Friday, August 28, 2009

Mari Mengenali BK

tadaaaaaaaa~


:: setelah bermacam2 pertimbangan dilakukan.. aku mengambil keputusan mengisi BK. BK tu adalah Borang Keluar ye anak2 sekalian.. ::

:: hasil temubual aku dengan senior2 kat sni si Zue dan Along.. aku dah tau prosedure nak keluar time opis hour dengan officialnya.. official ya anak2 sekalian... ::

:: tidak boleh berkelakuan kurang sopan seperti ketika bekerja di swasta dahulu kala.. aku skang sangat disiplin kih kih kih.. ::

:: faktor2 yang mempengaruhi aku ambik BK iadalah terdiri daripada ini ::
  • mak asyik pening2, nak bawak mak g klinik petang ni
  • barang2 untuk berbuka tak de dah habis, mak sorang je yang puasa kat rumah (ops kantoi) ... nak g beli barang2 berbuka untuk mak.. balik nanti sure jem, sure tak sempat beli.
  • malam ni nak balik kampung.. tanak letih2 drive.. bahaya wooo.. so boleh relax2 dlu b4 balik kampung..

*nota lutut - ada sedikit kesinambungan dengan n3[LINK] sebelumnya hehehe...

Tahap bila di Tag

Nyatakan 5 fakta menarik tentang orang yang bagi tag ini

- nama dia aki
- baru kenal sebab dia komen blog aku
- kawan kudeng/dyem ding
- nampak macam budak2 lagi
- ada blog kaler pupler
- suka bg aku msg kat shoutbox

Nyatakan 5 fakta sebelum memilih penerima TAG seterusnya (aku kurang paham kehendak soklan nie, aku jawap je la)

- klik klik kat real player layan lagu dalam playlist
- balas msg dalam shoutbox blog
- balas komen dalam n3 blog
- balas komen dalam FB
- sarung jaket sebab sejuk gegegegege!!

Nyatakan kesukaan diri sendiri

- layan blog aku sendiri
- layan blog orang
- FB
- YM
- jalan2

5 mangsa TAG seterusnya
-aku rasa member2 aku dah ambik tag ni, termasuk aku.. apa kejadahnya aku jawap balik ni.. hahaha... ko bernasib baik, pasal aku tak de apa nk buat skang.. sangat sangat sangat sangap
tahap ICU..

tahap terjun bungee..
tahap gelak tetiba bila dengar orang bersembang..
tahap try guna tangan kiri melukis diri sendiri..
tahap type ym guna idung..
tahap susun barang2 atas meja dengan jarang 2cm setiap barang..
tahap lukis keyboard beserta huruf2nya dalam buku catatan peribadi aku..
tahap tekan2 lukisan keyboard aku tu kot2 boleh kuar kat monitor..
tahap kira berapa kali pergerakan bunga plastik yang berkuasa solar atas monitor yana..
tahap aku dah tak de idea nk tulis apa jenis tahap yang boleh menggambarkan keperitan aku hahaha...

hahaha..tu pasal aku jawap gak tag ko ni wahai aki sambil ambik ati ko aki hahaha!! sesapa nak jawap tag ni, tag diri sendiri.. silalah!!

*nota lutut - saja cari pasal je n3 ni hahahahah

Thursday, August 27, 2009

Highway


:: hari ni saja melewatkan diri datang ke opis dari hari2 sebelumnya.. 2 3 hari lepas aku testing keluar awal dari rumah untuk memastikan, aku akan sampai opis sebelum pukul 730.. waktu yang paling ideal untuk keluar rumah ialah pukul 650 pagi, aku akan sampai opis 723 pagi.. WOW~... semalam dah hantar borang permohonan masuk keje pukul 730 pagi n balik pukul 430 petang.. selalunya aku akan masuk pukul 8 pagi n balik pukul 5 petang.. tapi dalam bulan puasa ni.. aku tak sanggup mengadap jem pada pukul 5++, waktu semua warga kota sedang berpusu2 balik untuk mengejar bazar ramadhan di kawasan rumah masing2 dan berbuka puasa bersama2 family.. memang sangat2 jem di depan jaya jusco bukit raja.. ::


:: seperti setiap pagi aku akan ikut highway NKVE.. laluan yang akan aku ikut ialah dari tol kota damansara ke tol bukit raja.. ::


:: aku drive guna lane ke 2, agak selesa lane ke 2.. tidak terlalu relax tidak terlalu stress berbanding lane 1 dan lane 3.. ::


:: kalau lane 3 terlalu lengang.. terlalu bosan.. terlalu selesa.. terlalu relax.. terlalu baik.. terlalu sopan.. terlalu terlalu ::


:: kalau lane 1 terlalu stress.. terlalu laju.. terlalu emosi.. terlalu agresive.. terlalu berlagak.. terlalu sombong.. terlalu terlalu ::


:: kalau lane 2 agak stress.. agak banyak.. agak emosi.. agak agresive.. agak sombong.. agak beralah.. agak hormat.. agak sopan.. agak agak ::


:: tapi bila aku sangat bosan.. sangat relax.. aku akan guna lane 1.. sangat xcited.. sangat teruja.. sangat interesting.. sangat pantas.. sangat sangat ::


:: jarang guna lane 3 :: sekian ::


*nota lutut - sila kreatif ketika membaca n3 ini hehehehe....

Monday, August 24, 2009

1st Ramadhan di Tapah

jumaat lepas balik dari opis.. aku terus mandi.. sumbat kain dalam mesin.. sidai yang dah basuh.. pas tu aku lompat atas katil..
zzZZzzzZZzzz...
kkkrrriiiiiuukkkk~ (bunyi pintu)
haa.. kakak aku dah balik..
bukak mata sebelah..
"kak ngaaaahhh!! ko mandi cecepat.. after maghrib, kita gerak balik tapah"
(diam je)
(tunggu respond)
(lantak ko la)
zzZZzzzzZZzzzZzzzz.....

Huh! dah kol 9.. kalau kak ngah tido lagi, aku nak ngamuk...
haaaaa... tengah mandi... bagus bagus bagus...!
kol 9.45 malam gerak dari KD ke tapah..
kol 11 malam sampai tapah.. alhamdulillah..
zzzZZzzzzZZZzzzz...

bangun!! bangun!! dah kol 430.. seru kakak ku sambil membaling bantal kat aku.. bergegar otak aku.. rasa nak smack down je beliau..

hati berbunga sendiri sendiri.. terasa seperti zaman2 sekolah dulu2.. semua ada kat rumah.. mak.. ayah.. abang long.. kak ngah.. dan alan..


aku paling tak suka kalau kak ngah kejutkan aku sahur.. memang berpusing kepala aku dia kejutkan.. kalau abang long aku kejut pun, aku pernah level nangis.. bengong la mamat tue... main rentap2 kaki plak.. sabooo laa.. nak bangun la nie...

tapi arwah ayah aku kejutkan yang paling indah.. dia akan panggil nama anak2 dia sampai menyahut.. rindu betul tunggu beliau kejut sahur.. sniffff~ fuuuhh~.. enuf~ enuf~ hehehehe...

.

.

.

1st ramadhan, berbuka aku makan dengan sangat berhidayah hehehe... seisi keluarga jadi ular sawa.. standart la tue... kih kih kih..

2nd ramadhan, aku g sendiri bazar ramadhan. adik aku memula nak teman.. bila kawan dia datang ajak repair kereta.. dia lupa janjijanji manis terhadap kakak dia uhuk uhuk uhuk.. maka berjalan la aku sorang2 dalam bazar..

ramai gak bebudak sekolah lama aku dlu yang aku jumpa merayau2 cari juadah berbuka macam aku.. heheh.. tapi aku tak tegur la.. sebab tak rapat sangat.. kalau rapat, aku dah lompat peluk diorang dah hahahaha...

pas tue teman mak aku beli meja makan kat Langkap.. beli yang biasa2 je, meja makan lama dah nak roboh.. memula cadang nak balik KL lepas asar.. tetiba aku cakap dengan mak aku..

"nak balik lepas berbuka la.. nak merasa meja makan baru hahahaha"

lepas berbuka terus kitorang gerak ke KD.. on the way balik, kat hway batang berjuntai.. ada kereta xcident.. baru lagi.. polis semua tak datang lagi... aku gelabah.. aku tanya kakak aku..

"weh ada orang tak tu?? ada orang tak"
kakak aku jawap "tatau tatau tatau" sambil pejam mata..
ces.. aku tak boleh pejam mata.. sebab aku tengah drive.. aku pandang depan je la... tapi aku terpandang gak kereta terputus dua.. orang propel garu kepala tatau nak buat apa.. polis ambulance bomba semua tak sampai lagi.. sniff.. fuuhh... tawakal je.. huhuhu..
sampai rumah kol 10++ mandi.. sumbat baju dalam mesin basuh.. iron baju.. main2 semes.. tidoo..zzzZZzzzzZZZzzz...
*nota lutut - perasaan kedatangan setiap ramadhan bercampur baur..

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan

:: Alhamdulillah kita bertemu lagi dengan bulan Ramadhan pada hari sabtu ini insyaallah.. bulan ramadhan aku kenali sebagai bulan beribadat.. bulan muhasabah diri.. bulan meninggalkan segala bentuk kemungkaran.. aku berdoa agar ramadhan tahun ini lebih baik ibadah aku dari tahun2 sebelumnya insyaALLAH... ::

:: alhamdulillah aku sudah memaafkan korang yang menyebabkan aku "pedih hulu hati". insyaallah dengan saling bermaafan hati kita tenang untuk beribadat.. insyaALLAH ::

:: sesiapa yang masih "pedih hulu hati" dengan aku.. aku mintak maaf zahir dan batin.. kalau ada perkara yang tidak menyenangkan hati korang secara aku sengaja atau tidak sengaja.. aku beli insurance murah je untuk mulut aku, lazer sikit2 je.. sebab bibir kurang munggil macam beyonce.. ::

:: Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Muslimin Dan Muslimat Sekali.. ::

Tuesday, August 18, 2009

New Template.. New Banner.. New Look

:: ni adalah banner blog lama aku.. masa ni, dalam otak aku dah set nak jadikan template blog aku gothic.. tapi bila dah siap, template aku jadi jiwang pulak hahaha... last2 aku tampal handyplus dan effect darah meleleh supaya nampak gothic.. tapi sekali tgok.. gabungan pompuan tu dengan darah, dah macam blog hati terluka plak hahaha... bantai je la hahaha ::

:: dengan dorongan bebudak sengal yang suh aku tuka template kudeng dan joesama.. cubaa pertama yang aku lakukan, semua plugin aku ilang.. cam nak meraung aku masukkan satu2 plugin aku termasuk link dalam blogroll aku huhu... dalam masa yang sama.. kudeng dan joesama dah pun customize template memasing.. ces belagak betul mereka.. ::

:: aku dah mula bekerja di UiTM Shah Alam 2 minggu lepas.. setakat ni, aku masih belum dapat task lagi, aku diarah membuat manual guide untuk system iCRESS.. bila dah settle, aku terus customize template blog.. at least aku main dengan code walaupun hanya css.. then terhasillah template blog aku skang nie ::

::aku mintak tolong kudeng buatkan banner blog aku.. sebab aku tak creative.. banner sebelum ni, aku buat 2 hari 2 malam hahaha.. padahal hasilnya tak la memberangsangkan kih kih kih ::


:: cubaan menyakitkan hati aku oleh kudeng agak berjaya.. walaupun aku sudah membuat persediaan rapi mental dan fizikal bagi menanggani masalah mental beliau.. di atas inilah banner yang pertama yang dia pass kat aku.. lepas tu, dia paksa aku upload jadikan banner blog aku.. huh sengal punya budak.. deym din ::



:: ini lah hasil seni yang dicipta oleh si kudeng.. tak sia2 aku paksa dia setiap hari supaya buat banner untuk aku.. sampai dia invi kat aku.. aku tinggalkan offline msg.. dia off handphone.. aku tinggalkan voice mail.. aku shoutbox kat blog dia.. semata2 memaksa dia membuat banner untuk aku ahahaha... (aku berdusta je) ::

:: menurut beliau, 2 jam setengah dia buat banner, pas tu letop dia hang (padan muka) semua ilang.. pas tu dia buat balik dalam setengah jam sebab idea n structure semua dah ada.. aku hargai perit getir ko weh.. so aku buat la n3 ni sebagai penghargaan.. hahaha... i like this banner .. macam ko cakap tadi.. kalau aku tak suka pun, aku akan cakap suka.. hahaha memang sangat betul... tapi skang memang aku suka, aku kne cakap suka gak kan.. kih kih kih ::


*nota lutut - hari2 aku publish n3 baru.. uhuk uhuk uhuk..

Monday, August 17, 2009

Selamat Pengantin Baru Akhil Khay & Waheeda

aku layanz hotfm otw aku ke shah alam pagi tadi.. topik hari ni "keputusan yang paling sukar diambil" (lebih kurang la bunyi dia)

tajuk pagi ni dipilih sebab berita perkahwinan antara Waheeda dengan Akhil Khay.. kebanyakan orang yang mengikuti kisah pergolakan perkahwinan Akhil Khay dengan bekas isterinya Maizawati, pasti tahu tentang kisah terbaru nie

sempat Faisal Ismail memberi amaran kepada pendengar "kami bukan mahu anda semua komen pasal perkahwinan Akhil Khay dan Waheeda, tetapi kami mahu anda menceritakan pengalaman anda membuat keputusan yang besar dalam hidup anda... Waheeda juga akan bersara dari duninya nyanyian selepas bergelar isteri selepas menjadi isteri."

nampak sangat pihak HotFm juga tahu pendapat pendengar dalam hal ini sampai mengeluarkan statement sebegitu.. hehehe.. aku rasa kalaulah HotFm tak filter dulu pemanggil, sure ramai yang mencarut2.. maki hamun dalam talian..

sampai opis je, bebudak opis kecoh2 pasal aksi2 ngeri Akhil Khay dan Waheeda selepas pernikahan mereka.. syok betul Akhil Khay peluk "isteri baru" dia si Waheeda.. Si Waheeda pun dengan perasaan seronok dan ghairah yang sukar dibedung gelak besar lepas di cium oleh "si duda bergelar suami pertamanya". tiada perasaan bersalah di wajah masing2.. mungkin mereka mahu tunjuk pada dunia bahawa, hubungan mereka halal dan dari segi hukum syarak tiada salahnya.. masyarakat tidak boleh mengherdik mereka atas dasar halal haram perlakuan mereka.. tetapi, mereka sangatlah layak berasa malu dengan perbuatan mereka..

beria betul Akhil Khay menafikan hubungan dia dengan Waheeda di media massa.. lepas penceraian talak 1 terhadap bekas isterinya Maizawati.. segala penafian yang dibuat oleh Akhil Khay dan Waheeda terbatal dengan berita "gembira" perkahwinan mereka..

yee.. aku tau tak baik mencaci orang yang mendirikan masjid bagi mengelakkan maksiat.. tapi sebagai masyarakat yang prihatin, aku tetap ingin menyatakan ketidakpuasan hati aku ni.. sebagai seorang perempuan.. sebagai seorang melayu.. sebagai seorang islam.. aku kecam hebat tindakan Waheeda yang merampas kebahagiaan suami isteri itu.. dan aku kecam gak lelaki yang tidak berfikir panjang dalam membuat keputusan yang bakal meninggalkan impact terhadap anak2nya sendiri..

aku doakan perangai Akhil Khay tu berubah bagi mengelakkan Waheeda dimadu hehehehe..

Layanzzzz~






*nota lutut - macam2 ragam manusia yang sentiasa mahu hasrat hatinya dipenuhi.. semoga ALLAH lindungi aku dari perkara2 yang ALLAH murka... AMIN~

Saturday, August 15, 2009

Niat Ketika Sesat


semalam lepas lepak2 dengan kak niz n shida,aku pun hantar kak niz kat rumah dia.. aku meneruskan perjalanan menuju rumah aku.. aku pakai masuk je simpang yang aku rasa aku nak masuk.. aku tengok kiri kanan tak familiar plak jalan ni.. terus aku pasang niat "sahaja aku sesat untuk jalan2 kerana layanz angin malam". alang2 dah salah simpang, baik jalan2 terus..

aku malas nak u turn balik.. sebab kalau aku u turn pun, belum tentu aku tak sesat. so aku buat keputusan untuk teruskan ke depan.. sebab aku sangat pasti, mesti ada jalan lain ke KD.. jalan memang banyak persimpangan.. silap memilih simpang bukan kesalahan, tetapi pelajaran baru.. aku memilih untuk terus ke depan mencari simpang lain..

aku pun drive 50km/j je, aku layan simpang2 jalan ikut sukahati stering aku je nak kona g mana... jalan clear, kereta kadang2 je melintas aku.. tetiba aku nampak signboard "Tol Salak Tinggi 500 meter". aku pun dengan tiada perasaan gundah.. drive menghala ke tol tu dan bayar RM1.50. aku baca signboard2 di kiri jalan.. aku ada dua pilihan.. samada nak kuar cheras atau menuju ke klang/shah alam... aku pun buat keputusan masuk simpang yang pertama iaitu simpang ke cheras.. shah alam dah hari2 aku g.. cess..

sampai area cheras.. aku rasa nak g toilet la plak.. aku nampak ESSO dan SHELL kat tepi jalan.. aku tengok kat ESSO ramai orang, aku masuk ESSO, parking kereta, tarik handbreak.. pas tu hati aku tak sedap.. walaupun aku tak berduit, tapi aku masih takut kne rompak hahaha... so aku turunkan balik handbreak, aku kuar parking n aku blah.. semua yang berada disitu tengok aku.. hahaha.. malas nak pk apa yg diorang pk apa yang aku pk hahaha..

berbekalkan keazaman yang membuak2, aku terus cari signboard KL.. potong steam tol la perut nie.. baru nak layanz jalan... aku masuk KL cari signboard Mont Kiara.. aku test Touch n Go yang aku beli petang tadi kat Tol Penchala Link, aku tekan minyak 120km/j dalam terowong Penchala sampai kota damansara.. taraaaa aku dah sampai rumah..

aku ada niat nak lakukan aktiviti tu lagi.. tercampak semua tension dalam kepala aku.. tengok suasana malam, drive paling laju pun 50km/j.. ada gak nanti, aku isi minyak penuh.. aku masuk hway tetengah malam.. aku drive sensorang sampai johor.. pas tu patah balik.. bunyi macam kurang hidayah, tapi sangat berkesan untuk aku.. hehehe..

*nota lutut - thanks shida belanja makan cili padi semalam.. sangat sedap tapi tak habis.. korang tak boleh marah aku tak habis.. sebab ko pun shida tak habiskan capati cheeze tu.. nasib baik aku tak order mcm yang ko punya yesss(tiru gaya girl) hahaha.. kak niz ngelat bagi aku seketul besar steak.. tak aci, tu pun lu tak berjaya habiskan steak tu gak hahaha... insyaALLAH ada rezeki lebih, turn aku plak hehehe... bukan skang.. skang aku semikin.. doakan aku murah rezeki kalau nk rasa belanja dr aku AMIN hahaha... sekian...

Friday, August 14, 2009

Kantoi beramai2

hari ni pecahkan record sendiri punch kol 730 pagi..
aku bangun awal.. terus mandi.. solat.. bersiap.. sarapan terus masuk kereta..
warghh!! dalam kereta baru pukul 6.45 giler awal.. 1st day keje pun tak awal cam ni.. krkrkrkr...
inilah akibatnya bersiap tanpa menghiraukan jam huhuhu...

time lunch hari jumaat pukul 12.15 - 2.45.. lama gak la..
fish banyak kerja, kitorang cancel balik rumah dia lepak2..
dengan berbekalkan kesangapan aku.. cubaan merehatkan mata telah aku lakukan..

inilah barisan hadapan yang berjuang berhabis habisan di hadapan pc masing2..
programmer kental mengharungi liku2 kerja.. tido pun ngadap pc.. kental bukan??
hasil sentuhan kamera MARO.. aku tak de lagi gambar aib ko.. hehehe....

kantoi tido di opis.. miyahahaha...

*nota lutut - serius ngantok time ni weh.. tolong lah caya.. hehehe

Thursday, August 13, 2009

Hari ni Khamis.. Esok Jumaat..

hari ni sampai awal la plak.. kol 7.39 aku dah punch..
as usual g toilet dulu.. tak perlulah terangkan aktiviti aku ek..
sejak isnin lepas aku masih meneruskan kegiatan harian aku.. Blog+FB+YM..
bila aku ngadu aku bosan tak de keje.. ramai suruh aku relax dlu..
tetiba aku rasa cam aku gedik plak.. nanti dah banyak keje padan muka aku.. hehe..

skang aku berusaha mengentalkan diri study.. setakat ni tak begitu berjaya lagi..
aku baru je google c++.. aku tengok sekali lalu, aku dah lost! sebab tak de fokus nak study apa..
fish baru je semes aku, dia g klinik, perut dia sakit, dia suruh aku dengan ros sarapan dlu..
aku suruh doktor check elok2 dia n baby.. insyaallah tak de pape..

semalam ramai orang dah pakai mask tutup mulut tu.. aku boleh plak slamber jawap.. "aku tak dapat hidayah lagi pakai mask tu" ala2 jawapan artis bila di tanya "bila nak pakai tudung" bengong punya statement.. itu adalah gara2 aku sangat sangap sebenarnya..

persoalannya.. adakah hari ini juga akan terjadinya kegiatan lagho atau sebaliknya..
semalam makan nasik lemak pepagi, mata aku macam di sapu gam gajah RM3.90
moral of the story pagi ni sarap, jangan makan nasik lemak.. tatau nak makan ape dah..


*nota lutut -oklah.. n3 ini akan dikategorikan dalam label "kurang hidayah". terima kasih!

Monday, August 10, 2009

macam biasa

pertama kali itu banyak misterinya..
banyak kuderat perlu ku simbah..
banyak tenang harusku lakon..
banyak manis harus ku ukir..

hati diramas waktu..
jiwa ditikam detik..
akal di tujah masa..
batin makin lemah disiksa..

tiba2..
lunaknya nyanyian itu..
lama ku nantikan..
ikhlas kedengaran..
senyuman terbalas..

kutadah ikhlas untuk hati gundah kau..
ikhlas ku fahami setiap bait kata..
kubisukan diri membiar suara kau bergema..
walau alam tidak bergegar..
aku masih mendengar..

macam biasa..

Thursday, August 6, 2009

seminggu

seminggu aku bekerja di UiTM, alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.. buat masa ini, perkara yang paling menyiksakan aku ialah bangun pukul 5.55pagi setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad.. hehehe... setiap hari aku akan snooze alarm aku 2 3 kali, pukul 6++ baru aku bergerak menuju ke bilik mandi.. pukul 7 aku dah dalam kereta otw ke shah alam.. sampai parking UiTM pukul 735 pagi..

ini adalah kiraan tol dan minyak..

(tol pergi dan balik) x (5 hari) x (4 minggu)
RM6.20 x 5 x 4= RM124

(isi minyak seminggu) x (4 minggu)
RM50 x 4 = RM200

(tol) + (minyak)
RM324

hari pertama aku bekerja, ada sedikit konflik.. bahagiaan pendaftaran meletakkan aku dalam unit STAR (unit sistem staff) tapi bila aku melapor diri, aku di arahkan ke unis iSIS (unit sistem pelajar), sebab seorang mamat yang sama daftar dengan aku dah ditarik ke STAR. ada adegan tarik menarik staff pada masa itu..

aku lihat setiap unit agak mengelak mengambil staff perempuan, sebab takut banyak ambik cuti bagi perempuan yang dah kawen.. takut cuti beranak kot.. bila aku cakap aku belum kawen, ramai yang menarik nafas lega, kelakar pun ada.. kih kih kih..

soalan wajib yang aku perlu jawap setiap kali aku berkenalan dengan orang ialah;

dah kawen?
belom

dah bertunang?
belom

dah ada pakwe?
belom

uit!! sampai mcm tu sekali interview aku adeh~

sepatutnya ada seorang lagi staff yang melapor diri sama unit dengan aku.. aku diberi tahu bahagian technical sudah meluluskan permohonan dia, tetapi kemungkinan bahagiaan HR tidak meluluskan permohonannya pada 2nd interview.. erm.. insyaALLAH next intake dia dapat..

hari kedua aku dah perlu jadi fasilitator kepada sesi training staff iSIS seluruh branch UiTM.. hari ke dua tak boring sangat macam hari 1st, sebab ada bende nak buat..

hari ke tiga aku dah dapat task.. buat manual guide untuk sistem kemaskini result exam student.. jenuh gak nak faham flow sistem tu, mungkin sebab aku 1st time tgok sistem tu.. sambil xplore sistem, sambil fahamkan sistem, sambil buat manual guide untuk fahamkan user.. hari rabu khamis dan jumaat aku fokus buat manual guide.. tapi alhamdulillah dah settle...

aku ditempatkan bawah brader mazuhan, dia akan train aku nanti.. agak tough task aku nanti.. aku kene develope sistem jadual pelajar.. guna coldfusion @ php + VBA + c++ dan database oracle..

jumaat lepas aku lepak rumah fisha.. mak buyung tu memula ajak aku jejalan ke jaya jusco bukit raja, tapi bila dia naik 2 anak tangga pun dah semput, kitorang ambik keputusan lepak rumah dia je..

alhamdulillah semuanya ok.. semoga selepas2 ni pun semuanya ok.. AMIN

*nota lutut - berdoa yang baik2 saja.. AMIN

Monday, August 3, 2009

1st day

titititi....
alarm hp cokia aku dah bunyi.. mata masih pejam, tangan meraba2 cari hp ikut arah vibrate.. otak ligat mengingatkan pukul berapa aku set jam malam tadi..

yesss dah ingat.. 5.55am DAMN!! y so early uhuk uhuk uhuk...

tunggu lagi sekali la alarm bunyi... zzZZzzzZZzz...
tititititi....
huh.. okey okey.. aku bangun..

celik mata nampak kak ngah masih berselimut, mak pun masih berselimut.. huh huh.. pejam balik mata.. wat sakit hati je.. jalan sambil tutup mata.. sebab 1st.. tanak sakit hati tengok diorang masih lena.. sebab kedua, masih ngantok.. zzZZzzZZzzz...

aku rasa aku mcm buak sekolah darjah 1.. aku siapkan segalanya.. kereta dah isi minyak siap2.. baju aku dah gosok siap2 gantung dengan tudung.. file registration aku dah siap2 letak atas meja solek aku beserta handbeg.. sandle aku dah keluarkan siap2 letak tepi pintu.. hahaha... bukan pasal aku xcited, aku takut aku blur di pagi hari, sebab mengantok.. maklumlah dah biasa bangun kol 9, kali ni bangun kol 6 hahaha... menggerikan..

plan nk keluar rumah kol 630 konon.. pukul 650 baru aku kuar rumah.. cuak gak.. aku sebagai pemandu berhemah, memang mengikut had laju yang ditetapkan 110km/j memang tak berganjak meter tu.. tak turun tak naik.. aku takut lambat.. then yesss.. kol 715 aku sampai dalam uitm...

terus aku g daftar.. sempat berkenalan dengan azma dengan kak lin, kitorang bertiga la sama2 bersoal jawap cam ne nak isi borang yang confuse ni huhu.. diorang best.. tp malangnya department lelain.. azma bekerja di fakulti seni.. kak lin di department HR.. sempat tukar2 no phone.. caaayalah kowang hehehee..

aku kene lapor diri di PSMB = Pusat Sistem Maklumat Bersepadu
status aku masih belum dikenal pasti, samada aku staff unit STAR atau unit ISIS.. dan esok aku dah kene menghadiri bengkel, sebab aku tak buat apa2 dok opis hahaha..

lunch dengan fisha.. thx fisha.. kalau tak sanggap aku dowh!! balik pun dengan fisha, even kereta lain2 hahaha..

kuar opis kol 5 tajam.. masuk ke kereta kol 520.. drive masuk hway bukit raja keluar salah simpang.. patut kuar simpang kota damansara.. terkeluar simpang damansara/petaling jaya.. haaaa ngadap jem gak.. siot tol..

ok nite!

*nota lutut - dah kol 12++ time aku tido ni.. tu pasal aku type lelaju hahahaha... gud nite!

Sunday, August 2, 2009

pagi di tapah

celik mata pagi tadi.. aku atas katil di dalam bilik depan di rumah tapah aku... tersenyum sendiri.. sedikit berhabuk.. uhuk.. uhuk.. maklumlah hampir 2 bulan tidak menjenguk rumah di tapah.. aku sensitif sikit pada habuk.. sebab masalah tongsel yang aku hadapi sejak kecik lagi..

bangun pukul 930 tadi.. lewat gak untuk anak dara seperti aku hehehe.. malam tadi sampai agak lewat ke rumah.. mencabar betul pujuk mak balik dari rumah alang maziah.. maklumlah dah lama mereka tak bersembang.. alang dah offer kain batik dia untuk kami semua tidur rumah dia.. mak pulak dok goda tido sana alasan, takut aku mengantok time drive.. ohh tidaaakk... i want my lappy by my side when i sleep.. hahaha... lagi pun tak selesa kalau tak da salinan baju sendiri.. alah rumah dekat je, 10 minit dah samapi.. no no no.. semua bangun, kita balik rumah sendiri hahaha..

itulah alasan aku bangun lewat pagi ni.. hahahahah!!!

on ym kak niz tegur aku.. kami sama2 tak sarapan lagi... banyak berceloteh tentang 1st day aku sebagai kak mara esok.. kami sama2 risau kalau aku berubah menjadi kak mara yang bergelang tebal, berantai mutiara labuh, berbaju lip lap lip lap.. bertudung lilit2.. baju kurung aku tak sampai 2 minggu, dah habis semua aku dah pakai.. kne beli baju kurung lagi la ni.. nak tempah jangan harap la.. raya dah dekat.. mengenangkan aku tak de baju raya lagi.. aku plan nak beli baju kurung.. pakai g keje.. bila raya pakai je la baju tu hahahah bukan sedara aku pernah nampak aku pakai baju tu pun haha.. kalau dah bersembulu.. gunting je la yang bersembulu tu hahaha...!! yes aku bijak...

azid dah roger ajak jumpa jap b4 aku balik KL.. mesti mau jumpa guru fizik ni untuk di buli.. wah rindu sama kamu.. plan g ipoh tengok wayang kita tangguh key, pasal ko sakit semalam.. aku agak kiciwa, tp ko sakit takkan aku nak paksa gak, aku kan kawan yang saaaaangat baik.. hak hak hak... c ya..

*nota lutut - sentiasa berharap hari ini lebih baik dari semalam.. esok lebih baik dari hari ini.. insyaALLAH

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin