Tuesday, August 24, 2010

Kempen 1 Blog 1 Bendera


sebagai seorang yang rasa dirinya seorang blogger.. walaupun aku ni kategori blogger ikut sesedap rasa je.. aku terpanggil menyahut kempen 1 Blog 1 Bendera nie.. sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke 53 untuk negara Malaysia.. korang jangan tatau.. aku ni patriotik gak tau.. malas tayang skill je.. hehehe...

30 Ogos 2010 ni aku cuti.. hehehe... opss tak de kene mengene... 31 Ogos 2010 genap 53 tahun kemerdekaan Malaysia.. kenapa kene cuti 31 ogos tu?? sebab hari tu hari penting untuk Malaysia.. teeeet!! jawapan kurang tepat... erm.. rasanya hari tu diberi penghormatan untuk cuti untuk menghargai dan memperingati tarikh keramat tue.. tapi ramai yang susah nak mendalami erti cuti tue.. walaupun aku cuti sederet dari 27hb sampai 31hb tue tanpa rasa segan silu.. at least aku sendiri cuba gak faham merdeka tu apa.. (motif.. blagak aku cuti hehehe)

kefahaman aku.. merdeka tu bebas dari segala bentuk penjajahan yang membuatkan rakyat tidak boleh melakukan aktiviti membangunkan negara sendiri.. hasil negara diperdagang sewenang2nya tanpa rakyat mendapat keuntungan.. dengar pasal hasil bumi pun dah geram.. blom masuk diorang menghina kedaulatan bangsa lagi.. perh..kalau di bahas memang panas arr.. tp semua tue dah lepas.. syabas pada pejuang2 negara yang sangat macho dan berani okey!! aku sangat hormat mereka.. walau tak kenal sangat pun.. tapi aku takkan ambil mudah perjuangan mereka.. siyes!!

tapi kita sering dicanang pasal penjajahan minda pulak.. aku kecikkan skop.. budaya yang ntah pape memang senang nak mencelah.. kewl la konon kan.. terutama budak2 skang.. mak ai.. budget urban tak boleh blah.. tak kisah laa ko nak follow perkembangan.. tapi budaya hormat tu tolong la kekalkan.. ni air hingus tak kering lagi dah nak blagak.. kelakar je aku tgok korang.. tak kene gaya nampak poyo.. pepandai la korang pk... harap dapat hidayah orang2 yang cenggini..

erm.. just nak menyeru rakyat Malaysia cuba hayati erti kemerdekaan.. kalau tak minat subject sejarah macam aku nie.. ikut la kefahaman sendiri.. papepun bende ni atas diri sendiri.. kalau paksa2 memang tak jalan.. confirm.. sendiri mau ingat key..

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!


*nota lutut - (doa) Ya ALLAH amankanlah dunia ini dari peperangan yang melanda.. peperangan fizikal mahupun minda.. bebaskan umat mu dari segala persengketaan ini.. AMIN~

9 comments:

zyra said...

nk aminkn doa tuh... aaminnn... oh, btw.. td mak tepon, kata cuti dr 27 smp 31 gak... err... agak2 mmg staf uitm sume amik cuti cemtuh ke?? nih yg jeles nih...

PenTulis said...

selamat hari merdeka.. cuti panjang.. yeayyy..

Mohzam said...

Aminnnn dan selamat bercuti merdeka :)

miezaniera said...

Aminnn...selamat hari merdeka dan selamat bercuti..i pun cuti gak tau..tkyah berlagak k muahahaha

army4war said...

zira - ramai yang cuti time tu la adek.. hehehe.. ko cuti bila zigha??

pentulis - selamat hari merdeka gak.. yeeeeeha!!!

mohzam - amin... selamat bercuti gak kat ko mohzam.. hehee

kak bai - hahahah mari cuti bersama2.. tutup kedai dlu.. pas raya bukak balik.. hahaha

¶A.K.I¶ said...

ok ko merapu mira~
ku lihat mcm terlebey joy sbb cuti xingt dunia~

army4war said...

aki - sangat best cuti lelepak dengan family.. sangat enjoy ok huhahaha

zyra said...

cuti raye je laa... tu pon sehari je.. hari khamis sblm raye tu jer...

army4war said...

zira - tabah la ek... heheheh

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin