Thursday, August 6, 2009

seminggu

seminggu aku bekerja di UiTM, alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.. buat masa ini, perkara yang paling menyiksakan aku ialah bangun pukul 5.55pagi setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad.. hehehe... setiap hari aku akan snooze alarm aku 2 3 kali, pukul 6++ baru aku bergerak menuju ke bilik mandi.. pukul 7 aku dah dalam kereta otw ke shah alam.. sampai parking UiTM pukul 735 pagi..

ini adalah kiraan tol dan minyak..

(tol pergi dan balik) x (5 hari) x (4 minggu)
RM6.20 x 5 x 4= RM124

(isi minyak seminggu) x (4 minggu)
RM50 x 4 = RM200

(tol) + (minyak)
RM324

hari pertama aku bekerja, ada sedikit konflik.. bahagiaan pendaftaran meletakkan aku dalam unit STAR (unit sistem staff) tapi bila aku melapor diri, aku di arahkan ke unis iSIS (unit sistem pelajar), sebab seorang mamat yang sama daftar dengan aku dah ditarik ke STAR. ada adegan tarik menarik staff pada masa itu..

aku lihat setiap unit agak mengelak mengambil staff perempuan, sebab takut banyak ambik cuti bagi perempuan yang dah kawen.. takut cuti beranak kot.. bila aku cakap aku belum kawen, ramai yang menarik nafas lega, kelakar pun ada.. kih kih kih..

soalan wajib yang aku perlu jawap setiap kali aku berkenalan dengan orang ialah;

dah kawen?
belom

dah bertunang?
belom

dah ada pakwe?
belom

uit!! sampai mcm tu sekali interview aku adeh~

sepatutnya ada seorang lagi staff yang melapor diri sama unit dengan aku.. aku diberi tahu bahagian technical sudah meluluskan permohonan dia, tetapi kemungkinan bahagiaan HR tidak meluluskan permohonannya pada 2nd interview.. erm.. insyaALLAH next intake dia dapat..

hari kedua aku dah perlu jadi fasilitator kepada sesi training staff iSIS seluruh branch UiTM.. hari ke dua tak boring sangat macam hari 1st, sebab ada bende nak buat..

hari ke tiga aku dah dapat task.. buat manual guide untuk sistem kemaskini result exam student.. jenuh gak nak faham flow sistem tu, mungkin sebab aku 1st time tgok sistem tu.. sambil xplore sistem, sambil fahamkan sistem, sambil buat manual guide untuk fahamkan user.. hari rabu khamis dan jumaat aku fokus buat manual guide.. tapi alhamdulillah dah settle...

aku ditempatkan bawah brader mazuhan, dia akan train aku nanti.. agak tough task aku nanti.. aku kene develope sistem jadual pelajar.. guna coldfusion @ php + VBA + c++ dan database oracle..

jumaat lepas aku lepak rumah fisha.. mak buyung tu memula ajak aku jejalan ke jaya jusco bukit raja, tapi bila dia naik 2 anak tangga pun dah semput, kitorang ambik keputusan lepak rumah dia je..

alhamdulillah semuanya ok.. semoga selepas2 ni pun semuanya ok.. AMIN

*nota lutut - berdoa yang baik2 saja.. AMIN

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin