pasal aku JKK kampung, tak boley join contest maro ni huhu...

*nota lutut - hiburkan orang pun satu tanggungjawap gak kekeke... nanti time aku presure, aku paksa korang jadi badut aku huhahahah...

Friday, November 26, 2010

Konvo dan Katak

Serabut 2 3 hari ni... jangan jadikan keserabutan mengganggu emosi... jom layan Tapak Perniagaan Konvo.. best dowh.. jalan2 dalam bunga.. jalan2 dalam teddy bear.. jalan2 dalan cokolat.. hari 1st konvo aku turun 2 kali jalan2 dengan budak opis hehehe...


:: korang tengok kedai ni :: ada teddy bear kecik :: teddy bear gantung terbalik :: ada bunga :: syok jalan je, bukan beli pape pun :: mahal gak :: aku pernah beli hadiah bunga untuk pemenang bowling Jabatan SiMS dulu :: beza 2 kali ganda kat sini :: bende yang sama :: gubah sikit taruk bunga plastik kiri kanan :: dari RM5 terus jadi RM20 :: perghhhh!! ::


:: snap dari kejauhan pulak :: orang tak ramai lagi ni, pasal konvo tengah bersidang ::


:: ni taukeh kedai jual teddy bear tue :: tengah kira berapa keuntungan kedai mereka :: muka macam kerugian je :: hahahahhaa ::


Gambar kat bawah ni bukan aku snap dari kedai konvo tau... gambar ni aku snap dekat meja opis aku.. kekeke... cumel kan katak hijau nie... KAK BAI belikan untuk aku huhahahaha sehari suntuk aku ketawa besar, senyum lebar tak sudah2.. sebagai tanda thx ambik n hantar dia dari rumah masa kereta dia masuk bengkel ari tue.. alaa bukan aku kne pusing jalan lain pun... memang jalan sehala ke opis.. memang lalu depan kolej anggerik pun...

walau bagaimana pun, kalau akak kata nak ambik balik sikatak hijau tue.. jangan harap nak bg balik.. huhahahahah!!

bebudak opis pun dah tak sakit telinga dengar aku dok bising cakap katak hijau tu paling cumel antara bear2 yang lain.. kah kah kah... aku mengenangkan harganya yang mahal, n poket aku dah ringan, so aku tak la beli untuk buat koleksi peribadi.. harga dia RM60, kak bai siap pinjam dulu duit aku RM10 beli katak ni pasal tak kuar duit dr bank lagi, pas tu dia pulangkan balik duit aku.. agak unik cara pemberian hadiah ni.. aku cakap tak payah bayar, dia buat muka dinasor.. ok ok.. aku terima.. kekeke...

:: ni la si katak hijau tu :: aku plan nk bukak bunga2 tu, biar katak tu hidup tanpa bunga :: baru macho :: kekekkeee ::


:: ni pulak aku beli sendiri :: kecik n murah je :: cadang nak beli 1 setiap kali konvo :: buat koleksi ntah pape atas meja opis kekekeke ::


:: berdua lebih baek!! ::


*nota lutut - tak boley lawan partition kak bye.. ada bunga berjambak.. berbakul2 dari suami tersayang dia.. ada teddy bear dari kawan2 termasuk teddy bear aku bg yang wish besday dia 25 nov lepas.. Happy Besday Kak Bai.. Lu memang senior gua sampai bebila kekeke ...

banyak tol nama katak... kepada kawan ku katak.. ni katak hijau.. bukan katak biru kekekeke...

Saturday, November 20, 2010

Idea

Hari ni celik mata je aku ngadap letop.. letop aku skang dah pandai slow.. dah pandai hang.. dun worry, aku tau pasal ape.. sejak aku beli letop bulan April lepas.. aku tak pernah install software2 yang berat.. aku guna letop aku untuk layan cerita korea.. layan FB.. chating YM n layan youtube je.. pendek kata.. letop aku masih suci arr...

2 hari lepas aku install CS3 dengan XAMPP.. setup localhost.. layan photoshop..maka dengan berbekalkan 2G RAM yang terkandung dalam letop ni.. agak terkedek2 la beliau.. its ok bebeh.. i still lof u hehehe...

sambil layan kerja.. aku online YM.. rupanya ada jugak member yang senasib dengan aku... lepak depan letop masing2 mengadap kerja.. dan masing2 ngadu kat aku tak de idea..

.
.
katak : arr
katak : aku takde idea
katak : arrr
katak : nak buat montaj..
aku : apa tajuk montaj ko tue
aku : aku pun baru nk start buat keje

katak : haaa
katak : tajuk ape ntah
katak : ada ade story
katak : tp.
katak : ntah
aku : nk nolong pun tak leh.. pasal tajuk pun ko tak tau huhuhu... .
.
.

.
.
cuax : adui aku ade freelance
cuax : selase ni antar
cuax : probnye aku x mmpu nk buat
aku : freelancee ape
aku : kalau tak mampu nape terima
cuax : die suh buat karakter
aku : ko nie
aku : pas tue

aku : ko ambik berapa
cuax : siap bground
cuax : aku x tau selalu aku ikut je die nk bg berape
cuax : aku dah bgtau die dulu.. aku x boleh buat
cuax : die suh gak
aku : susah ke.. lama ke.. atau mcm mana..
aku : nape tak leh buat

cuax : kalau sikit2 tu die bg RMxxx
cuax : tu ade 8 character
cuax : die nak karakter suasane ari raye..
cuax : dengan h1n1
cuax : byk lak tu
aku : nape nk kne ada h1n1
cuax : die nak kaitkan h1n1 dengan hari raye
.
.

idea... ohh idea... bertandang la dikau pada kami yang memerlukan... aku rasa diorang dok menung depan letop lagi tu... kekekeke.... good luck my dear fren... mari la kita sama2 menung depan letop ni haa.. huhuhu.. aku pun nak menung gak nie... umphhh....~!

:: perlukah kami lakukan ini untuk lebih fokus :: aku!? :: tanak ar..mcm orang hilang pedoman hidup je huhahahahaha ::

*nota lutut - B|_u3fR0G !!: pegi update blog, tajuk die. Idea!! :-j -BAEK!!-

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin